Tuesday, October 4, 2011

Rezeki ada di mana-mana

5 comments
 
Salam...

Apa kkabar anda semua? Maaf la kerana tiada entry baru yang aku release coz beberapa hari ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja office aku yang kadangkalanya terpaksa disambung untuk dibuat di rumah. Kerap kali juga aku bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja tersebut khasnya S.O.P dan Business Proposals (termasuklah juga Business Plans) kerana semasa siangnya (di office), aku juga terlibat dengan kerja-kerja operasi. Mata aku kelihatan bengkak-bengkak sedikit dan agak cengkung...


Well, itu semua pilihan aku. Bertungkus-lumus untuk memastikan perjalanan perniagaan syarikat aku tidak ada hiccups dan jika ada sekalipun tidaklah keterlaluan.

Alhamdulillah...Aku bersyukur kerana pintu rezeki untuk aku dan family masih terbuka luas cuma perlu berusaha dan berdoa agar ianya berterusan.

Sana sini aku terdengar manusia-manusia yang sebelum ini begitu menyombong dengan aku, sering berbuat aniaya terhadap aku semakin pening dan ada juga yang tersungkur. Aku tidaklah pula ingin berkata bahawa mereka itu jadi demikian kerana aku mendoakan mereka untuk jadi demikian tetapi lebih kepada berfikir bahawa setiap rezeki seseorang ditentukan oleh Tuhan. Mungkin pusingan roda menyebabkan mereka sekarang ini berada di kedudukan yang memungkinkan kejatuhan ataupun telah pun berada di bahagian bawah jika sebelumnya mereka itu selesa berada di atas.


Aku sering diperingatkan bahawa rezeki bukan sahaja diperolehi dalam bentuk kewangan dan harta benda, malah kesihatan dan ketenangan fikiran juga merupakan beberapa cabang rezeki. Buat apalah mempunyai duit yang banyak tetapi hidup sentiasa di dalam keresahan, minda tidak tenteram dan kesihatan sering terganggu.

Rezeki juga ada di mana-mana dan datangnya dari sumber-sumber berbagai arah. Malah jika kita sering membaca ayat "seribu dinar" dan faham maknanya, kita perlu yakin dan percaya rezeki yang Tuhan turunkan mungkin datangnya dari sumber-sumber yang kita tidak jangka-jangkakan.

Apa yang penting adalah kita jangan berputus asa dan cuba elakkan dari mengeluh jika kita kekurangan duit.


Contohnya, kita mungkin hanya ada sekadar RM5 sewaktu pergi bekerja dan mengeluh bahawa jumlah sebanyak itu tidak mencukupi untuk kita makan, minum serta mengisi minyak kenderaan tetapi ketika di office, ada jamuan makan tengahari dan di waktu petang pula ada lagi jamuan minum teh semasa mesyuarat. RM5 itu tadi bolehlah kita mengisi minyak motor untuk pulang ke rumah. Subhanallah...Tuhan maha mengetahui apa yang kita perlukan.

Marilah kita sama-sama berusaha mencari rezeki yang halal, berdoa untuk kebaikan, kebahagiaan serta kesejahteraan diri kita dan family kita.

Dan...yang aku rasa lebih penting ialah...janganlah menganiaya orang, menutup periuk nasi orang atau cuba menyekat rezeki orang lain kerana kita tidak tahu bagaimanakah situasi dan keadaan kita suatu hari kelak...




Sekian.

5 Responses so far.

  1. Salam;
    sejak kebelakangan ni banyak blogger kurang buat entry baru..tapi apa2pun kerja hakiki perlu diutamakan..berbalik pada entry Abang long ni memang kekadang kita tak menyedari bahawa suatu hari nanti kita akan tunduk ke bumi,oleh itu bila memandang bintang di langit jangan lupa rumput dibawah.

  2. Ya, setuju dengan abang long. Rezeki ada di mana-mana. Mungkin depan rumah kita saja, atau jauh. sedikit yang terfikir, depan rumah kita boleh buka gerai kecil jual air, sehari boleh dapat duit. Walau sikit tapi itu adalah rezeki.

    Carilah rezeki yang halal dan mampu mengembirakan kita.

  3. jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lagi menarik hati,..
    antara info hari ini di blog macamnilahkita.com
    ''apple lancar iphone 4s''
    ''india lancar komputer tablet murah''
    ''belanja rm2juta utk atasi bersih 2.0''
    ''gua kelam ditutup hingga tahun depan''
    jom ramai2 pakat terjah blog saya,..

  4. Guest says:

    sihat pun rezeki mulia... sabar..sabar.. sj

  5. farhan says:

    sokong dgn entri ni..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com