Thursday, February 17, 2011

Beware of backstabber!!

6 comments
 
Salam.

Macam agak keras bunyinya topik aku kali ini. Bukan apa..mungkin sebab fikiran aku yang berkecamuk sekarang ini, aku seringkali teringat beberapa peristiwa yang pernah aku lalui semasa bekerja di dua buah syarikat perbankan dan juga dua buah syarikat kawalan keselamatan sebelum ini. Adakalanya, aku seperti ingin memutar kembali masa yang telah berlalu tersebut dan membalas segala perilaku beberapa manusia yang pernah menganiaya aku sebelum ini..

Pendendam juga aku ini rupanya...hmmmm.



Well, aku rasa bukan aku seorang sahaja yang berfikiran begitu. Lebih-lebih lagi jika periuk nasi  kita (khasnya aku) dicemari oleh manusia yang suka berdengki dan memusnahkan orang lain demi kepentingan dirinya sendiri. Aku cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif dan membuat andaian bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, tetapi, kadang-kadang unsur-unsur negatif itu datang juga mengetuk pemikiran aku.

Pernahkah anda atau karier anda dimusnahkan oleh seseorang yang anda kenal? Bagaimanakah perasaan anda jika orang yang memusnahkan karier anda itu rakan sekerja yang memang rapat dengan anda?

Perkara sebegini pernah aku alami tetapi aku tidaklah beranggapan karier aku terjejas kerananya. Aku lebih suka berpegang kepada prinsip bahawa karier aku, aku sendiri yang mencorakkannya.

Pada pandangan aku, perkara-perkara sebegini (tikam belakang) sering sahaja berlaku di sesebuah syarikat yang majoriti pekerjanya adalah orang Melayu. Bukan aku berniat ingin mengutuk bangsa sendiri tetapi inilah fakta sebenar yang aku simpulkan berdasarkan pengalaman yang aku lalui.

Benarkah begitu?

Agak sukar untuk aku menerangkannya walaupun aku pernah juga belajar "psychology" semasa di University dahulu. Dan aku juga tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana khuatir ada pihak yang bakal tersinggung. Pada amatan aku, banyak kes-kes "tikam belakang" ini wujud akibat kurangnya nilai-nilai profesionilsme di kalangan pekerja-pekerja. Emosi juga sentiasa menjadi teras kepada tindakan-tindakan yang diambil.

Aku perhatikan, kebanyakan pekerja-pekerja berbangsa Melayu gemar benar bergosip samada suka menyampaikan gosip-gosip atau juga hanya suka mendengar gosip-gosip tersebut. Memang benar gosip bukanlah sesuatu yang salah tetapi jika tidak dibendung boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak elok di pejabat.

Aku fikir, gosip tentang kebaikan seseorang mungkin bukanlah suatu isu yang besar tetapi jika gosip yang memburuk-burukkan orang lain dan ditambah dengan fakta-fakta yang tidak betul bagi menyedapkan cerita mestilah dihentikan. Lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kejatuhan karier seseorang terutamanya jika gosip tersebut sampai kepada pihak pengurusan atasan yang juga suka mendengar gosip dan membuat andaian tanpa membuat usul periksa.

Telah menjadi kebiasaan, si penyampai gosip-gosip liar tidak akan bercerita di hadapan orang yang digosipkannya. Bagi aku itu samalah juga dengan "mengumpat" tetapi diuar-uarkan dengan perkataan "gosip" seolah-olah kononnya itu bukanlah perbuatan dosa..Cheh!

Apa kaitannya "Backstabber" dengan gosip?

Sebenarnya, dengan gosiplah si "Backstabber" berjaya di dalam mencapai matlamatnya atau dengan kata lain gosip merupakan senjata ampuh yang sering digunakan oleh "Backstabber" untuk menjatuhkan mangsanya. Sikapnya yang "bertanam tebu di bibir" dan caranya yang "lembut lidah dari gigi" ketika berdepan, berubah 360 darjah apabila di belakang mangsanya, boleh membuat si mangsa jatuh kerana tidak bersedia.


Ketika di hadapan mangsanya, memuji melangit dan sengaja membiarkan si mangsa dibuai perasaan yang indah-indah tetapi di belakang si "Backstabber" menghunus dan menusuk "pisau" yang tajam yang bakal melemahkan mangsanya. "Pisau" yang aku maksudkan di sini bukan "fizikal" pisau itu sendiri tetapi hanyalah perumpamaan bagi kata-kata nista yang diucapkan oleh si "Backstabber" bagi menjatuhkan mangsa. Bukankah ada bidalan berbunyi "kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang"...errr...betul ke?...aku belasah jer tu..hehehe.

Si "Backstabber" akan menyampaikan gosip-gosip liar atau cerita-cerita yang asalnya benar tetapi dimanupilasikan dan ditambah-tambah agar pendengar-pendengar mempercayainya. Tujuannya adalah untuk mempengaruhi golongan pendengar-pendengar yang diharapkan akan menyokongnya ketika dia melaksanakan agenda yang seterusnya.

