Wednesday, March 23, 2011

Fight Cancer!

10 comments
 
Salam.

Beberapa hari ini aku agak gusar dan pilu bilamana beberapa rakan-rakanku telah disahkan mengidap penyakit yang merbahaya...CANCER atau barah!. In fact, semalam aku telah melawat rakan baikku dan juga bekas staff aku semasa bertugas di Maybank dahulu di Hospital Gleneagles Ampang. Beliau telah disahkan mengidap penyakit barah kolon (dalam perut dan usus) dan berada di tahap 3 atau mungkin juga 4!. Sel barah telah merebak menjangkiti limpa.


Beliau sebelum ini adalah seorang yang agak aktif bersukan, cuma agak kurus walaupun kuat makan. Ramai mungkin tidak akan percaya kalau aku katakan beliau boleh makan beberapa pinggan sekali hadap bila melihat susuk badan beliau yang kurus. Dahulu aku memang suka kalau membawa beliau ke buffet hotel kerana memang beliau akan pulun makanan di situ. Memang berbaloi rasanya jika diambil kira terpaksa membayar harga yang agak tinggi. Cuma, tabiat beliau yang mungkin sesetengah orang beranggapan buruk ialah beliau adalah seorang "Perokok Tegar".

Adakah punca barah yang dihidapi akibat rokok?

Sememangnya rokok boleh menyumbang kepada barah tetapi kes rakanku itu bukanlah berpunca dari rokok. Aku telah bertanya dengan doktor yang merawat beliau dan teorinya ialah berpunca dari makanan serta sistem pencernaan yang kurang sempurna setelah umur beliau meningkat. Bukanlah niat aku memutar belit fakta punca barah tersebut kerana aku juga seorang perokok tegar, tetapi aku lebih suka mencari fakta yang sebenar dan berasaskan kepada logik dan sains. Betul juga doktor tu kata, kalau rokok punca sebenar sudah tentu paru-paru beliau yang terlebih dahulu menerima akibatnya. Walaubagaimanapun, doktor tetap juga menasihati untuk tidak merokok kerana natijahnya tidak baik untuk kesihatan.

Beliau sebenarnya telah menghubungi aku beberapa hari sebelum itu bertanyakan tentang Jus Manggis Shamelin yang aku jual. Seperti biasalah, apabila orang bertanya tentang produk Jus Manggis Shamelin aku akan cuba untuk menerangkan akan kebaikannya secara panjang lebar. Setelah lama bercerita tentang kemujaraban Jus Manggis Shamelin khasnya di dalam membantu membunuh sel-sel barah berserta beberapa testimoni pesakit-pesakit yang telah pulih, beliau dengan suara yang perlahan (seperti menahan sendu) berkata, "Jus tu mungkin sesuai untuk aku. Aku disahkan mengidap barah". Terkedu dan terdiam aku mendengar kata-kata beliau ketika itu.

Ketika aku tiba di hospital, aku yang hanya datang berseorangan kerana rakan-rakan Maybank yang lain telahpun datang melawat beliau sehari sebelumnya, merasa amat pilu melihat keadaan beliau dan isteri beliau yang aku rasa menahan kesedihan di dalam senyuman.

Memanglah, ketika aku datang melawat, aku juga membawa Jus Manggis Shamelin tetapi aku rasa tidak sampai hati untuk bercerita tentang produk tersebut. Aku datang untuk melawat rakan yang sedang bertarung dengan penyakit yang merbahaya dan rasa tidak sesuai waktunya untuk aku membuat apa-apa promosi jualan. Walaubagaimanapun, rakanku dan isterinya itu pula yang bertanya bermacam-macam soalan tentang Jus Manggis Shamelin tersebut. Manakala aku hanya mampu bercerita seringkas mungkin sambil menahan sebak di dada. Aku tidak mahu dikata mengambil kesempatan di atas kesusahan beliau yang sedang bertarung nyawa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memulihkan kesihatan beliau.

Akhirnya, aku jual juga kepada beliau satu set Jus Manggis Shamelin dan seterusnya menjadikan beliau ahli walaupun hati aku terasa amat berat. Lebih-lebih lagi setelah melihat beberapa produk makanan tambahan lain khas untuk pesakit barah yang beliau telah beli dan harga produk-produk tersebut juga agak mahal (ada yang berharga melebihi RM1,000).

Benarkah Jus Manggis Shamelin boleh membunuh sel barah?

