Wednesday, April 20, 2011

Ibu bapa bukan liabiliti

9 comments
 
Salam...

Aku ingin memohon maaf kepada anda kerana tidak dapat melakukan blogwalking ke blog kalian sekerap yang mungkin. Pertamanya, kerana broadband aku telah exceed limit! Walaupun aku telah diberikan 6 gigabyte tetapi jumlah yang diberikan seperti tidak mencukupi rasanya sebab banyak website dan blog-blog yang perlu aku lawati setiap hari.


Keduanya, semalam dan hari ini aku banyak berehat kerana injured. Semasa berjogging, aku telah tergelincir mengakibatkan kaki aku sedikit terseliuh.


Tidaklah bermakna aku blogwalking melalui lappy aku menggunakan kaki, tetapi aku terpaksa menerima rawatan urutan bagi mengurangkan bengkak dan kesukaran untuk bersolat. Jangan risau. Aku OK jer cuma muka tengah berkerut menahan kesakitan dan kegelian semasa diurut...hehehe.

So, untuk memastikan anda semua mempunyai sesuatu untuk dibaca ketika melawat ke blog aku ini, aku ingin share kandungan satu lagi e-mail yang aku kira amat menyentuh sanubariku.

Kepada anda yang pernah membacanya, aku galakkan membacanya kembali supaya kita sama-sama hayati dan fahami maksud tersurat dan tersirat dari e-mail tersebut.

Ini kandungan e-mail tersebut:

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

"Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.



"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit. Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.


Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujar ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.



Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?

Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan liabiliti tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,  keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.

Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Aku harap anda mendapat sesuatu atau manafaat setelah membaca artikel di atas. Aku kerap menitiskan air mata bila membaca artikel tersebut walaupun aku telah membacanya berulang-kali...isk..isk..isk.



Sekian.

9 Responses so far.

  1. RHI says:

    memang tersentuh, bertuah mempunyai ibu bapa sebegitu,

  2. Umialya says:

    kesimpulannya

    Jika ada jiran tetangga bertanya: "anak ada bagi duit ke setiap bulan?"
    pastinya ayah akan bgtau: "ya, dia anak yg baik & tak pnah lupa hulurkan duit setiap bulan"

    (tapi pstinya dia tak akan bgtau jum. RM yg anak2 hulurkan, tak kisah meskipun seringgit cuma, ia mengikut keiklasan & kemampuan kita)

    Tujuannya cuma 1, kerana dia sayangkan kita sbg anak2nya dan sedaya akan menjaga kita hingga ke akhir hayat, itulah pengorbanan mereka

  3. Salam Yatie dan Umialya thanx sudi komen. Oleh itu perbanyakkan bakti kpd mereka.. jika mampu.
    Moral dr cerita, bukan sekadar memberi wang ringgit tetapi lebih dari itu coz wang ringgit tidak akan dpt membayar jasa mereka.

  4. Ferfarfer says:

    i really rasa touching. dah lah i almost 2 bulan tak jumpe mak bapak i. sobs. nak balik!

  5. subhanallah.. doa ibubapa amtlah mustajab..
    apa sy dapat ialah ayahnya mngjar spy kita mmberi dan hasilnya ialah berlipat kali ganda.. seprti dia mmberi rm5 dan ayahnya mmberi lebih dr apa y dia bagi..
    bgitu juga dgn sedekah(pemberian),hasilnya psti Allah swt mnggandakan rexeki kita.. insyaAllah..
    keduanya,berbaktilah kpd ibubapa.. "redha Allah teretak pd redha ibubapa"..

  6. Salam Ferra, thanx sudi komen. Telefonlah mereka bertanya khabar mungkin mereka pun rindu juga.

    Salam Ibnushukran, thanx sudi komen. Berbaktilah kpd ibubapa. Jgn berkira utk memberi atau bersedekah kpd mereka. Bukan itu yg mereka mahukan tetapi ingatan anak2 kpd mereka.

  7. @ abg long

    ish2...siyes ni sy mmg xphm..hehehe..bermakna,trok ke iklan sy kalau wat cm ni je???

    * sgt beruntung ad mak bpak sebegitu..

  8. ozzy says:

    Assalam..

    Teringat zaman saya susah dulu..ayah minta duit untuk bayar bil elektrik sedangkan saya langsung x berduit tapi bila ayah tanya saya katakan ada krn x sanggup nak hampakan hatinya.. & duit tersebut saya pinjam dari kawan.

  9. Salam Nusha...Abg Long dah bg komen kat blog Nusha tuh..sebenarnys bukan masalah untung atau rugi ada mak bapak tetapi kita sebagai anak perlu berbakti kpd mereka tidak kira apa jua status atau feel mereka.

    Salam Ozzy..mungkin kesusahan cuma pada masa tu tetapi mungkinberkat doa mereka kita hidup lebih senang sedikit berbanding dahulu.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com