Thursday, June 3, 2010

Crisis Management Part 5

0 comments
 
Salam,

Sebelum aku mulakan coretan aku tentang Crisis Management, aku ingin menjawab satu soalan  lazim yang aku terima dari pembaca-pembaca blog ini. Aku ada menerima beberapa e-mail  bertanya samada mereka boleh menggunakan isi-kandungan sebahagian dari artikel-artikel di blog ini untuk dijadikan sebahagian daripada SOP syarikat mereka khususnya maklumat-maklumat tentang Crisis Management. Malahan sudah ada yang membuat andaian-andaian bahawa aku juga akan menulis tentang SOP untuk ATM, CDM, Cash Management, BAFIA, dan sebagainya...hmmm..


Aku sebenarnya tidak kisah dan membenarkan anda untuk mengambil beberapa "point" yang difikirkan relevan atau penting bagi penyediaan SOP syarikat kalian. Cuma aku ingin memberi peringatan bahawa kebanyakan "point" yang aku paparkan di blog ini adalah pandangan aku semata-mata dan aku tidak mahu bertanggungjawab sekiranya pandangan aku itu ada kekhilafan.

Apa yang aku harapkan ialah sekiranya pandangan-pandangan aku itu diguna-pakai, sila inform aku dengan menghantar e-mail ke suhai68@gmail.com.

OK..kita kembali kepada topik yang sepatutnya aku post kali ini.



Tulisan ini adalah sambungan kepada post aku yang terdahulu tentang "Crisis Management". Sekiranya anda tertinggal atau ingin membaca post-post aku itu, sila click link-link yang berkenaan yang aku telah lampirkan bersama-sama topik-topik berkaitan:

  • Pengenalan kepada Crisis Management (http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-1.html)
  • Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau CMT (http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-2.html)
  • Kriteria-kriteria Krisis atau Bencana serta penetapan tahap-tahap krisis (http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-3.html)
  • Sistem perhubungan dan proses pemberitahuan (http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-4.html)

Kali ini, aku akan menulis pula tentang topik yang ke lima iaitu Penilaian Krisis dan Perisytiharan BENCANA.

KENAPA PENILAIAN KRISIS PENTING?

Seperti yang telah aku huraikan di post aku yang terdahulu, matlamat utama setiap Business Continuity Plan atau ringkasnya BCP adalah untuk memastikan Maximum Tolerable Down-time (MTD) dapat dicapai dan operasi syarikat berjalan seperti sediakala tanpa mengalami apa-apa kejadian yang merugikan syarikat dan/atau pelanggan-pelanggan syarikat.

Menilai krisis serta menentukan tahap-tahapnya akan membantu syarikat untuk melaksanakan pelan-pelan tindakan yang telah diatur untuk mengatasi permasalahan atau mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini akibat dari krisis tersebut. Penilaian krisis juga perlu dilakukan bagi memastikan tindakan-tindakan yang diambil adalah bersesuaian dengan keadaan-keadaan yang berlaku akibat dari krisis tersebut.

Bagi aku, yang lebih penting kenapa penilaian krisis perlu dilakukan adalah supaya perisytiharan BENCANA tidak sewenang-wenangnya dibuat akibat maklumat atau nasihat yang salah!

SIAPA DAN BAGAIMANA MENILAI KRISIS?

Secara khususnya, tanggungjawab menilai setiap krisis dipikul oleh ahli-ahli CMT di Pusat Pengurusan Tunai Utama. Mereka akan dibantu oleh ahli-ahli CMT di Pusat Tunai alternatif serta HQ.

Setiap ahli-ahli CMT dipilih mengikut pengalaman, pengetahuan, jawatan dan kepentingannya di dalam sesuatu tugasan. Oleh itu ahli-ahli CMT sepatutnya berupaya untuk menilai setiap krisis yang berlaku dengan mengira dan menilai impak ke atas tugasan-tugasan mereka. Aku telahpun menulis tentang perkara ini di post aku yang terdahulu (Pasukan Pengurusan Krisis atau CMT).

Untuk menilai sesuatu krisis ahli-ahli CMT perlu merujuk carta tahap-tahap krisis seperti di bawah:


Nota:
Untuk krisis-krisis yang boleh mengancam nyawa pekerja seperti kebakaran atau penyakit berbahaya yang berjangkit (contohnya H1N1 dan SARS), jadual tahap-tahap dan kriteria krisis di atas tidak boleh diguna-pakai.


PERISYTIHARAN BENCANA

Oleh kerana perisytiharan BENCANA bakal melibatkan keseluruhan operasi dan mungkin mengakibatkan kerugian kepada syarikat, ianya hanya boleh dibuat oleh Pengarah Urusan Syarikat atau wakilnya setelah mendapat maklumat terperinci akan kesahihan krisis daripada CMT.

Rajah di bawah menunjukkan contoh  prosedur yang perlu dipatuhi untuk perisytiharan BENCANA:


Peringatan:

Untuk krisis-krisis yang mengancam nyawa pekerja seperti kebakaran, perisytiharan BENCANA boleh dibuat secepat mungkin tanpa mengikuti prosedur di atas. Jika menghadapi krisis yang kritikal seperti itu dan pengosongan bangunan syarikat adalah perlu, melapor kejadian kepada pengurusan atasan dan tindakan mengosongkan bangunan boleh dibuat dengan serentak.


Sekali lagi aku ingin menekankan di sini bahawa perisytiharan BENCANA bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh pihak pengurusan atasan. Berbagai-bagai aspek perlu diambil perhatian dan soalan-soalan berikut perlu difikirkan sebelum membuat perisytiharan:

  • Adakah krisis tersebut benar-benar satu BENCANA atau hanyalah Major Disruption?
  • Berapakah nilai kerugian yang bakal ditanggung oleh syarikat sekiranya perisytiharan BENCANA dibuat?
  • Berapakah nilai kerugian yang bakal ditanggung oleh pelanggan-pelanggan syarikat?
  • Apakah akan ada akibat-akibat yang lebih buruk boleh berlaku kepada syarikat sekiranya perisytiharan dibuat?


Ini sahaja untuk post kali ini. Aku akan sambung dan menghurai topik-topik yang lainnya di masa akan datang. Actually, untuk topik perisytiharan BENCANA ini agak panjang juga tetapi aku telah pendek-pendekkan kerana ada beberapa info yang aku fikir biarlah rahsia dan tetap kekal menjadi harta intellectual aku...hehehe.


Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com