Wednesday, April 27, 2011

hormat suami bila perlu sahaja?

9 comments
 
Salam...

Aku masih lagi terbayang kisah pergolakkan rumah tangga suami isteri yang aku temui semalam dan aku coretkan di blog ini di SINI. Memanglah ianya tiada kena mengena dengan kehidupan aku tetapi coretan aku mengenai kewajipan seorang isteri untuk menghormati suami itu telah menggamit beberapa persoalan yang menjurus kepada perselisihan pendapat (walaupun pada awalnya hanyalah sekadar perbincangan dan pemberian pendapat).

Perselisihan pendapat tersebut membuatkan aku termenung dan jauh berfikir samada coretan aku itu ada cacat celanya.


Fikiran aku semakin menerawang jauh apabila diajak berchating dengan menggunakan Gmail oleh kenalan aku yang kurang bersetuju dengan coretan aku tersebut walaupun berkali-kali aku menerangkan kepada beliau bahawa itu adalah hukum Tuhan yang sepatutnya kita tidak boleh pertikaikan...hmmm.


Beliau berpendapat..."Respect Must be Earned dan untuk membuat isteri menghormati suami, si suami terlebih dahulu mesti melakukan sesuatu yang membolehkan si isteri menghormatinya."

Apa maksud you?

"Ye lah. Kalau saya, saya akan hanya hormat suami saya jika dia membuat atau melakukan sesuatu yang saya boleh hormat."

Maaf. Saya masih kurang faham.

"Begini. Suami saya itu seorang penganggur. Awal dahulu dia bekerja di sebuah syarikat yang besar tetapi kemudiannya berhenti untuk bekerja di syarikat swasta yang tidak berapa kukuh kedudukannya. Puncanya hanyalah kerana gaji dan pangkatnya lebih tinggi berbanding apa yang dia dapat di syarikat lamanya."

Bukankah itu bermakna suami you inginkan sesuatu yang lebih baik untuk family?

"Masalahnya, syarikat tersebut bukanlah kukuh dan ada bermacam-macam masalah khasnya di dalam pengurusan kewangan. Sekarang ini suami saya telah berhenti dan menganggur."

Jadi?

"Sejak dia menganggur ni, semua hal-hal perbelanjaan rumah, saya yang tanggung. Bayar rumah, bayar loan kereta, beli makan minum, beli pakaian-pakaian, bayar bil-bil dan lain-lain lagi. Malah, seluar dalam dia pun saya yang belikan. Dia sudah tidak mampu kerana tiada sumber pendapatan. Dia langsung tidak memberi saya nafkah!"

Nafkah macamana?

"Duit!. Memanglah duit bukan segala-galanya tetapi duduk kat bandar besar macam JB ni, segala-galanya memerlukan duit!"

Suami you tidak mencari kerja lain ke?

"Ada juga tetapi masih belum dapat-dapat lagi. Masuk bulan ni, sudah setahun dia menganggur. Dia cuma duduk di rumah terpaku kat depan TV dan komputer."

Main game komputer?

"Tidak juga tetapi banyak membuang masa dengan membaca dan melihat e-mail dia tu."

Mungkin dia guna e-mail untuk mohon pekerjaan.

"Masalahnya, sampai sekarang kerja tidak dapat lagi. Saya sudah tidak tahan. Banyak kali saya marahi dia tetapi dia hanya diam dan buat bodoh sahaja. Pernah juga saya minta cerai dari dia tetapi tidak ada response. Saya pun sudah naik penat dan selalu sakit-sakit."

Minta cerai? Astaghafirullah!

"Ya. Mungkin itu yang terbaik buat saya. Saya rasa elok kami bercerai sebab dia sudah tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami."

You dan suami tidak pernah berbincang?

"Banyak kali tetapi dia cuma diam. Kadang-kadang dia keluar bilik dan pergi hisap rokok. Bosan betul rasanya!"

Pernah rujuk kepada Pejabat Agama?

"Ada. Kami telah berjumpa pegawai agama untuk sesi kaunseling tetapi suami saya tu langsung tidak mengendahkan nasihat pegawai agama tersebut."

Apa yang you cerita dengan pegawai agama tersebut?

"Semuanya saya ceritakan. Termasuklah tentang dia yang langsung tidak memberi saya nafkah."

Pasal seluar dalam dia you yang belikan pun you cerita juga?

"Ye lah. Semuanya saya ceritakan. Saya hendak pegawai agama tu tahu bahawa suami saya tu sudah tidak layak lagi untuk menjadi suami kerana langsung tidak memberi saya nafkah."

Astaghafirullah...

