Monday, June 21, 2010

Oh..Blog Aku!

14 comments
 
Habis lunyai blog aku!

Aku tidak tahu kenapa tetapi mungkin berpunca dari salah aku sendiri yang mahukan blog aku ini lebih laju untuk page loads. Selepas terbaca satu laman web yang mengajar cara-cara hendak speed up page loading, aku cuba untuk apply dengan mengoptimumkan CSS. Hasilnya, memang laju tetapi semua post aku jadi lintang pukang...adoi ai.

Banyak kali aku cuba nak betulkan CSS yang dah terkucil tu tetapi masih gagal. Aku boleh sahaja re-copy CSS asal yang telah aku save sebelum ini tetapi masalahnya aku perlu juga untuk adjust CSS tersebut untuk menambah beberapa widgets dan plugins. Lama juga aku membuang masa dan akhirnya aku decide hendak guna template yang baru pula.

Asalnya aku guna template BCute yang dicipta oleh Deluxe Templates (lihat screen shot di bawah):



Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template BCute tu sila klik di SINI.
Jika hendak download anda klik di SINI pula.

Template BCute itu memang cute dan OK tetapi ramai kata macam budak-budak coz ada kartun "burung" (Twitter) kat bahagian atas tu dan tidak sesuai untuk aku yang dah tua bangka ni...cheh!!


So, aku mencuba pulak satu template yang dinamakan Communist oleh Blogger Tricks (lihat gambar di bawah). Memang cantik!


Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template Communist tu sila klik di SINI.
Jika hendak download anda klik di SINI pula.

Cantik bukan? Walaubagaimanpun, aku terpaksa juga remove template itu kerana layoutnya macam hanya sesuai untuk blog-blog yang ingin menjual perabot sebab ada gambar sofa merah tu.

Kemudian aku ubah pula ke template yang baru dipanggil Sevim direkacipta oleh Best Themes (lihat screen shot di bawah). Ini pun cantik juga dan aku menggunakannya selama 2 jam (huh!).


Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template Sevim tu sila klik di SINI.
Jika hendak download anda klik di SINI pula.

Aku hanya sempat menggunakan template Sevim tersebut dalam tempoh 2 jam. Aku cuba mengubah CSSnya kerana banyak link-link yang diarahkan kepada laman web perekanya termasuklah link Twitter. Oleh kerana perit sangat hendak adjust CSS, aku terpaksa juga mencari template yang lain.

Selepas penat mencari, aku terjumpa pula template yang dinamakan Red Ink direka-cipta oleh LabofWeb
(lihat screen shot di bawah).


Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template Red Ink tersebut klik di SINI.
Jika hendak download anda klik di SINI pula.

Template ini agak menarik sebab ada "avatar" untuk penulis pos. Aku dah letak gambar kucing, gambar anak aku dan gambar aku sendiri sebagai avatar. Warnanya yang merah itu amat menyerlah dan sesuai untuk jenis penulisan aku.

Template ini aku guna agak lama juga iaitu lebih kurang 4 jam! Masalahnya, terlalu banyak link-link yang aku tidak perlukan dan kesemua link-link tersebut mengarah kepada labofweb.com. Dalam tempoh 4 jam tersebut aku membuang masa menggodam CSS untuk membuang benda-benda yang tidak aku perlukan dan akhirnya terbuang juga benda-benda yang amat aku perlukan...adoi ai.

Masalah paling besar aku ialah, post-post aku sebelum ini semakin lintang pukang especially gambar-gambar di dalam post-post tersebut.

Geram dengan situasi tersebut aku buka Blogger Dashboard aku dan pergi ke Template Designer. Aku cuba buat template sendiri berdasarkan acuan yang ada di Template Designer tersebut!.


Aku membuat beberapa adjustment untuk menyesuaikan layout asal dan isi-kandungan blog aku termasuk adjust lebar skins dan sidebar.



Template ini aku adjust juga CSSnya untuk masukkan iklan Nuffnang, Read More, Back to Top button dan beberapa widgets lainnya. Selebihnya aku cuma tambah menggunakan custom HTML page element code di sidebar sahaja. Aku cuma spent setengah jam untuk membuat adjustment tersebut that's why hasilnya mungkin tidak seberapa. Apa yang penting aku masih boleh berblogging!

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita ada masih tak best especially bila melihat hak milik orang lain dan aku tidak terkecuali. Ini mungkin pelajaran berguna untuk aku supaya menerima keaadaan seadanya. Walaubagaimanapun, aku juga rasa bersyukur kerana kejadian ini membuatkan aku banyak belajar cara-cara hendak menggodam CSS....hehehe.


