Saturday, June 5, 2010

Presentation to AmBank - Business Strategy Part 1

5 comments
 
Salam,

Semalam aku telah menyampaikan satu presentation kepada wakil-wakil dari AmBank tentang Cash Management dan ATM/CDM Management, khusus kepada presentation tentang Business Strategy.

Aku tidak tahu apa pandangan wakil-wakil AmBank tersebut tentang presentation aku. Aku tidak nampak muka mereka "boring" atau menyampah dengan presentation aku. Kira OK la tuh...hehehe.

Cuma apa yang aku dengar, ada staff syarikat aku sendiri yang semacam tidak suka akan presentation tersebut. Selepas selesai presentation, mulalah dia beraksi dengan mengutuk aku (di belakang...dia tidak berani kalau berdepan) dan memberi komen-komen yang kurang menyenangkan tentang topik yang aku present. Pada dia presentation Business Strategy aku itu "nothing"!. Cheh!

Yang tak bestnya, bila aku tanya, pernah atau tidak dia membuat dokumen Business Strategy? Dengan bangganya dia menjawab "tidak pernah"...Cheh! Cheh! Cheh!...Apa punya Manager daaa...?


Aku bukan hendak naik angin dengan dia, tetapi kasihan kerana mungkin dia sedang berusaha untuk menarik perhatian pihak pengurusan atasan yang semacam tidak mengendahkan kehadirannya di sini. Dahulu sebelum aku bekerja di sini, dialah yang menjadi tumpuan kerana kononnya dialah yang paling expert. Selepas aku masuk, dia hilang taring...hehehe.

Apa yang aku present kepada pihak Bank hanyalah sinopsis ataupun high level introduction tentang apa yang sepatutnya ada di dalam dokumen Business Strategy dan bukannya  isi-kandung yang terperinci. Mungkin itulah sebabnya "brader" yang tidak puas hati dengan aku itu agak berani mengeluarkan komen-komen. Al-maklumlah, dia sendiripun tidak tahu atau memahami apa itu dokumen Business Strategy...so, aku maafkan sahaja dia tu...huahuahua.



Mungkin anda ingin tahu apa itu "Business Strategy"?

Aku bukanlah expert di dalam pembikinan dokumen tersebut. Bagaimanapun aku akan share dengan anda apa yang aku tahu dan telah belajar tentang perkara-perkara yang biasanya terdapat di dalam sesebuah dokumen Business Strategy.

Biasanya Business Strategy memngandungi topik-topik utama seperti berikut:

  • Budaya Korporat (Corporate Culture)
  • Perancangan Strategik (Strategic Planning)
  • Analisis (Analysis)
  • Jenis-jenis Strategi (Types of Strategy)
  • Penilaian Strategi (Evaluation)

Untuk post ini, aku hanya akan menyentuh tentang topik yang pertama. Itupun secara "high level". Lain-lain topik akan aku cerita  di post akan datang.

Budaya Korporat (Corporate Culture)

Biasanya topik ini berkisar tentang kepercayaan yang dikongsi bersama oleh orang yang bekerja di dalam organisasi tersebut seperti:
  • Bagaimana kelakuan dan penerimaan mereka di antara satu sama lain?
  • Bagaimana perlakuan dan penerimaan mereka dengan pelanggan?
  • Bagaimana mereka melihat perhunbungan mereka dengan pemilik syarikat (stakeholders)?
  • Bagaimana tanggapan mereka terhadap polisi-polisi syarikat seperti penggunaan tenaga, polisi sumber manusia, pengaruh-pengaruh negatif dari luar serta etika-etika kerja?
  • Bagaimana perilaku syarikat terhadap para pekerja seperti polisis pembangunan sumber manusia, career advancement, leadership, performance management, training dan self improvement?

Budaya Korporat ini biasanya diluahkan dan diterjemahkan melalui melalui paparan "Mission, Vision and Core Values".
"Mission" ialah kata-kata atau ungkapan-ungkapan tentang kepercayaan syarikat. Sebagai contoh, untuk syarikat aku ini, "Mission" syarikat adalah "Kepuas-hatian pelanggan adalah prioriti utama kami".
"Vision" pula ialah ungkapan tentang apakah hala-tuju syarikat dan apa yang syarikat ingin jadi di masa akan datang. Contohnya (lagi sekali untuk syarikat aku punya jugak...hehehe), "Ingin menjadi sebuah syarikat yang terbaik dari segi memberi perkhidmatan kawalan keselamatan yang menyeluruh".

