Saturday, April 30, 2011

Best n3 ever by CNN

3 comments
 
Salam...

Sudahkah anda menghantar borang BE ke LHDN? Aku jangkakan ramai yang telahpun melakukannya menggunakan system e-Filing LHDN.

Aku?

Aku belum lagi..! Sebab itu aku tengah serabai sekarang ini mencari fail-fail dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melengkapkan borang BE aku itu.



Memang semuanya salah aku kerana menunggu last minute. Sama juga ketika aku belajar di universiti dahulu. Semuanya last minute. Cuma tinggal esok sahaja (30-April-2011) tarikh tutup atau tarikh akhir menghantar borang BE tersebut.

Dalam kelam kelibut aku menyiapkan e-Filing, sempat juga aku membuat entry ini...huhu.

Aku tertarik dengan tawaran Che Nam Nam atau ringkasnya CNN (jeles sungguh aku kerana abbreviation nama dia tu begitu mengagumkan..hehehe) untuk submit entry aku yang "fantaterbest" dalam seminggu ini.



Aku telah memilih entry Hormat Suami Bila Perlu Sahaja sebagai yang terbaik dari aku untuk minggu ini.

Why?

Pertamanya, entry-entry yang lain tu aku rasa tidak berapa best...hehehe

Keduanya, entry ini sebagai menjawab kekeliruan ramai para isteri yang hanya menghormati suami bila mereka rasa ingin hormat (bersebab) walhal menghormati suami pada setiap masa adalah satu kewajipan.



Ketiganya, sebab aku sendiri yang pilih entry tu sebagai yang terbaik, kalau orang lain tak tahu lah...hehehe

Keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh, anda cari sendirilah alasannya sebab aku tengah serabai untuk submit borang BE aku ini...huhuhu.

Kepada CNN, aku harap dapatlah share entry Hormat Suami Bila Perlu Sahaja itu agar memberikan sedikit manafaat kepada pembaca-pembaca yang mungkin tidak pernah atau tidak sudi melihat dan membaca entry-entry di blog aku ini...ye lah, siapalah aku...

Sebelum itu, kena juga beritahu bahawa entry tersebut tersangat panjang dan harap-harapnya tiada pembaca yang serik untuk membaca entry-entry aku lagi...



Sekian.

3 Responses so far.

  1. Assalamualaikum dan salam ukhwah.

    first Terima kasih sudi join best entry neh.

    Maaf sebab lambat datang menjengah kesini atas sebab-sebab yg tak dapat sy elak kan.

    sy akan review entry panjanggggg abglong tuh sebaik mungkin InsyaAllah.

    once agains terima kasih join sy dan jangan segan untuk join sy lagik dilain masa yer.

    Terima kasih.

  2. sy dah buat entrynyer

    http://faish5807.blogspot.com/2011/05/bee-hormat-suami-bila-perlu-sahaja.html

    maaf lambat sikit.

  3. Salam...thanx a lot CNN

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com