Pernahkah anda mengalami peristiwa di mana duit anda didapati hilang atau dikeluarkan dari akaun bank anda? Bila anda periksa dengan lebih terperinci dengan bertanya pihak bank, mereka mengatakan anda sendiri yang telah membuat pengeluaran tersebut di sebuah ATM, walhal, anda memang tidak pernah melakukan transaksi tersebut.
Ini lah yang dipanggil “Unauthorized ATM Withdrawal“.
Untuk post kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda tentang “Unauthorized ATM Withdrawal” di samping memberi tips-tips untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku kepada anda.
Sebelum itu ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui dan fahami:
Pertamanya, Kawalan Keselamatan Untuk Pengguna ATM
Setiap bank memiliki beberapa system serta peralatan tertentu yang canggih sebagai Kawalan keselamatan bagi menjaga kepentingan para pengguna ATM milik mereka. Sistem yang digunakan mungkin berbeza di antara bank-bank tetapi matlamatnya adalah tetap sama.
Keduanya, Panduan Untuk Pengguna ATM
Setiap bank mesti mempunyai segala bentuk panduan untuk para pelanggannya untuk menggunakan sesuatu “feature” yang ada pada ATM mereka. Panduan-panduan itu biasanya berbentuk "brochures" atau risalah-risalah, paparan-paparan di skrin ATM dan mungkin juga melalui penerangan secara langsung di ATM oleh “Customer Service Personnel” bank tersebut.
Ketiganya,. Khidmat Pelanggan untuk Pengguna ATM
Setiap bank memiliki satu pasukan yang bertanggungjawab memastikan pelanggan mereka mendapat bantuan dan khidmat yang secukupnya. Sekurang-kurangnya mesti ada satu department atau unit dipanggil ATM Centre atau ATM Unit yang berfungsi untuk menjaga kepentingan pengguna ATM dan memberi nasihat dan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Biasanya masalah utama adalah duit tidak keluar atau duit cuma sebahagiannya keluar walaupun akaun telah didebitkan.
Apa perlunya untuk kita mengetahui dan memahami akan ketiga-tiga perkara di atas?
Sekurang-kurangnya kita akan merasa lebih yakin untuk menggunakan ATM bank tersebut kerana kita tahu bahawa keselamatan transaksi ATM kita terjamin.
Jika transaksi ATM terjamin, bagaimana boleh berlaku “Unauthorized ATM Withdrawal“?
Jom teruskan baca...
Punca yang menjadi teras kepada berlakunya “Unauthorized Withdrawal” ialah “PIN Compromised“. Jika tiada PIN, kita sendiri pun tidak boleh membuat pengeluaran tunai di ATM.
Apa itu PIN?
PIN adalah singkatan untuk “Personal Indentification Number” atau “Nombor Pengenalan Diri” dan boleh juga disebut sebagai “Password“. Jarang orang memanggilnya “password” kerana PIN hanya menggunakan nombor manakala untuk “password“, kita boleh menggunakan huruf-huruf, nombor atau juga “character” seperti “$” (sori minda aku asyik ingat symbol tu sahaja...hehehe). Oleh kerana itu PIN adalah lebih mudah untuk diingat dan mudah pula untuk digodam.
Jadi, untuk mengelakkan berlakunya “Unauthorized ATM Withdrawal“, hanya ada satu sahaja perkara yang mesti diberi perhatian iaitu memastikan “hanya anda yang mengetahui akan PIN anda”.
Untuk itu, langkah-langkah berikut mesti diikuti bagi menjamin tiada berlakunya “PIN Compromised“:
- Pengurusan PIN
- Elakkan PIN dicuri pandang
- Berhati-hati dengan SCAM
Pengurusan PIN
Pertama, Tukar PIN
Biasanya semasa menggunakan kad ATM untuk kali pertama, system ATM akan memaksa kita untuk menukar PIN sebelum diberi kebenaran melakukan transaksi. Ini adalah salah satu kawalan keselamatan yang terdapat pada system ATM sesebuah bank. Sekiranya system automatik tersebut tiada, anda perlu menukarkan PIN yang anda baru terima dengan segera.
