Sunday, April 17, 2011

absent from school?

13 comments
 
Salam...

Marah! Geram! Tension! Semua benda-benada negatif bersarang di kepala aku pada ketika itu! Tak pasal-pasal muka aku jadi merah menyala! Nafas aku pula jadi tidak teratur...



Kenapa? Kenapa? Cer citer..cer citer..

Anak aku ponteng sekolah! Sudah 3 hari berturut-turut dia ponteng!

Kalau aku ikutkan hati yang panas baran mencungap ini, mahu berbirat belakang dia aku rotan!

Sebelumnya, aku telah dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari guru kelas anakku bertanya dan mengatakan bahawa dia telah tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut! Yang peliknya, dalam tempoh masa 3 hari tersebut, dia keluar rumah seperti waktu biasa dia pergi ke sekolah dan pulang pula seperti mana orang lain pulang dari sekolah. Rupa-rupanya, dia melencong ke tempat lain bersama rakan-rakannya yang turut sama memontengkan diri.

Ke mana dia pergi?

Berseronok-seronok bermain game di Cyber Cafe!

Selepas menerima panggilan dari guru tersebut, aku bergegas pulang. Pada awalnya hendak juga aku merotannya agar tidak mengulangi perbuatannya itu dan juga supaya menjadi teladan kepada adik-adiknya.

Setibanya aku di rumah, aku lihat dia berlari mencicit masuk ke biliknya. Mungkin takut melihat aku. Dia mungkin tahu rahsianya telah terbongkar.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Kemudiannya, aku mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat 2 rakaat. Selesai solat, barulah hati aku menjadi lebih tenang tetapi masih ada sedikit perasaan geram.

Aku panggil anakku itu.

Dia terkulat-kulat di hadapanku dengan tangan menggeletar. Tunduk dan tidak berani memandang mataku.

Soalan pertama yang aku tanya, "Dah makan belum?". Dia menjawab ringkas, "Sudah Abah". Aku bertanya lagi, "Dah solat Zohor belum?". Dia menjawab, "Belum Abah". Mukanya masih tunduk dan matanya tidak berani memandang mataku. "Ok, pergi solat dulu, lepas tu datang sini jumpa Abah". Dengan segera dia menurut perintah.

Selesai solat, dia bergegas bertemu aku di bilikku.

Ada apa-apa hendak cerita pada Abah?

"Abang tak pergi sekolah 3 hari berturut-turut".

Kenapa?

"Takut. Cikgu marah."

Kenapa pula cikgu hendak marah?

"Kerja rumah tak siap."

Kenapa tak siap?

"Tak tahu nak buat."

Ada tanya cikgu?

"Tak ada. Takut nak tanya cikgu. Dia marah-marah."

Kawan-kawan?

"Kawan-kawan tak nak tolong."

Kenapa? Dan dia diam seribu bahasa.

Lepas ni nak sekolah lagi tak?

"Nak Abah."

Habis tu? Kerja sekolah tu tak siap macamana? Dan dia diam lagi.

OK.. Hari Isnin ini, Abah nak abang pergi sekolah, jumpa cikgu abang tu dan minta tolong macamana hendak buat dan siapka kerja tu.

"Baik Abah."

Aku teruskan lagi memberikan nasihat. Aku apply apa jua teknik motivasi yang selalu aku lakukan ketika memberikan ceramah motivasi semasa aku menjadi facilitator Biro Tata Negara (BTN). Aku bermain dengan kata-kata. Aku buaikan perasaannya. Aku hamburkan kesedihanku, aku gambarkan kekecewaanku. dan dia menangis teresak-esak.

Aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan diriku melawan sifat amarahku dan mengelakkan anakku itu dari menjadi mangsa belasahanku.

Baru tingkatan satu sudah pandai ponteng sekolah mengikut kawan-kawan berseronok di Cyber Cafe!

Yang membuatkan aku kecil hati ialah dia berbohong.

Di akhir sessi kaunseling yang pada awalnya aku ingin jadikan sessi pemberian hukuman, dia memelukku erat-erat menangis sambil berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya itu.

Rasa kecewa aku sebenarnya masih belum hilang walaupun telah susut dengan banyaknya. Hari Isnin ini aku terpaksa pula pergi ke sekolah anakku itu untuk mengadap guru sekolah tersebut untuk sessi muzakarah dan mungkin juga penyampaian cenderamata yang berupa surat amaran kepada anakku itu.

Entahlah...aku seperti keliru dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Harapanku cuma dia akan benar-benar insaf akan kesalahannya dan tidak mengulanginya sepertimana dia berjanji.

Apakah tindakan aku itu betul? Apakah aku patut menghukumnya pada waktu itu?

Apakah pandangan anda semua?



 Sekian.

13 Responses so far.

  1. Umialya says:

    Saya sokong, apa yg abang long ni adalah betul, sayapun tak setabah dan sesabar menghadapi cabaran sebegini.

    Bagilah dia peluang.. tamb. pulak ia merupakan kesalahan pertamanya sambil tu pantau pergaulannya supaya tak terjebak ngan gejala negatif.

