Pentingkah iklan-iklan di dalam blog anda? Berapakah hasil pendapatan anda dari iklan-iklan tersebut? Iklan yang mana lebih sesuai diletakkan di blog anda? Iklan yang mana memberikan anda pulangan sepertimana yang anda mahukan? Iklan yang mana pula perlu dibuang kerana hanya melambatkan proses loading blog? Syarikat pengiklanan yang manakah menjadi pilihan anda?
Kenapa pula aku melalut hari ini bertanya perihal iklan-iklan di dalam blog? Entah lah... Aku harap tiada orang yang mengejek-ejek aku kerana menulis sesuatu yang memboringkan seperti ini.
Aku just ingin mendapatkan pandangan dari blogger sekalian samada iklan-iklan itu perlu diletakkan di sesebuah blog.
Ada sesetengah orang berpendapat iklan-iklan itu penting kerana dari iklan-iklan itulah kita akan mendapat duit semasa berblogging. Persoalannya, berapa banyakkah pulangan yang kita telah perolehi hasil dari iklan-iklan tersebut? Beribu? Berjuta? Ataukah sekadar beberapa sen? Maaflah jika soalan aku mengguris perasaan anda. Bukan ingin bersikap sinis tetapi sekadar ingin mendapatkan kepastian di dalam realiti kehidupan berblogging.
Aku pernah berborak bersama seorang rakan yang juga mempunyai blog.
Di bawah ini aku paparkan beberapa perbualan aku dengan rakan blogger yang tidak gembira dengan hasil dari iklan-iklan di blognya:
"Aku tak tahu lah Abang Long apa dan di mana silapnya. Dah lebih 2 tahun aku berblogging, bermacam-macam jenis iklan aku paparkan di dalam blog aku tetapi hasilnya cuma beberapa ringgit sampai malu aku hendak tunjukkan".
Aku bertanya, "iklan bagaimana yang engkau paparkan?".
"Aku subscribed dengan Google Adsense, Nuffnang, Bidvertizer dan lain-lain lagi. Sampai sekarang, aku tak pernah berpeluang untuk cash out. Jealous juga bila mendengar ada blogger yang kaya-raya hasil pendapatan iklan di blog mereka".
Aku bertanya lagi, "berapa ramai visitor blog engkau dalam sehari?"
"Kalau ikut statistics lebih kurang 200 orang sehari. Dengan jumlah visitor seramai itu, aku tidaklah mengharapkan apa-apa pendapatan yang lumayan, cuma agak kecewa kerana tidak pernah cash out walaupun dalam tempoh masa lama".
"So, apa yang engkau ingin buat?"
"Entahlah Abang Long. Aku ingat nak buang sahaja semua iklan-iklan tu, buat menyemak dan memberatkan blog aku tetapi hasil macam hampeh!".
Kecewa sungguh nampaknya rakan aku tersebut.
Well, aku bukanlah seorang blogger yang kaya-raya hasil iklan-iklan di blog. Malah, jika dibandingkan dengan blogger-blogger lain yang telah lama bertapak, aku hanyalah sekecil serangga yang boleh dihalau hanya dengan sedikit hembusan.
Bagi aku, tujuan aku berblogging adalah untuk mencurahkan perasaan di sebuah medium yang lebih canggih dan menarik di samping berkongsi ilmu dan maklumat yang mungkin berguna atau diperlukan oleh orang lain yang membaca artikel-artikel di blog aku ini. Aku tidak pernah dan tidak mahu mengharapkan apa-apa dari iklan-iklan yang aku paparkan di sini. Bukan apa, jika ada sekelumit harapan sekalipun, aku mungkin akan merasa kecewa jika harapan tidak kesampaian. Lebih baik aku fokus kepada menulis sesuatu yang aku suka. Itulah sebabnya, aku tidak pernah meminta atau memaksa rakan-rakan yang melawat blog aku ini untuk klik iklan-iklan yang berkenaan.
Tetapi..kenapa pula ada iklan-iklan di blog aku ini?
Simple. Bagaimanakah agaknya jika blog anda itu hanya dipenuhi dengan tulisan-tulisan artikel anda? Pasti membosankan bukan? Terlalu monotonous! Boleh sahaja memperbanyakkan gambar-gambar tetapi sudah tentu gambar-gambar tersebut akan menjadi batu ladung (pemberat) yang melambatkan proses loading blog. Dengan wujudnya iklan-iklan seperti dari Nuffnang, blog aku ini nampak lebih ceria dan meriah.
"Ellehhh..Abang Long ni. Sebab Abang Long masih tak berjaya mengaut duit dari iklan-iklan tu, Abang Long katalah macam tu. Cuba kalau Abang Long dah kaya-raya hasil dari iklan-iklan tu, sure Abang Long akan kata lain. Biasalah...seperti orang yang dah berjaya tu buat".
Entahlah..susah juga hendak explain kepada rakanku itu.
Cuma, aku sempat menutup perbualan dengan menasihatinya supaya teruskan berblogging dan share sesuatu dengan para pembaca blognya. Mana tahu, mungkin ada artikel yang memberikan manafaat kepada seseorang dan dia mendapat pahala dari Tuhan, dan bukankah itu lebih bernilai dari pendapatan hasil dari pengiklanan.
Bagaimana pula dengan anda? Pentingkah iklan-iklan di dalam blog anda? Gembira atau kecewakah anda dengan hasil-hasilnya?
Sekian.
Sejak aktif berblog sejak tahun 2008 lagi di blog satu lagi memang tk pernah pun sy merasa apa2 bayaran dr mana2 pihak pengiklan..sy menulis kerana sy cinta menulis..sy suka jika dapat meluahkan sesuatu di sini..tak kiralah berapa org yg sudi baca aatau jeling2 saja..so sy tk berapa kisah pasal iklan2 ini dan pendapatan dari iklan tersebut...tapi..
saya letak juga untuk nampak tidak kosong sgt...
Salam Nyanyisunyi...thanx sudi komen. Well, kita serupa walau tak sama.
SUKA PADA ARTIKEL INI..KEPADA KAWAN ABG LONG>BERBLOGING JUGA PERLU ADA TEKNIK
Salam Munira...thanx sudi komen. Setuju, berblogging perlukan teknik dan tektik..Sebenarnya dia dah buat apa yg sepatutnya dan dari segi trafik agak ok juga berbanding sesetengah blog. Cuma mungkin conversion agak kurang.
nak berblogging pun ade teknik jugak ek???
Salam Bella, thanx sudi komen. Yup! Mesti tau taktik dan teknik bergantung kpd matlamat anda berblogging. Jika ingin menjana pendapatan kena tau taktik utk menarik pelawat seperti perbanyakkan backlinks, membuat GA, contest, lucky draw dan sbgnya supaya blog lain akan memberikan anda backlink.
Dari segi teknik pula, perlu meringankan blog anda supaya pelawat tidak menunggu terlalu lama untuk blog anda loading dan reloading. Dengan demikian pelawat akan ada bnyk masa untuk membaca artikel2 dan juga melihat dan klik iklan2 menarik yg dipaparkan.
Actually, banyak lg...
selamat sore thanks untuk informasinya
t9p36w6z91 a1u09o1v27 z1o58b0g29 t6y40o7a71 c2q11z4n16 b7g53o1v78