Monday, February 14, 2011

Wanna reduce your weight?

14 comments
 
Salam.

Dua hari lepas aku telah menimbang berat badan aku dan keputusannya ialah 67kg! Wow! Tinggal lagi 2 kg untuk aku turunkan dan mencapai sasaran aku untuk memiliki berat badan 65kg sebelum hari jadi aku pada 29hb Mac depan. Aku perlu melipat-gandakan senaman aku!



Jika di tolak jumlah kg dari berat badan asal aku sebelum ini (75kg), aku telahpun berjaya mengurangkan sebanyak 8kg dalam tempoh sebulan!. Yang aku puas hati sangat ialah kerana aku berjaya melakukannya tanpa "Crash Diet".

Sebelum ini aku pernah melakukan "Crash Diet" dan berat badan aku memang berkurangan tetapi terdapat kesan buruk seperti badan lemah (kekurangan tenaga dan stamina) serta berat badan aku seperti "YO-YO" sekejap turun dan sekejap naik hingga pada suatu ketika berat badan aku melebihi 80kg!.

Aku juga pernah mengambil "Jus Mate 5" dan aku akui ianya juga dapat membantu aku menurunkan dan mengawal berat badan aku. Produk yang amat bagus! Aku tidak berniat untuk mengutuk atau memburuk-burukkan produk tersebut, cuma mungkin ianya tidak berapa sesuai untuk aku.


Pernah juga aku menggunakan "Portable Sauna" dan aku berjaya menurunkan dan mengekalkan berat badan aku ke angka 75kg.


Tetapi aku masih tidak berpuas hati kerana "Portable Sauna" tidak akan menambahkan stamina aku walaupun berjaya membantu aku membuang lemak-lemak berlebihan dan mengurang serta menstabilkan berat badan aku.

Cara yang paling baik adalah "BERSENAM"!

Tidak kiralah bersenam dengan cara bagaimana seperti berjogging atau berenang kerana kedua-duanya juga dapat membantu aku untuk mengurangkan berat badan sambil menambahkan stamina.

Walaubagaimanapun, aku mempunyai satu masalah yang besar iaitu tahap kolestrol aku terlalu tinggi (melebihi bacaan 13 ketika ujian darah yang telah aku lakukan beberapa bulan lepas) dan yang paling perit untuk aku bersenam ialah kerana aku semput! Aku akan cepat rasa lelah (mengah) dan terasa akan pitam jika aku berjogging lama. Pernafasan aku agak tidak teratur dan selalu rasa tidak cukup nafas! Sudah lama aku anggap diri aku ini mengidap penyakit "minor athma" atau mungkin juga resdung.

Syukur...kini aku telah ditemukan dengan satu produk yang benar-benar berkesan membantu aku mengatasi permasalahan semput aku itu...iaitu MANGOSTYN JUICE dari Shamelin Bina.


Jika anda beranggapan aku cuma ingin membuat promosi di sini terpulanglah kepada anda. Aku cuma ingin share pengalaman aku dan hasil yang aku sendiri telah rasakan setelah mengambil Food Supplement tersebut, Sekarang ini aku boleh berjogging tanpa mengalami keletihan melampau atau merasa akan pitam.  Jus manggis ini benar-benar memberikan aku tenaga tambahan untuk bersenam! Kesan yang paling ketara sekali ialah semput aku semakin menghilang!

Beberapa hari ini, hampir setiap petang hujan turun dan menghalang aku dari berjogging tetapi aku masih lagi melakukan senaman "indoor" untuk menurunkan berat badan aku. Aku banyak melakukan "sit up" iaitu tidak kurang dari 100 kali sehari dan skipping (tidak pernah pulak aku mengira jumlah lompatan aku semasa skipping).

Kepada rakan-rakan semua, marilah kita sama-sama bersenam untuk kesihatan yang lebih baik. Kepada rakan-rakan yang mengalami masalah berat badan atau obesiti carilah alatan atau Food Supplement yang bersesuaian dengan diri anda dan setelah berjaya menurunkan berat badan anda itu bersenamlah untuk mengekalkannya dan menambahkan stamina.

Kepada anda yang mengalami permasalahan seperti aku (athma, semput, resdung dan para perokok tegar), cubalah Mangostyn Juice dari Shamelin Bina.

Pulihkan kesihatan anda dan marilah kita bersenam bersama-sama.


Sekian.

14 Responses so far.

  1. Malam tadi aku membuat ujikaji keberkesanan Jus Manggis tu. Aku sapukan swdikit kat hidung kucing jiran aku yang selalu bersin dan hingus meleleh. Lepas tu mencecet kucing tu lari.