Apa pula Core Values?

Ia berkisar tentang:
  • Sikap dan kelakuan para pemimpin utama syarikat
  • Sikap dan kelakuan setiap individu di dalam syarikat tentang pekerjaan, bekerjasama (team work) serta menghormati di antara satu sama lain.
  • Nilai-nilai "image" serta "goodwill" syarikat untuk dipaparkan ke dunia luar.
  • Sikap dan bersedia untuk menerima perubahan-perubahan.
  • Penanaman sikap "KAIZEN" di dalam diri setiap pekerja syarikat.


OK..itu sahaja untuk kali ini. Aku sambung tambahannya dan topik yang lain-lain di post akan datang.

Untuk topik "Corporate Culture" ini sahaja aku memerlukan masa tidak kurang dari 3 hari untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan meluahkannya di dalam bentuk tulisan di "Microsoft Words". Pada mulanya, aku hairan bagaimana mereka (di syarikat aku ini) boleh meminta aku menyiapkan keseluruhan dokumen dalam tempoh kurang dari 24 jam!

Sekarang aku baru sedar...mereka sebenarnya tidak tahu apa itu Business Strategy...kwang3.


Sekian.

5 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    I would say this article is very informative...

    Its quite sad to see some negative feed backs and behavior been shown after a hard work being done by 'only' certain ppl...but those who did not contribute a single thing only knows how to give comments and act as if they have done a lot of thing and knows everything...

    At management level they should know when and where to give out comment and do the post-mortem in the event if things should turn out bad,....its good in the sense to detect and improvise any failure being done earlier so that same mistakes should not be repeated..
    NEVER..give comments when the clients is still around because it shows how not professional we are and obviously it shows how the staff are not working together in the same project....

    Sikap mencari kesalahan org lain tanpa mencerminkan diri sendiri adalah tidak baik..."Buat baik berpada pada, buat jahat jngn sekali' hahahah.... Apa untongnya kita dapat dngn menjahanamkan org lain...kiter sumer sama sama makan gaji....dgn menjahanamkan org lain, bukan kita boley dapat naik gaji pun...Beringatlah...hari ini kita buat kat org....jgn lupa ada kuasa lagi besar dari segala-galanyer....Tuhan sentiasa memakbulkan doa org org yg teraniaya....Kalau saya berkongsi pengalaman saya berkenaan org org yg bersifat suka menganiayai org lain...maunyer org sebegini terus memakai kupiah pegi keje....jadi berhati hati lah bila berkata kata...

    Ok....tentang sikap negative...saya malas nk elaborate further because it doesn't benefit me...Lagipun org org mcm ni memang ramai..cuma berhati hati dgn org sebegini...

    Back to main article...about the Business Strategy topic...the subject is very big, the scope to be covered is also huge...I dare to say even for students doing dissertation on business strategy topic...normally there are given the whole semester do complete the subject....To complete within a day or two??? Impossible it can be done...what more to say when the contribution only comes from those who really put in effort..How abt those who only knows how to give comment?? ...(Normally during this time, they will hide or find something 'busy' to do...where else everybody knows this particular person go somewhere else...hahahahaha....berlakon jek lebey....

    I am looking forward for the next article on the business strategy because I myself is learning further on this topic especially on the analysis part....In business strategy...there are many strategies but only the relevant strategy will be use based on the company mission....for example...PEST analysis, SWOT analysis, ROCE analysis, and many more....

    I would like to thank to Mr.Suhaimi on this article and previous article because it has open up my mind set to explore further on this subject....Like wise man says...Learn as much knowledge as if sky is the limit....Be a wise man....not 'fools' who only knows how to take advantage from others mistakes..(sedangkan kekurangan sendiri pun tak terlihat)

    Last but not least...belilah cermin untuk cermin cerminkanlah diri 'anda' selalu muahahahahahah....

  2. Thanx Anonymous.

    Mak ai..Panjang gler your comment. mengalahkan artikel aku la pulak...hehehe

  3. Anonymous says:

    Hahaha...cheers...
    Time will tell...hope this person can change within time before time change them...hahahah...dlm maksud ni...renung2 kan lah...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com