
Salam...
Pagi-pagi lagi stress aku mendatang. Hati aku panas dan sakit. Fikiran aku membayangkan perkara yang bukan-bukan. Muka aku jadi masam mencuka. Mulut aku terkumat-kamit menyumpah sambil menggetap gigi.
Kenapa ek?
Semasa aku memandu menuju ke tempat kerja, di persimpangan jalan DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway) memasuki MRR2, sebuah kereta proton Satria GTi berwarna silver tetiba memotong aku secara berbahaya dari sebelah kiri. Langsung tidak menyalakan lampu isyarat atau memberi isyarat...