Saturday, December 24, 2011

Orang Lain seronok bercuti, aku sibuk bekerja

8 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua. Apa plan anda cuti sempena Hari Krismas ni? Balik kampung? Jalan-jalan? Duduk rumah jer? Apa-apapun, selamat bercuti. Tentu seronok bukan?


Dalam anda berseronok-seronok bercuti tu, ingat-ingatlah orang yang bekerja macam aku ni...isk3.

"Kenapa? Abang Long tak bercuti ke? Tak dapat cuti?"

Well, kerja tengah berlambak ni. Lagi pula aku tengah monitor kerja-kerja ubahsuai pejabat aku di Shah Alam tu. Kerja-kerja ubahsuai dah menghampiri 80% dan ramai pula para pekerja kontrak (bos-bos mereka laaa) yang bertanya aku itu dan ini.

Kalau aku tak monitor, takut pula jadi lain yang diubahsuai.

So, buat masa ni, biarlah aku berkorban dahulu...

Yang penting, pejabat aku akan jadi lebih cantik berseri-seri.


Aku dan staf-staf aku nanti tentu saja akan seronok bekerja dalam suasana yang serba baru.

Lepas tu...

Aku pulak yang akan bercuti...yeaaaahoooooo!!!




Sekian.
Readmore...
Tuesday, December 20, 2011

Boleh sentuh macam-macam hal kecuali gaji

5 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Aku harap tiada sesiapa dari kalian yang marah-marah kat aku sebab lama tak update blog ni. Sekurang-kurangnya, aku memberi peluang kepada rakan-rakan semua untuk membaca entry-entry aku yang terdahulu termasuklah memberi komen-komen yang membina (...alasan..hehehe).

Alasan busy mungkin dah basi, tetapi aku sememangnya busy lately. Kerja yang bertimbun ditambah pula dengan kerja-kerja yang baru membuatkan aku kadang-kadang tercungap mencari nafas... apa-apapun, aku amat menghargai kunjungan rakan-rakan semua ke blog aku ini...thank you..thank you.


Actually, banyak perkara yang terpaksa dan dipaksa untuk aku handle sendiri. Bermacam-macam perkara berkaitan syarikat yang aku sentuh kecuali gaji, gaji, gaji dan gaji lagi...

Aku tahu dan aku juga faham bahawa hal-hal berkaitan dengan gaji adalah sentisif..eh silap..sensitif. Aku sekadar ingin menegur akan beberapa kesilapan di dalam pengiraan gaji kerana bagi aku, sepatutnya, kesilapan sedemikian tidak boleh berlaku. Oleh kerana hal gaji adalah sensitif, sudah tentu isu berkaitan kesilapan di dalam pengiraan gaji juga bakal menerbitkan elemen-elemen sensitif ataupun menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang sensitif.

Walaubagaimanapun, aku telah ditegur agar tidak campur tangan di dalam menangani isu tersebut dan akupun back-off bagi menjaga sensitiviti pihak pengurusan yang berkaitan.

Elok juga aku back-off agar tidak semakin mengeruhkan suasana. Lagipun, ianya berpunca akibat kesilapan pengiraan dan bukannya melewat-lewatkan pembayaran sepertimana sesetengah syarikat lain termasuklah syarikat di mana aku pernah bekerja dahulu. Apalah salahnya terkurang dapat dari mendapatnya lewat sebulan dan lagi pula jumlah yang terkurang tersebut akan dipulangkan juga nanti.

Back-off bukan bermakna aku just mengaku kalah dari ingin memperjuangkan nasib para pekerja aku yang gaji mereka terkurang bayar. Aku just ingin memberi ruang kesilapan yang berlaku diperbetulkan dengan segera oleh pihak yang terlibat.

Aku masih lagi menyusun strategi agar kesilapan sedemikian tidak berulang dan menjejaskan Jabatan di bawah kelolaan aku.

Seperti permainan catur juga, kadang-kadang kita menjangkakan peluang dan dengan segera menggerakkan Queen untuk menamatkan permainan dengan segera sedangkan mungkin perangkap sedang menunggu. Apalah salahnya untuk menyusun pawn dan positioning kuda dan bishop di kedudukan yang strategik agar serangan kita bakal membuahkan kemenangan mutlak.



Sekian.
Readmore...
Thursday, December 8, 2011

Blog aku hilang???

9 comments
 
Salam...

Sebelum itu, aku ingin memohon maaf kerana lama bebenor tak update blog aku ni. Kesibukan menguruskan hal-hal pejabat ditambah pula dengan tugasan penulisan, aku hampir tiada idea untuk mencoret apa-apa di blog ni.

Baru sebentar tadi aku buka untuk sesaja melihat kalau-kalau ada mesej-mesej penting yang disampaikan rakan-rakan.

Mata aku buntang...darah aku berderau...aku terkezzzzut...aku panik...aku sedih!!


Blog aku dah kena removed!

Google bagi mesej "suspicious activities".


Panik juga. Then aku contact Google.

Terpaksa minta verification code untuk reinstate Google account aku.

Kenapa jadi macam tu?

Ada beberapa andaian...

Mungkin ada orang yang tahu password Google aku dan masuk ke akaun dari tempat lain.

Mungkin ada orang cuba masuk atau hack akaun Google aku dan beberapa kali mengguna password yang salah.

Mungkin terlalu banyak backlinks yang cuba dihantar oleh SPLOG ke blog aku ini.

Mungkin sebab lama tak update...dan inilah caranya Google bagi warning kat aku supaya update selalu...

Entahlah...

Nasib baik masih boleh reinstate...

Kalau tak, terpaksalah buka akaun baru dan buat blog baru...mungkin namanya kena tukar...
...Abang Long Offline... atau
...Abang Long Takde Line...

Ish3...




Sekian.
Readmore...
Wednesday, November 30, 2011

Muka ketat, ketat dan ketat lagi

8 comments
 
Salam...

Apa perasaan anda jika seseorang menegur anda agar bersikap lebih ceria? atau..menyuruh anda membuang tabiat bermuka ketat (masam)? Menasihati anda demikian minggu demi minggu demi minggu demi minggu?. Minggu lepas cerita pasal muka ketat, minggu ni pasal muka ketat lagi, minggu depan pasal muka ketat juga, minggu-minggu berikutnya pun cakap pasal muka ketat, ketat, ketat dan ketat lagi.... Apa nih?


Niatnya baik untuk menggalakkan semua staff agar bersikap ceria khasnya dipermulaan minggu, tetapi kalau setiap minggu asyik bercerita hal muka ketat jer, harus staff yang mendengarnya akan terus-terusan bermuka ketat (akibat kebosanan yang melampau). Kalau tak ketat, terpaksa mengguna screw driver, spanar atau apa-apa gadget yang terfikir bagi memperketatkan lagi muka masing-masing...heeee.

Pada pendapat aku nasihat sebegitu cuma membazirkan masa dan menimbulkan rasa kureng bukan sahaja kepada orang yang mendengarnya bahkan juga kepada diri sendiri. Kalau telah memberi nasihat sekali dua dan masih tidak berjaya, sudah-sudahlah. Gunalah approach yang lain. Bukan mudah untuk menceriakan orang lain. Agak mustahil untuk mengubah sikap orang lain. So, buat apalah membuang masa berceramah dan berpidato tentang benda yang sama kecualilah berceramah hal-hal agama yang sememangnya dituntut untuk kita sama-sama berpesan-pesan tetapi secara berhemah dan penuh kesabaran.

Janganlah berharap dan beranggapan bahawa orang lain perlu mematuhi arahan agar sentiasa ceria atau mengelakkan bermuka ketat. Kita tidak tahu masalah orang. Kita tidak faham kenapa mereka bermuka ketat. Kita tiada hak untuk memarahi orang yang bermuka ketat. Kita tidak tahu ada kemungkinan muka seseorang itu sejak azali memang sedemikian ketat...(ada ke?).

"Habis tu?"

Setiap orang staff mempunyai perasaan yang tersendiri. Menyuap mereka dengan teguran-teguran atas perkara-perkara yang remeh-temeh membuatkan mereka bosan. Memperingatkan mereka tentang peraturan-peraturan ketat syarikat juga mungkin membuatkan mereka risau dan perasaan jadi berbaur-baur yang sudah tentu boleh memperketatkan muka mereka (hehehe...betul ke ayat aku tu?). Melaksanakan undang-undang secara syok sendiri juga boleh mewujudkan situasi yang sama.

Memanglah undang-undang syarikat perlu dipatuhi, tetapi memberikan kefahaman tentang undang-undang tersebut juga amat penting. Bukanlah dengan cara yang menimbulkan keresahan atau rasa tidak puas hati kepada staff seperti mengugut serta menyampaikan amaran secara keras atau dengan suara yang kuat seperti memberikan arahan kawad kepada segerombolan askar.

Apa kata bertindak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan keceriaan tetapi bukanlah dengan keterlaluan. Galakkan kerjasama (team work). Bangkitkan semangat dan bukannya berikan ugutan. Sebarkan khabar gembira progress syarikat atau vision MD yang inginkan syarikat untuk berjaya. Khabarkan misi-misi yang akan dibuat. Hebahkan bahawa semua orang di dalam syarikat adalah penting.

"Kalau muka diorang masih ketat?"