"Yang membuat saya lebih geram, suami saya tu sedikitpun tidak memberi response. Bila pegawai agama tu bertanya untuk mendapatkan kepastian, dia cuma senyum macam kambing."

So, selepas you dengan dia berjumpa pegawai agama tu, jadi ke bercerai?

"Tidak jadi. Saya terfikir kat anak-anak. Kesian pula pada mereka. Lagipun, nanti apa pula kata keluarga-keluarga kami di kampung tu. Malulah juga sebab kami berkahwin atas dasar cinta dan bukannya pilihan keluarga."

Habis tu, sekarang ini, apa yang you dan suami buat?

"Kami jarang bertegur sapa. Kalau berbualpun tentang sesuatu yang penting sahaja. Entahlah, rasa hormat saya pada dia pun sudah hilang. Kalau dia dapat kerja nantipun, saya mahu dia bayar balik duit saya yang sudah habis untuk perbelanjaan keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab dia."

Saya faham perasaan you tetapi ada beberapa point yang saya ingin kongsikan.

Pertamanya, kita perlu faham dan sentiasa ingat bahawa rezeki di tangan Tuhan. Mungkin belum tiba masanya lagi suami you untuk mendapat pekerjaan. Mungkin juga ada hikmah di sebalik itu ataupun mungkin juga salah satu dugaan ataupun balasan daripada kesilapan yang dia pernah lakukan. Kita tidak tahu kerana itu semua kehendak yang Maha Esa. Kita sepatutnya perbanyakkan dan tidak putus-putus berdoa dan memohon bantuanNya di samping berusaha dan berikhtiar.

"Apa kaitan dia menganggur dengan hikmah dari Tuhan? Bukankan itu penderaan kepada isteri yang terpaksa memikul tanggungjawab menggantikan si suami?"

Begini. Cuba fikir dan ingat kembali, dalam tempoh dia menganggur tersebut, mungkin ada situasi di mana kehadirannya atau adanya dia di rumah sedikit sebanyak meringankan beban you?

"Ada. Suami saya menjadi baby sitter kerana maid kami telah lari. Selepas sebulan baru kami mendapat maid baru."

OK..cuba bayangkan, jika suami you bekerja dan you pula tidak dapat bercuti untuk menjaga dan menguruskan rumah kerana ketiadaan maid? Bukankah kehadiran suami you di rumah sedikit sebanyak mengurangkan beban family you?

Keduanya, soal nafkah. Nafkah bukan bermaksuud DUIT semata-mata. Memang diakui kehidupan di kota memang memerlukan duit yang lebih berbanding di kampung. Nafkah juga bermaksud sumbangan suami kepada you and family termasuklah tenaganya, masanya, pengetahuannya dan lain-lain lagi. Jadi, janganlah sesuka hati mengucapkan bahawa suami you LANGSUNG tidak memberi you nafkah. Lagi pula, semasa dia masih bekerja sebelum ini, mungkin ada juga dia menyumbang dari segi kewangan. Tidak kiralah walaupun ianya terlalu sedikit bagi you.

"Ya. Dia pernah berbuat demikian termasuklah menghantar saya pergi ke pejabat kerana pada ketika itu saya masih belum lagi tahu memandu kereta. Tetapi, bukankah itu tanggungjawab dia sebagai suami untuk memastikan keselamatan isterinya?"

Nafkah dan tanggungjawab adalah saling berkait rapat. Kerana tanggungjawablah suami perlu memberikan nafkah. Contohnya, tanggungjawab suami adalah untuk menyediakan tempat tinggal kepada keluarga. Membayar ansuran pinjaman untuk tempat tinggal tersebut adalah nafkah yang diberikan di atas tanggungjawabnya. Memang benar suami bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan isterinya yang terpaksa bekerja untuk meringankan beban kewangan, tetapi suami tidak semestinya menjaga keselamatan isterinya pada setiap waktu dan ketika. Jika demikian, tiadalah suami yang dapat pergi bekerja kerana terpaksa bertugas menjaga keselamatan si isteri.

Ketiganya, soal perbincangan suami isteri. Adakalanya, tindakan isteri yang suka menyampuk ketika suami ingin berkata-kata atau isteri yang suka menempelak kata-kata suami ataupun juga sikap isteri yang memperlekehkan hujah suami, membuatkan si suami lebih gemar berdiam diri. Mungkin beranggapan bahawa jika dia bersuara akan timbul lagi berbagai-bagai hentaman, bangkangan atau sergahan daripada si isteri. Lebih-lebih lagi jika si suami itu seorang yang pendiam. Perbincangan yang sepatutnya dua hala menjadi medan untuk si isteri berpidato seorang diri.