Kedua,. Hafal PIN
Sebaik-baiknya, hafal PIN yang anda sendiri telah pilih. Pada masa ini, jumlah nombor untuk PIN piawai hampir kesemua bank-bank di Malaysia ialah 6 angka. Mungkin agak banyak dan sedikit sukar untuk dihafal tetapi ia lebih baik dari segi keselamatan. Pilihlah nombor-nombor untuk PIN yang mudah anda ingat tetapi sukar untuk orang lain untuk menekanya.
Contohnya, 6 nombor Mykad kekasih anda yang terakhir, dibaca terbalik atau tarikh lahir dia (sekurang-kurangnya tidaklah anda lupa "birthday" buah hati anda itu...hehehe).
Jangan sesakali menggunakan urutan nombor yang terlau mudah diteka seperti “000000“, “888888“, “886688“, “123456“, “012345", “654321” dan seumpamanya. Ingat! jangan pula ingin menjadi seperti Mr. Bean untuk menggunakan "artrisk" (******) untuk PIN anda...hehehe.
Sila rujuk definisi PIN di atas.
Ketiga, Simpan PIN di tempat yang paling selamat
Menghafal PIN adalah cara terbaik, namun, mungkin ada di antara kita yang mempunyai masalah untuk menghafal. Sekiranya perlu untuk menulis PIN pastikan ianya tidak ditulis di kad ATM anda atau PIN yang ditulis itu disimpan di dalam wallet atau handbag bersekali dengan kad ATM anda.
Banyak kes kehilangan wang sebegini akibat PIN yang ditulis atau ditampal di atas kad ATM.
Keempat, Teknik menulis PIN
Salah satu cara alternatif yang terbaik ialah menulis PIN dengan menambahkan nombor-nombor untuk mengelirukan orang lain yang membacanya sekiranya PIN yang ditulis itu ditemui.
Contohnya, PIN anda ialah 231321 maka jadikan ia seperti ini 0320313201 (seolah-olah nombor telefon). Pastikan anda ingat pula nombor yang betul.
Kelima,. Penggunaan alat bantuan simpanan
Pada zaman kecanggihan teknologi sekarang ini, banyak alat-alat yang boleh digunakan untuk membantu kita menyimpan sesuatu maklumat dengan lebih selamat. Di antaranya ialah menggunakan software “wallet” di telefon bimbit yang hanya boleh dibuka menggunakan "password" tertentu. Sekiranya anda memiliki telefon bimbit berserta "feature" seperti itu, gunakanlah ia untuk menyimpan PIN ATM anda itu. Tetapi, jangan pula anda dedahkan password untuk "wallet" tesebut!
Keenam, Jangan berkongsi PIN
Tiada gunanya anda bersusah payah menghafal atau menyimpan PIN ditempat yang selamat sekiranya anda memberitahu PIN anda itu kepada orang lain terutamanya orang yang anda kenal atau rapat.
Banyak kes-kes “Unauthorized ATM Withdrawal” melibatkan pihak ketiga yang sememangnya mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat seperti anak, suami/isteri, pakwe/makwe dan ada juga kes-kes melibatkan kawan rapat. Sekiranya anda sengaja memberitahu PIN anda kepada pihak tertentu untuk pengeluaran wang seperti memberikannya kepada “Along“, pengeluaran yang dilakukan itu tidaklah dianggap “Unauthorized ATM Withdrawal” kerana anda sendiri bersetuju dan merelakan perkara tersebut.
Walaupun terdapat berbagai-bagai cara untuk menguruskan PIN agar tidak di ketahui oleh pihak ketiga, aku masih berpendapat “MENGHAFAL” adalah cara yang paling selamat.
