Coretan hari ini masih lagi berkisar tentang .
Aku menerima banyak e-mail tentang permasalahan gaji ini dari berbagai golongan termasuklah seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai "majikan". Dia menganggap coretan aku tentang kenaikan gaji Pegawai Keselamatan itu bagus, cuma kenapa pula aku perlu menulis tentang kelewatan pembayaran gaji? Ia membuatkannya rasa tidak puas hati terhadap coretan aku itu. Pada pandangannya, orang luar (termasuk aku) tidak perlu menyibuk tentang perihal syarikat lewat membayar gaji kerana yang penting gaji itu dibayar cuma dilewatkan sedikit...hmmm
Tulisan aku bukanlah bertujuan untuk membuka pekung di dada beberapa syarikat kawalan keselamatan yang meghadapi masalah kewangan dan lewat membayar gaji pekerja-pekerjanya.
Jika dibaca keseluruhannya, aku rasa tidak sampai 15% kandungan post aku itu menyentuh soal kelewatan pembayaran gaji.
Jika dibaca keseluruhannya, aku rasa tidak sampai 15% kandungan post aku itu menyentuh soal kelewatan pembayaran gaji.
Mungkin si "majikan" itu tidak membaca keseluruhan artikel dan hanya fokus di bahagian akhir di mana ungkapan berikut aku paparkan.
Kenaikan gaji adalah perlu tetapi pembayaran gaji mengikut waktu tanpa kelewatan walaupun sehari adalah .
Aku pula telah membuat perkataan yang terakhir itu berkelip-kelip yang mungkin sedikit sebanyak menarik perhatian si "majikan"...hehehe.
Kenapa pula marah padaku?
Siapakah yang lebih patut untuk marah? Si "majikan" ataupun pekerja-pekerjanya yang menerima gaji lewat dari tarikh yang sepatutnya?
Aku mungkin tidak tahu apakah punca pembayaran gaji terlewat, tetapi sekiranya syarikat tersebut prihatin terhadap para pekerjanya, perkara tersebut tidak akan berlaku. Jika terlewat sehari dua dan masih lagi di dalam bulan yang sama, aku rasa tidak mengapa. Bagaimana pula jika lewat dibayar sehingga melebihi 7 hari dan kadang-kadang lebih dari 15 hari di bulan berikutnya?
Pernah juga aku mendengar majikan memberikan alasan masalah teknikal menyebabkan pihak bank tidak dapat melakukan pindahan wang kepada akaun-akaun pekerja.
Tetapi aku tidak akan percaya jika masalah teknikal boleh berlarutan melebihi 7 hari! Sebabnya, aku juga pernah bekerja di bank (Maybank dan AmBank) dan aku tahu akan sistem dan tata-cara bank melakukan kerja. Di Maybank, aku adalah salah seorang dari penulis-penulis SOPnya!
Tetapi aku tidak akan percaya jika masalah teknikal boleh berlarutan melebihi 7 hari! Sebabnya, aku juga pernah bekerja di bank (Maybank dan AmBank) dan aku tahu akan sistem dan tata-cara bank melakukan kerja. Di Maybank, aku adalah salah seorang dari penulis-penulis SOPnya!
Jadi, apakah punca sebenar kelewatan pembayaran gaji?
Jawapannya memang paling mudah - syarikat tidak memiliki tunai (atau wang di bank)!
Aku tidak kata syarikat itu muflis atau langsung tidak mempunyai wang. Ada kemungkinan, wang syarikat telah digunakan sementara untuk tujuan lain yang syarikat fikirkan lebih penting. Atau mungkin juga syarikat mengharapkan pelanggan-pelanggannya untuk membayar fee-fee dahulu sebelum wang dari fee-fee tersebut digunakan untuk membayar gaji.
Pada pandangan aku, itu merupakan satu etika yang salah. Pembayaran gaji merupakan satu aktiviti tetap syarikat yang tidak boleh diabaikan. Di dalam sistem perakaunan, pembayaran gaji (salaries and wages) merupakan item tetap di dalam akaun untung dan rugi syarikat. Pembayaran gaji juga merupakan item yang amat penting dan termasuk di dalam belanjawan syarikat.