Biarkan. Senyum sahaja kepada mereka. Mungkin mereka ada masalah yang terlalu berat yang sedang dipikul. Tahulah mereka bagaimana untuk menceriakan diri sendiri. Mana ada orang yang ingin bermuka ketat seumur hidup.

"Ohh..jadi, cara saya tu salahlah yer?"

Bukan salah. Niatnya betul. Caranya boleh diperbaiki. Cuma janganlah memanjang-manjangkan perkara yang remeh-temeh hingga kelihatan tindakan tersebut seperti tiada added value sewaktu morning talk.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, November 29, 2011

Iklankan bahan lucah?

7 comments
 
Salam...

Apa perasaan anda apabila disogokkan dengan bahan-bahan berunsur lucah khasnya gambar-gambar dan klip-klip video? Malu? Marah? Atau suka dan kembang-kempis lubang hidung menahan gelora?

Mungkinkah ada yang akan menjawab, kalau tengok sorang-sorang OK la @ suka dan kembang-kempis lubang hidung tu? Kalau ada orang lain, malu atau buat-buat marah...ish3.


Biar apapun jawapannya, aku pasti gambar-gambar atau klip-klip video tak senonoh sebegitu akan menimbulkan kemarahan sesetengah ibubapa apabila ianya diperlihat atau dipertontonkan kepada anak-anak mereka yang masih kecil (belum akil baligh).

Begitu juga dengan aku...

Ada 2 atau 3 kali (yang aku perasan) blog aku ini dipaparkan iklan-iklan atau promosi-promosi blog lain samada melalui backlinks atau pings yang memaparkan entry-entry berbaur lucah dan pernah juga memaparkan dengan terang-terangan entry sinopsis video yang sememangnya lucah.

Jika sekadar gambar-gambar seksis yang masih lagi terkawal, tidak mengapa juga, tetapi kalau dah tunjuk gambar aksi-aksi seks dengan tubuh badan perempuan yang berbogel dengan jelas, bagi aku itu sudah keterlaluan.

Yang lagi haru...bila anak-anakku yang suka membelek-belek blog aku ini tiba-tiba berkata.."Abah, ada iklan video..pompuan tu tunjuk tetek!!!".

Sudah!!!!...Kelam-kabut aku masuk campur dan dengan segera menutup blog aku tersebut!

Kalau begini berterusan, terpaksalah aku ubah klasifikasi blog aku ini menjadi bahan bacaan untuk 18 tahun ke atas semata-mata untuk mengelakkan anak-anak aku melawat dan membaca blog aku ini.

Aduyai...!




Sekian.
Readmore...
Saturday, November 26, 2011

Duit duit duit duit duit

4 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal-afiat samada fizikal atau minda serta kewangan.

"Aik? Kewangan pun perlu sihat ke?"


Mesti! Kalau tidak, mungkin fizikal dan minda juga akan terkena effect ketidak-sihatan tersebut!

Bukanlah bermaksud menjadi mata duitan atau ingin bermewah-mewah tetapi sekadar ingin memiliki kewangan yang mencukupi untuk keperluan hidup.

Seringkali aku mendengar rakan-rakan berkata mereka bekerja bukan kerana duit tetapi lebih kepada kepuasan bekerja...biasalah, ayat standard. Cuba suruh mereka berikan kembali duit gaji mereka kepada syarikat selepas menerimanya, ada tak yang sanggup? Tak perlu kesemuanya, cuma beberapa peratus sahaja...mungkin ada yang terus meletak jawatan dengan alasan tiada kepuasan bekerja...hehe.

Dengan kata lain, kita bekerja memang bertujuan untuk mendapatkan duit cuma jumlahnya sahaja yang berbeza-beza bagi setiap orang. Begitu juga dengan mereka yang berniaga, juga inginkan duit. Kita tidak lagi berada di zaman barter trade di mana barangan dibeli dengan menukar barangan lain yang sama nilainya. Kita membeli dengan duit.


Duit adalah sesuatu yang penting di dalam kehidupan seseorang. Walaupun duit bukan segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit khasnya kepada mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini.

Jadi, jika duit itu penting...hampir segala-galanya memerlukan duit...duit adalah sebahagian punca kepuasan bekerja bagi kebanyakan orang (atau mungkin semua orang)...

Kenapa perlu menahan gaji pekerja?

Kenapa perlu melewat-lewatkan pembayaran gaji?

Kenapa perlu memotong-motong dan mencincang-cincang gaji pekerja dengan sesuka hati?

Jika gaji itu penting, kenapa perlu berkira untuk memberikan gaji yang sedikit tinggi kepada pekerja yang berkemahiran dan mungkin mendatangkan kebaikan kepada syarikat?

Kenapa enggan membayar lebih tetapi mahukan sesuatu yang berlipat kali ganda dari pekerja?

Jika enggan menerima monyet menjadi pekerja, kenapa sanggup membayar sekadar kacang?




Sekian.
Readmore...
Friday, November 25, 2011

Emergency Leave Bukan Annual Leave?

7 comments
 
Salam...

Aku jangka ramai rakan-rakan semua yang sedang merancang-rancang untuk bercuti. Maklumlah, dah hujung tahun, cuti perlu dihabiskan. Itupun bagi yang ada lagi cuti tahunan yang belum diambil. Bagi mereka yang dah kehabisan cuti mungkin terpaksa melangut bekerja sambil membayangkan (dengan jealousnya) rakan-rakan lain yang sedang atau akan bercuti. Lagipun, sekarang ni cuti sekolah dan musim orang kenduri-kendara.


Kepada anda yang kehabisan cuti atau memang tiada diberikan cuti tahunan, apakah yang anda akan lakukan jika keadaan memerlukan anda bercuti?

Ambil MC? or mungkinkah juga beli MC?

Minta cuti tanpa gaji?

Ambil Emergency Leave? Eh..silap! Emergency Leave tu sama jer dengan Annual Leave. Kalau Annual Leave dah habis, nak ambil Emergency Leave apa ke bendanya?

"Tak la bos, Emergency Leave tu bukannya Annual Leave."

Habis tu?

"Kira sama macam MC jugak."

Apesal gitu pulak?

"Polisi syarikat kata macam tu. Kalau ambil Emergency Leave, hukumnya sama jer dengan ambil MC."

Awak faham tak perbezaan di antara Emergency Leave dengan MC tu?

"Entah la bos, saya ikut jer. Lagipun big bos selalu cakap macam tu. Kalau ambil Emergency Leave tu sama jer dengan ambil MC atau main-main cuti."

Pulak dah!

Errrr...I reserve my comments.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, November 23, 2011

Meminta sesuatu yang tak perlu diminta

3 comments
 
Salam...

Masih di dalam mood kegembiraan selepas Malaysia memenangi pingat emas bolasepak di sukan Sea? Masih mengharap Kerajaan akan memberikan cuti umum kerana kemenangan tersebut? Walau bagaimana gembira sekalipun, biarlah berpada-pada. Biarlah kegembiraan TIDAK menjadi pemangkin pergaduhan di antara warga Malaysia dan Indonesia. Biarlah semangat kesukanan menebal dan bukannya semangat ethnocentrism.


Aku tidak berniat untuk mencoret tentang bolasepak kerana aku menjangkakan banyak blog-blog malah akhbar-akhbar juga bercerita tentang itu. Cuma, aku terpanggil untuk mencoret sesuatu apabila terbaca tentang anjuran beberapa blog dan orang perseorangan yang meminta PM kita untuk memberikan cuti umum sempena kejayaan tersebut. Layakkah kita meminta? Perlukah PM mengizinkannya? Yang pasti...kalau diberi cuti ramai juga orang suka...

Itu cerita meminta cuti umum. Agak sukar juga PM untuk mengizinkannya sebab banyak perkara lain yang bersangkut-paut dengan cuti umum yang perlu diambil kira dan bukannya sekadar memenuhi kehendak segelintir masyarakat sahaja.

Sebelum aku terus melalut, sebenarnya aku ingin mencoret tentang insiden yang sering-kali berlaku di pejabat...

Adakah salah meminta sesuatu dari pihak Pengurusan? Bagi aku tidak salah, cuma mungkin ada yang melabelkan anda sebagai demanding.

Bagaimana pula meminta sesuatu yang sepatutnya tidak perlu diminta?

Contohnya, meminta komputer (atau laptop) untuk tujuan kerja..

Meminta dibekalkan uniform untuk bekerja...

Meminta peralatan menulis untuk bekerja...

Meminta bantuan telekomunikasi untuk berhubung berkaitan dengan kerja...

Meminta gaji dibayar mengikut masa yang telah ditetapkan dan dijanjikan...



Apa-apapun...aku terlebih dahulu ingin meminta maaf...




Sekian untuk aku meminta-minta..
Readmore...
Monday, November 21, 2011

Bolasepak Malaysia vs Indonesia di Sukan Sea

1 comments
 
Salam...

Berpeluh! Tension! Berdebar-debar! Marah! Bengang! Bangga! Gembira! Kecewa! Ketawa! You name it, you got it!


Itulah perasaan aku ketika menonton perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Indonesia di Sukan Sea ke-26. Sampai ke saat-saat terakhir dada aku berdebar-debar. Entah berapa kali aku keluar rumah menenangkan fikiran lepas tu bergegas masuk ke rumah kembali untuk menonton tv.