Sebagai seorang isteri, perlulah hormat dan mendengar dengan taat apa jua yang ingin diperkatakan oleh suami dan bukannya medan di mana si isteri perlu memenangi setiap perbincangan atau perdebatan. Jika suami menyuarakan suatu pendapat yang si isteri fikirkan salah, janganlah menghentamnya atau memperlekehkan pendapatnya. Buatlah dan berilah pendapat secara berhikmah dan jagalah hati si suami. Jika di tempat kerja boleh pula menjaga tutur-kata ketika berbicara dengan bos, kenapa pula dengan suami tidak boleh sedangkan itu merupakan suatu kewajipan?

Keempatnya, jangan sesekali membuka atau meyebarkan aib suami. Buruk mana sekalipun, dia tetap suami yang memperlengkap kehidupan seorang isteri. Bercerita tentang aib suami walaupun kepada seorang pegawai agama dengan tujuan untuk menerima nasihat sepatutnya dielakkan. Mungkin tujuannya baik tetapi mungkin juga si suami akan rasa terhina dan dihina. Pokok pangkalnya, kaji dahulu fakta yang ingin disampaikan agar kesimpulan yang diperolehi sesuai diguna-pakai dan semestinya tidak menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati di pihak yang lain (si suami).

Yang terakhirnya, redha dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Terimalah suami seadanya. Berusahalah bersama-sama memperlengkap akan kekurangannya. Jangan mengira kekurangan sumbangannya. Jangan juga mengungkit sumbangan you sebagai isteri kerana itu akan membatalkan nilai-nilai keikhlasan.

Mohonlah keampunan dan kemaafan dari suami walaupun you merasakan diri you tidak bersalah. Kita tidak tahu ada kemungkinan musibah yang menimpa kita seperti sakit, runsing, kemalangan dan sebagainya itu berpunca dari balasan yang diterima kerana tidak hormatkan suami.

Keredhaan suami terhadap isterinya amatlah dititik-beratkan oleh Allah dan Rasulullah S.A.W. malah di dalam doa seorang isteri, suami merupakan pihak yang berkedudukan di nombor 3 sebelum ibu dan bapa.

Apa kata you perbanyakkan membaca buku-buku agama khasnya tentang tanggungjawab you sebagai isteri dan kewajipan you menghormati suami ataupun malah lebih baik jika bertanyakan kepada ustazah untuk mendapatkan lebih kefahaman.

Kata-kata terakhir itu menutup perbualan (chating) di antara aku dengan dia. Samada disengajakan atau tidak aku tidak tahu.

Aku berharap mesej yang aku cuba utarakan itu sampai kepada beliau.



Sekian.

9 Responses so far.

  1. Jebon says:

    Salam Long...Wah! Satu lagi artikel yang panjang giler! Naik juling mata haku nak baca sampai habis..haha.
    Dengar cerita ada kawan kita nak bukukan artikel2 engkau dlm blog ni. So, boleh la jual nanti. Kalau dapat untung nanti jangan lupa kat aku tau hahaha

  2. Hasny says:

    salam.... lepas baca article ni nak muhasabah diri utk jadi lebih baik..
    tqvm :-)

  3. Salam Jebon..aku dah cuba tulis pendek2 tapi maksudnya tak berapa sampai..aku cadangkan engkau baca 2 round so mata juling engkau tu kembali normal hehehe.

  4. Salam Mamafaris, thanx sudi komen. Saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu dan pernah belajar. Sama2lah kita mahasabah diri untuk kehidupan yg lebih baik dunia dan akhirat

  5. pnjg artikel ni tp beri makna!!

    @ abg Long

    salam..uish,yerke??sedap tau...lbh sedap dri ambra..heheh,smpai t dh kecut laaa..ngeh3..

  6. Salam Nusha..harap njoy membaca walaupun panjang dan mudah2an ada manafaat.

    Ambra? Adoi ai...buah mende lak tu? ish3

  7. perkongsian coretan yang berguna untuk kita...semoga coretan dapat membantu semua individu yg telah berumahtangga dlm melalui pelbagai cabaran masa
    kini.

  8. Jahirah says:

    panjangnye....tapi banyak point yg berguna.jgn buka aib suami kt org,point pntg 2..tkt lak nk kawen sebab kang terderhaka kat suami naya je...adeh.

  9. Anonymous says:

    bimbang kalau org ego tak bertempat... baru di pinjamkan sedikit nikmat, hidup seakan menongkat langit... kerana dia belum "diperlihatkan" akan kebenaran, jika dia telah di perlihatkan kebenaran, biar apa pun asalan nya sebelum nie, pasti dia merangkak mencari suaminya dalam apa keadaan sekalipun...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com