Sunday, March 6, 2011

Berniaga atau makan gaji?

6 comments
 
Salam.

Aku percaya, anda selalu mendengar soalan atau ungkapan sepertimana tajuk di atas. Jadi, apakah pilihan anda? Yang manakah anda fikir lebih baik? Bagi aku, soalan tersebut mungkin agak kurang sampai. Bagaimana pula jika soalannya diolah sebegini..Apakah pilihan yang sesuai untuk diri anda? Memang, jika menurut agama 9/10 rezeki datangnya dari sumber perniagaan. Dan, ada juga salesman yang suka menambah, rezeki dari 1/10 itulah yang suka direbut oleh manusia.


Aku bukanlah ingin bersyarah atau memberi ceramah tentang sumber rezeki yang melimpah ruah dari perniagaan. Aku bukanlah seorang professor atau penceramah agama yang berkelayakan untuk memberi ceramah, malah, aku tidak layak untuk berbuat demikian. Sebab itu soalan asal telah aku olah kembali agar dapat memberi ruang yang lebih untuk aku dan mungkin juga anda untuk berfikir lebih mendalam. Jadi, aku ulang kembali soalannya..

Di antara makan gaji dan berniaga, yang manakah lebih sesuai untuk anda?

Lama juga aku berfikir untuk menjawab soalan tersebut. Bukan apa, sebenarnya aku masih lagi terkial-kial mencari sebab-sebab munasabah bagi jawapan untuk soalan itu.

Kalau aku katakan, aku ini sesuai untuk makan gaji, sehingga sekarang aku masih lagi tidak kaya-kaya setelah makan gaji melebihi 20 tahun. Ada ketikanya, aku juga keputusan wang sedangkan jumlah "take home pay" aku lebih banyak dari sebahagian orang lain yang makan gaji macam aku. Bukan aku berlagak, tetapi aku sebenarnya malu dengan beberapa rakan-rakan aku yang hanya memperolehi pendapatan jauh  kurangnya dari gaji aku tetapi tidak pernah pula aku dengar mereka menghadapi masalah kewangan. Aku juga pernah merasa cemburu kepada rakan baik aku yang hanya seorang "Mat Dispatch". Apa tidaknya, beliau memiliki beberapa rumah sewa (dengarnya 5 pintu) dan memiliki kereta Toyota Estima..wow!

Pernah juga aku menceburi bidang perniagaan tetapi tidak pula aku berjaya. Punca sebenar aku menceburi bidang perniagaan kerana ingin mengikut langkah rakan aku si "Mat Dispatch" itu yang telah berjaya.

Jadi, adakah bidang perniagaan tidak sesuai untuk aku?

Aku pernah menceburi bidang perniagaan menjual barangan penjagaan kereta tetapi gagal. Aku juga menceburi bidang perniagaan jualan langsung atau "Multi-Level Marketing" (MLM) seperti MaxCare, Amway, Zhulian dan lain-lain lagi tetapi musih jua gagal. Malah aku banyak membazirkan wang terutamanya untuk MLM Amway dan Zhulian tanpa mendapat hasil yang setimpal ataupun mungkin juga boleh diklasifikasikan sebagai mengalami kerugian yang melampau!

Yang lebih memeritkan ialah aku juga pernah menceburkan diri di dalam skim-skim pelaburan internet seperti Empay dan ut2u dan kehilangan berpuluh ribu ringgit setelah Kerajaan mengharamkan skim-skim tersebut dan membekukan wang yang telah aku laburkan (atau leburkan).

Apakah yang sesuai untuk aku?

Entahlah..aku masih lagi tercari-cari. Aku masih lagi makan gaji. Aku juga mendapat pendapatan hasil dari taklimat-taklimat serta seminar-seminar di mana aku menjadi penceramah dan facilitator di samping menjadi consultant atau juru-runding dan penasihat beberapa syarikat. Yang terbaru, kini aku menceburi semula bidang perniagaan jualan langsung MLM iaitu menjual Jus Manggis Shamelin.

Aku tidaklah aktif di dalam penjualan Jus Manggis ini kerana kesibukan aku dengan kerja-kerja yang sedia ada. Jadi jumlah bonus yang aku terima (dari 1 hingga 6 Mac 2011) tidaklah "gempak" (sila lihat paparan di bawah).


Aku juga menerima beberapa cabaran yang hampir melemahkan semangat aku di dalam penjualan  Jus Manggis Shamelin ini.

Walaubagaimanapu, aku bersyukur kerana mendapat sokongan dari emak dan ayah aku. Malah aku begitu respect ayah aku yang berjaya menaja beberapa orang down-line dan menjual Jus Manggis Shamelin. Semangat ayah itulah yang membuatkan aku lebih berkobar untuk meneruskan sahaja perniagaan ini kerana aku dapati memang ada peluang untuk aku berjaya.

Itu adalah harapan aku. Aku tidak ingin dan tidak sanggup lagi melihat pisang berbuah tiga, empat, lima atau enam kali...!!

Anda pula bagaimana? Apakah jenis sumber pendapatan yang sesuai untuk anda?


Sekian.

6 Responses so far.

  1. sy sesuai jd gov. servant je..tp my husband xbetah keje ngan org...

  2. Salam Mamaaizara..thanx sudi komen.
    Mungkin keje jd gov servant sesuai utk sesetengah orang tp mungkin tidak bagi yg lain. Hubby Mama tu mungkin lebih sesuai berniaga kut?

  3. Mamasita says:

    Abang Long...tahniah atas usaha Abang Long...harap akan lebih berjaya di masa-masa akan datang..Bagaimana ahli keluarga?terutama isteri kita yang sememangnya menjadi orang yang paling rapat dengan kita.Adakah memberi sokongan yang sama?
    Selalu nya MLM ni perlu disokong oleh ahli keluarga (isteri , adik-beradik, saudara-mara....etc)
    Sekian.....Selamat Maju Jaya!!

  4. Salam Mamasita..thanx sudi komen.

    Memang support dari ahli keluarga terdekat penting untuk memastikan kejayaan di dalam MLM. Sekurang2nya memahami akan pengorbanan yg dibuat seperti masa, tenaga dan semestinya wang ringgit.

    Tetapi business Shamelin ni agak lain sedikit berbanding yg lain (contohnya Amway)..walaupun support yg diterima mungkin tidak memberangsangkan, sistem Auto-spilled-over sponsoring yang diwujudkan membolehkan kita yang mungkin menghadapi masalah untuk menaja atau memberikan tumpuuan sepenuh masa menikmati bonus2 hasil dari limpahan down-line carian up-line kita.

    Sebab itu, walaupun kita join membership dgn tujuan semata2 utk membeli dan mengguna dgn harga murah, kita masih boleh lagi menjana pendapatan.

  5. EidaAz says:

    Pak long buat bisnes jenis mlm ke??

    saya ni memang minat berniaga..tapi kadang2 tak dapat terima hakikat time modal berbalik modal...tengah asah skill lagi !

  6. Salam EidaAz..thanx sudi komen.

    A ah..MLM tapi agak berbeza sedikit berbanding MLM yg lain dari segi pemberian bonus dan ganjaran.

    Tak perlu maintain PV or BV. Bonus dapat kalau menaja downline dan juga jika ada pair (jumlah set sama) di kiri dan kanan.

    Kalau nak tahu lebih lanjut atau berminat hantar email kat suhai68@gmail.com

    So far, ramai downline yg seronok coz Pak Long (ish3..tua lak rasa) bantu mereka menjana income walaupun mereka tido (tak menaja or menjual).

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com