Sunday, July 25, 2010

Blog aku, aku yang punya

32 comments
 
Salam,

Aku telah menerima beberapa e-mail menegur aku tentang post-post aku di blog ini. Mungkin sipengirim mendapat alamat e-mail aku dari Facebook dan sudah tentunya mereka adalah rakan-rakan aku. Cuma e-mail-email tersebut tidak pula ditandatangani dan tidak boleh aku reply. Jadi, aku gunakan blog aku ini sebagai wadah untuk aku membalas e-mail-email tersebut...hehehe.

Menurut salah satu daripada e-mail-email tersebut, aku sebenarnya tidak faham tentang konsep berbloging.

Tambah beliau, blog atau asalnya weblog bertujuan untuk mencatat journal-journal harian pemiliknya seperti memberitahu apa yang dilakukan seharian, hobi atau kegemaran serta lain-lain lagi yang berkenaan diri pemiliknya.

Weblog itu adalah personal diary! Manakala, blog aku pula banyak bercerita tentang pengetahuan aku di dalam Cash Management atau sesuatu yang berkaitan tentang kerja-kerja aku. Macam marah sahaja bunyinya...hmmm...

Aku tidaklah marah ketika membaca kandungan e-mail tersebut, cuma aku terfikir mungkin sipengirim itu sendiri yang tidak faham apa itu blog dan apakah fungsi-fungsinya.

Apa sebenarnya blog?

Aku paparkan di sini definisi yang diberikan oleh Blogger tentang blog:



A blog is a personal diary. A daily pulpit. A collaborative space. A political soapbox. A breaking-news outlet. A collection of links. Your own private thoughts. Memos to the world.

Your blog is whatever you want it to be. There are millions of them, in all shapes and sizes, and there are no real rules.

In simple terms, a blog is a web site, where you write stuff on an ongoing basis. New stuff shows up at the top, so your visitors can read what's new. Then they comment on it or link to it or email you. Or not.

Apakah jenis-jenis blog?

Terdapat berbagai-bagai jenis blog yang berbeza dari segi tema, isi-kandung post-postnya ataupun mungkin corak serta penyampaian isikandung blog samada secara paparan imej-imej atau tulisan-tulisan. Di antara jenis-jenis blog yang aku boleh huraikan adalah seperti berikut:

Personal blogs

Ada sesetengah orang memanggilnya personal diary di mana pemilik blog menulis dan menyampaikan apa yang beliau lakukan (seperti sebuah dairy harian). Blog jenis ini merupakan yang paling banyak sekali. Biasanya pemilik blog jenis ini berbangga menulis atau memaparkan aktiviti harian atau cerita-cerita berkaitan tentang dirinya atau apa jua yang dia terfikirkan walaupun mungkin pelawat-pelawat blog tersebut tidak berminat membaca entri-entri yang dia tulis.

Personal Blog bukan sahaja salah satu cara menyampaikan kisah-kisah kehidupan pemiliknya, malahan juga merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi sesama blogger melalui ruangan komen atau chat. Jadi tidak hairanlah jika ramai para pelawat yang meninggalkan jejak dengan menulis di ruangan chat (contohnya Shoutmix dan ChatBox) tanpa membaca entri-entri yang ditulis oleh pemiliknya. Samada para pelawat tersebut kurang berminat membaca journal-journal pemilik, tiada masa membacanya ataupun hanya ingin membuat link-link mengarah ke blog-blog mereka sendiri sahaja.

Bagi para pelawat yang berminat membaca journal-journal tersebut, kemungkinan besar akan meninggalkan catatan-catatan di ruangan komen di bawah post yang telah dibaca.

Blog Korporat atau Organisasi

Ada sesetangah blog diarahkan atau dimatlamatkan untuk tujuan komunikasi di antara ahli-ahli organisasi atau mungkin juga untuk tujuan perniagaan semata-mata termasuklah menyampaikan maklumat tentang aktiviti-aktiviti organisasi/syarikat serta penghebahan polisi-polisi serta promosi barangan-barangan yang dijual syarikat. Blog sedemikian dipanggil blog korporat.

