Monday, March 14, 2011

Do you love your company?

22 comments
 
Salam.

Aku teringat akan ungkapan Abdul Kallam yang berbunyi..
Love your job but never fall in love with your company because you never know when it stops loving you
Bunyinya bagi sesetengah orang agak keras atau mungkin juga ada yang beranggapan ungkapan itu seperti menghasut para pekerja sahaja. Well, terserah kepada anda untuk menginterpretasikannya.

Bagi aku, ungkapan tersebut ada juga betulnya.

Sekarang ini, mungkin kita tidak boleh lagi beranggapan sesuatu kerja itu sebagai "secured". Terdapat juga beberapa insiden di mana orang yang pernah bekerja di sebuah syarikat yang besar, menjawat jawatan yang tinggi, memiliki kuasa atau suaranya didengar oleh pihak Pengurusan Atasan, terpaksa akur untuk keluar dari syarikat tersebut.

Ada juga pekerja yang dilabel sebagai "pioneer" dan di antara orang yang bertanggung jawab memastikan kewujudan syarikat dipaksa untuk berundur atas desakan Pengurusan yang mahukan perubahan. Malah, pernah juga aku dengar, seorang Ketua Jabatan Sumber Manusia yang sebelum ini begitu tegas memberikan surat "Mandatory Separation Scheme" (MSS) kepada para pekerja, tiba-tiba dia pula yang di berikan surat yang sama oleh pihak Pengurusan yang lebih tinggi.

Oleh itu, perlukah atau mestikah anda bekerja bertungkus-lumus untuk mencapai matlamat syarikat sedangkan ada kemungkinan nasib anda juga akan menjadi seperti mereka yang aku coretkan di atas itu?

Ada pekerja yang datang ke pejabat di waktu awal pagi dan pulang pula bila matahari telah lama tenggelam. Ada juga yang menjadikan pejabat itu seperti rumah nombor dua.

Ada yang bekerja seolah-olah masa yang diberikan hanyalah 12 jam sehari bukannya 24 jam. Ada pula yang bekerja hingga tertidur keletihan.

Mungkin juga anda pernah mendengar ungkapan ini..Die for the company.

Berbaloikah semua pengorbanan tersebut?

Apakah perasaan anda jika selama ini anda bekerja "setengah mati" untuk mencapai matlamat syarikat, tiba-tiba anda menerima surat meminta anda untuk berhenti dari syarikat tersebut?

Adakah anda telah bersedia jika perkara itu berlaku?

Maafkan aku jika soalan-soalan di atas membuatkan anda jadi marah atau rasa terganggu. Aku bukan berniat untuk menghasut anda supaya tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau berdedikasi. Semua soalan-soalan di atas sekadar ingin mencuit minda aku dan juga anda supaya berfikir secara lebih kritikal.

Nah! Sebab itu aku rasa ungkapan Abdul Kallam itu betul. Sayangilah hasil kerja anda. Buatlah kerja anda dengan bersungguh-sungguh. Lakukanlah yang terbaik bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Nilai kerja anda mencerminkan diri anda yang sebenar, jadi pastikan hasil kerja anda tinggi nilainya. Jadilah "expert" tetapi pada masa yang sama jangan buatkan diri anda menjadi "indispensable".

Perlukah anda menyayangi syarikat anda?

Aku pernah mendengar ungkapan ini.."syarikat itulah yang memberikan aku rezeki"..masyaAllah! Sampai begitu sekali hingga terlupa kata-katanya itu mungkin boleh menyebabkan terpesongnya akidah!

Bukanlah bermakna kita menyayangi kerja kita tetapi tidak perlu menyayangi syarikat. Dengan memberi keutamaan kepada hasil kerja yang berkualiti secara relatifnya kita juga menyayangi syarikat dengan membantu atau memberi sumbangan mengikut skop pekerjaan kita untuk mencapai matlamat syarikat. Kita perlu faham bahawa untuk mencapai matlamat syarikat bukanlah terletak di atas bahu kita semata-mata tetapi perlu dilakukan secara kolektif atau kerjasama dari semua pihak di dalam syarikat tersebut.

Ingatlah, syarikat sebenarnya hanya gah pada namanya. Perjalanannya, keutamaannya, kebaikannya atau keburukannya adalah bergantung kepada tindakan-tindakan orang di dalamnya.

Aku pernah berbual-bual dengan seorang CEO sebuah syarikat tentang cara beliau menguruskan syarikatnya malangnya bukan pula beliau bercerita tentang cara-cara strategik untuk mencapai matlamat syarikat tetapi lebih kepada bercerita bagaimana untuk menyingkirkan para pekerja yang beliau tidak suka dengan berkata "Salah satu cara paling berkesan menyuruh pekerja aku berhenti ialah dengan memindahkan mereka ke sana dan ke mari. Contohnya, jika dia bekerja di sini (KL), aku akan pindahkan dia untuk bertugas di Sabah atau Sarawak!. So far, cara tersebut memang berkesan!".