    Pagi ni aku dapati kucing tu dah tak bersin-bersin lagi dan hinguspun takde. Bukan ape..kucing tu suka gesel-gesel badannya kat aku dan aku pulak geli cos hingusnya selalu meleleh.

    Jus tu memang berkesan sungguh!

    Shhhhh...jangan beritahu kat bini aku tau...hehehe

  2. pernah rasa jus nie sedap jugak!!

  3. Salam Cik Kamoo..thanx sudi tinggal komen. Memang sedap rasa jus tu. Budak-budak pun suka tetapi minum kenalah ikut aturannya. Kepada pengidap kencing manis mungkin satu produk yg ditunggu-tunggu coz tak perlu lg minum air batang bakawali yg teramat pahit tu.

  4. Jebon says:

    Slmt pagi Abg Long...wah! Promosi nampak!...

    Setuju sgt dgn saranan Abg Long tu utk bersenam cuma sy ni berat melebihi 100kg dan semput. Pernah minum Jus Mate 5 tu dan turun gak berat tapi bila nak bersenam rasa tak larat dan semput gile.

    Kalau betul la jus manggis tu boleh pulihkan semput sy ni, nak juga sy cuba.

    Nanti sy contact Abg Long nak beli.

  5. Slmt pagi Jebon...thanx sudi tinggal komen.

    Apa salahnya promosi klu produk tu memang bagus. Klu ikut testimoni2 yg berlambak kat Youtube, jus tu memang berkesan utk yg mengidap asma, lelah dan semput..kucing pun sembuh lepas kena sapu jus tu kat hidung...hahaha.

    Apa salahnya mencuba, mana tahu boleh sembuhkan semput engkau tu. Kita ikhtiar jer la..insyaAllah.

  6. Anonymous says:

    The body has a very complex structure, but in drawing, we must remember
    that everything can be broken down into geometric shapes.

    In mobile, we can see quite a few humorous stuff and faces for every single
    purpose throughout operations. What;s more,u will also need a superb
    eraser that will make u simply erase the incorrect element or
    even the element in which u are noot gratified with,if u just
    purchase a bad exceptional eraser,u might not cancel obviously also
    it may possess a bad cause your whole creation,as properly since the
    factors above,u also need some anime references for u to draw as.


    my site ... how to draw anime

  7. Anonymous says:

    Take it back through the loop and to the right again so that the wide end of the tie is now showing
    inside-out. It is necessary to consider what the color of the tie means and says about you along with you can simply
    matching your tie to your outfit in general. The classic sophistication is a consistent
    character that bow ties evoke.

    my web page how to tie a tie step by step

  8. Anonymous says:

    When you have both skin tags as well as warts on your body, you can use the skin tag removal products that will also help
    you to remove the skin warts. This article may be freely reprinted or distributed in its entirety in
    any ezine, newsletter, blog or website. The skin tags will be cut with a method that is in accordance with their location on
    the body and size.

    my blog ... skin tags Around eyes

  9. Anonymous says:

    This site certainly has all the info I wanted about this subject and
    didn't know who to ask.

    Review my webpage http://eating-for-energy.com/

  10. Anonymous says:

    Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff previous to and
    you are just extremely wonderful. I actually like what you have
    acquired here, certainly like what you are stating and
    the way in which you say it. You make it enjoyable and you still care
    for to keep it sensible. I can't wait to read much more from you. This is really a great site.

    Here is my web site: List Of Life Insurance Company

  11. Anonymous says:

    So, start today and rid yourself of those annoying and
    unsightly growth. There are alternatives to having a skin tag froze, burned or cut off.
    The skin tags will be cut with a method that is in accordance with their location on the body and size.


    my homepage why do people get skin tags **

  12. Anonymous says:

    If you are going for best contents like me, only pay a quick visit this web
    site all the time for the reason that it offers feature contents,
    thanks

    Feel free to visit my page; Homepage Besuchen

  13. Anonymous says:

    I am not sure where you are getting your information, however great topic.

    I needs to spend a while finding out more or working out more.
    Thank you for excellent info I was searching for this information for my mission.


    Feel free to surf to my web-site dash diet meal plan

  14. Anonymous says:

    I do not even know the way I stopped up right here, however I
    believed this put up was once good. I do not recognize who you might be however certainly you are going to a well-known blogger should you aren't already. Cheers!

    Also visit my site: best allergy medicine for itchy eyes

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com