Elakkan PIN dicuri pandang
Keempat-empat perkara berikut amat penting untuk mengelakkan orang lain mengetahui PIN semasa anda sedang membuat transaksi di ATM:
Pertama, Jarakkan diri dengan pengguna lain
Semasa menggunakan ATM, pastikan pengguna di belakang anda berada di luar petak kuning Jika petak kuning tiada, pastikan orang tersebut tidak terlalu dekat hingga memungkinkan dia melihat nombor yang anda tekan di skrin atau di keyboard ATM. Pastikan juga anda berhati-hati sekiranya ada pengguna lain sedang menggunakan ATM di sebelah anda. Biasanya pihak bank ada meletakkan penghalang di antara satu ATM dengan yang lain.
Kedua, Tekan PIN dengan cepat
Menekan PIN dengan cepat dapat mengelakkan pengguna lain yang berhampiran untuk mengingati PIN anda walaupun berjaya mencuri pandang terutamanya jika PIN perlu ditekan di paparan skrin. Cuba lindungi sebaik mungkin PIN yang anda tekan sepertimana anda cuba lindungi baki duit di dalam akaun yang dipaparkan di skrin itu...hehehe.
Ketiga, Gunakan lebih dari 1 jari
Jika boleh, gunakan seberapa banyak jari anda ketika menekan PIN. Cuba elakkan menggunakan hanya satu jari kecuali anda hanya memiliki satu jari sahaja (maaf kalau ada yang terasa)
Keempat, Guna teknik Jari mengelirukan
Sekiranya anda berkemampuan, gunakanlah teknik jari mengelirukan semasa menekan PIN di keyboard ATM. Contohnya, jari telunjuk seolah-olah menekan nombor 2 tetapi ibu jari menekan nombor 7. Jangan sesekali pula anda menggunakan jari kaki...hahaha (eh?...Ada ke?)
Mengelakkan pihak ketiga melakukan curi pandang PIN anda sebenarnya tidaklah memberikan apa-apa kelebihan yang ketara KECUALI sekiranya anda terlupa dan tertinggal kad di ATM tersebut. Berhati-hati juga sekiranya orang yang berjaya melihat PIN anda itu adalah pakar dalam kerja-kerja menyeluk saku.
Berhati-hati dengan SCAM
Salah satu teknik pengeluaran wang melalui ATM secara tidak sah dan berleluasa kebelakangan ini sehingga pihak bank terpaksa mengeluarkan amaran-amaran tertentu ialah “Teknik menipu dengan anda sendiri yang memberikan PIN secara sukarela atau paksarela“.
Bagaimanakah caranya mereka melakukan SCAM?
Mudah sebenarnya. Salah satu cara yang agak popular ialah dengan meletakkan gadget yang kecil di slot untuk memasukkan kad!
- Apabila anda masukkan kad, ia akan tersangkut di slot tersebut.
- Dengan lagak seperti seorang yang ingin menolong scammer tersebut akan berlakon cuba membantu mengeluarkan kad tersebut tetapi gagal.
- Dia menelefon seseorang yang kononnya seorang pegawai dari pihak bank. Kemudiannya, memberi telefonnya itu kepada anda dengan alasan pegawai bank tersebut ingin bercakap dengan anda.
- Dengan alasan untuk melihat status kad anda, “pegawai” tersebut meminta anda memberikan PIN. Setelah anda berikan PIN, dia akan menyuruh anda untuk pergi ke cawangan di mana kononnya dia berada.
- Bila anda beredar dengan kad masih di dalam slot “card reader“, scammer yang berada di situ akan menarik gadget yang dipasangnya bersekali dengan kad anda dan dengan mudahnya dia membuat pengeluaran tunai setelah rakannya tadi memberitahu PIN yang anda telah berikan.
Kesimpulan
Sebenarnya apa yang aku ceritakan dengan panjang lebar di atas hanyalah merupakan pengetahuan asas bagi mengelakkan "Unauthorized ATM Withdrawal". Anda boleh juga mendapatkan nasihat lanjut dengan mengunjungi cawangan bank anda yang terdekat dan bertanya sendiri kepada mereka. Walaubagaimanapun, aku juga berharap penerangan aku yang berjela-jela ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menambah pengetahuan anda.
Sekian.
Post a Comment