Petang tadi, baru aku berjogging lebih kurang 3km, tiba-tiba hari mendung dan gelap diikuti dengan guruh serta kilat. So, terpaksalah aku memecut berlari ke rumah untuk mengelakkan basah lencun dek hujan.
Tercungap jugak sebab berlari sekuat hati...hehe
Sambil menunggu peluhku kering, sempat juga membuka lappy aku dan membaca e-mail yang masuk ke inbox. Dalam banyak-banyak e-mail yang aku terima, aku terkedu dengan satu e-mail yang dihantar oleh seorang blogger.
Ini kandungan e-mail beliau.
Howdy Abg Long.
But...this is the bad part..I didn't give you a single credit!
Thank you.
Firstly, I would like to apologize if this e-mail creates uneasiness or unnecessary inconveniences to you especially after you've read all it's contents.
I've been blogging for quite a long time and based on the current statistics (no. of visitors and page views), I would say that my blog is actually more famous than yours. However, I do admit that my knowledge in terms of website building is far below yours especially in relation of tweaking the CSS files and HTML codes.
A couple of days ago, I visited your blog and found a few articles which, for me, were very interesting specially on how to put images side by side. The information that you've relayed is of utmost critical to me for which conforms to my blog's theme and layouts of my articles.
Truthfully to say that I've used the information that you've portrayed and applied to the contents of my blog. The look and feel of my articles (a few of them) have amazed most of my blog's readers. Many of them have asked how I did.
But...this is the bad part..I didn't give you a single credit!
Honestly, I just feel ashamed to do that since I've learned a simple basic HTML tweaking from a new blogger like you.
Thus, I sincerely apologize to what I've done but sadly to say that at this moment I could still unable to pen in your name from whom I got that beneficial information.
Thank you.
Aku tidak tahu samada beliau itu sememangnya Mat Saleh kerana menggunakan alamat e-mail yang fake yang di forwardkan ke inbox e-mail aku melalui borang penyertaan di entry Cabutan Bertuah.
Tidak kisahlah siapa beliau. Apa yang penting adalah isi-kandungan e-mail yang beliau hantar.
Aku agak was-was untuk menerima pengakuan beliau sebagai seorang blogger otai kerana bagi aku, sekiranya beliau orang lama, sudah tentu maklumat-maklumat yang aku sampaikan di blog ini (berkisar tentang tutorial untuk blog) adalah maklumat yang sudah basi bagi beliau.
Aku membuat entry-entry sedemikian adalah untuk berkongsi sedikit ilmu yang aku ada dengan segelintir blogger yang masih baru dan memerlukan maklumat-maklumat begitu.
Walaupun terdapat banyak blog-blog dan website memaparkan hal atau maklumat yang sama, ada kemungkinan maklumat-maklumat tersebut tidak sampai kepada mereka. Dan yang paling utama, aku menggunakan blog aku ini sebagai medium untuk menyimpan maklumat-maklumat tersebut untuk rujukan aku juga di suatu hari nanti.
Adakah aku marah?
Yer!!! Aku marah ni!!!...
Opps! Sorry...gurau jer...hehehe.
Siapalah aku untuk marah sedangkan maklumat tersebut juga aku dapat selepas melayari website-website yang berkaitan.
Aku telah membuat sedikit ujikaji (yang tidaklah begitu baguspun) dan mencubanya beberapa kali dii blog aku ini. Apa yang membezakannya walaupun mungkin maklumat-maklumat yang aku paparkan tersebut serupa dengan blog atau website orang lain ialah aku membuat penerangan dengan cara dan gaya aku sendiri.
Apa untungnya jika aku diberikan kredit?
Bukanlah ingin merasa bangga kerana blog atau nama aku dipaparkan di blog orang lain sebagai satu penghargaan, tetapi yang lebih utama adalah mendapat backlinks dari blog atau website tersebut.
Tetapi, jika tuan punya blog atau website tersebut tidak mahu mengiktiraf atau memberikan sebarang penghargaan kepada aku, apalah hak aku untung melenting. Tambahan pula, aku sudah tentu tidak akan tahu jika penggunaan maklumat tersebut adalah hasil pembacaan di blog aku ini kerana maklumat-maklumat tersebut mungkin terlalu biasa dan boleh didapati di blog atau website yang lain.
Sekiranya ada di kalangan para blogger sekalian yang telah menggunakan maklumat dari pembacaan di blog aku ini, syukur alhamdulillah.
Jika penghargaan pula yang diberikan kepadaku atau blog aku, aku ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum. Berkongsi ilmu yg bermanfaat tu pahalanya berterusan.. insyaallah. betul tak? :-)
kalo tak salah, dia ada cakap blog dia lg better than your blog kan.. haha.. lawak.. perasan gila..
Salam Hasny...betul tu..insyaAllah.
Salam -GC-...biarkanlah, mungkin betul juga. Lagipun usia blog Abg Long ni belum cukup setahun.. kena usaha lebih untuk tarik pelawat Sebelum ini guna blog lain.
Thanks for finally talking about > "Is recognition important?" < Loved it!
Feel free to visit my web site ... True Cleanse Complete (home.adgkw.com)