Orang rumah aku pula telah menyediakan alat khas untuk memeriksa tekanan darah aku...aduyai! Itu macam menyindir aku tuh!...ish3.

Kiri kanan rumah aku riuh rendah dengan jeritan jiran-jiran.

Dan...

Akhirnya...


MALAYSIA.......MENAAAAAAAANNNNGGGGGGGG!!!!!!!!





Yey! Yey!
Readmore...
Saturday, November 19, 2011

Polisi menindas pekerja?

3 comments
 
Salam...

Anda bekerja sebagai pengawal keselamatan? Anda bekerja dengan memakai uniform khas? Kenapa yer? Nampak kemas? Nampak seragam? Nampak macam budak-budak sekolah? Tidak kiralah apa komen-komen yang terbit, memakai uniform khas bagi pengawal keselamatan merupakan sesuatu yang menjadi kemestian bagi semua syarikat-syarikat kawalan keselamatan.


Apa jadi jika anda tidak memakai uniform tersebut? Bos marah? Client akan bising? Syarikat akan didenda? Anda dikenakan tindakan tatatertib?

Jadi, jika memakai uniform merupakan suatu kemestian, setiap pengawal keselamatan perlu memiliki uniform tersebut. Sekurang-kurangnya 2 helai. Ye la...takkan hendak memakai uniform yang sama selama 6 hari dalam seminggu. Kalau sempat dicuci tak mengapalah juga. Kalau terpaksa bertugas melebihi tempoh 12 jam sehari, bila masa pula ingin mencuci uniform tersebut. Ramai orang akan menjauhkan diri bila terbau uniform yang dipenuhi bekas keringat dan peluh.

Persoalannya, siapakah yang membayar kos pembelian uniform tersebut?

Begini keluhan pekerja...

"Saya suka pakai uniform bang. Cantik, kemas dan nampak segak. Cuma, kenapa saya yang mesti membayar kos pembelian uniform tu? Sepatutnya pihak syarikat yang perlu menyediakannya. Lagipun, pekerja macam saya ni tiada pilihan lain terpaksa memakainya dan atas arahan syarikat juga."

Berapa harga sehelai uniform tu?

"Lebih kurang RM40. Kalau 2 helai dah jadi RM80. Dicampur dengan accessories saya perlu menanggung kos lebih RM100. Gaji saya bukannya mahal. Bagi saya RM100 tu nilainya agak tinggi untuk menyara kehidupan saya."

Pernah ajukan kepada syarikat supaya kos uniform tersebut ditanggung oleh syarikat atau sekurang-kurangnya diberikan sedikit subsidi?

"Pernah bang. Jawapannya, kalau tak nak boleh berhenti."

Alamak!

"Saya perlu bekerja bang. Sebab tu saya redha dengan apa yang berlaku. Cuma, saya agak terkilan, kenapa syarikat saya tu tak nak ikut cara syarikat lain? Syarikat-syarikat lain mengeluarkan belanja membeli uniform untuk dipakai oleh para pekerja."


Begini pula kata-kata Pengurusan syarikat...

"Untuk membeli uniform, banyak kos-kos tertentu yang pihak syarikat kena bayar. Bukan sekadar harga uniform sahaja malah kami juga memerlukan permit untuk menggunakan uniform tersebut. Apalah salahnya pekerja berkorban sedikit. Bukan mereka perlu membeli tiap-tiap bulan. Polisi syarikat telah ditetapkan begitu, jadi, mereka mestilah mematuhinya."

Itu bukan macam menindas pekerja ke?

"Kami dah beri penerangan. Mereka ada pilihan. Kalau tak suka boleh berhenti dan tak perlu bekerja dengan kami."

Kenapa syarikat tak mahu beri sedikit subsidi?

"Kami berniaga. Semuanya ada kos-kos tertentu yang kami perlu bayar. Kami perlu memastikan perniagaan kami mendapat keuntungan."

Ohhh...so, kiranya masing-masing syarikat dan staff sama-sama membantu perniagaan syarikat termasuklah menanggung harga kos pembelian uniform tu ye?

"Eh? Kami tak jual harga kos. Kami markup juga dalam 20% dari harga kos. Kalau tidak macamana kami nak untung? Kami kan berniaga...?"

Pulak dah!...




Sekian.
Readmore...
Thursday, November 17, 2011

RM100 punya pasal?

5 comments
 
Salam...

Aku rasa, rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sekarang ini sibuk bercerita tentang duit. Bukan kerana perlu berbelanja untuk persekolahan anak-anak mereka, tetapi khusus tentang pemberian wang tunai RM100 kepada setiap orang anak yang bersekolah oleh Kerajaan. Ramai yang ceria. Ramai yang merasa lega kerana beban perbelanjaan persekolahan tertampung sedikit.

Walaubagaimanapun, ada juga ibu bapa yang marah-marah atau mendengus tidak berpuas hati. Malah ada yang bertengkar pula dengan guru!...ish3.


Sejak kecil, aku memang dididik untuk sentiasa menghormati guru walaupun kadangkalanya aku agak terasa hati dengan tindakan atau perlakuan sebahagian guru-guru. Dalam kata lain, aku diajar agar menghormati mereka walaupun aku merasakan bahawa guru-guru tersebut melakukan kesilapan atau berbuat sesuatu yang pada pendapat aku tidak betul. Jadi, bila melihat terdapat segelintir ibu bapa yang bertengkar dengan guru, teringin juga untuk mengetahui apakah puncanya.

Dapat RM100 untuk seorang anak, sepatutnya menerbitkan kegembiraan kepada ibu bapa, mengapa pula ada yang tidak berpuas hati lalu bertengkar dengan guru?

"Macam ni bang, saya hargai niat Kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan menghulurkan bantuan kewangan RM100 untuk setiap anak yang masih bersekolah. Tetapi, kenapa proses pemberian wang tersebut seolah-olah macam huru-hara dan kucar-kacir?"

Maksud awak?

"Mula-mula kata hanya akan diberi awal persekolahan tahun depan. Tiba-tiba dapat panggilan untuk datang ke sekolah bersama-sama anak untuk sesi taklimat dan mengambil wang bantuan tersebut. Kalau diberitahu seminggu sebelum tarikh pengambilan tak apa juga, ini tidak, esok sesi taklimat dan pengambilan wang, hari ini baru diberitahu samada melalui telefon atau surat yang diberi kepada anak. Saya ni bekerja makan gaji dan bukan senang untuk mengambil cuti atau time-off. Jika sesuka hati pergi ke sekolah anak, syarikat juga boleh dengan sesuka hati memberikan surat amaran atau mungkin memberikan surat tunjuk sebab. Lebih teruk lagi kalau diberikan cuti sampai bila-bila (diberhentikan)."

Mungkin perlu sedikit pengorbanan untuk anak-anak.

"Memang kita perlu berkorban sedikit untuk mereka tetapi bukanlah terkorban akibat proses yang kucar-kacir macam ni."

Marah betul nampaknya brader tu...

Giliran aku pula berurusan dengan pihak sekolah untuk mengambil wang bantuan Kerajaan milik anak-anakku.

"Encik perlu tandatangan borang ni sebagai pengesahan menerima atau menolak pemberian Kerajaan."

OK, terima kasih. Laaa...ada ke ibu bapa yang menolak?

"Duit RM100 akan kami beri selepas sesi taklimat nanti ye?"

Pukul berapa sesi taklimat tu akan bermula?

"Lebih kurang dalam 2 jam iaitu selepas kita selesai mendaftarkan kedatangan dan pengesahan ibu bapa."

Berapa lama sesi taklimat tu?

"Tak lama, dalam 1 jam sahaja. Selepas tu kami akan serahkan wang RM100 tu kepada encik."

Ehh? Sepatutnya RM200 sebab anak saya 2 orang?

"Oh..anak encik yang seorang lagi tu sebelah petang sebab kita dah bahagikan mengikut darjah mereka."

Laaa...berapa lama pulak saya perlu berurusan untuk sesi sebelah petang tu nanti?

"Lebih kurang macam ni jugak encik."

Sambil terkujat-kujat mendengar penjelasan tersebut aku pergi ke dewan untuk menunggu sesi taklimat. Hari ini terpaksalah aku mengambil cuti emergency dan tanpa gaji sebab cuti tahunan aku dah habis. Sehari ambil unpaid leave gaji aku dipotong RM545...memang tak berbaloi.

"Encik, ada perubahan jadual sedikit. Oleh sebab terlalu ramai, sesi taklimat dan pemberian wang untuk sesi kedua cuma akan dibuat pada esok hari..."

Aduyai!...terpaksa pulak aku ambil cuti tanpa gaji selama 2 hari!....ish3. No wonder brader tadi tu bising-bising.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, November 15, 2011

Aku pro kepada staff?

2 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Aku harap semuanya sihat-sihat belaka. Aku, lately, agak kurang cergas. Kadang-kadang ada rasa seram sejuk. Mungkin keadaan cuaca yang kadang-kadang panas terik di waktu pagi dan tengahari, disusuli hujan lebat di sebelah petang membuatkan kesihatan aku agak terganggu. Ditambah pula dengan habuk (batu dan simen) semasa memantau proses renovation terhadap pejabat baru aku di Shah Alam, tanpa meminum air masak (atau air mineral) yang banyak, membuatkan tekak aku perit dan ada sedikit batuk-batuk...uhuk!uhuk!uhuk!...