Apa pula agenda yang seterusnya?

Jika matlamat si "Backstabber" adalah untuk menjatuhkan mangsanya, cara yang paling berkesan ialah menyampaikan gosip-gosip kepada seseorang yang boleh membuat keputusan di dalam syarikat seperti pihak pengurusan atasan. Dengan sokongan dari golongan pendengar-pendengar maka tidak mustahil si pengurus atasan mempercayai gosip yang disampaikan oleh si "Backstabber" itu tadi. Terutamanya jika dia memang suka mendengar gosip dan suka bertindak tanpa membuat usul periksa.

Hasilnya, si "Backstabber" mungkin berjaya di dalam mencapai matlamatnya.

Apa pula kaitan kes "Backstabber" ini dengan aku?

Buat masa sekarang (di dalam artikel ini), aku tidak akan bercerita tentang pengalaman-pengalaman yang aku telah lalui berkaitan tindakan "Backstabber" ke atas aku. Aku akan ceritakan di lain post. Aku masih ingin memberi peluang kepada mereka untuk memohon maaf kepada aku.

Adakah cara untuk membendung?

Adalah tidak adil atau juga tidak beretika jika aku katakan caranya ialah dengan membuang sahaja "Backstabber" tersebut dari syarikat.

Pada pendapat aku, cara terbaik ialah dengan memastikan kesemua pekerja faham akan tugasan masing-masing dan bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat syarikat. Adalah juga lebih baik jika syarikat sentiasa memantau proses-proses yang berkaitan supaya tiada pertindanan kerja serta memperbaiki produktiviti pekerja agar mereka lebih fokus kepada kerja masing-masing dan menghindar dari suka bergosip dan mendengar cerita-cerita yang tidak berfaedah.

Laksanakanlah "Performance Management System" dengan telus "quadrant" yang dilabelkan berserta markah-markah "quantitative" berdasarkan fakta dan nombor. Kurangkan elemen-elemen "qualitative" yang mengarah kepada emosi yang mungkin dipengaruhi unsur-unsur negatif hasil dari gosip-gosip liar dan cerita-cerita rekaan samada yang datangnya dari si "Backstabber" ataupun dari manusia spesis "LALANG".


Sekian.

6 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Uish...panjangnyer article backstabber ni :)

    Lalang?Backstabber?Gossiper???Sama atau ada beza?? Berbalik to main point, sumer yang di atas ada di mana-mana...

    Sama mcm brother long...saya sendiri pernah mengalami insan bergelar seperti di atas...but the best thing i manage to do is to avoid being near this ppl...or to know them in the first place.

  2. Salam Anonymous..thanx sudi tinggal komen.

    Pada aku ketiga-tiga spesis yg engkau sebut tu memang berbeza tetapi ada kemungkinan orang yg sama memiliki kemahiran ketiga-tiga spesis tersebut.

    Mengelakkan diri atau enggan mengenali mereka dari spesis2 tersebut sebenarnya bukanlah satu cara yg terbaik kerana spesis2 itu tidak peduli apa jua tindakan engkau kecuali mereka inginkan engkau tu jatuh.

    Yg lebih perit ialah apabila spesis2 tersebut wujud di kalangan rakan2 baik engkau tetapi engkau tidak menyadarinya.

  3. Abg long- mmg pun.. nana pun kene kt opis... mmg kebanyakkan adalah melayu sendiri..buat fitnah sampai org lain igt kite salah padahal nk ttp kesLahan dia.. benci dgn org cmni.:

  4. Salam Nana..thanx sudi komen.
    Bukan niat nak mengutuk bangsa sendiri tetapi Abg Long menulis berdasarkan pengalaman sendiri... Pada Abg Long mereka tu adalah pengecut dan takut menyahut cabaran dengan mengarahkan semuanya kepada bahu org lain tetapi mereka juga yg mahukan merit.

  5. Ngangkung says:

    Abang Long,sama lah kiter...sebenarnya org yg seperti abang long citer tu mmg ada dimana2, mrk akn bertindak x mengira waktu dan x memilih org...asal ada kesempatan mrk akn bertindak.Maka, berhati2 lah anda semua dgn mrk ini...Good Luck to all Bloggers!!!!

  6. Well, aku rasa bukan aku seorang sahaja yang berfikiran begitu. Lebih-lebih lagi jika periuk nasi kita (khasnya aku) dicemari oleh manusia yang suka berdengki dan memusnahkan orang lain demi kepentingan dirinya sendiri. Aku cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif dan membuat andaian bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, tetapi, kadang-kadang unsur-unsur negatif itu datang juga mengetuk pemikiran aku.
    sealy mattress pad king
    standard bed sheet sizes in inches

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com