Thursday, April 7, 2011

Entry of no value?

7 comments
 
Salam...

Pagi ini, aku sempat lagi melakukan senaman rutin aku iaitu berjogging dan brisk walking. Badan terasa sihat dan ringan. Sementara menunggu peluhku kering, aku ambll pakaian-pakaian yang telah dibasuh oleh isteriku sebelum beliau pergi bekerja untuk dijemur di ampaian.



Sedang aku sibuk menyidai pakaian-pakaian tersebut, aku terpandang satu keratan akhbar (tidak tahu pula akhbar apa) yang menunjukkan sebahagian tajuknya berbunyi "...Perempuan Murahan". Yang lain-lainnya aku tidak dapat membaca kerana tidak memakai teropong (cermin mata)..hehehe.

Aku tidak berniat untuk menulis tentang tajuk yang sama, tetapi perkataan "Murahan" itu mengingatkan aku tentang satu e-mail yang pernah aku terima dahulu berkenaan entry atau artikel di blog yang dianggap "Murahan" ataupun tiada value.

Entry murahan?

Tiada value atau "Murahan"kah entry atau artikel yang anda paparkan di blog anda? Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan sesuatu entry atau artikel itu dilabel sebagai "Murahan"? Mahal atau bernilai sangatkah entry atau artikel-artikel yang ditulis oleh orang yang melabelkan entry orang lain sebagai "Murahan"?

Aku bukanlah emosional tetapi agak terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang kononnya pandai atau berilmu sedikit dari orang lain sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan atau kata-kata tanpa menimbang dahulu impak atau natijah akibat dari penggunaan perkataan-perkataan tersebut.

Tiada nilaikah sensitiviti atau perasaan orang lain baginya?


Mungkin orang itu menggunakan perkataan tersebut dengan tujuan memberi nasihat secara bergurau.

Contohnya, jika anda pernah menonton teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal, anda tentu mendengar dialog bos Lat ketika bekerja di syarikat akhbar yang memanggil atau menggelar beliau (Lat) sebagai "Malaun". 

Bagaimanapun, boss Lat itu sebenarnya baik hati dan selalu menyokong kerjaya Lat. Kita yang hadir menonton teater tersebut terhibur dan hanya ketawa mendengarnya.

Persoalannya, adakah semua orang boleh menerima cara sebegitu?

Jika gelaran, panggilan atau kata-kata sedemikian kita tujukan kepada rakan baik kita, mungkin tidak timbul masalah (itupun cuma mungkin). Bagaimana pula jika kita tujukan kepada orang yang kita tidak kenal atau baru sahaja kenal?

Begitu juga dengan entry atau artikel-artikel di blog. Apakah perasaan si penulis jika ada orang lain yang melabelkan penulisannya jenis "Murahan"?

Cuba kita lihat contoh artikel berikut:
Assalamualaikum.

Minta maaf kerana lama tidak update blog ini. Jika saya ada masa nanti saya akan update juga.

Sekian.
 "Murahan"kah atau tiada valuekah artikel di atas?

Mungkin bagi sesetengah orang akan menganggap ianya suatu artikel yang terlalu biasa dan tiada apa yang perlu dibanggakan. Benar! Tetapi bagi seseorang yang merupakan pengunjung dan peminat setia blog tersebut, mendapati ianya telah lama tidak dikemas-kini dan mungkin juga tertanya-tanya ke manakah perginya si pemilik blog (atau penulisnya), apabila membaca coretan tersebut sudah tentu akan terasa lega kerana tidak lama lagi akan ada artikel-artikel baru. Baginya, coretan tersebut ada VALUE!

Kita lihat pula contoh di bawah:
Salam...

Maaf, hari ini tiada entry kerana aku sedang bersedih.
Wajarkah kita labelkan entry di atas sebagai "Murahan"?