Errr...actually, aku bukan nak bercerita tentang kesihatan aku. Aku nak bercerita tentang pandangan beberapa orang staff bahagian pengurusan di atas pendapat yang aku luahkan sewaktu sesi briefing di syarikat aku pagi semalam.

Pihak Jabatan Sumber Manusia (HR) telah menetapkan bahawa satu sesi briefing untuk semua staff di Ibu Pejabat akan diadakan pada setiap hari Isnin pukul 8.30 pagi, manakala pada setiap hari Rabu, setiap Jabatan mesti mengadakan mesyuarat mingguan bermula pada jam 5.30 petang.

Seorang wakil pihak HR dengan tegasnya memberitahu bahawa semua staff mesti menghadirkan diri di setiap sesi mesyuarat dan memastikan tiada kelewatan. Beliau menambah sebagai staff syarikat perlulah memiliki disiplin dan ketaatan yang tinggi dengan mematuhi setiap arahan dan polisi syarikat.

Aku kagum dengan ketegasan wakil pihak HR tersebut, dan kekaguman aku itu aku luahkan dengan bertanyakan soalan-soalan berikut...

Jika terdapat staff yang gagal menghadirkan diri bagaimana?

"Tindakan tatatertib akan diambil terhadap staff terbabit."

Hmmm...tegasnya..

Jika staff mengikuti arahan tersebut dan staff tersebut pula layak untuk claim overtime, adakah syarikat akan membayar staff tersebut kerana datang awal pada hari Isnin dan balik lewat pada hari Rabu?

"Mana boleh! Ini meeting bukannya bekerja!"

Tidak kira apa jua kerja atau acara yang dibuat atau dilalui oleh setiap pekerja. Jika mereka diberi arahan untuk berada di pejabat melebihi jumlah "normal hours of work", mereka berhak untuk claim overtime. Bukankah itu termaktub di dalam Undang-undang Buruh?

Soalan aku itu tidak berjawab dan seseorang telah mencuit bahu aku memberi isyarat agar membincangkan perkara tersebut di luar sesi briefing tersebut...hehe.

Selesai sesi briefing, aku ditegur agar tidak menyebelahi staff kerana aku di pihak pengurusan. Sepatutnya aku menyokong setiap tindakan yang pihak pengurusan lakukan...pulak!..ish3.

Uhuk! uhuk! uhuk!




Sekian.
Readmore...
Sunday, November 13, 2011

Muda-muda lagi dah jadi bos?

3 comments
 
Salam...

Anda seorang Pengarah syarikat? Anda seorang CEO syarikat? Anda seorang COO syarikat? Anda seorang Pengurus Besar syarikat? Anda seorang Pengurus Kanan syarikat? Anda cuma Pengurus syarikat yang biasa-biasa aje? Jika ya, baguslah...anda adalah seorang bos di syarikat anda.


Berapakah usia anda?

40 tahun ke atas? hmmmm...dah cukup matang. 30 ke 40 tahun? Ok..range umur yang kebiasaannya aggressive untuk mencari business. 26 ke 30 tahun? Masih OK...kadang-kadang terlalu aggressive untuk ke puncak...perlu lebih banyak bersabar mengawal emosi. 20 ke 25 tahun? Masih boleh...tetapi perlukan bimbingan. Bawah 20 tahun? Bergantung kepada jenis perniagaan dan syarikat siapa yang dia bekerja. Seeloknya, umur sebegini adalah diperuntukkan untuk menimba ilmu.

Bolehkah umur muda untuk menjadi bos?

Memang subjektif. Mungkin boleh. Mungkin perlu lebih belajar sebelum menyandang jawatan yang tinggi-tinggi.

Kenapa pula aku menyibuk mempersoalkan faktor umur untuk menjadi bos?

Aku just teringat insiden-insiden yang berlaku akibat kekhilafan beberapa orang bos muda. Malah, insiden yang berlaku di depan mata aku pula melibatkan beberapa bos muda berumur 25 tahun dan ke bawah.

Banyak tindakan-tindakan yang dilakukan agak kurang bijak dan kurang berkesan khasnya apabila menangani permasalahan yang melibatkan para pekerja bawahan. Mungkin, disebabkan mereka (bos-bos muda tersebut) tiada pengalaman yang mencukupi.

Jika mereka tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, kenapa pula menjadi bos?

Biasalah...jika syarikat tersebut merupakan syarikat emak dan ayah mereka. Ataupun juga jika syarikat tersebut milik suami mereka.

Aku berharap tiada siapa yang terasa dengan coretan simple aku ini. Kepada bos-bos muda (atau yang terlalu muda) timbalah ilmu seberapa banyak yang mungkin. Aku berpendapat, sekiranya syarikat tersebut milik emak, ayah atau suami mereka sekalipun, apalah salahnya menjawat jawatan yang tidak seberapa (bukan pengurusan tinggi) agar mendapat pendedahan dan pengalaman yang secukupnya. Jika tidak mahu, cuba dapatkan penasihat yang baik dan berkaliber untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.

Tetapi...kalau ada penasihat yang bagus dan ada pekerja-pekerja yang bagus-bagus juga, tetapi enggan menerima nasihat orang lain khasnya kerana beranggapan diri sendiri itu bos yang wajib dihormati (sombonglah tu), maka, aku tidak terkejut jika syarikat mengalami banyak hiccups.

"Eh...ada ke bos muda yang macam tu?"

Sebab ada la aku tulis ni...hehe.

Baru habis belajar di university, dan bila keluar terus jadi bos sebab suaminya pemilik syarikat tersebut. Kerana beranggapan pelajarannya semasa di university sudah cukup bagus dan memadai untuk menjadi seorang bos, maka, keegoan pun menebal...sekarang ni, kelam kabut si suami untuk memperbetulkan keadaan...ish3.




Sekian.
Readmore...
Saturday, November 12, 2011

Prosidur untuk penjenayah?

0 comments
 
Salam...

Mungkin cerita aku ini sudah basi iaitu tentang rompakan sebuah ATM milik sebuah bank terkemuka di Cheras awal minggu ini yang melibatkan kehilangan wang tunai lebih kurang RM316,000. Beberapa akhbar dan television memaparkan berita tersebut. Malah, ada yang menulis atau menyebut dengan hampir terperinci bagaimana modus operandi rompakan tersebut dilaksanakan oleh enam lelaki bertopeng.


Aku tidak berniat ingin mengupas tentang cerita rompakan tersebut cuma wujud beberapa persoalan yang bermain-main di minda aku.

Bukan tentang kehilangan yang ditanggung oleh pihak bank atau faktor-faktor keselamatan yang mungkin longgar hinggakan ATM tersebut boleh dirompak (dengan menariknya keluar dari SST area), tetapi lebih kepada maklumat terperinci yang dipaparkan atau diceritakan oleh akhbar-akhbar dan television.

Kenapa pula aku particular dengan maklumat tersebut?

Bukan apa...jika dahulu orang atau mungkin penjenayah tidak tahu bagaimana untuk melarikan atau merompak sebuah ATM, sekarang ini, selepas membaca akhbar-akhbar dan menonton television, cara-caranya dengan jelas diperolehi. Ikat dengan tali atau rantai yang kuat, seret dengan kenderaan dan pecahkan peti wangnya...!!

Aku juga tidak berniat untuk menegur para pemberita kerana memaparkan modus operandi penjenayah tersebut secara terperinci. Mereka sekadar menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka menyampaikan maklumat kepada pembaca atau penonton.

Aku cuma berharap modus operandi yang diceritakan tidak menjadi duplikasi kepada kejadian-kejadian lain di masa-masa akan datang.

Harap-harap pihak bank akan lebih berhati-hati dan berbuat sesuatu untuk memperketatkan kawalan keselamatan kepada ATM milik mereka.




Sekian.
Readmore...
Thursday, November 10, 2011

Ikut polisi atau menganiaya?

2 comments
 
Salam...

Minggu ini aku begitu sibuk dengan kerja-kerja aku khasnya turut sama memantau aktivi-aktivi pengubahsuaian (renovation) yang dilakukan terhadap pejabat baru aku di Shah Alam. Dengan kos pengubahsuaian melebihi angka RM 1 juta, sudah tentu syarikat ingin memastikan modal yang dikeluarkan tersebut berbaloi dengan hasil kerja kontraktor.


Aku memohon maaf sekiranya anda datang ke blog aku ini, tidak menjumpai sebarang entry baru sepertimana yang diharapkan untuk beberapa hari.

Di dalam kesibukan aku memantau operasi pengubahsuaian, sempat juga aku bertemu beberapa ex-staff aku di syarikat lama dahulu. Biasalah, apabila berjumpa, banyak kisah-kisah lama yang dibualkan dan aku tertarik tentang kisah-kisah "panas" yang pernah menyebabkan pekerja-pekerja melakukan mogok.

Puncanya adalah...gaji, gaji, gaji dan gaji lagi....

Bukan sebab gaji di bayar lambat, tetapi tentang gaji yang dipotong-potong dan dicincang-cincang.

Keluhan pekerja...