Sebenarnya, terdapat perbezaan ketara di antara meminum Jus Manggis dan mengambil makanan tambahan untuk menjaga kesihatan. Pengambilan makanan tambahan (nutrition supplement) adalah bertujuan untuk mengawal dan mengelakkan mendapat sesuatu penyakit tetapi tidak bersesuaian untuk melawan atau membantu menyembuhkan symptoms yang dibawa oleh penyakit tersebut.
Telah beberapa abad lamanya, xanthones menjadi bahan paling utama kajian-kajian intensif untuk kesihatan. Xanthones wujud dengan banyaknya di kulit manggis (pericarp). Kajian menunjukkan bahawa xanthones adalah antioksida yang berganda-ganda lebih kuat berbanding antioksida yang terdapat pada vitamin-vitamin. 


Terdapat beberapa artikel mengenai kajian-kajian tentang keberkesanan xanthones untuk memulihkan beberapa penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, CANCER, stroke, arthritis, inflammation, keletihan melampau, kencing manis dan lain-lain lagi yang disiarkan di beberapa journal-journal professional seperti Journal of Pharmacology, The Journal of Natural Products,  Free Radical Research, The Environmental Health Prospectus, The Journal of Phyto Chemistry, serta The European Journal of Pharmacology.

Berikut adalah 2 testimoni Jus Manggis Shamelin yang dibuktikan berjaya memulihkan pesakit barah:




Apa-apapun, semua penyakit datangnya dari Tuhan dan Tuhan jua yang menyembuhkannya. Kita sebagai hambanya perlulah redha tetapi pada masa yang sama berusaha dan berikhtiar.

Kepada rakanku itu, aku doakan mudah-mudahan akan sembuh.



Sekian.

10 Responses so far.

  1. Betul ek jus ni?kenapa x wat promo kat tv?ramai jugak yang menghidap barah kat luar sana.semoga rakan abg long sembuh

  2. Salam Munira..thanx sudi komen. Memang betul. Dulu ada kuar TV3, Dato' Malek Noor jadi tetamu. Biasalah kalau direct selling ni kurang promosi melalui TV coz nak bagi peluang distributor buat promosi human touch.

  3. Anonymous says:

    Salam,

    Memang terbukti keberkesanannya jus manggis ni. Macam saya yg mengidap glukoma dan Eczema....Alhamdulillah...da byk berkurang...tp apa2 pun dengan izinNya...InsyaAllah!!

  4. Salam Anonymous...thanx sudi komen.
    Alhamdulillah..

  5. Jebon says:

    Salam Long...kesian gak dengar kawan kita tu..cuma, yg aku xpuas ati engkau tu asyik nak promote jus manggis jer dlm blog ni..

    Apa2pun..meh la bagi aku try sebotol dua mana tau penyakit kurap aku ni leh ilang hahaha

  6. Salam Jebon...aik!! Engkau ni marah kat aku ke ape bro? Confused aku..hehehe...

    Jus tu memang sesuai dan berkesan untuk sembuhkan penyakit kulit cam ekzema termasuklah kurap engkau tu.

    Nanti bayar kat aku RM290 terus jd member, engkau dapat 6 botol jus tu.

    Engkau cubalah..kalau tak boleh hilang, engkau telan dengan botol2 sekali..confirm "semua" hilang...! hehehe

    Oppss! Sori terlebih gurau

  7. PReDicToR says:

    mga sntiasa kuat hadapi cancer...tp betulke jus tu??

  8. Salam PReDicToR...thanx sudi komen. So far Jus Manggis memang telah diakui berkesan membantu mencegah dan mengubati cancer. Boleh check di laman2 web tentang kajian2 yg telah dijalankan termasuklah kajian mengenai penggunaan xanthones utk melawan virus HIV.

    Di pasaran juga terdapat berbagai2 jenis produk berasaskan manggis tapi Abg Long stick kat Jus Manggis Shamelin atas beberapa sebab peribadi.

  9. Abg Long!

    Thanks sudi kenalkan jus manggis tu. Alhamdulillah kencing manis ayh sy dah kurang. Dia kata dah sihat skit skang nie.

    Bila nak oder lagi saya sy roger ngan Abg Long ye...

    Thanks sgt! Apapun semua atas izin Allah juga.

  10. Salam Cik Kamoo...thanx sudi komen. Syukur alhamdulillah..lega Abg Long dgr. Mudah2an ayah Cik Kamoo akan terus pulih.

    Abg Long just share utk sesiapa saje yg mungkin keputusan idea utk berikhtiar. Ape2pun Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa menyembuhkan apa jua penyakit

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com