Bila aku bertanya kepada beliau, apakah kesalahan pekerja beliau tersebut hingga beliau mahu dia berhenti. Dengan selamba beliau menjawab, "Aku just tidak suka dengan dia!"...adoi ai.

Terdapat juga syarikat yang besar dan dikenali ramai tetapi memiliki ramai pekerja species "lalang" dan "backstabber". Pekerja-pekerja seperti inilah yang merupakan barah di dalam syarikat. Barah yang bakal menimbulkan huru-hara atau tiada sefahaman di kalangan para pekerja.

Barah tersebut serta seorang CEO yang suka hati membuang orang jika beliau tidak suka itulah yang bakal mengukuhkan ungkapan Abdul Kallam "...you never know when the company stops loving you". Bukan bermakna syarikat sudah membenci anda tetapi tindakan orang yang berkuasa yang sudah tidak memerlukan anda lagi.

Oleh itu, "LOVE YOUR JOB" so that anda masih berharga kepada syarikat-syarikat di luar sana sekiranya anda diberhentikan.



Sekian.

22 Responses so far.

  1. Eja Razif says:

    sy praktikal d compny ni...mst la... sy syg...hehhe..

  2. Salam Eja...thanx sudi tinggal komen. It's ok syg kt company..In fact, Abg Long yg dah tinggalkan Maybank lebih 4 tahun, bila ada org mengutuk bank tsb terasa gak...hehehe. Yg penting buatlah kerja dgn elok dan belajarlah utk menjadi expert

  3. huhhh...

    i love my kampeni....beri2 much..acehhhhh

    =)

  4. Salam Bonda Dadif..thanx sudi komen. Ok la tuh..lebih2 lg kalau company tu sendiri punya hehehe.

  5. Love my job...sbb tu rasa cm nk pindah jer dr tempat keje skang nie! Klu love my company...sampai bila2 la kt sini.

    Dah letih sgt nk layan politik pejabat. lebih ramai yg suka bodek, sembang lebih keje tak buat, jatuhkan kerjaya org lain. Semua org gila pangkat, kuasa dan kenaikan gaji...tp buat keje ciput jer! Nak gaji besar!

    Tak sukanya! Rasa cam nak balik kampung buat bendang je....he he he

  6. Salam Cik Kamoo...thanx sudi komen.
    Errr...cam marah dan kecewa jer bunyinye tu..hehe. Kena la bersabar, coz politik pejabat memang akan wujud di dalam sesebuah organisasi yg besar.. Menangani masalah yg ditimbulkan manusia spesis lalang dan backstabber memang merumitkan jadi kena juga terima dan bersabar dgn apa yg berlaku.. Balik kampung buat bendang mungkin juga alternatif yg terakhir tetapi benarkah di kampung tidak ada manusia yg seperti itu? Mungkinkah juga unsur2 politik "bendang" wujud di kampung? Ish3...hehehe

  7. Unknown says:

    bekerjalah kerana ALLAH .. ;)

  8. Salam Ziraziz...thanx sudi komen. Ya, bekerjalah dgn ikhlas kerana Allah. Tetapi kena juga ingat Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yg berusaha mengubahnya...

  9. Unknown says:

    betul..betul..betul...

  10. Marah sampai simpan dalam hati tu taklah abglong. Cuma kdg2 rasa tak puas hati. Ada yang memang betul2 byk keje dn buat kerja...oklah!

    Ada yang byk keje tp asyik ngadap internet. Jap-jap minimize. Kot2 kita nampak. Pastu bl kita arah buat keje sket dah tarik muka. Buat tak kisah je pasal keje. Klu keje x siap blh pula esok tu amik MC or EL. Terbakar hati rasanya! Mcm2 alasan dibagi. Keje tak siap asyik nyalahkan org lain sedangkan diri sendiri tak wat keje.

    Pelik tau manusia camni. Kdg2 terfikir apa sebenarnya dorang nak. Merungut sana sini...keje tak buat. Tapi salah org nampak. Yelah orang tak buat keje mana ada salah. Sebab tak ada hasil. Tp orang yg buat keje mmg nampak ada salah sbb ada hasil.

    Tapi klu bab kerajaan tak bg bonus or naikkan gaji...bising mengalahkan orang yg buat kerja!! Mcmlah diri tu wajar dpt bonus or kenaikan gaji. Kdg2 rasanya gaji dia dpt pun sememangnya tak layak pun dia terima tiap2 bulan.

    Memang sabar sgt! Sbb tu lebih suka wat hal sendiri. Cukup masa balik...cuma terfikir sampai bila nak mcm nie??