Manakala, blog-blog yang melaporkan tentang aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab-kelab dipanggil Organizational Blog. Blog-blog begini mungkin diklasifikasikan sebagai "private" jika hanya untuk tatapan ahli-ahlinya sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat juga Organizational Blog yang boleh dilihat oleh orang lain selain ahli-ahlinya bagi tujuan penambahan jumlah ahli-ahli yang sedia ada.

Blog beraliran spesifik

Terdapat blog-blog yang hanya memaparkan post-post yang spesifik tentang sesuatu subjek seperti Perisian Komputer, Pelancongan, Muzik, Keagamaan, Politik, Fesyen dan lain-lain lagi. Contoh-contoh blog beraliran spesifik aku paparkan di bawah ini (sebahagian sahaja):

Blog mengikut jenis media

Ada blog-blog yang tertumpu kepada jenis-jenis media seperti video (Vlog), muzik, link-link kepada website-website atau blog-blog lain (Linkblog), gambar-gambar (Photoblog), vlog, lukisan-lukisan atau sketch (Sketchblog) dan lain-lain lagi.

Blog bagaimana menjadi tumpuan

Terdapat beberapa blog yang menjadi tumpuan atau terkenal mungkin sama ada post-post yang dipaparkan menarik perhatian pelawat-pelawatnya ataupun mungkin pemilik blog tersebut sememangnya seorang yang terkenal.

Sebagai contoh, blog Puaka Joran (milik Tokan) hampir keseluruhannya bercerita berkenaan aktiviti memancing (suatu tema yang aku memang minati) mendapat jumlah hit melebihi 200,000. Mungkin ramai kaki-pancing yang datang melawat dan membaca post-post beliau. Adakah Tokan terkenal?...mungkin tidak juga (sori Tokan...hehehe).

Bagaimana pula dengan blog atau website Datuk Siti Nurhaliza? Jika dilihat official websitenya http://sitizone.com/ jumlah ahlinya berbelas ribu dan aku percaya jumlah tersebut tidak termasuk para pelawat yang enggan menjadi ahli.

Blog yang aku sanjungi sudah tentulah milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir atau panggilan famous beliau Che Det. Bukan sahaja kerana beliau terkenal tetapi post-post beliau juga menarik dan ditunggu-tunggu walaupun disampaikan secara bersahaja (point form). Berjuta jumlah pelawat-pelawat yang datang. Malahan, ada juga beberapa blog yang menggunakan nama Che Det atau hanya mengupas topik-topik beliau mendapat trafik yang tinggi. Mungkin kerana menyangka itulah blog Tun...hehehe.


Berdasarkan kepada coretan aku di atas, siapakah sebenarnya yang tidak memahami apa itu blog. Aku ataupun sipengirim e-mail yang mengutuk aku itu. Tidak kisahlah, walaupun dia menggunakan nickname "Noname", aku berharap dia membaca post ini. Bukan niat aku ingin menunjuk pandai, cuma ingin berkongsi pengetahuan tentang blog (itupun jika dia sudi menerima maklumat ini).

Terpulanglah kepada pemilik blog (bloger) untuk menulis apa sahaja yang dia suka. Kadangkala ada juga beberapa pemilik blog yang menulis perkara yang sama tetapi diterjemahkan dengan cara yang berbeza-beza. Biarkanlah. Janganlah kita iri-hati atau berdengki dengan orang lain. Kita buatlah pula apa yang kita suka dan sudah tentu kita tidak mahu ada orang lain yang rasa dengki dengan kita pula. Bukan begitu?


Kepada Tokan dengan blognya http://puakajoran.blogspot.com/ oleh kerana aku telah membuat promosi khas tentang blog engkau itu, aku berharap engkau hantarlah ikan rohu ke, ikan pacu ke, ikan kejor ke , ikan sebarau ke dan apa-apa ikan yang sedap-sedap tu kat aku. Ikan keli afrika pun sodap gak kalau masak lemak cili api...hehehe.


