Saturday, June 26, 2010

Business Strategy Part 2

0 comments
 
Salam,

Sepertimana yang aku telah janjikan di post sebelum ini, aku sambung kembali coretan aku tentang Business Strategy khusus kepada topik Perancangan Strategik (Strategic Planning).

Aku terpaksa juga membahagikan topik berat ini kepada beberapa post kerana isinya yang agak terlalu panjang. Bukan apa, ada pembaca yang komplen kata tulisan aku tentang Crisis Management Part 7 agak terlalu panjang sampai "pening" hendak membacanya.

Well, aku minta maaf. Tujuan aku hendak share apa yang aku tahu dan bukannya memeningkan kepala anda...hehehe.

OK, Let's start.

Perancangan Strategik untuk Dokumen Business Strategy

Apakah makna Perancangan Strategik?

Perancangan Strategik ialah suatu proses di mana sesebuah organisasi melakar atau merancang perlaksanaan taktik-taktik atau strategi bagi mencapai matlamat-matlamat yang diingini oleh syarikat. Perancangan dan taktik-taktik (strategi) tersebut termasuklah membuat keputusan-keputusan tentang cara-cara perlaksanaan, pembahagian sumber-sumber kewangan atau modal, penyediaan dan pembahagian tenaga buruh, penyediaan peralatan-peralatan serta apa jua perkara atau barangan yang dimiliki oleh syarikat bagi tujuan memastikan sesuatu projek atau perniagaan itu berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat syarikat.

Di dalam Perancangan Strategik terdapat beberapa cara untuk menilai atau melakukan analisa bagi membantu syarikat membuat perancangan seperti SWOT analysis (Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats ), PEST analysis (Political, Economic, Social, and Technological), STEER analysis  (Socio-cultural, Technological, Economic, Ecological, and Regulatory factors), dan EPISTEL analysis (Environment, Political, Informatic, Social, Technological, Economic and Legal).

Kebiasaannya, apabila kita menulis tentang Perancangan Strategik, kita perlu fokus kepada beberapa perkara hasil daripada soalan-soalan berikut:
  1. "Apakah yang kita buat?" atau "Apakah perniagaan yang kita jalankan?"
  2. "Siapakah pelanggan atau klien kita?"
  3. "Bagaimana memastikan kejayaan kita?". Di dalam Perancangan Strategik, soalan ini mungkin juga lebih baik ditafsirkan begini "Bagaimana memastikan kita lebih baik dari pesaing-pesaing kita?" ataupun "Bagaimana mengelakkan persaingan?".
Apa perlunya Perancangan Strategik?

Ada sesetengah syarikat menganggap Perancangan Strategik bukanlah sesuatu yang mesti ada, tetapi, pada masa yang sama memiliki visi apakah yang ingin dicapai dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang.

Untuk mencapai sesuatu matlamat, syarikat perlu mengetahui bagaimanakah cara-cara serta tindakan-tindakan yang perlu diambil. Manakala setiap tindakan-tindakan yang hendak dilakukan perlulah dirancang dengan baik agar matlamat tersebut boleh dicapai.

Merancang pelan-pelan tindakan bukanlah boleh dibuat dengan sambil lewa kerana ianya memerlukan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran tertentu..

Seperti bermain catur, mengatur strategi di masa permulaan permainan akan membantu si pemain untuk mencapai kemenangan. Memperjudikan setiap pergerakan buah-buah catur mungkin boleh menghasilkan sesuatu, tetapi juga boleh melahirkan kekalahan yang teruk! Dengan strategi yang baik akan membantu pemain untuk mengelakkan "blunder".

Oleh itu, setiap perancangan perlulah dibuat secara sistematik, mengikut tata-cara yang betul agar setiap tindakan-tindakan yang bakal dilakukan membuahkan hasil yang diingini.

Untuk melihat atau meramal arah tujuan syarikat, syarikat tersebut perlu tahu di mana kedudukannya pada masa tersebut, apakah visinya di masa akan datang serta bagaimanakah caranya untuk mencapai kedudukan yang diingini tersebut. Proses-proses perancangan berdasarkan maklumat-maklumat tersebut itulah yang dinamakan Perancangan Strategik dan ianya sememangnya amat penting.

Sebelum membuat Perancangan Strategik

Pada tahap permulaan sebelum membuat Perancangan Strategik, syarikat mungkin membuat ramalan atau memikirkan apakah yang perlu dilakukan 10 hingga 15 tahun ke hadapan. Biasanya, setelah ramalan jangka-masa panjang dibuat syarikat akan lebih jelas untuk mengolah tindakan-tindakan yang bersesuaian bagi jangka-masa sederhana atau pendek. Syarikat mungkin juga perlu memikirkan tema-tema yang bersesuaian untuk tujuan penghebahan kepada semua kakitangannya yang akan bersama-sama bertugas merealisasikan matlamat tersebut.

Sebagai contoh, beberapa tahun yang lepas, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir telah menetapkan beberapa matlamat-matlamat untuk negara seperti ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan jangka-masa ditetapkan iaitu pada tahun 2020. Kerajaan mimilih tema "Wawasan 2020" dan tema itulah yang dicanang-canangkan ke seluruh negara. Hampir semua rakyat Malaysia menyebut atau berbual tentang "Wawasan 2020" walaupun mungkin mereka tidak tahu apakah matlamat-matlamat yang sebenarnya ingin dicapai. Apa yang penting, tema tersebut sampai kepada semua rakyat. Pelan-pelan tindakan pula adalah hak kerajaan untuk memastikan perlaksanaannya.

Apakah yang perlu ada di dalam Perancangan Strategik?

Untuk membuat dokumen Perancangan Strategik, perkara-perkara berikut perlu ada dan dihuraikan. Huraian bagi setiap perkara mestilah ringkas tetapi padat dan berlandaskan kepada matlamat-matlamat yang ingin dicapai. Harus diingat, dokumen Perancangan Strategik tersebut tidak perlu terlalu panjang dan meleret-leret. Lagi tebal dokumen tersebut, mungkin lagi ianya tidak berguna.

Aku senaraikan di sini perkara-perkara yang sepatutnya ada:
  • Visi syarikat
  • Sasaran jangka pendek, sederhana dan jangka panjang
  • Membuat analisa-analisa
  • Membuat pelan-pelan strategi termasuk jenis-jenis strategi yang digunakan
  • Penilaian-penilaian terhadap hasil perlaksanaan pelan-pelan tindakan.
  • Status projek dan pelan-pelan perubahan

Aku akan menerangkan dengan lebih lanjut topik-topik di atas di post akan datang. So, tungguuuu...

Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com