Friday, April 15, 2011

Blog aku rojak?

3 comments
 
Salam...

Rojak? Sedap tu. Paling best bila pekena rojak mamak dan dibilas pula dengan cendol tapai..ish..ish..ish, terliur. Selepas itu makan pula rojak petis dengan perbanyakkan nanas dan buah kedondong serta sambalnya yang dibuat extra pedas...adoi ai!

Bila kepedasan dan cendol pun telah habis, terpaksalah minum air mineral untuk meredakannya.


Jangan minum air paip sudah!...hehehe.

Maafkan aku kerana melalut.

Sebenarnya, aku ingin membuat coretan tentang tawaran istemewa mempromosikan blog anda secara percuma yang dibuat oleh saudara Peja @ http://www.faizalsyukri.com.


Di antara syarat-syarat yang beliau tetapkan ialah anda perlu mengklasifikasikan atau melabelkan blog anda di dalam satu kategori khusus iaitu samada:
  1. Kategori Peribadi: Blog kengkawan mempunyai artikel yang 100% berkenaan diri anda.
  2. Kategori Perniagaan: Blog anda fokus kepada hal perniagaan walaupun ade juga artikel-artikel lain.
  3. Kategori Ilmu dan Info: Blog anda mempunyai pelbagai ilmu bermanfaat seperti tips, teknik, pendidikan, agama, resepi dan lain-lain.
  4. Kategori Rojak: Blog anda sememangnya bercampur-campur pelbagai perisa.
Aku ulangi, anda diminta untuk memilih hanya satu kategori sahaja.

Setelah berfikir semasak-masaknya, aku terpaksa juga menerima hakikat bahawa blog aku ini sememangnya sebuah blog di dalam kategori ROJAK. Apa tidaknya, di sini ada cerita tentang ATM, SOP, Personal, Tutorial Blog, Business, Self Improvement dan beberapa jenis coretan lagi termasuklah lawak dan sindiran. Mungkin lagi sesuai jika dilabel sebagai rojak petis kerana ada juga coretan yang pedas-pedas..hehehe.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat promosi secara percuma, sila lawati blog Peja tersebut. Anda boleh klik banner di atas untuk terus diarahkan ke sana atau klik sahaja gambar "tucen" di bawah dan ia akan terbang membawa anda ke sana juga...hehehe.

Picture sourced from http://fc09.deviantart.net/

Menurut Peja, tawaran ini hanya dibuka untuk beberapa hari sahaja, so, bergegaslah ke sana dan mendaftar dengan segera.

Well, aku juga ingin mengambil peluang tersebut dan telahpun mendaftar. No harm trying. Lagipun ianya percuma. Mana tahu selepas ini blog aku akan menjadi lebih famous daripada blog penghantar e-mail tentang recognition tu...hehehe, just kidding.

Ok semua. Masa untuk beriadah sambil mencari penjual rojak dan cendol tapai.

Bye bye



Sekian.

3 Responses so far.

  1. kita satu geng! geng ROJAK yeah! ^_^

  2. xazryx says:

    blog aku pon rojak gak .ah slumber la . :D

  3. Salam Cik Bucken dan Xazryx...thanx sudi komen..kadang2 bila ada rojak utk lauk, lagi selera kita makan kan3?..hehehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com