  11. Cik Kamoo..alahai, kesian lak dengar. Well, memang ramai org jenis camtu..keje xde keikhlasan, lebih kpd memikirkan keseronokan diri walaupun dgn menyusahkan org lain. Pernah juga dengar dr ustaz kata gaji yg dapat tidak berkat kalau kita selalu mengelak membuat kerja dan curi tulang..lebih kurang sama dgn menipu.. Entahlah, bilalah org sebegitu mahu insaf sedangkan gaji tu akan jd darah daging dan diberi pula utk anak2.. Mungkin mereka akan hanya insaf bila ujian dr Allah dtg.

    Ape2pun Cik Kamoo jgn terlalu memikirkan perkara tsb coz nanti sendiri pulak yg merana sedangkan mereka seronok.

    Kerja shj dgn penuh dedikasi dan ikhlas..insyaAllah, mungkin ada sesuatu yg baik bakal menjelma.

  12. ada gak case bengang dgn boss, lalu quit.. dan itu adalah penjawat awam..

    yg pentingnya, kita mesti buat kerja dgn betol, jujur dan baru berbaloi dgn gaji yg diterima, tak gitu?

  13. Salam DeLancrettLurpak..thanx sudi komen. Perkara sebegini bukanlah hanya dilakukan penjawat awam sahaja malah pekerja2 swasta juga sering melakukannya..puncanya bergantung kpd individu tsb.

    Memang betul kita perlu bekerja dgn betul dan jujur tetapi bukan hanya untuk mendapatkan gaji yg berbaloi semata-mata..ianya lebih dari itu.

    Ada juga org yg bekerja sambil lewa tetapi gaji yg diterima agak melangit.

    Tidak mengapa jika gaji kita tidak seberapa, tetapi hidup kita lebih tenang dan bahagia.

  14. padlie says:

    Salam abang Long, Terima kasih sudi melawat blog saya.

    Dalam perkhidmatan awam pun ada masalah ni. Cuma kami tak boleh buang orang sesuka hati. Yang boleh bagi pressure sampai berhenti. Saya pernah lalui, dalam 3 tahun 11 org kawan saya berhenti. Saper boleh tahan kerja 7 hari seminggu dan tiap hari balik malam. Nasib baik sekarang dah ok.

    Isu sayang ke tak dengan jabatan pun ada. Bagi yang skim tertutup, tentu sayang jabatan sebab disitu mereka akan berada sampai pencen. Bagi gunasama, perasaan tu takde, bila bosan, minta pindah..

    Ada juga yang dari swasta bila masuk kerajaan, kerja slow.. alasannya government, buat apa kerja laju2.. ha, yang ni sendiri tanggung la nanti..

  15. Salam Padlie...thanx sudi komen.
    Berhenti kerja coz kerja 7 hari seminggu? Hmmm..cuba pula kita lihat org yg bekerja sebagai guard, lebih kurang sama masalah mereka tetapi ada yg masih bertahan bekerja berpuluh tahun..pokok pangkalnya diri mereka sendiri.

    Pekerja swasta bila masuk kerja kerajaan buat kerja slow? Agak2nya mereka tu lah dahulunya yg suka mengutuk pekerja kerajaan yg pada mereka slow dan skrg mereka pula jadi begitu...adakah itu putaran hidup atau mungkinkah balasan dari perbuatan mereka sendiri? Ye lah, kalau dah lebih 40 org mengutuk mereka dlm sehari..!

  16. Anonymous says:

    hahahah this a interesting post i think ,nice post. Thank's

  17. Salam Anonymous...thanx for the comment. Actually, I intended to make it longer to cover a lot of things but I'm afraid nobody would like to read it..hehe. By the way, there is a lot of info too in the comments area..may be someday I shall republish those comments and make them just like the normal post.

  18. Unknown says:

    eeeeiiii..teruknye ade bos mcm tu..nk hentikn pekerja sbb x suke..ya Allah..xbaik betul tutup pintu rezeki org cmtu..hmm....pe la nk jadi..

  19. Salam Nazatul Shima..thanx sudi komen.

    Memang ada boss yg camtu..khasnya jika company tu dia yg punya..ntah lah ape yg dia fikir. Mungkin dia lupa, setiap rezeki yg dia dpt ada bahagiannya utk orang lain. Dgn cuba menutup rezki org lain, ada kemungkinan di lain hari rezki dia juga akan terganggu.

    Apa yg kita boleh buat ialah mendoakan dia supaya sedar diri..

  20. xkeje lagi but i love my uni... ^^

  21. Salam Anyyss Shuhaimi..thanx sudi komen walaupun cam sedikit lari dr tajuk..hehehe.

    Apa2pun, belajar sungguh2 dan kalau ada peluang dan wang teruskan smpi dapat Master or PHD.. Senang sket nak kerja dan boleh jadi boss..hehehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com