  2. Anak sy berumur 6, 8 dan 10 tahun. Mrk akan mula berbohong apabila merasa takut, lebih2 lg kalau ditanya dgn nada marah. Tetapi bila kita berlembut pula, bimbang mrk akan fikir kita boleh sahaja bertolak ansur, tak garang dan tak apa pun kalau sesekali buat salah. Apa yg berlaku skrg, bila sy naik angin, suami cool, bila sy cool, suami pula naik angin... Org yg naik angin akan bg habis2...marah, motivasi, denda...apa sahaja sehingga anak sy akan rasa takut, menangis atau tercicit menurut arahan yg diberi... Org yg cool pula akan memerhatikan dan mula memujuk...biasanya pada masa ini, barulah anak2 akan mula berani berkata benar, menceritakan sebenar-benarnya apa yg berlaku dr A -Z, atau menyuarakan pendapat mrk pula... Saya dan suami pula akan berbincang sesama kami tntg isu yg timbul tanpa pengetahuan anak2...Jika anak2 telah selesai menjalani hukuman mrk, atau nampak seperti dah ok balik, kami sama2 akan memeluk dan mencium mrk... Dengan izinNya juga anak2 sy jarang mengulangi kesilapan yg sama...

  3. Mmg ada guru yang perangai cam tu.marah bila anak murid tanya apa2.tapi cara abang long tu bagus sangat.tahniah ye abg long.Kalu boleh abg long jumpa cikgu anak abg long tu dan beritau jgn marah kalau budak2 tanya.

  4. Unknown says:

    bagus laa jga ia sblum jd lebih truk nnti...mencegah lebih baik daripda mgubat

  5. Salam Umialya, LindaRahim, Scarlet O'Hara dan Kazen...terima kasih banyak2 kerana sudi bagi pendapat dan nasihat. Abg Long dah bnyk berubah tidak seperti dulu yg panas baran. Anak2 memang takut.
    Oleh kerana risau jika mereka hanya takut tetapi tidak respect dan mungkin berdendam, Abg Long cuba mendidik cara lain. Harap2 perubahan ini membawa kebaikan dan kebahagiaan yg berkekalan..Amin.

  6. Nonie says:

    Insyaallah.akan saya jdkan panduan & pengajaran dlm mendidik anak2 saya melalui tindakan ABg Long tu..syabas Abg Long kerana berjaya kawal sifat amarah tu-)

  7. Salam Yana@Noni...sebelum ini Abg Long bengis dan suka menghukum dan akibatnya anak2 jd takut tetapi masih lg melakukan kesalahan yg sama, Agaknya mereka cuma takut bila abah mereka ada, bila tiada semua suka dan berbuat sesuka hati. Sebab itu Abg Long cuba cara lembut tetapi tegas supaya pesanan dan nasihat sampai ke dalam hati mereka.. Entahlah, Abg Long sekadar mencuba dan mengharapkan sesuatu yg baik untuk keluarga.

  8. Anonymous says:

    Salam..
    salute on hw u deal with ur children...cara abang long tackle anak anak adalah cara yang paling bijak...mana mana parents akan menghukum terus anak2 andai kata mendapati diarg ponteng...as a parent kita cuma berdoa anak anak belajar dari kesilapan...Sesapa yg punyai anak...kita doakan anak kita menjadi anak soleh...AMIN.

  9. hasny says:

    salam abglong. anak saya baru 1tahun 4 bulan. skrg ni pun kerenah nya kadang2 terlalu menguji kesabaran. Dah besar xtau lah. skrg ni sy tengah memasukkan input2 tuk jatidiri supaya menjadi sy menjadi org yg lebih penyabar dn kuat. article ni buatkan sy lebih berkobar2 tuk menjadi ibu yg lebih baik. wah x sangka abglong pernah jadi facilitator btn, sy pula pernah menjadi peserta :-)

  10. Pengalaman + tindakan yang memang boleh dikongsikan kepada pembaca.

  11. Salam Anonymous...terima kasih atas nasihat dan sokongan.

    Salam Hasny...kita sama2 perbaiki diri..Lama dah tak jadi facilitator BTN i.e lepas dah kerja Maybank.

    Salam Akhbaraman...kongsikan pengalaman untuk meminta nasihat dari para pembaca. Mana tahu mungkin ada tindakan saya yg salah

  12. ozzy says:

    Assalam..

    pertama sekali tahnniah krn berjaya mengawal perasaan..
    Saya juga sebagai bapa turut mengakui bukan mudah utk mengawal pergerakan anak2 cuma sikap yg paling tidak disukai oleh bapa adalah sekiranya anaknya berbohong & saya mmg x suka anak saya berbohong.

  13. Salam Ozzy, thanx sudi komen. Sebab dia berbohonglah aku jadi naik angin tetapi masih dapat mengawalnya. Dgn cara berlembut dapatlah mengorek serba sedikit rahsia yg berlaku hingga dia sanggup berbohong.

    Sekarang ini masih lg meneruskan sesi kaunseling kepadanya serta memantau pergerakannya walaupun dia tidak ponteng lg.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com