Pada pendapat aku, TIDAK! Si penulis sekadar ingin memberitahu bahawa dia tidak menulis apa-apa artikel untuk hari itu dan mungkin berniat menggamit rakan-rakan atau pembaca blognya untuk berkongsi bersama-sama akan kesedihannya. Dia ingin meminta simpati. Malah, dia juga meminta maaf dan bagi aku itu adalah suatu perbuatan mulia jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang langsung tidak mahu meminta maaf walaupun telah melakukan kesalahan.

Bagaimana pula jika entry yang ditulis berkisar tentang seks, sesuatu yang menghairahkan atau mungkin sesuatu yang terang-terangan lucah? Anda fikirkanlah sendiri...


Apa yang aku cuba sampaikan ialah supaya kita menjaga tatasusila tidak kira dari segi perkataan atau penulisan agar tidak mengguris hati mana-mana pihak. Carilah dan gunakanlah perkataan-perkataan yang lebih elok dan baik dibaca atau didengar. Janganlah menjadikan alasan untuk mengajar atau memberi nasihat kita sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan secara sembrono. Ingatlah, matlamat tidak akan menghalalkan cara!

Jika kita terbaca artikel yang ditulis menggunakan perkataan-perkataan seperti "jer", "jew", "korang", "engkorang", "ekeleh", "uwt" dan sebagainya, kita perlu faham bahawa artikel itu sebenarnya ditujukan khas kepada pembaca-pembaca blognya yang kebanyakannya adalah rakan-rakan karib dan telah menjadi kebiasaan bertutur secara demikian. Janganlah pula kita menghentam dan berkata entry tersebut "Murahan" dan akan menjadi pemangkin merosakkan bahasa.

Mungkin lebih elok jikalau kita ingin memberi nasihat kepada si penulis dengan berkata, "Entry awak tu menarik tapi sayang ditulis secara kebudak-budakan. Kalau ditulis menggunakan perkataan yang biasa mungkin menarik minat lagi ramai pembaca yang terdiri daripada berbagai golongan".

Tetapi, jika kita ingin berkata "Bahasa engkau tu bahasa mat/minah rempit, meluat aku membacanya!", elok kita katakannya di dalam hati sahaja, tutup dan jangan lagi hendak gatal tangan untuk melawat blog tersebut!


Komen di atas hanya sekadar luahan dan pendapat peribadi aku semata-mata. Jika ada yang terguris, aku mohon maaf.



Sekian.

7 Responses so far.

  1. Saya setuju sangat dengan pendapat abg long ni. Saya sendiri pun susah untuk menilai apakah entry didalam blog saya sendiri mempunyai nilai atau pun tidak. Apa pun paling kurang entry yang saya cuba sampaikan adalah hanya secebis perkongsian saya diantara blogger lain.

  2. Salam Winnie Bunny...thanx sudi komen. Betul tu. Kita cuma ingin berkongsi dgn cara yg lebih informal dan santai, so, sepatutnya tidak timbul isu samada entry kita murahan atau tidak. Jika inginkan artikel yg berkualiti, pergi sahaja ke website yg berkenaan dan kemungkinan bayaran akan dikenakan.

  3. Jebon says:

    Salam Long...kau biar betul!! Dengan kucing2 sekali engkau sidai???

  4. Salam Jebon...dia datang menyibuk kat situ dan basah pulak tuh..aku sidai la bagi kering...huahuahua

  5. ozzy says:

    Assalam..

    Setuju 100%...bukan hanya dalam blog malah diluar juga kita perlu menjaga etika & adab dalam pergaulan & pertuturan..entry menarik.

    p/s-jgn marah kalau terkena dgn en3 baru saya tu hehe..gurau2

  6. Salam Ozzy...thanx sudi komen. Thanx juga kerana sudi support.

  7. Anonymous says:

    Just last week, so beware of limiting yourself only to find unethical sellers, and
    covet fashion cheats he needs a dose of dark sunglasses and using a
    large variety of topics including: the video games.
    The last item you are a $12 + Billion dollar industry each year;
    if children are naturally very tempting especially to loyal customers.

    Then you have to worry about the features is unique, however,
    can have a blast with this one sports a barreling left and right.


    Here is my homepage: Covet fashion cheats and hacks

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com