Sesiapa yang pernah membuat belanjawan (budget) mesti faham bahawa apa jua item yang terkandung di dalam belanjawan tersebut perlulah dititik-beratkan dan sejumlah peruntukan (wang) sepatutnya telah diasingkan untuk itu.
Sesiapa yang pernah membuat belanjawan (budget) mesti faham bahawa apa jua item yang terkandung di dalam belanjawan tersebut perlulah dititik-beratkan dan sejumlah peruntukan (wang) sepatutnya telah diasingkan untuk itu.
Persoalannya, jika pembayaran gaji ada di dalam belanjawan, mengapa mesti dibayar lewat? Mungkinkah tiada di dalam belanjawan? Atau mungkin orang yang membuat belanjawan tersebut tidak faham bagaimana ianya dibuat? Apakah ada nilai sesuatu belanjawan jika tiada peruntukan (wang)?
Kelewatan pembayaran gaji boleh membawa kepada krisis?
Ya! Salah satu dari jenis-jenis krisis ialah "Krisis Buruh". Krisis Buruh boleh berlaku akibat dari berbagai-bagai punca dan di antara punca utamanya ialah kelewatan pembayaran gaji.
Pekerja-pekerja mogok, berpiket, menimbulkan huru-hara dan sebagainya merupakan beberapa natijah dari Krisis Buruh dan boleh mengakibatkan imej dan "goodwill" syarikat terjejas lantas mengalami kerugian.
Pekerja-pekerja mogok, berpiket, menimbulkan huru-hara dan sebagainya merupakan beberapa natijah dari Krisis Buruh dan boleh mengakibatkan imej dan "goodwill" syarikat terjejas lantas mengalami kerugian.
Aku pernah melihat kejadian-kejadian di mana pekerja-pekerja syarikat melancarkan mogok dan menyebabkan pelanggan-pelanggan hilang kepercayaan akan kewibawaan pengurusan syarikat. Akhirnya syarikat tersebut terpaksa gulung tikar.
Apa lagi masalah yang akan timbul akibat lewat membayar gaji?
Sebenarnya banyak! Kelewatan pembayaran gaji boleh menyebabkan "Chain Reaction" kepada beberapa permasalahan yang lain.
Ketika aku masih bertugas di sebuah syarikat kawalan keselamatan yang diberi mandat untuk menyelia mesin-mesin ATM/CDM bank-bank serta memberi khidmat pengurusan tunai, dengan bantuan pengurus-pengurus aku yang lain, kami pernah menangkap seorang wanita yang mencuri wang tunai di Cash Center sebanyak RM1,000.
Semasa proses "interrogation", kami bertanya kenapa dia sanggup mencuri? Dan jawapan yang wanita itu berikan ialah:
Saya membuatnya kerana terpaksa. Suami saya telah diberhentikan kerja. Kami tiada sumber pendapatan lain. Kami perlu memberi anak-anak kami makan. Gaji masih tidak masuk-masuk lagi. Saya ambil ni hendak pinjam dulu. Nanti bila gaji dah masuk, saya akan ganti balik.
Jawapan wanita itu membuatkan aku dan pengurus-pengurus aku tergamam.
Sekian.
Bila berlakunya kejadian tak diingini seperti kecurian, mogok dan sebagainya....sepatutnya sebelum berlakunya kejadian tersebut, company-company yg bertanggungjawab perlu menangani masalah tersebut...kerana bila berlakunya kejadian yg tidak diingini, sudah terlalu lambat dan salah siapa????
Pengajaran dari artikel ini...jgn menganiayai pekerja :) kerana sebagai pekerja...mereka mempunyai hak tertentu ke atas company.
Hi Anonymous,
Aku teringat akan kata-kata dari salah seorang pemimpin terkenal dunia "Love your job, never fall in love with your company because you never know when it stops loving you"...Dalam maknanya tuh...hehehe
DAMN right. Alasan majikan aku lagi hampeh. Sbb anak dia masuk wad, dia tak boleh nak masukkan gaji. Abeh, pekerja dia ni tak payah makan, tak payah bayar itu ini...