Sunday, June 13, 2010

Free PDF Document Converter

0 comments
 
Salam,

Bimbang dokumen anda ditiru bulat-bulat (di"CILOK") oleh orang yang tidak bertanggungjawab?. Cara terbaik mengekang plagiarisme adalah dengan mengubah dokumen anda ke bentuk PDF. Walaubagaimanapun, software PDF agak mahal (kalau yang ORI) dan untuk install yang tak ORI mungkin tidak dibenarkan sekiranya menggunakan komputer hak milik syarikat. Jadi, apakah pilihan anda?

Nah! Aku cadangkan anda dapatkan PDF converter yang FREE punya.

Namanya novaPDF Lite Versi 7.0 yang sesuai untuk komputer yang menggunakan sistem operasi Windows termasuklah versi terbaru Windows 7.

NovaPDF Lite versi 7.0 ini mempunyai fungsi asas sebuah pencetak PDF (PDF Printer) yang akan membantu anda untuk mengubah laporan-laporan, borang-borang, catatan-catatan dan apa jua dokumen anda yang boleh dicetak menggunakan pencetak komputer anda ke bentuk PDF yang sukar diedit atau ditiru secara "copy and paste".

Seperti dokumen berformat PDF yang lain, dokumen anda yang telah diformat menggunakan novaPDF Lite juga boleh dilihat dan dibaca menggunakan "PDF viewer".

Ciri-ciri utama novaPDF Lite:
  • Mengubah apa jua jenis dokumen yang boleh dicetak termasuk DOC, XLS, PPT, PUB, DOCX, XLSX, PPTX, PUBX, HTML, TXT dan lain-lain lagi ke bentuk PDF.
  • Memasukkan dokumen yang anda ubah ke bentuk PDF itu ke dalam dokumen PDF lain yang sedia ada.
  • Menambah maklumat tertentu kepada dokumen anda seperti tajuk, topik, pengarang dan "keywords".
  • Mengubah saiz kertas dan resolusi cetakan dari 72 ke 2400 dpi.
  • Memasukkan jenis-jenis tulisan atau fonts (TrueType, OpenType and Type1).
  • Menetapkan profil peribadi yang berbeza-beza kepada setiap dokumen.
  • Mengurangkan saiz fail PDF.
  • Auto-save fail PDF Files tanpa interaksi tambahan.
  • Dan lain-lain

Harga sebenar software ini kini ialah USD50 atau kira-kira RM175! Memang mahal. Kalau tidak percaya, cuba lawati laman web utamanya di www.novapdf.com dan cuba download software tersebut...hehehe.

Jika anda tahu bagaimana hendak crack, silakan. Tapi bagi anda yang tidak mahu "crack" kepala anda, aku cadangkan anda ikut sahaja cara aku dan dapatkan software tersebut secara percuma (FREE).

Bagaimana?

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan novaPDF Lite versi 7.0 secara percuma:
  • Masukkan nama dan alamat e-mail ke dalam borang permohonan yang disediakan. Klik "Send".
  • Periksa e-mail anda. Anda akan menerima e-mail yang mengandungi serial key untuk mendaftar novaPDF lite versi 7.0 (sila lihat screen shot).

  • Install novaPDF Lite 7 dan anda perlu restart komputer anda. Aktiviti install adalah sepertimana anda ingin install driver untuk pencetak komputer anda.

Selepas itu, apa yang anda perlu buat ialah mendaftar novaPDF Lite versi 7.0 percuma ini dengan cara-cara berikut:
  1. Klik "Start",
  2. Pergi ke "setting" dan pilih "Printers and Faxes" atau "Devices and Printers" untuk Windows 7.
  3. Right click ikon novaPDF dan pilih "Printing Preferences".
  4. Klik "About" dan pilih butang "Register".
  5. Masukkan "Creativemark" di ruang "Registration name" dan kod untuk "Register" sepertimana di dalam e-mail anda di ruang "Registration code".
Sekarang, anda telah berjaya mendaftar untuk mengguna novaPDF Lite versi 7.0 itu.

Cara-cara hendak mengubah dokumen kepada bentuk PDF:
  • Pilih dokumen yang anda ingin ubah. Sebagai contoh, di sini aku pilih satu form yang aku telah buat menggunakan Microsoft Excel.
 
  • Lakukan sepertimana yang biasa anda ambil untuk mencetak dokumen tersebut, Cuma kali ini pilih pencetak novaPDF.
  • Anda akan dipaparkan pula satu skrin NovaPDF Lite.

  • Klik butang "OK". NovaPDF Lite akan memaparkan hasil cetakan dokumen anda dalam bentuk PDF (lihat screenshot).


Mudah bukan?

Sekiranya anda berminat, silakan download software ini dan ikuti arahan-arahan aku di atas. Enjoy.


Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com