Sekian.

32 Responses so far.

  1. salam..blog saya personal kot.ada gak menyimpang sikit. Bukan nyimpang apa, kisah2 luar negara, cam tu la, puisi, gambo2 anak2..tapi tak bangga lah pulak..sori ya komen ni en. abg long peace..entri ini memberikan kesan mendalam buat saya..tima kasih kongsi.
    :-)

  2. This comment has been removed by a blog administrator.
  3. This comment has been removed by the author.
  4. Salam Mama JnJ, thanx for commenting. Sampai double tripple lak tuh..hehehe.

    Tak kiralaha samada nak bangga atau tidak, yg penting itu hak Mama nak menulis apa jua sekalipun.

    Harap mama enjoy reading...

  5. Anonymous says:

    x kisahlah asl jgn salah gune blog sudah..ye tak!

  6. betul-betul-betul..
    (ingatkan nak kena marah tadi tertriple komen)..sori ini yg k4 pula :-)

  7. Uruchimaru, thanx for commenting. Definisi salah guna blog juga subjektif..Ada orang guna untuk kepentingan politik, ada yg guna utk mengutuk orang lain termasuk kerajaan, ada pula yg guna utk paparkan benda2 lucah serta lain2 lg. Di Malaysia mungkin tidak dibenarkan tetapi di negara lain dibenarkan pula..
    Oleh itu kita just follow local regulation sahaja agar kita terus boleh berblogging.

  8. salam :) ..as for me ber'bangga' tu tidak lah..but saya gembira kalau entri saya memberikan informasi dan inspirasi kepada kawan-kawan yg lain..I do read ur writing and i'll leave my comment bila entri itu menarik seperti sekarang..apa pun bro u r ABSOLUTELY right IT IS UR BLOG, and its belong to u..so u shud write wat u want to write kan? They should write their own blog la mcm ni heh..

  9. Nurul Aima, thanx for commenting. Samada entri tu menarik atau tidak memang subjektif. Ada yg org fikir menarik tetapi tidak bagi org lain. Abg Long menulis mulanya khas ditujukan kepada staff-staff sebagai salah satu learning media tetapi diselitkan juga tulisan2 yg mungkin memberi makna kepada pembaca-pembaca lainnya..

  10. fiezah91 says:

    uh uh?sapa kutuk melalui email tu..isk... dengki btl..

    melalui blog la kita blh dpt ramai kenalan dan btukar pendapat..kdg2 dpt gak info2 berguna dari blogger lain..huuu.. (tapi blog sy jgk yg merapu) ngeeee~

  11. Fiezah91, thanx for your comment. Ntah la peminat mane yg sudi hantar e-mail tu..hehehe. Dia s'diri xfaham psl blog berdengki lak dgn Abg Long. Well, harap dia baca post ni dan stop accusing other for not understanding what is blog. Kadang2 post yg pada kita merapu itulah yg menarik minat pelawat membaca...hehehe.

  12. cikjenat says:

    salam..yea la Abg Long, Cikjenat setuju je ngan pndapt Abg Long tue...walopun Cikjenat punye blog terAMATla merapunye..serabut giler..yg pnting, Cikjenat tak sakitkan ati org len dgn mengutuk2 ape yg org len buat..Cikjenat punye blog, Cikjenat punye sukela nak tulis ape..'kan Abg Long 'kan? 'kan? 'kan?????

