Aku terima beberapa komen mengenai blog terbaru aku ini. Majority bertanya kenapa aku menulis artikel-artikel tu di dalam Bahasa Malaysia.
Sebenarnya aku ada beberapa sebab tersendiri.
Pertamanya, dahulu aku memiliki 3 buah blog yang almost 100% di dalam English iaitu www.abanglongonline.com , http://wansuhaimi.co.cc dan http://atmmatters.co.cc.
Ramai pelawat-pelawat mat saleh datang melawat blog-blog tersebut dan memberi komen-komen. Ada juga yang ucap terima kasih kerana bermanafaat dari maklumat yang aku sampaikan melalui blog tersebut terutamanya tulisan aku tentang ATM Cash Discrepancy.
Walaubagaimanapun, ada beberapa artikel aku itu yang telah di "CILOK" oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan memasukkannya di dalam SOP syarikat mereka. Aku dapat trace kerana beberapa perkataan yang digunapakai merupakan perkataa-perkataan yang aku cipta sendiri dan telah menjadi "trademark" aku.
Yang keduanya, aku cuba menyampaikan ilmu aku kepada staff-staff aku secara yang lebih mudah tanpa merujuk kamus...hehehe.
Semua SOP yang aku tulis untuk Securiforce adalah di dalam Bahasa Inggeris. So, mungkin ada staff yang tidak memahaminya 100%. Buat apa menulis SOP cantik-cantik dan isi yang lengkap tetapi tidak difahami oleh staff aku sendiri.
Aku teringat kata-kata rakan karibku di Maybank tentang van CIT. "Tidak guna syarikat keselamatan memiliki van CIT yang lengkap dengan peralatan sekuriti canggih dan terkini termasuklah mempunyai badan van yang kalis peluru jika staff yang menggunakannya tidak mengikut peraturan yang ditetapkan seperti keluar dari van secara melulu tanpa berhati-hati dan meninggalkan van tanpa dikunci".
Betul juga kata-kata rakanku itu. Dan aku terfikir kenapa mereka tidak menuruti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu? Mungkinkan kerana peraturan-peraturan tersebut sukar difahami kerana ditulis di dalam bahasa Inggeris yang terlalu "bombastic" sedangkan kebanyakan crew-crew CIT terdiri daripada golongan-golongan yang berpendidikan rendah?
Aku juga terbayang akan kecanggihan van CIT Securiforce (lihat gambar di bawah). Memang canggih dan penuh dengan aspek-aspek kawalan keselamatan.
Persoalannya..adakah crew-crew di dalam van tersebut memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sepertimana tertulis di dalam SOP? Inilah cabaran untuk aku bagi memastikan apa jua yang dilakarkan melalui SOP sampai kepada staff-staff aku dengan tepat serta mudah diikuti.
Yang ketiganya, aku ingin memastikan idea aku untuk menulis di blog ini tidak terbatas. Mungkin lebih mudah untuk aku mencurahkan idea dengan berfikir dan menulis di dalam bahasa ibunda kita.
Aku sebenarnya tidak berapa kisah dan suka jika ada yang menggunakan artikel-artikel aku sebagai rujukan tetapi agak terkilan sekiranya artikel-artikel aku itu ditiru bulat-bulat dan mengaku pula dia sendiri penciptanya.
Aku bukannya hendak meminta bayaran cuma at least hubungilah aku untuk meminta kebenaran.
Sekian.
After reading this article, i can say it is an interesting and knowledgable article...
Why is it so hard for the crew to follow the SOP which has being well prepared...?
Something to share with u all as well, the way i look at it, most security company Malaysia is not implementing and practicing the SOP..Most of the security company use the SOP just as a presentation mechanism to their customers and banks..(in other word to show that they are well prepared and having good image)
The SOP being prepared is only for the high level to read (if they read) and are not being passed to their staff as their guidelines..and that is why most crew are not following the SOP, not because of they are having lower education background, is because the company is not taking part on practicing the right culture and monitoring them.
A very good post...will wait for your next post...
I just added your website on my blogroll. I may come back later on to check out updates. Excellent information!