"Macam ni bos, overtime saya selalu sangat kena potong dengan bermacam-macam alasan. Walhal, kalau saya tak buat overtime tu, tak ada siapa pula yang akan bekerja pada masa tu."


Keluhan (atau mungkin keegoan) pihak pengurusan...

"Kita terpaksa potong jumlah overtime mereka sebab kita terikat dengan undang-undang buruh."

Undang-undang apa tu?

"Setiap pekerja hanya boleh membuat kerja lebih masa tidak melebihi 4 jam sehari."

Berapa jam kerja lebih masa yang mereka telah buat?

"Ada yang 5 jam, ada yang lebih dari tu. Malah ada juga yang telah buat overtime sampai 12 jam."

Apa yang pihak pengurusan buat?

"Kami potong semua jam yang melebihi angka 4 jam. Maksudnya, jika mereka bekerja 5 jam, kita cuma akan bayar maksima 4 jam sahaja."

Apa jadi dengan jumlah jam yang mereka telah bekerja tu?

"Itu, mereka kena tanggung sendiri. Siapa suruh buat OT sampai lebih 4 jam sehari? Mereka kena tahu dan faham tentang undang-undang buruh yang ada."

Ohhh...pihak pengurusan faham tak dengan undang-undang buruh tu?

"Mestilah. Kenapa awak bertanya macam tu?"

Undang-undang buruh tu bertujuan untuk menjaga kepentingan para pekerja agar tiada unsur-unsur penganiayaan terhadap mereka. Had bekerja lebih masa selama 4 jam sehari tu sebenarnya untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat memaksa pekerjanya bekerja melebihi tempoh tersebut khasnya dengan tujuan memberi mereka masa untuk berehat dan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.

Jika mereka (pekerja) terpaksa bekerja melebihi tempoh tersebut atas apa jua faktor, pihak syarikat perlu memberikan mereka pampasan atau bayaran yang setimpal.

Sekarang ini, perkara dah macam terbalik. Pekerja-pekerja tersebut telah bekerja lebih masa akibat kekurangan pekerja atau proses-proses yang memerlukan mereka menambah jumlah jam, manakala pihak pengurusan pula, tanpa berfikir panjang dan tanpa ada rasa simpati sesuka hati memotong jumlah bayaran yang sepatutnya mereka dapat. Itu penganiayaan namanya.

"Kami cuma mengikut undang-undang buruh."

Sebenarnya pihak pengurusan yang tidak faham tentang undang-undang buruh tersebut.

Saya cadangkan kesemua yang terlibat (di pihak pengurusan) untuk pergi berkursus tentang undang-undang buruh tersebut agar mendapat kefahaman dan menghentikan semua penganiayaan terhadap pekerja-pekerja.




Sekian.
Readmore...
Sunday, November 6, 2011

Feng Shui?

0 comments
 
Salam...

Anda berbangsa Cina? Anda bukan berbangsa Cina, tetapi adakah anda percaya kepada Feng Shui? Ramai rakan-rakan aku yang berbangsa Cina dan kepercayaan kepada Feng Shui sering kali memberi inspirasi kepada kehidupan mereka (atau mungkin juga menerbitkan masalah-masalah tertentu).


Apesal aku melalut di Hari Raya Korban nih? Cerita pasal Feng Shui pulak tuh?

Aku sekarang ini sedang sibuk menguruskan aktiviti renovation terhadap Cash Center aku di Shah Alam. Salah satu di antara perkara-perkara yang dikatakan wajib untuk diubah ialah kedudukan main gate besi. Pada asalnya kedudukan pintu utama itu betul-betul berhadapan dengan tiga simpang jalan dan menurut ramai rakan-rakan yang berbangsa Cina ianya memiliki Feng Shui yang tidak baik.

Tambah mereka, sebab itu syarikat asal yang menggunakan bangunan tersebut lingkup dan menunggu masa untuk muflis!

Aku memang tahu bahawa syarikat tersebut memang menghadapi masalah dan sedang menuju ke arah kemuflisan. Tetapi, adakah kehancuran syarikat tersebut disebabkan oleh Feng Shui yang tidak baik tersebut?

Apa yang aku tahu ialah, syarikat tersebut banyak melakukan kesalahan dan kesilapan termasuklah berbuat sesuatu yang melibatkan penganiayaan terhadap pekerja-pekerja serta kemungkinan berlakunya CBT (criminal breach of trust).

Bagi aku, jika penganiayaan berlaku atau dilakukan, tunggu sahajalah balasan atau kehancuran kerana doa-doa orang yang teraniaya itu makbul. Begitu juga CBT. Pecah amanah melibatkan penyalahgunaan wang pelanggan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.

Apa yang boleh aku katakan sekarang ini, bukanlah Feng Shui yang tidak elok yang menyebabkan syarikat tersebut lingkup tetapi perangai dan perlakuan pemiliknyalah yang membuatnya jadi begitu.

Balasan sedang dilaksanakan...Kesombongan kerana suka mengorbankan hak-hak para pekerja menjadikan syarikat tersebut juga terkorban. Adalah lebih elok jika membeli lembu atau kambing untuk dikorbankan daripada menyuruh atau memaksa pekerja-pekerja untuk berkorban dan terkorban.

Selamat Hari Raya Korban...




Sekian.
Readmore...
Friday, November 4, 2011

Hal-hal keselamatan tanggungjawab siapa?

1 comments
 
Salam...

Kelmarin, aku mencoret entry tentang "jangan mengambil mudah aspek-aspek keselamatan" khasnya kepada pekerja-pekerja syarikat kawalan keselamatan. Isu ini terbangkit setelah wujud kejadian rompakan yang mengakibatkan kehilangan nyawa seorang pengawal keselamatan baru-baru ini. Coretan aku itu telah menimbulkan beberapa isu-isu lain yang berkaitan. Ada yang suka, ada yang kurang berkenan (dengan statement aku) dan ada juga yang marah-marah tak tentu pasal.


Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab terhadap aspek-aspek keselamatan para pekerja syarikat kawalan keselamatan?

Ada yang kata itu adalah tanggungjawab syarikat sepenuhnya. Ada yang kata tanggungjawab pekerja itu sendiri. Ada juga yang kata pihak agensi Kerajaan juga perlu bertanggungjawab.

Pada pandangan aku, kesemua pihak yang tertulis di atas ada tanggungjawab masing-masing cuma peratusannya sahaja yang berbeza-beza.

Kita ambil satu sampel berdasarkan kejadian rompakan tempohari.

Kenapa kutipan wang tunai yang dibuat oleh pengawal-pengawal keselamatan tersebut hanya menggunakan kenderaan biasa dan bukannya kenderaan khas yang kalis peluru (bullet resistance)?

Para pengawal keselamatan mungkin menjawab, mereka diarah untuk membuat kutipan walaupun kenderaan khas tiada. Pihak syarikat mungkin berkata, kami terpaksa menggunakan cara yang berisiko kerana pihak Kerajaan lambat memproses kelulusan permit untuk membeli kenderaan khas tersebut. Jika kutipan tidak dibuat, syarikat mungkin terpaksa menanggung kos akibat dikenakan penalty oleh pelanggan. Agensi Kerajaan yang berkaitan pula mungkin menjawab, syarikat keselamatan tersebut sepatutnya telah membuat permohonan lebih awal untuk proses kelulusan permit.

Dalam kata lain, khasnya apabila rompakan telah berlaku, masing-masing seolah-olah menuding jari menyalahkan pihak lain.

"Macamana kami hendak menyediakan van keselamatan dengan cepat, agensi Kerajaan yang terlibat mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan sesuatu permohonan permit. Berbagai-bagai syarat diberikan termasuklah syarat memiliki suatu perjanjian (bersetem) dengan pelanggan kami. Mana mungkin kami dapat memeterai perjanjian dengan pelanggan kalau kami tiada van keselamatan yang merupakan syarat utama sebelum perhubungan perniagaan dibuat. Kadang-kadang kami terpaksa menunggu 3 hingga 6 bulan untuk mendapatkan satu permit. Dalam tempoh tersebut, kos-kos operasi terpaksa kami tanggung walaupun tiada jualan. Kami bukanlah sebuah syarikat pembekal barangan yang boleh menyewa kenderaan untuk penghantaran barangan. Jika van keselamatan tiada, kami sudah tentu tidak boleh berniaga."

Takkan lah sebab inginkan fee berjumlah kurang dari RM200 sanggup menggadaikan nyawa pengawal keselamatan?

"Kami tiada niat untuk mendedahkan kakitangan kami kepada risiko kematian atau kecederaan serius semasa bertugas. In fact, kadangkala kami terfikir juga, mungkin dengan menggunakan kenderaan biasa, risiko rompakan akan berkurangan kerana tiada siapa menjangka kenderaan tersebut digunakan untuk mengutip wang tunai."

Janganlah suka berbuat andaian sentiasa selamat apabila melibatkan hal-hal berkaitan wang tunai. Mungkin terdapat pakatan di antara staff sendiri dengan perompak, kita mana tahu. Semua elemen-elemen risiko mestilah diambil-kira.

"errrr..."

Jadi, sekarang ini, siapakah yang patut dipersalahkan?