  13. Sis Shuhada & cikjenat, thanx for your comments.
    Betul betul betul...blog aku, akulah yang punya. So, suka hati aku lah nak tulis apa-apa pun selagi tidak menyusahkan orang atau menyakiti hati orang. Kalau ada orang yg dapat manafaat dari tulisan aku, syukur alhamdulillah...
    Tapi, mungkin gak ada yg jawab. Ruangan komen tu aku lak yg punya, so, suka hati akulah nak komen apa-apa pun...huahuahua.
    Bila nak habis cam ni?...hehehe

  14. Salam. Eh mnde cmni pun blh jadi isu ke. saya pun main tulis je blog saya, tapi bagus gak ada penulisan macam ni, sekurang2 kalau ada org nk info mcm ni,blh baca.

    thanks

  15. Salam Affan, thanx sudi bagi komen. Rasanya ada juga beberapa blogger yg kena tegur camni. Well, kita tidak boleh stop people from commenting. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa post kita ada orang baca dan sudi pula bagi komen walaupun kadang2 tu agak pedas...hehehe

  16. Hanim says:

    sebenar nya sejak 2 menjak ni, ade segelintir org yg slalu sgt kritik blog sy..siap ckp sy ni mencapap kisah hidup dlm blog...

    terbalik dgn kes abg long..hahahaha

  17. Salam Aein, thanx for commenting.
    Biarkan ajer. Mungkin dia tak jumpa tempat untuk meluahkan perasaan that's why dia pergi blog orang lain dan merapu kat sana...

  18. gnesop says:

    Blog sop lagi blog rojak..
    peribadi ada, lain2 pun ada..
    mmg tak nak ada pengkhususan supaya lebih bebas.. tak sakit kepada..apa2 pun boleh masuk..
    bak kata abang long [blog aku, aku yg punyer..] huhuh

    thx info yg lengkap di atas

  19. salam Ramadhan...
    Sokong dgn Abg Long...
    "Blog Aku, Aku Yg Punya", ...
    aku pun skdr melepas perasaan di blog, mungkin secara kebetulan ada insan yg lalu dan punya rasa yg sama, akan berlama dan membacanya, mungkin ada yg tidak berminat tidak mengapa dan sedikit pun tidak menjadi kudis dan gatal untuk kita menggarunya, dunia luas dunia bebas, buat lah apa semahu mu, namun perlu INGAT, kita telah menambah 1 lagi dunia kita (duania MAYA), dunia NYATA mungkin dah gelumang dosa, jd, JANGANLAH didunia baru ni kita mencipta pulak dosa2 baru dengan cara2 baru....
    MAAF ye..sekadar mengingat utk aku sekali yg kdg2 terALPA juga....

  20. Salam Sop & Amri Rani, terima kasih sudi tinggal komen. Aku harap kalian njoy membaca coretan ini. Bukan untuk mengutuk sesiapa atau juga memberi nasihat. Sekadar ingin meluahkan pendapat berdasarkan fakta sebenar tanpa niat menyakitkan hati sesiapapun.

  21. ieda Qema says:

    kesimpulannya, kiter punyer blog, suka ati kiter la... hahaha.. sayer enjoy jer baca blog abglong! dapat juga tambah ilmu!

  22. Thanx g0m0k9enDek. Harap njoy reading.

  23. Anonymous says:

    Ini adalah artikel bagus untuk dibaca, terima kasih untuk berbagi.

  24. Hasny says:

    salam.. tumpang lalu.. enjoy betul baca article abglong. saya ni baru menjinakkan diri.. buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan....

  25. Salam Hasny..thanx sudi komen kat sini. It doesn't matter kalau masih baru pun. Just start blogging dan tulis ape saja yg terfikir asalkan tidak menimbulkan huru hara atau mengganggu orang lain...hehe.

    Jadikan blog anda sebagai wadah mencurahkan idea..

    Kalau nak tambah ilmu, kena selalu melawat blog orang lain dan lihat atau baca post2 mereka..mungkin banyak yg berguna.

  26. Hasny says:

    thanx abglong... naik sikit semangat

  27. Salam...

    info yang bagus...

    baru arini saya tau organization pun ada pakai blog...ingatkan pakai website ja...:)

  28. Salam Zainal, thanx sudi komen. Kebiasaannya organisasi mengguna website tetapi membuat satu page utk blog. Contohnya dgn menambah page www(dot)organisasi(dot)com(slash)blog

  29. veloughs says:

    why not try here best replica bags check over here bags replica ysl click here for more high replica bags

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com