Friday, June 11, 2010

Jenis-jenis Pengurus

3 comments
 
Salam,

Aku terpanggil untuk menulis tentang sifat-sifat atau perangai seseorang yang digelar pengurus setelah ditanya oleh staff aku apakah atau bagaimanakah sifat-sifat atau perangai seseorang pengurus boleh mempengaruhi organisasi.

Bagi anda yang telah menjadi seorang pengurus, pernahkah anda terfikir, apakah sifat-sifat yang ada di dalam diri anda sesuai diguna-pakai atau perlukah anda berubah?

Bekas boss aku di Maybank dahulu pernah berkata,
“At certain level, the Manager needs to be cruel to his staff in his organization in order to ensure all changes that he has in his mind are being implemented to what he has planned”.

Mak ai...”cruel”!

Kemudian dia menambah, apa yang dia maksudkan sebagai “certain level” ialah, peringkat di mana pengurus tersebut bukan lagi bertugas sebagai pemimpin kepada beberapa ratus orang kakitangan tetapi pemimpin kepada beberapa orang pemimpin-pemimpin yang lain. Dengan erti-kata lain, dia adalah ketua kepada pengurus-pengurus yang lain.

Cruel” pula dia maksudkan, tiada lagi kompromi untuk mendengar alasan-alasan  atau pandangan-pandangan dari kakitangan bawahan. Apa yang diinginkan ialah keputusan-keputusan sepertimana yang dia mahu sahaja (result oriented).

Dia memberi contoh, seorang Pengurus Kanan dibawa masuk untuk membuat perubahan-perubahan ke atas operasi syarikat yang bermasalah. Untuk memastikan kejayaannya, dia membuat dasar-dasar baru bagi menggantikan yang lama dan mahukan perubahan dasar-dasar tersebut dilakukan dengan serta-merta. Adakah anda fikir dia akan berjaya jikalau terpaksa mendengar pandangan-pandangan dan rintihan-rintihan orang bawahannya? Hmmm...berat juga hendak menjawab soalan dia tu...hehehe.

Mungkin kerana aku tidak memberi jawapan atau response, dia kemudiannya menambah
“sebab itu untuk memberi impak dan memastikan perubahan yang ketara seseorang pengurus perlu untuk membuat perubahan kepada cara-cara pengurusannya kepada yang lebih sesuai pada peringkat jawatannya”.

Agak subjektif juga kata-kata bekas big boss aku itu, tetapi, aku cuba juga untuk mengkaji apa sebenarnya yang cuba disampaikan kepada aku ketika itu.

Mungkin anda pernah berjumpa seorang pengurus yang begitu rapat dengan kakitangannya dan prihatin dengan permasalahan mereka. Atau mungkin juga anda pernah berjumpa seorang pengurus yang berpendirian “I’m always right” serta suka menggunakan kuasa “veto”nya.

Mari kita lihat jenis-jenis character pengurusan yang dapat aku himpunkan. Fikirkanlah di mana anda berada. Mungkin berguna...hehehe.

Pengurus Penyelesai Masalah

Pengurus sebegini biasanya amat fokus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Lebih gemar mengetahui apakah tindakan-tindakan yang dilakukan dan hanya ingin melihat hasratnya tercapai. Pengurus sebegini tidak suka mendengar alasan-alasan atau pandangan-pandangan yang melambatkan proses-proses tindakan.

Sikap “buat sahaja dan jangan banyak soal” ini mungkin berjaya menyelesaikan masalah tersebut tetapi adakalanya menimbulkan beberapa masalah yang lain pula. Dia lebih suka dan sentiasa memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan membuat kakitangannya bertindak tanpa berfikir dan hanya menurut perintah.

Apa akan jadi sekiranya pengurus ini cabut lari dari syarikat tersebut? Kena cari lagi seorang penyelesai masalah nampaknya...

Pengurus Pengugut

Pengurus jenis ini suka kakitangannya untuk melakukan sesuatu kerja mengikut kehendaknya dengan cara memaksa dan dituruti dengan elemen-elemen ugutan.

Aku juga pernah berjumpa atau bekerja dengan pengurus seperti ini.

