Anda gemuk? Perut anda buncit atau boroi? Dah banyak kali berusaha tetapi masih gagal untuk mengempiskan perut anda?
Aku ingin share 2 cara yang mungkin sesuai dan berkesan untuk mengempiskan perut anda yang buncit atau boroi tersebut.
Pertamanya, jagalah pemakanan anda. Memang agak subjektif tetapi aku suggest anda cuba untuk berpuasa nasi selama sebulan. Makan makanan yang bukan berasaskan beras seperti nasi dan mee hun. Cuba untuk skip lunch tetapi anda mestilah mengambil breakfast. Jika berpuasa, hendaklah bersahur.
Keduanya dan yang paling penting, ketahuilah senaman untuk mengempiskan perut yang sesuai dan bersenamlah dengan cara yang betul serta berterusan (istiqamah). Melakukan sit-ups sebenarnya tidak begitu membantu dalam mengempiskan perut. Sit-ups hanya menegangkan otot-otot di bahagian paha.
Apakah senaman yang sesuai?
Meh..kita share..
Senaman Pertama
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian atas perut (abdomen) anda:
1. Mulakan dengan berbaring di mana belakang anda rata ke lantai.
2. Bengkokkan kaki untuk menaikkan lutut anda. Pastikan tapak kaki, punggung dan belakang anda rata di atas lantai. Kedudukan kaki anda hendaklah sentiasa begini untuk memastikan belakang anda mendapat sokongan semasa bersenam.
3. Letakkan kedua-dua tangan anda melintang di antara satu sama lain dan menyentuh bahagian dada anda. Sesetengah orang suka meletakkan tangan di bawah tengkuk tetapi sebenarnya salah dan mungkin menyebabkan kesakitan tengkuk. Ada juga kemungkinan, sekiranya anda penat, anda akan menarik tengkuk anda untuk menghabiskan senaman tersebut dan bukannya memberi tekanan terhadap perut (abdomen).
4. Dengan perlahan-lahan, naikkan kepala dan bahagian atas badan anda sehingga anda dapat merasakan ketegangan di bahagian perut dan pastikan bahagian belakang badan anda sentiasa rata di atas lantai. Semasa mengangkat badan, tarik nafas dalam-dalam.
5. Turunkan kepala dan bahagian atas badan anda seperti keadaan asal. Lakukan dengan perlahan-lahan dan hembuskan nafas yang anda tarik tadi.
6. Ulangi proses di atas dalam 30 kali. Selepas itu berehat lebih kurang 2 minit sebelum anda menyambung semula.
Senaman Kedua
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian bawah perut (abdomen) anda:
1. Berbaring rata di atas lantai.
2. Naikkan kaki anda dan pastikan lurus serta silangkan di bahagian tumit atau betis.
3. Pastikan tangan anda diletakkan rata ke lantai.
4. Perlahan-lahan, angkat punggung anda lebih kurang 2 inci dari lantai. Pastikan kaki anda tegak dan tidak bergerak.
5. Tahan kedudukan anda tersebut hingga anda merasakan tekanan di bahagian bawah perut (2 - 3 saat). Pastikan kepala dan bahu anda sentiasa rata di atas lantai. Tarik dan tahan nafas anda di waktu ini.
6. Perlahan-lahan, turunkan punggung anda dan hembuskan nafas (juga dengan perlahan-lahan).
7. Ulangi proses di atas hingga 30 kali. Berehat dalam 2 minit sebelum anda menyambung semula.
Aku syorkan anda buat setakat 30 kali senaman pertama dan 30 kali untuk senaman kedua dalam sehari. Tak payah lebih-lebih kecuali anda memang tahan. Jika tidak anda mungkin menyiksa diri dan akhirnya senaman tersebut menjadi bebanan lalu anda akan bosan dan berhenti bersenam.
Kalau anda ada masa...lakukan brisk walking.
Harap info di atas bermanafaat dan kita sama-sama memiliki perut yang kempis.
Sekian.
wah2..
sy nak try yg skip lunch tu la nanti.