Yang pasti, siperompak tersebut memang bersalah. Cuma, mungkin, mereka mengambil kesempatan terhadap peluang yang terhidang atau dihidangkan dengan sengaja serta dibantu oleh "orang dalam" yang membekalkan maklumat terperinci...




Sekian.
Readmore...
Wednesday, November 2, 2011

Jangan ambil mudah hal keselamatan

3 comments
 
Salam...

Mungkin anda semua telah tahu tentang kes rompakan yang berlaku kelmarin (31-Oktober-2011). 3 penjenayah bermotosikal merompak beberapa pengawal keselamatan (dalam sebuah kenderaan pickup, Toyota Hilux) yang baru selesai mengutip sejumlah wang tunai dari PPUM untuk didepositkan ke sebuah bank. Salah seorang dari pengawal keselamatan tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana terkena 2 das tembakan perompak terbabit.

Sedih dan simpati terhadap mangsa dan ahli keluarga beliau. Dengar ceritanya, beliau baru sahaja bertugas dengan syarikat kawalan keselamatan tersebut selama 3 hari sebelum kejadian yang meragut nyawa beliau itu berlaku.


Terdapat beberapa persoalan yang berlegar di minda aku dan di antaranya ialah...

Kenapa mereka menggunakan sejenis kenderaan 4WD (pickup) Toyota Hilux? Kenapa tidak menggunakan kenderaan keselamatan yang mempunyai feature bullet resistence? Walaupun jumlah wang yang dikutip tidaklah terlalu banyak (sekadar berjumlah lebih kurang RM170,000), elemen risiko untuk menjadi mangsa rompakan adalah tetap tinggi.

Di manakah menghilangnya tanggungjawab pihak syarikat yang mungkin memberikan kebenaran penggunaan kenderaan biasa untuk membuat kutipan wang tunai?

Adakah ianya semata-mata non-compliance (menyalahi atau melanggar peraturan)?

Atau, adakah syarikat mengalami kekurangan kenderaan keselamatan yang mempunyai features yang sesuai untuk tujuan tersebut hingga sanggup memberi kebenaran penggunaan kenderaan biasa?

Actually, penggunaan kenderaan biasa untuk membawa wang tunai dengan jumlah yang agak besar sudah biasa aku dengar. Cuma, inilah kali pertama aku mendengar kes rompakan yang melibatkan penggunaan kenderaan biasa sebegitu semasa pengutipan wang tunai oleh syarikat kawalan keselamatan..


Aku rasa, sekarang ini ramai pemilik-pemilik syarikat kawalan keselamatan dan staff-staff mereka mula terasa bahangnya. Sebelum ini, mungkin sering mengambil mudah soal-soal keselamatan, sudah mula terkial-kial dan tergesa-gesa untuk memperbetulkan keadaan.

Sebelum ini, mungkin kerana tidak pernah terjadi, sering menganggap bahawa tidak mungkin kenderaan mereka dirompak kerana kebiasaannya orang akan tahu bahawa wang tunai hanya akan dibawa menggunakan kenderaan keselamatan yang kalis peluru. Selepas kejadian ini (jika mereka mendapat pengajaran berguna daripadanya), aspek-aspek keselamatan dan penggunaan kenderaan yang sepatutnya semasa membuat pungutan wang tunai mungkin akan dipertingkatkan dan garis panduan berkenaannya dipatuhi.

Mungkin wujud unsur-unsur penglibatan "orang dalam" tetapi aku tiada hak untuk memberi komen tentang itu, lebih-lebih lagi ianya di dalam siasatan pihak Polis.

Biasalah...kebanyakan manusia hanya mula akan bertindak jika sesuatu perkara itu telah berlaku. Sepatutnya, elemen-elemen risiko perlu dikenal-pasti dan tindakan mitigation perlulah diambil.

Aku harap, kepada syarikat kawalan keselamatan yang lainnya termasuklah syarikat aku juga mendapat iktibar daripada kejadian tersebut dan bertungkus-lumus memastikan elemen-elemen kawalan keselamatan serta risiko-risiko yang berkaitan dikaji dan diimplimentasikan.

Janganlah suka mengambil mudah soal-soal keselamatan. Bila berlakunya kehilangan nyawa barulah ingin bertindak.




Sekian.
Readmore...
Monday, October 31, 2011

Gaji tak akan naik?

7 comments
 
Salam...

Sana sini orang bercerita tentang kenaikan gaji penjawat awam. Sana sini peniaga-peniaga bercerita untuk menaikkan harga barangan kerana gaji penjawat awam dah naik. Sana sini pemilik-pemilik gerai makanan bercerita untuk menaikkan harga makanan kerana barang-barang akan naik berpunca dari kenaikan gaji penjawat awam. Yang tak berapa bestnya, sana sini juga aku mendengar keluhan pekerja-pekerja swasta tentang gaji mereka yang tidak naik-naik tetapi harga barangan dan makanan semakin meningkat.


Apabila pekerja swasta mengadu kepada penjawat awam, si penjawat awam berkata..."tu la..kenapa dulu tak nak kerja sebagai penjawat awam?". Lalu si pekerja swasta mengomel, "dah mintak dah, tapi tak dapat-dapat. Lagipun, takkan semua orang akan diterima bekerja sebagai kakitangan awam. Bukannya banyak kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan."

Keluhan demi keluhan aku dengar walaupun kebanyakan mereka yang mengeluh itu orang Melayu kita dan beragama Islam. Memang pernah diajar dan diberi peringatan agar tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, tetapi hakikatnya, ramai yang mengeluh juga. Gaji ciput dan tak pernah naik-naik walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya.

Pernah juga aku bersuara, kenapa syarikat tidak mencontohi syarikat swasta lain yang memberikan kenaikan gaji tahunan?

Jawapan balasan yang aku terima agak sinis juga.

"Kita ni syarikat yang kecil dan pendapatan kita amat bergantung kepada bayaran invois dari pelanggan kita. Janganlah bandingkan syarikat kita dengan bank yang awak pernah bekerja dahulu. Bank memang boleh la bagi kenaikan gaji setiap tahun. Mereka dapat untung banyak hingga berbilion-bilion."

Lalu aku menambah...bukanlah meminta kenaikan sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Jika ada kenaikan RM20 ke RM50 pun mungkin sudah memberikan impak positif kepada para pekerja.

"Senang la awak cakap. Untung kita bukan la banyak. Lepas tu, ada juga pelanggan yang gagal untuk membuat bayaran atau melewat-lewatkan pembayaran selama berbulan-bulan. Credit Note dan penalty pun berlambak-lambak. Modal pusingan kita jadi tersangkut-sangkut, inikan pula hendak beri kenaikan gaji."

Kenapa pelanggan melewatkan pembayaran invois?

"Mungkin sebab kesilapan di dalam invois. Mungkin sebab mereka ingin mengira semula harga invois untuk memasukkan jumlah Credit Note dan penalty."

Kenapa banyak Credit Note atau penalty?

"Sebab pekerja kita kadang-kadang tidak datang atau datang lambat. Kadang-kadang kita kekurangan pekerja sebab ramai yang berhenti."

Kenapa pekerja-pekerja kadang-kadang tidak datang?

"Tu lah, disiplin kurang. Tak ada semangat untuk datang bekerja."

Kenapa pula ramai yang berhenti?

"Mungkin mereka dapat tawaran bekerja di tempat lain."

Kenapa mereka terima tawaran syarikat lain?

"Mungkin gaji yang ditawarkan lagi tinggi."

Hmmmm...memang perkara asasnya ialah...GAJI.. bukan begitu? Kenapa tak tawarkan gaji sama seperti syarikat lain?

"Macamana nak naikkan gaji? Pelanggan tak nak naikkan fees. Lepas tu asyik lewat-lewatkan pembayaran."

Mungkin pelanggan tak berpuas hati dengan servis yang kita berikan. Ye la..kalau saya jadi pelanggan pun mungkin saya rasa tak puas hati bila ada pekerja yang datang lambat atau langsung tak datang.

"Habis tu, apa syarikat perlu buat?"

Cuba layan staff macam suatu aset yang berharga. Jaga kebajikan mereka. Berikan gaji yang lebih baik.

"Senang la awak cakap. Nak bayar gaji tinggi macamana sedangkan payment dari pelanggan selalu lewat, banyak Credit Note dan penalty?"

Invest la dahulu. Keluarkan modal untuk pembayaran gaji yang sedikit menarik dan pastikan gaji tidak dibayar lewat. Mungkin jika hal-hal gaji ini selesai, syarikat akan mendapat pekerja yang baik, berdisiplin dan loyal dengan syarikat. Mungkin masalah disiplin dan peratusan pekerja yang berhenti akan berkurangan...

"Takkan kita asyik nak invest sahaja? Entah bila pula pulangan yang kita akan dapat? Syarikat bukannya sentiasa ada duit untuk buat investment."

Buatlah belanjawan (budgeting). Struktur semula oraganisasi. Kaji semula semua perbelanjaan. Analisa cara-cara untuk membaik pulih prestasi dan yang lagi penting pastikan para pekerja dijaga kebajikan mereka.

"Balik-balik kebajikan pekerja. Kalau mereka tak puas hati pasal kebajikan, kalau mereka tak suka jumlah gaji yang mereka terima sekarang ini, kalau mereka tak puas hati kepada syarikat, mereka boleh berhenti dan cari kerja lain!"

