Anda seorang bos? Pernahkah anda terfikir samada anda layak menyandang jawatan anda sekarang? Bagaimanakah penerimaan staff-staff anda? Pernahkah anda ambil peduli tentang pandangan mereka terhadap anda? Atau, adakah anda tutup minda anda dari memikirkan hal-hal yang sedemikian?
Semalam, di dalam kebuntuan fikiranku memikirkan permasalahan yang tidak sudah-sudah, aku sempat juga melakukan senaman rutin iaitu berjogging dan brisk walking. Hari yang agak berbahang membuatkan rasa dahaga aku agak membuak-buak. Jika boleh ingin juga rasanya berjogging sambil disimbahi pancuran air yang dingin.
Ketika aku berhenti seketika untuk membuat stretching, aku berjumpa seorang rakan yang turut sama bersenam di kawasan tersebut. Akhirnya, senaman rutin berubah menjadi "mengeteh dan mengopi". Tidak mengapalah, mungkin hari ini aku perlu berehat dari memerah keringat dengan berjogging. Lagipun aku telah berlari hampir 2km sebelum terjumpa rakanku itu.
Topik yang kami bualkan agak panas juga iaitu tentang bosnya yang dia anggap tidak sesuai menjadi bos!
"Bos aku itu tidak pernah memberikan clear instruction. Selalunya, kami staff-staff beliau yang berinisiatif untuk melakukan sesuatu tugasan. Banyak perkara-perkara yang melibatkan jabatan kami yang beliau tidak tahu malahan jika tahu sekalipun, beliau semacam blur. Sepatutnya sebagai Ketua Jabatan dan juga bos, beliau perlulah lebih bertanggungjawab terhadap Jabatan beliau tetapi lain pula yang berlaku. Beliau tidak fokus dan kadang-kadang hanya menjadi posmen menyampaikan pesanan dan amanat dari Big Bos. Yang tidak seronoknya, kami yang selalu menjadi mangsa hentaman dan kemarahan Big Bos serta bos-bos dari Jabatan lain."
"Seringkali juga berlaku, kami dimarahi oleh Big Boss akibat kerja yang tidak dibuat ataupun tidak siap sepenuhnya. Macamana hendak siap jika maklumat tidak kami terima ataupun diterima di saat-saat akhir".
"Sebab itu aku berpendapat beliau tidak layak untuk menjadi bos!"
Lama juga aku terdiam dan berfikir bagaimana untuk menjawab atau memberikan komen terhadap statement rakanku itu.
Pendapatku
Aku berpendapat dan ini juga merupakan jawapan aku kepadanya, kita tidak sepatutnya mempertikaikan akan kelayakan seseorang itu untuk menjadi bos tidak kira apakah kelulusannya, cara pemikirannya, sikapnya dan juga pengetahuannya di dalam sesuatu tugasan. Ini kerana perlantikan beliau sebagai seorang bos bukanlah dilakukan melalui cara-cara pemilihan atau pengundian oleh semua kakitangan syarikat. Beliau sudah tentunya dilantik oleh Pihak Pengurusan berdasarkan kriteria-kriteria yang diinginkan oleh mereka.
Walaubagaimanapun, kita juga perlu faham bahawa tidak semua bos memiliki skill-skill sebagai seorang pemimpin yang berupaya memimpin kakitangannya untuk mencapai sesuatu matlamat. Jadi, berdasarkan keluhan rakanku itu aku berpendapat, ada kemungkinan bos beliau itu tidak memiliki skill-skill kepimpinan.
Sebelum ini, aku pernah paparkan beberapa pos yang bersangkut-paut tentang kriteria-kriteria seseorang Pengurus atau bos. Sila klik link-link berikut:
- Jenis-jenis Pengurus
- Be an effective manager
- Teruk sangatkah prestasi kerja aku?
- Are you competent to be a manager?
Berbalik kepada keluhan rakanku itu, aku mencadangkan hanya 3 langkah dan tindakan yang beliau boleh ambil untuk meredakan kekecewaan beliau
Berhenti menilai personaliti
Buangkan jauh-jauh perasaan yang menidakkan kredibiliti seseorang itu untuk menjadi bos. Samada layak atau tidak seseorang itu untuk menjadi bos bukanlah hak anda untuk menilainya. Hormatilah jawatan yang disandangnya jika sekalipun perwatakan beliau tidak anda gemari.
Fokus kepada mencapai matlamat
Perlu diingat bahawa matlamat sesebuah organisasi atau mungkin juga sesebuah Jabatan perlu dicapai dengan cara kolektif ataupun secara bersama-sama. Jangan jadikan memiliki seorang bos yang tidak tahu memimpin sebagai alasan untuk tidak bersungguh-sungguh melakukan tugasan.
Jangan menunggu bos
Bekerjalah dengan pro-aktif. Dapatkan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan Jabatan atau tugasan anda. Tanamkan sifat-sifat imaginatif dan berinisiatif untuk kejayaan Jabatan di dalam mencapai apa jua matlamat yang disasarkan.
"Kami telah cuba untuk mengajar dan menasihati bos kami itu, tetapi dia macam endah tak endah sahaja. Dia masih lagi dengan perangai dia yang lama!"
Ingatlah, seseorang yang bergelar bos juga ada ego dan maruahnya sebagai bos. Dengan bertindak seperti mengajar beliau untuk berbuat sesuatu, ada kemungkinan membuatkan beliau terasa diperbodohkan dan merasakan maruah beliau tercalar.
Cuba perhatikan ayat-ayat berikut:
- "Bos, kami hendak bos buat macam ni" ataupun "Apakata kalau bos buat macam ni".
- "Bos, kami bercadang untuk buat macam ni. Ok tak bos?"
Sudah tentu bos lebih suka mendengar contoh ayat yang ke 2 kerana beliau akan merasa dihargai dan pendapat atau keputusan beliau diingini.
3 tindakan-tindakan di atas are non-exhaustive. Banyak sebenarnya cara-cara yang sesuai untuk menangani masalah rakanku itu cuma pada ketika itu, hanya 3 langkah-langkah di atas yang dapat aku fikirkan...hehehe.
Nasihat 5 sen aku, janganlah sesuka hati untuk menghina atau memperlekeh bos anda kerana anda mungkin juga menjadi seorang bos suatu hari nanti.
Sekian.
Nice info.
Salam Habib Ullah...thanx for commenting..njoy reading