Pagi tadi ketika aku bersiap-siap untuk pergi ke Selayang bertemu seorang Dato' untuk urusan pengambilalihan sebuah syarikat Kawalan Keselamatan, aku dikejutkan dengan bunyi bising dan nyaring dua ekor kucing sedang bersilat.
Aku cuba untuk meleraikan dengan menyimbah air. Menghampiri kucing yang sedang bergaduh lebih-lebih lagi jika ingin memegangnya mungkin satu tindakan yang kurang bijak. Ini adalah kerana kuku dan gigi kucing kebiasaannya mempunyai bisa ketika bergaduh...errr..kalau tak percaya, cubalah...hehehe.
Selepas menyiram dengan air sambil menunjukkan muka yang bengis, barulah kucing-kucing tersebut berhenti bergaduh dan senyap.
Selepas itu, timbul pula rasa kesian dan akupun mencari ke mana perginya kucing-kucing tersebut. Rupa-rupanya ada di belakang rumahku. Yang menariknya, kucing-kucing tersebut sibuk menjilat dan mengeringkan tubuh lawan masing-masing..aik!?? Tadi bukan main bersilat, sekarang baik bebenor berdua yer?...ish3.
Sebenarnya kucing-kucing tersebut seekor jantan dan seekor lagi betina. Kira macam bergaduh laki bini lah tu. Biasalah, seperti perumpamaan "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Mungkin tadi bergaduh sebab ada perselisihan faham, bila ditimpa kesusahan, sayang tu tetap juga ada...hmmmm.
Entry kali ini, aku just ingin memanjangkan pesanan-pesanan yang telah aku terima melalui e-mail lama dahulu. Apalah salahnya untuk berpesan-pesan hal-hal yang baik dan membawa kebaikan walaupun kata-kata atau ayat-ayat tersebut pernah kita dengar berulang-ulang kali.
Aku tidak tahu siapa pengarang asalnya kerana tiada trademarks atau nama penulis kepada artikel ini, cuma aku berharap mudah-mudahan Tuhan memberikan pahala yang berterusan selagi pesanan beliau ini tersebar dan memberi manafaat kepada para pembacanya.
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya keranasenyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Aku berharap pesanan di atas dapat memberikan sesuatu yang positif kepada diriku dan anda juga.
Kepada para suami, janganlah pula mengambil kesempatan di atas pesanan di atas untuk menyalahkan isteri sahaja atau melukakan hati mereka sesuka hati. Ingatlah, segala dosa-dosa yang dilakukan oleh isteri, andalah orang yang bakal menanggungnya wahai suami...so, beringatlah, tunaikan tanggungjawab anda, jagalah dan didiklah isteri anda dengan kasih sayang yang sempurna.
Ok, itu sahaja. Aku terpaksa bertindak menjadi orang tengah sekali lagi kerana ada lagi kucing yang bersilat ni...haip!!!
Sekian.
suami outstation, tak dapat nak senyummmmmmm,, hahahaha
memang lah betul tu senang hati hati bila tgk isteri senyum
Salam -GC-..apa susah, amik jer gambar dia dan senyum kat gambar tu puas2 hehehe.
Salam Internet Marketing...yer..hilang rasa penat bila balik rumah disambut dengan senyuman dan bukan disambut dengan siluman..hehe
Mendamaikan pergaduhan mahluk hidup satu amalan yang baik dan mulia. Semoga coretan tuan menjadi renungan dan pengajaran kepada kita semua. Terimakasih
Salam M...thanx sudi komen. Yg baik datangnya dari Tuhan dan yg buruk adalah kelemahan saya. Saya cuma ingin menyampaikan setakat yg saya mampu.