Aku baru sahaja pulang dari sebuah klinik pergigian untk membuat sedikit adjustment terhadap gigi aku ini (hehehe...ada ka?). Sebenarnya, malam tadi ketika aku makan, aku tergeget tulang ayam yang agak keras dan akibatnya gigi aku retak dan sebahagiannya pecah. Doktor gigi telah membuat tampalan memperbetulkan kembali gigi aku yang sumbing itu. Nampak lagi cantek dari sebelumnya...hehe. Selepas ini, bolehlah aku bergambar sambil menyeringai..huhu.
Semasa memandu pulang tadi, ada juga aku terfikir, adakah aku ditakdirkan tergeget tulang yang keras itu supaya aku pergi ke klinik gigi untuk mempercantekkan lagi gigi aku?...hmmmm.
Aku juga teringat perbualan aku dengan seorang kenalan di tempat kerja lama aku dahulu. Perbualan kami berkisar tentang nasib diri masing-masing yang pada ketika itu agak sedikit goyah kerana satu negara dilanda kemelesetan ekonomi.
"Aku sedih la bro sebab sampai sekarang hidup aku tidak juga mewah berbanding rakan-rakan sebaya aku yang lainnya."
Engkau hendak hidup mewah yang macamana bro?
"Bukanlah hendak terlalu mewah. Sekurang-kurangnya biarlah berduit dan aku dapat mengerjakan haji dan umrah beberapa kali setahun. Agaknya Takdir dah tentukan hidup aku memang begini"
Janganlah mengeluh begitu bro. Tak baik. Seolah-olah engkau menyalahkan qada' dan qadar dari Tuhan yang menyebabkan hidup engkau begini.
"Aku tidaklah menyalahkan Tuhan. Maksud aku Takdir aku telahpun ditentukan dan tertulis di Lok mahfuz."
Itu samalah juga dengan menyalahkan Tuhan bro.
"Maksud engkau?"
Engkau ingat lagi tak, hari itu engkau ada berkata "Itu semua sudah takdir. Mungkin ada sebab aku terlupa. Mungkin juga ada malapetaka yang akan menimpa aku kalau aku pergi ke sana!" bilamana engkau terlupa membawa kunci ATM.
Pada masa itu, aku tidak mahu menegur sebab engkau tengah marah.
"Salah ke kata-kata aku tu?"
Begini bro. Pelupa memanglah salah satu daripada sifat manusia yang diberikan oleh Allah s.w.t. tetapi Allah juga, samada melalui kata-kata Rasulnya (hadith-hadith), ada memberikan kita cara-cara untuk mengelakkan kita supaya tidak lupa.
"Jangan makan semut contohnya?"
Begitulah..itu sekadar contoh sahaja. Dan kita sebagai manusia perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan diri kita dari terlupa. Sebab itu, kita perlu membuat persediaan secukupnya sebelum melakukan tugasan. Persediaan berupaya mengelakkan kita dari terlupa.
"Jika aku terlupa juga, bukankah itu sudah ditakdirkan?"
Begini bro. Takdir ada 2 jenis iaitu Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq.
Takdir Mubram ialah qada' dan qadar (ketetapan dari Tuhan) yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi pada diri kita dan kita pula tidak mempunyai kesempatan atau ikhtiar untuk memilihnya. Contohnya seperti hari kiamat dan mati.
Manakala, Takdir Mu'allaq pula ialah qada' dan qadar yang bergantung pada ikhtiar dan usaha mengikut kemampuan yang ada pada kita. Dalam menghadapi takdir ini kita perlu memohon kepada Allah (berdoa), wajib berikhtiar atau berusaha mengikut kemampuan demi mengubah keadaan supaya menjadi lebih baik buat diri kita. Soal samada berhasil atau tidak, itu bergantung kepada kehendak Allah s.w.t.
"Ohh..baru aku tahu bro."
Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya engkau sudah tahu sekarang. So, lepas ini jangan selalu mengeluh. Jangan sesuka-hati menyalahkan Takdir. Memang kita dituntut untuk percaya dengan qada' dan qadar tetapi pada masa yang sama Allah juga ada berfirman yang maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu mengubah keadaan (nasib) mereka sendiri.