Di antara ayat-ayat yang berbaur ugutan yang pernah terpacul dari mulut pengurus seperti ini ialah:

  • “Kalau kerja itu tidak siap minggu ini, bonus awak akan dipotong”.
  • “If you think you can’t do it, you are not belonged here”.
  • “You need to buck up! Otherwise, I’ll replace you with somebody else”.
  • “Saya lihat awak tidak banyak menyumbang untuk jabatan ini tidak seperti pekerja-pekerja lain. Bagaimana saya hendak naikkan pangkat awak? Elok awak cari kerja lain sahajalah”.
Kenapa pengurus seperti ini suka mengugut? Biasanya dia Cuma mahukan hasil yang dia mahukan dan mengelakkan dirinya menjadi sasaran sekiranya tugasan tersebut tidak dilaksanakan. Dia lebih mementingkan dirinya daripada memimpin kakitangannya untuk mencapai impian syarikat.

Pengurus Kaki Bodek

Biasanya pengurus seperti ini mengakui bahawa dia tidak berpihak kepada mana-mana parti di dalam sesebuah organisasi. Macam “lalang” dan mengikut arah pengurus atasan untuk memastikan jawatannya terjamin dan mungkin pangkatnya dinaikkan.

Kadangkalanya, pengurus ini menghadapi masalah sekiranya berlaku apa-apa situasi yang dia tidak terfikirkan atau tidak bersedia. Jarang sekali mahu membuat keputusan dan lebih suka menyuruh orang lain membuatnya tetapi mahukan merit sekiranya keputusan tersebut membuahkan hasil yang baik. Jika sebaliknya, padahlah orang yang membuat keputusan tersebut.

Menariknya, pengurus seperti ini akan berusaha bersungguh-sungguh mengekalkan jawatannya termasuklah memijak kepala-kepala bakal-bakal pesaing yang ada...hehehe.

Walaubagaimanapun, pengurus seperti ini biasanya pandai bermain kata-kata dan memujuk serta mengambil hati orang lain. Cuma kelebihan tersebut hanyalah untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukannya untuk syarikat secara keseluruhan.

Pengurus Ego

Pengurus seperti ini hanya fokus untuk diri sendiri sahaja. Baginya, semua hasil kerja yang telah dilakukan oleh pekerja-pekerjanya adalah tanggungjawab pekerja-pekerja tersebut tetapi semua penghargaan-penghargaan yang diterima termasuklah bonus dan kenaikan pangkat hanyalah untuk dia seorang.

Pengurus seperti ini biasanya meletakkan matlamat hidupnya sendiri sebagai yang paling utama melebihi matlamat jabatannya.

Kebiasaannya, pengurus seperti ini akan mengalami situasi di mana ramai kakitangganya yang berhenti kerja kerana tidak berpuas hati tiada penghargaan diterima dari syarikat walaupun melakukan kerja-kerja dengan baik dan mencapai matlamat. Ironinya, berdasarkan pengalaman aku jarang sekali pengurus seperti ini kekurangan staff. Cuma silih berganti.

Pengurus jenis ini juga merupakan seorang yang memiliki tahap keyakinan diri yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, ia biasanya didokong oleh sifat egonya yang juga tinggi dan mahukan dirinya kelihatan lebih tinggi tarafnya dari orang lain. Oleh itu, mungkin persaingan yang sihat merupakan ancaman kepadanya.

Pengurus Terlalu Sempurna

Pada pandangan ramai, pengurus seperti ini mempunyai kualiti diri yang amat bagus. Walaubagaimanapun, kerana inginkan kesempurnaan sentiasa dan takut untuk menghadapi atau berlakunya kesilapan, tindakan-tindakannya banyak yang menjurus kepada kelewatan di dalam membuat keputusan-keputusan kerana terlalu mementingkan dan mencari fakta-fakta tambahan.

Pengurus seperti ini biasanya terlalu bergantung kepada pengetahuan atau pengalamannya sahaja ketika menguruskan pekerja-pekerjanya. Dia kurang mementingkan perhubungan kemanusiaan menjadikannya atau kakitangannya bekerja seperti sebuah robot atau mesin yang mesti sentiasa menghabiskan kerjanya tanpa apa-apa kekhilafan atau kekurangan (sentiasa sempurna).

Pengurus Pasif

Pengurus seperti ini menganggap menjaga hati para pekerjanya sebagai suatu kemestian. Hanya membuat keputusan-keputusan setelah pasti bahawa kakitangannya boleh menerima akan keputusannya. Dia hanya bertindak jika sesuatu kejadian itu telah berlaku dan biasanya telah terlambat.