Hmmmm...confirmed! Gaji pekerja tak akan naik. Servis tak akan bertambah baik. Pelanggan tak berpuas hati. Silap-silap syarikat akan semakin lemah kerana margin keuntungan menyusut akibat banyak Credit Note dan penalty...




Sekian.
Readmore...
Sunday, October 30, 2011

Blog aku, blog tak matang?

9 comments
 
Salam...

Benarkah blog aku, blog orang tak matang? Blog yang kebudak-budakan? Blog yang hanya sesuai dilawati atau dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?


Matang sangatkah orang yang melabelkan blog orang lain khasnya blog aku ini sebagai suatu blog yang tidak matang?

Kenapa? cer citer...cer citer...

Aku just received an e-mail dari seseorang yang pernah melawat atau terlawat (secara tidak sengaja) blog aku ini dan itulah statement yang dia hantar melalui e-mail tersebut. Blog Abanglongonline hanya layak dibaca oleh budak-budak atau pelawat-pelawat yang tidak matang kerana memaparkan aksi-aksi kucing di setiap entry!

Aku telahpun menjawab e-mail tersebut dengan satu ayat yang simple... "Terima kasih di atas kesudian anda untuk datang menjenguk blog saya yang tidak matang ini walaupun anda adalah seorang yang matang!"...huhu.

Aku sekadar menjangkakan bahawa dia hanya singgah sebentar di blog aku ini dan melihat gambar-gambar di halaman utama. Sudah tentulah gambar-gambar kucing dengan berbagai aksi dan reaksi yang dipaparkan. Aku juga pasti bahawa dia tidak pernah membaca entry-entry aku secara keseluruhannya.

Persoalannya...adakah memaparkan hanya aksi-aksi dan reaksi kucing membuatkan blog aku ini menjadi suatu blog yang tidak matang dan hanya sesuai dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?

Tidak mengapalah...aku terima seadanya.




Sekian.
Readmore...

Mengimbau cerita lama?

4 comments
 
Salam...

Dua tiga hari ni, aku asyik ditemukan dengan beberapa ex-staff aku semasa bertugas di sebuah syarikat kawalan keselamatan beberapa tahun dahulu. Banyak yang kami bualkan dan khasnya berkisar tentang aku dan karangan (e-mail) yang aku telah hantar sebelum aku keluar dari syarikat tersebut. Memang aku emotional. sesuai dengan tajuk entry yang aku tulis memaparkan karangan (e-mail) tersebut di SINI.


Di antara banyak topik-topik yang kami bualkan, aku tertarik dengan satu statement yang dikeluarkan oleh salah seorang ex-staff aku tersebut iaitu...

"Selepas Encik Wan keluar, semakin galak mereka melakukan CBT menyalah-gunakan wang client untuk kepentingan peribadi. Kerap kali juga mereka melakukannya secara terang-terangan!"

Bulat mata aku!...

Aku telah lama mengesyaki perkara tersebut sebelum aku bekerja di syarikat itu lagi, cuma aku tiada bukti yang kukuh. Sekadar mengesyakinya melalui discrepancy yang wujud semasa melakukan reconciliation (semasa masih bekerja di bank) dan beberapa e-mail dari pekerja-pekerja yang telah berhenti (atau mungkin diberhentikan).


Well, tindakan aku untuk implement registers dan beberapa peraturan ketat khasnya yang melibatkan pergerakan wang tunai pelanggan, mungkin telah menimbulkan keresahan di kalangan mereka yang sebelum itu terlibat (mungkin) dalam CBT tersebut.

Ada kemungkinan (mungkin just perasaan aku), tindakan mereka mempersoalkan kredibiliti aku, menimbulkan isu-isu personal tentang aku serta menghasut pekerja-pekerja aku untuk membenci aku adalah bertujuan untuk memberi tekanan dan seterusnya memaksa aku berhenti dari syarikat tersebut...hmmmm.

Aku juga pernah menyentuh tentang perkara itu di SINI.

Apa-apa pun...itu dahulu. Sekarang ini syarikat tersebut dah terkulai dan hampir terkubur. Benarlah seperti kata-kata orang lama...jangan sesekali ambil wang atau harta yang diamanahkan kepada kita, kelak kita akan binasa.

Dan...sekarang ini aku cuma termenung dan sedikit tersentak apabila ex-staff aku tersebut menyebut beberapa nama orang yang terlibat samada membantu pihak yang satu lagi untuk melakukan CBT atau nama-nama tersebut sebenarnya yang melakukan CBT untuk diri sendiri tetapi telah menjual nama orang lain...

Janganlah pula ada yang menjual nama aku pula dengan tujuan untuk menganiaya aku.



Sekian.
Readmore...
Friday, October 28, 2011

Masak mee bandung lagi?

12 comments
 
Salam...

Anda suka memasak? Masakan apa yang anda paling suka masak? Masak gulai? Masak lemak cili padi? Masak kurma? Masak singgang? Masak asam pedas? Masak mee maggi? masak nasi? Atau just suka masak air jer? ataupun..just suka jerit...masaaaaaaaaaaakkkkk!!...ish3.


Terus terang cakap, semenjak dua tiga empat lima enam menjak ni, aku suka sangat masak. Tak tau la kenapa? Cuma menunya..mee bandung, mee hailam, mee rebus dan mee  num (minum...hehe).

"Aik? Asyik-asyik masak mee jer..tak ada menu lain lagi ke?"

Bukan tak ada, cuma tu jer yang aku tau...hehe.

Engkau ada? Menu apa yang engkau suka masak?

"Aku cuma tahu menu engkau yang last tuh...mee num (minum)..huahuahua."

Cheh!!

Bercerita pasal mee bandung ni, dulu aku ada post satu entry bertajuk "Abang Long masak mee bandung". Ada juga la yang tinggal komen kat situ sebab entry tu semacam mengarut dan lawak... hehehe.

Resepi yang aku paparkan di situ sebenarnya aku cilok dari salah sebuah blog yang aku temui khas bercerita tentang mee bandung Batu Pahat. Terus terang, aku ingin meminta maaf sebab resepi tersebut sebenarnya tak kena dengan tekak aku. Especially, bila ada dicampur sedikit santan kelapa. Instead of jadi mee bandung Batu Pahat, dah jadi macam mee kuah kacang. Sebijik macam rasa kuah kacang untuk cecah satay tuh...aduyai!!

So, kali ni, aku akan beri pula resepi yang betul-betul sebijik rasa macam mee bandung Batu Pahat.

Silakan baca...


Bahan-bahannya (untuk 5 orang mengkedarah):

  • 200 - 300 gram daging yang telah direbus dan dihiris nipis.
  • Air rebusan daging kat atas tu. Kalau guna air rebusan ketam lagi sedap dan manis.
  • 50 - 100 gram udang kering dikisar (aku suka kalau udang kering tu banyak)
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 cawan kacang tanah yang telah disangai (goreng tanpa minyak) dan dikisar
  • 5 - 10 ekor udang basah (kalau ada yang hidup lagi best...)
  • 3 - 5 sudu besar cili giling (nak guna cili boh buleh)
  • Tauhu goreng yang dihiris nipis (ikut suka banyak mana)
  • Sayur sawi (ikut suka berapa banyak)
  • 3 - 5 bijiTelur
  • 1 kilo mee kuning (dicelur)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cili hidup (dihiris nipis untuk hiasan)

Cara-cara memasaknya:

1. Mula-mula, alihkan kucing dari kuali/periuk memasak dan letakkan di tempat yang sesuai..hehehe


2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling. Biar cili tu sedikit garing.
3. Masukkan udang kering dan teruskan menumis hingga terbit bau.
4. Masukkan air rebusan daging (atau ketam) dan juga daging yang telah dihiris nipis. Biarkan mendidih dan daging jadi empuk.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar. Biarkan mendidih hingga pecah minyak. Kuantiti kacang tanah bergantung kepada anda (aku lebih suka jika kacang tanah banyak bagi memekatkan kuahnya).
6. Masukkan udang basah dan tauhu.
7. Pecahkan telur (jangan dikacau untuk mengelakkan kuningnya pecah)
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa (kebiasaannya telur akan menyerap garam dan gula, so, boleh la lebihkan sedikit jika mahu)
9. Masukkan sayur sawi

Cara-cara menghidangnya:

Curahkan kuah bandung ke atas mee yang telah dicelur dan hiaskan dengan potongan cili hidup yang dihiris nipis tadi. Jika suka, boleh juga taburkan sedikit bawang goreng.

So, siaplah mee bandung Batu Pahat. Enjoy lah makan bersama 3 orang rakan dan seekor kucing (yang anda telah alihkan tadi)...


Itulah resepi mee bandung Batu Pahat aku yang aku masak untuk menjamu family dan kawan-kawan yang datang berziarah di Hari Raya tempohari. Sampai kena masak 2 periuk sebab tak cukup! Dah tu, bukan setakat sehari...3 hari yang berlainan aku kena masak!

Alhamdulillah, ramai juga yang suka masakan aku tu...pas ni, leh la pi niaga...huhu.




Sekian.
Readmore...
Thursday, October 27, 2011

Cara-cara kempiskan perut yang berkesan?

1 comments
 
Salam...