Surah Ar-Rad : ayat 11
Jom kita lihat contoh-contoh berikut:
Situasi 1, engkau lapar sebab terkurung di dalam satu bilik yang terkunci dan engkau langsung tidak dapat keluar sehinggalah ada orang yang menyelamatkan engkau. Manakala situasi 2, engkau lapar kerana menangguhkan makan akibat kerja yang menimbun sedangkan makanan telah ada tersedia di atas meja.
"Lapar dalam situasi 1 itu adalah Takdir Mubram, manakala, lapar dalam situasi 2 pula Takdir Mu'allaq kerana sendiri yang tidak mahu makan."
Betul tu bro. Aku rasa engkau dah faham sekarang.
So, daripada kita asyik hanya mengeluh sahaja, marilah kita perbanyakkan doa memohon pertolongan dan ehsan dari Tuhan di samping berusaha dan berikhtiar untuk memperbaiki diri kita. Jika segalanya telah kita buat (berdoa dan berusaha) tetapi masih lagi tidak berjaya mengubah keadaan kita, janganlah pula rasa putus asa dan mengeluh kerana kita juga wajib bertawakkal menerima apa jua kehendak Allah s.w.t
Tawakkal bermaksud menerima dengan redha segala yang telah Allah kurniakan. Tawakkal juga menyakini hikmah di sebalik semua yang terjadi. Ada sebab kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita yang tentunya untuk kebaikan kita. Dengan tawakkal juga, kita tidak akan merasa terlalu kecewa apabila Allah tidak mengabulkan doa kita kerana kita telah yakin akan hikmah di sebalik semuanya.
Begitulah nasihat aku kepada rakanku itu dan ianya sentiasa bermain di kepala aku. Actually, ianya untuk aku juga.
Sekiranya anda membaca entry ini dan mendapat manafaat, syukur alhamdulillah...
Sekian.
jgn kt slhkan takdir..
kerana kt perlu berusaha..
andai usaha kt tidak berhasil,cuba n terus mencuba..
jgn sesekali menyesal atau pth smgt..
insyaALLAH,Allh menyayngi umatnya yg kuat berusaha..dan Allah akan menolongnya..
Abg Long...best entry nie!! Jangan salahkan takdir....
Kita kena usaha menjadikan sesuatu itu lebih baik dan selepas usaha perlu doa dan tawakal...selebihnya biar Allah yg tentukan....
Tak kaya harta tak apa...asal kaya budi bahasa pun dah cukup!
Salam Nuyui dan Cik Kamoo, thanx sudi komen. Abg Long setuju dengan kalian berdua. Kita perlu faham konsep Takdir dan maknanya samada tersurat atau tersirat. Kita tidak boleh menyalahkan Takdir apabila sesuatu yang kita tidak suka berlaku. Bila kita selalu mengeluh dan menyalahkan takdir, ada kemungkinan kesusahan yang kita alami ditambah2 dengan tujuan supaya kita sedar dan insaf..subhanallah
kalau kta nak someting tp xdpt mungkn ada hkmh tersembunyi.sama ada, kita akan dpt sesuatu yg lebih baik dr yg kita inginkan atau yg kita inginkan tu mgkin bakal membawa masalah dikemudian hari.sape taw kan.setiap apa yg berlaku ada hikmah yg mgkn kta sendiri xsedar...
entry abg long ni mmg bermanfaat.terkesima jap baca maklum la tukng komen ni pun kdg2 suka mengeluh..hihi..:)
Salam Cik Aisha, thanx sudi komen. Pasni kita kurangkan atau jgn mengeluh lg..bila musibah melanda atau situasi kita masih stagnant walaupun dan bnyk usaha, just mengadu pada yg Esa.
Abang Long, kalau kita g joging.. pastue penat dan berenti kejap sambil mengeluh.. adui penatnya ngeh ngeh...
camtue takpekan? ke ke ke
Salam Abglan..tak boleh jugak tu. At first, buat apa nak berjogging kalau nak mengeluh penat. Patutnya kata, syukur alhamdulillah aku masih boleh bernafas lg walaupun penat hehehe
abang long...entry nh sgt best...sy suke bcenye:)
Salam Ain Najwa..thanx sudi bc entry ni..ramai yg kata gitu w'pun xbg apa2 komen kat sini. Harap ada manafaatnya..
terima kasih abg long atas entri nie...ok, bagus....sekurang2 mengingatkan kita yg sering terlupa nie dalam bersyukur apa jua nikmat yg diberikan...dan lebih memahami apa itu percaya kepada qada dan qadar...
Wassalam....