Mungkin pengurus seperti ini mudah disayangi oleh pekerjanya tetapi juga boleh mendatangkan masalah sekiranya ingin menjalankan dasar-dasar baru syarikat yang mungkin tidak disukai oleh para pekerjanya.

Aku pernah berjumpa dengan pengurus sebegini dan dia menghadapi masalah besar apabila diminta oleh pengurusan atasan untuk mengambil tindakan ke atas pekerjanya yang telah gagal mematuhi prosidur syarikat.

Pekerja-pekerja lainnya pula kelihatan tidak berdaya saing, sentiasa berada di dalam “comfort zone”, anti perubahan dan sepatutnya sudah lama diberhentikan dari syarikatnya itu


Oleh kerana terlalu pasif bertindak, biasanya pengurus seperti ini hanya bersikap defensive dan suka mengelak dari berkonfrontasi dan tidak dihormati oleh pekerjanya.

Pengurus Proaktif

Pengurus Proaktif pula adalah seorang pengurus yang memiliki kesemua elemen-elemen yang baik dan ideal daripada semua jenis-jenis pengurus yang aku sebutkan di atas dan tanpa apa-apa cacat celanya.

Apakah ciri-ciri pengurus proaktif?

  • Bijak dan tahu untuk mencari punca-punca masalah dan membimbing pekerjanya bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut (ciri-ciri baik yang ada pada pengurus penyelesai masalah).
  • Tahu bilakah masa untuk memberi galakan dan dorongan walaupun dengan kata-kata tegas tetapi mengajar dan membimbing pekerjanya untuk sesuatu tugasan. Lebih kepada memberi kata-kata dorongan daripada kata-kata ugutan (ciri-ciri baik yang ada pada pengurus penguggut).
  • Mudah didekati, mesra, mempunyai “inter-personal skills yang baik dan pandai memujuk untuk memastikan kakitangannya bekerja dengan penuh dedikasi (ciri-ciri baik yang ada pada pengurus kaki bodek).
  • Mempunyai keyakinan yang tinggi tetapi lebih fokus kepada pencapaian matlamat kumpulan dan berkongsi penghargaan dengan kakitangannya serta menggalakkan persaingan yang sihat untuk berjaya (ciri-ciri baik yang ada pada pengurus Ego).
  • Mempunyai sifat inginkan kesempurnaan tetapi tidak takut menghadapi kegagalan. Walaupun mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas, dia tidak lokek untuk berkongsi dan member tunjuk ajar kepada kakitangannya agar pengetahuan dan kualiti pekerjanya meningkat secara berterusan (ciri-ciri baik yang ada pada pengurus terlalu sempurna)
  • Mesra dengan pekerja-pekerja tetapi menetapkan batasan-batasan tertentu agar dia sentiasa dihormati (ciri-ciri baik yang ada pada pengurus Pasif)

Pengurus pro-aktif adalah jenis pengurus yang terbaik yang diperlukan oleh sesebuah organisasi atau syarikat yang mahukan kejayaan yang cemerlang.
Sekarang baru aku mengerti apa yang bekas big boss Maybank aku itu maksudkan. Untuk menjadi seorang pengurus yang baik perlu memiliki sifat-sifat pengurus Proaktif yang aku sebutkan di atas tetapi perlulah disesuaikan dengan situasi dan tanggungjawabnya di dalam sesebuah organisasi. Dengan kata lain sifat-sifatnya berubah mengikut keadaan dan tuntutan kerjanya. Semestinya ia bukanlah mudah.


Jadi, di manakah anda?


Sekian.

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Good day! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay. I'm absolutely enjoying your blog and
    look forward to new posts.

    Have a look at my weblog; bathroom Remodel ideas

  2. Anonymous says:

    Diр rеmaining fouг tortillas into sauсe and set up thгough next laуer.

    Sitting there on уοur counter, it barely seems to
    bе able of thesе wοnderѕ, but thе primarу
    timerѕ and thе seаsonеd cooks alike will cheгish inсludіng that regular tastе tο thеіr most loved diѕhes.
    "In modern society, I indicate 50 percent the time plenty of men or women have hardly ever been alone, unquestionably on your own, lacking some type of distraction.

    Feel free to surf to my webpage: bialetti pizza stone kit

  3. Anonymous says:

    We're a bunch of volunteers and opening a brand new scheme in our community. Your web site offered us with valuable info to work on. You'vе donе an imρrеsѕive activity
    and our entiге group ѕhall bе
    thankful to you.

    Mу web sіte :: vitaequinos.info

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com