Anda gemuk? Perut anda buncit atau boroi? Dah banyak kali berusaha tetapi masih gagal untuk mengempiskan perut anda?


Aku ingin share 2 cara yang mungkin sesuai dan berkesan untuk mengempiskan perut anda yang buncit atau boroi tersebut.

Pertamanya, jagalah pemakanan anda. Memang agak subjektif tetapi aku suggest anda cuba untuk berpuasa nasi selama sebulan. Makan makanan yang bukan berasaskan beras seperti nasi dan mee hun. Cuba untuk skip lunch tetapi anda mestilah mengambil breakfast. Jika berpuasa, hendaklah bersahur.

Keduanya dan yang paling penting, ketahuilah senaman untuk mengempiskan perut yang sesuai dan bersenamlah dengan cara yang betul serta berterusan (istiqamah). Melakukan sit-ups sebenarnya tidak begitu membantu dalam mengempiskan perut. Sit-ups hanya menegangkan otot-otot di bahagian paha.

Apakah senaman yang sesuai?

Meh..kita share..

Senaman Pertama
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian atas perut (abdomen) anda:


1. Mulakan dengan berbaring di mana belakang anda rata ke lantai.

2. Bengkokkan kaki untuk menaikkan lutut anda. Pastikan tapak kaki, punggung dan belakang anda rata di atas lantai. Kedudukan kaki anda hendaklah sentiasa begini untuk memastikan belakang anda mendapat sokongan semasa bersenam.

3. Letakkan kedua-dua tangan anda melintang di antara satu sama lain dan menyentuh bahagian dada anda. Sesetengah orang suka meletakkan tangan di bawah tengkuk tetapi sebenarnya salah dan mungkin menyebabkan kesakitan tengkuk. Ada juga kemungkinan, sekiranya anda penat, anda akan menarik tengkuk anda untuk menghabiskan senaman tersebut dan bukannya memberi tekanan terhadap perut (abdomen).

4. Dengan perlahan-lahan, naikkan kepala dan bahagian atas badan anda sehingga anda dapat merasakan ketegangan di bahagian perut dan pastikan bahagian belakang badan anda sentiasa rata di atas lantai. Semasa mengangkat badan, tarik nafas dalam-dalam.

5. Turunkan kepala dan bahagian atas badan anda seperti keadaan asal. Lakukan dengan perlahan-lahan dan hembuskan nafas yang anda tarik tadi.

6. Ulangi proses di atas dalam 30 kali. Selepas itu berehat lebih kurang 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Senaman Kedua
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian bawah perut (abdomen) anda:


1. Berbaring rata di atas lantai.

2. Naikkan kaki anda dan pastikan lurus serta silangkan di bahagian tumit atau betis.

3. Pastikan tangan anda diletakkan rata ke lantai.

4. Perlahan-lahan, angkat punggung anda lebih kurang 2 inci dari lantai. Pastikan kaki anda tegak dan tidak bergerak.

5. Tahan kedudukan anda tersebut hingga anda merasakan tekanan di bahagian bawah perut (2 - 3 saat). Pastikan kepala dan bahu anda sentiasa rata di atas lantai. Tarik dan tahan nafas anda di waktu ini.

6. Perlahan-lahan, turunkan punggung anda dan hembuskan nafas (juga dengan perlahan-lahan).

7. Ulangi proses di atas hingga 30 kali. Berehat dalam 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Aku syorkan anda buat setakat 30 kali senaman pertama dan 30 kali untuk senaman kedua dalam sehari. Tak payah lebih-lebih kecuali anda memang tahan. Jika tidak anda mungkin menyiksa diri dan akhirnya senaman tersebut menjadi bebanan lalu anda akan bosan dan berhenti bersenam.

Kalau anda ada masa...lakukan brisk walking.


Harap info di atas bermanafaat dan kita sama-sama memiliki perut yang kempis.




Sekian.


Readmore...

The FACEBLOG?

2 comments
 
Salam...

Anda ada Facebook? Anda ada blog? Agaknya yang mana satukah yang lebih banyak memakan masa anda? Yang mana satu pula yang paling anda suka layari?

Well, aku pun ada kedua-duanya sekali. Dahulu...lebih banyak masa aku terbuang untuk Facebook.


Sekarang...banyak masa untuk berblog pula dan Facebook aku gunakan lebih kepada untuk "ping" entry-entry aku jer...

Errr...ada gak sket chatting.

Errr...sket tengok-tengok profile orang, gambar-gambar orang dan bermacam-macam gambar lagi..

Errr...gambar kucing pun banyaaaaaak...hehehe...




Bercerita tentang "ping" ni, ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan "ping" dan yang baru aku temui ialah...FACEBLOG.


Kiranya...FACEBLOG tu berasal dari perkataan-perkataan "Facebook" + "Blog" la tuh..

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang  FACEBLOG, just klik jer banner kat atas tu. Banyak gak tutorial berguna yang boleh kita pelajari di SITU.

Orait!!...Itu jer iklan aku untuk hari ni...huhu.




Sekian.
Readmore...
Wednesday, October 26, 2011

Pandai atau memandai-mandai?

4 comments
 
Salam...

Anda bijak? Anda pandai? Adakah kepandaian anda itu membantu di dalam membuat keputusan yang bijak? Atau..adakah kepandaian anda itu menjurus kepada tindakan "memandai-mandai"? Atau.. adakah sikap suka memandai-mandai itu suatu tindakan anda yang bijak?


Apahal pulak aku melalut ni? Dah la tu, cakap pulak berbelit-belit?...ish3.

Pada pendapat aku "bijak" dan "pandai" itu membawa maksud yang berbeza, manakala, "memandai-mandai" itu pula menjurus kepada sesuatu yang negatif.

Apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan ni?

Pada ketika ini, aku sedang di dalam proses untuk menaik-taraf syarikat aku dan salah satu cara untuk tujuan tersebut, aku memerlukan beberapa orang pekerja yang bijak, berpengalaman dan berupaya membantu aku untuk mencapai certain targets yang aku telahpun gariskan.

Aku telah bertemu beberapa orang candidates yang sesuai. Kami telah berbincang dan bersetuju khasnya tentang tawaran kerja yang melibatkan pakej seperti gaji dan benefits yang lainnya.

Salah seorang daripada candidate tersebut telah aku bawa dan temukan dengan Pengurus Sumber Manusia untuk formality dan penyiapan dokumen perlantikan kerja.

Hendak dijadikan cerita...rupa-rupanya, semasa sesi interview dengan Pengurus Sumber Manusia tersebut, pakej kerja, tangga gaji dan benefits lainnya telah diubah atau diolah semula. Aku hanya tahu perkara tersebut setelah diberitahu oleh candidate tersebut yang tidak berpuas hati beberapa hari selepas sesi interview tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, aku telah bertemu dengan Pengurus Sumber Manusia dan inilah perbualan kami...

Apa cerita? Apa yang awak dah buat sampai candidate kita tak puas hati?

"Tak puas hati? Tapi, semasa sesi interview tempohari, ok jer?"

Candidate tak puas hati pasal offer kita.

"Begini bos, candidate minta gaji yang agak tinggi malah lebih tinggi dari skala gaji pekerja kita yang sedia ada. So, semasa sesi interview tersebut, saya kurangkan la."

Takkan sampai 20% kurang daripada apa yang dia dapat di tempat kerja lamanya?

"Tapi, semasa sesi interview tu, tak ada pulak dia bangkang."

Mungkin dia malas nak panjang-panjangkan cerita dan sudah bosan dengan soalan-soalan awak?

"Niat saya cuma nak kurangkan kos syarikat, bos."

Saya faham. Saya pun tahu yang awak memang bijak dan pandai mengawal setiap sesi interview. Saya juga hargai niat awak untuk mengurangkan kos syarikat. Cuma, adakah awak tahu atau faham apa makna "pinching"?

"Maksud bos?"

Candidate tu sekarang ni masih lagi bekerja. Oleh kerana dia ada kepakaran yang kita perlukan, kita cuba "pinch" dia dari syarikat yang dia sedang bekerja. Oleh itu, kita perlu beri dia suatu tawaran yang lebih baik daripada apa yang dia terima sekarang dan bukannya memberi suatu tawaran yang kurang nilainya.

Memang, dari segi gaji, permintaannya agak tinggi sedikit daripada skala gaji pekerja kita yang sedia ada, tetapi, kepakaran yang dia miliki mungkin akan membantu kita melipat-gandakan business volume dan meninggikan margin keuntungan syarikat. Secara tak langsung, kos membayar gaji dia yang sedikit tinggi tertampung oleh keuntungan tersebut.

Bukan ke semasa sesi pembentangan perancangan saya tempohari, saya ada memberi penerangan yang panjang lebar tentang perkara ni?

"Maaf bos, saya tak teringat tentang tu."

Hmmmm...ok lah. Sekarang ni, saya mahu awak gunakan kebijaksanaan dan kepandaian awak tu untuk memujuk candidate tersebut agar bekerja dengan kita. Macamana awak nak buat, saya tak nak tahu. Dan...saya tahu awak tu pandai...tetapi tolong jangan memandai-mandai membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada saya atau pihak Pengurusan lainnya...


Biarlah kita pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk kepandaian kita daripada menunjuk pandai atau memandai-mandai hingga menyusahkan orang lain.




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com