Sekian.

14 Responses so far.

  1. Assalamualaikum..

    nak tanya...saya baru guna deluxe template. tp x keluar pun iklan nuffnang. ada cara ke?tolong ajar :(

  2. Salam TanpaNama..thanx sudi bg komen.

    Nuffnang x keluar? Ada beberapa sebab..1, mungkin ada kesilapan kod html yg digunakan, 2..kesilapan widget i.e instead of widget html terguna widget text dan yg 3..dan selalunya terjadi kerana Nuffnang tengah tidur. Yg last tu kena sabar sket kerana nuffnang akan cuba untuk crawl blog anda utk menentukan status. X lama nanti ada la iklan yg muncul...bersabar jer la yer?

  3. terima kasih abang long. kalau mslh html tu yg payah...sebab kalau nuffnang tido, paling tidak akan keluar gambar tulisan Nuffnang di widget saya.Ni langsung xde :(

    nak add iklan nuffnang, kena paste dekat layout kan? selain add widget. aduii dah la baru tukar layout ke deluxe.

    tolong abg long :(

  4. Salam TanpaNama..

    Kena cek dulu samada id nuffnang tu betul or salah. Then paste kat widget HTML. Tak perlulah insert kat CSS tu takut jd yg bukan2 pula.

    Saya dah cek blog tu, looks like ok jer nuffnang tp layout blog tu cam lintang pukang pulak..mungkin terpaksa juga adjust CSSnya..

  5. Sebenarnya, nuff x keluar kalau saya buka blog guna laptop yg saya guna masa edit layout blog. tp kalau buka blog guna pc/notebook lain, ada pula nuff. xtau lah ape mslhnya.

    ok, linkwithin tu dah edit. rasa dah ok kot?....ni 1 mslh dia, link within yg terabur tu x keluar di laptop yg saya guna utk edit layout tu. tp klu buka guna pd/laptop lain habis terabur kt side atas. tp rasa dh ok dh ni..

  6. Salam TanpaNama..saya rs itu berpunca dari plugins atau add-ons yg ada pada Internet browser lapotop tuh..

    Ada sesetengah template blogger layout yg terhasil menggunakan Internet Explorer tidak sama dgn mengguna Mozilla Firefox.

    Nanti sy tengok blog tu guna different browser. Ape2 nanti sy update

  7. Salam TanpaNama...

    Sy dah chek blog tu..kalau guna Mozilla Firefox LinkWithin masih bererabur kat bhg atas blog tapi kalau guna Internet Explorer OK jer.

    Elok check kat XML file utk template tu. Mungkin ada compatibility issue guna Firefox

  8. ye lah abg long. bila sy buka guna laptop lain, dia jd balik berterabur.

    sy mmg x reti nk edit XML. XML file template yg mane eh?

    maaf sgt menyusahkan abg long.

  9. Salam TanpaNama...

    XML tu file yg kita upload ke dalam "Blogger in draft" untuk dijadikan template blog kita. Org panggil gak CSS..

    Untuk adjust benda CSS ni kita kena tau kalau tak harus lintang pukang layout blog kita tuh.


    Kalau nak edit CSS tu kena pergi Blogger in draft dan select "Edit HTML"..Cari script yg ada perkataan "LinkWithin" guna "CTRL F"..mungkin ada HTML atau command "javascript" yg tak betul..

  10. entah ye abg long. sbb aritu ada 'linkwithin'. bila abg long suruh delete, sy dah delete widget dia. tp still ada dan berterabur. tu yg pelik.
    da tekan ctrl F search linkwithin tp xde pun. ermm, abg long takpe lah...nnt sy cuba godek2 sndiri. Anw, thanks byk2 sbb sudi membantu :)

  11. zaly says:

    HA HA HA HA.... SAYA PUN DAH KENA DAH.... LAST LAST WAK ASIL BALIK ASAL....

  12. Salam Zaly...pengalaman yg bagus untuk kita senyum sendirian..huhu

  13. cikNor says:

    hehehe...bile entry yg abang long post tu teringat msa cikNor giler duk tukar layout dulu.cam gitu lah lps satu,satu try...abes tunggang-terbalik post ngan widget...huhuu...berpeluh-peluh cikNor nk ejas semula.lastly ciNor guna layout yg paling sempoi jew...malas pening kepala dah...jelez gak tgok or laen punyer layout cute2...tapi dah serik...hahaha

  14. Salam CikNor, thanx sudi komen. Pengalaman berguna w'pun pahit..hehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com