Wednesday, June 9, 2010

Etika Asas, Keselamatan dan Hak anda sebagai Pengguna ATM

2 comments
 
Salam,

Coretan aku kali ini adalah kesinambungan dari post aku yang terdahulu bertajuk Langkah Keselamatan Mengguna ATM. Jika anda ingin melihat dan membacanya kembali sila click link berikut http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/langkah-keselamatan-mengguna-atm.html
Kali ini aku akan menulis pula tentang Etika-etika asas ketika menggunakan ATM dan aku juga akan bercerita sedikit tentang faktor-faktor Keselamatan serta Hak-hak anda sebagai Pengguna ATM yang mungkin sebelum ini aku tidak paparkan.

Hilangkan rasa fobia mengguna ATM

Ini bukan cerita lawak. Memang ada orang yang seperti tu dan aku juga pernah berurusan dengan mereka. terutamanya ketika aku masih bekerja di Maybank sebelum ini Ada yang menggigil semasa menggunakan mesin ATM untuk kali pertama kerana bimbang mesin itu akan meletup (hehehe). Akibatnya, tersalah menekan PIN.
Ada juga yang meminta bantuan orang lain untuk mengeluarkan duit dari ATM dengan memberikan PIN dan akibatnya wujudlah “Unauthorised Withdrawal“. Apa yang aku telah buat pada masa itu ialah menasihati mereka supaya membiasakan diri dengan mesin tersebut.

Fahamilah ciri-ciri dan tata-cara penggunaan ATM
Ambil sedikit masa untuk membaca risalah atau "brochures" yang terdapat di mesin ATM tersebut tetapi bukan membacanya semasa ingin melakukan transaksi pula. Jika tiada, minta kepada pihak yang berkenaan (cawangan bank anda).
Cuba fahamkan prosidur-prosidur tertentu untuk melakukan sesuatu transaksi seperti pengeluaran tunai, pindahan wang, membayar bil-bil,  membeli saham, membeli top up prepaid dan lain-lain lagi. Jika masih tidak faham, sila dapatkan penjelasan lanjut di kaunter pertanyaan Bank yang menyediakan khidmat ATM tersebut. 
Jika boleh jangan bertanya kepada orang luar yang kita tidak kenal. Pernah ada kejadian di mana seorang pelanggan meminta tolong kepada orang yang dia tidak kenali bagaimana untuk membuat pindahan wang ke akaun pihak ketiga dan dengan seronoknya orang tersebut membuat pemindahan ke akaunnya sendiri. Kesian aku kat Pak Cik tu.

Bertimbang rasa ketika mengguna ATM
Bertimbang rasalah. Orang Malaysia terutamanya orang Melayu ini biasanya berbudi bahasa, lemah lembut dan mudah simpati kepada orang lain tetapi kadangkalanya sikap tersebut berubah menjadi “kurang sabar”  terutamanya ketika memandu (maaf jika ada yang terasa).
Malah aku sendiri pernah rasa begitu terutamanya apabila melihat segerombolan Bangladeshi mengerumuni ATM untuk membuat pengeluaran. Pada mulanya yang beratur di hadapan aku cuma seorang. Bila tiba giliran Bangladeshi tersebut, tiba-tiba datang dalam 8 orang kawan-kawannya untuk tumpang sekaki. Mana aku tak marah. Sepatutnya di depan aku cuma ada seorang tetapi masa tu aku dah jadi orang yang ke 9...Cheh!

Aku salah kerana aku marah tetapi bagaimana pula dengan segerombolan Bangladeshi itu? Jadi, untuk meredakan kemarahan aku itu, aku pergi ke ATM di tempat lain dan aku berkata  di dalam hati dan sematkan kata-kata tu di dalam minda aku “Biarkanlah. Itu sikap orang yang tidak bertamaddun dan aku tidak mahu menjadi seperti mereka

Aku berharap biarlah pengguna ATM dapat mematuhi etika dan bertimbang rasa dengan pengguna-pengguna  ATM yang lainnya. Beraturlah menunggu giliran dan jangan mementingkan diri sendiri. Adakah anda pernah beratur di belakang hanya seorang pengguna ATM selama lebih 30 minit kerana dia ada banyak transaksi? Aku pernah dan orang itu adalah ALONG!!

Fahami kerenah dan fizikal ATM

Kerenah yang bagaimana? Sila baca cerita-cerita di bawah ini yang pernah aku siarkan di Blog lama aku:

Cerita No. 1
Aku pergi ke ATM yang terletak di dalam sebuah "petrol kiosk" berhampiran rumah aku untuk mengeluarkan sedikit wang. Pada mulanya, tiada apa-apa masalah yang timbul dan berjalan lancar. Aku dapat membuat pengeluaran dengan jayanya. Setelah mendapat resit pengeluaran dari ATM tersebut, aku terpegun melihat resit itu yang menunjukkan baki wang aku di dalam akaun ada lebihan RM145,000-00. Wow!  Siapakah gerangan manusia yang berhati mulia sudi menderma kepada aku?

Aku dengan segera menghubungi pihak bank untuk bertanya tentang transaksi-transaksi akaun aku itu tetapi jawapan yang aku terima ialah "you need to go to the nearest branch to acquire your transaction details. We can't entertain such request over the phone". Selepas itu, aku pergi ke cawangan bank yang berhampiran dan sekali lagi aku menerima jawapan yang tidak memuaskan hati aku "You will be charged $5 for this service. You can come back in 3 days to collect your bank statement".

Fed up dengan jawapan-jawapan standard tersebut, aku pergi ke sebuah ATM yang lain pula dan melakukan transaksi "Mini Statement". Melihat kepada aktiviti-aktiviti akaun aku itu, tiada satu pun transaksi yang berjumlah RM145,000. Aku kemudiannya melakukan transaksi "menyemak baki akaun" di ATM tersebut dan dengan jelas dipaparkan baki akaun aku TANPA tambahan nilai RM145,000.

Sebenarnya, aku telah mendapat resit ATM orang lain sebelum ini...hehehe. Ini kerana ATM di mana aku telah membuat pengeluaran tunai tadi rupa-rupanya menghadapi masalah mekanikal "Receipt Printer". Saranan aku, janganlah terlalu "excited" apabila menerima resit ATM yang menunjukkan baki yang banyak atau lebih dari baki tunai yang sepatutnya. Periksa resit ATM anda dengan teliti seperti tarikh, jenis transaksi ataupun jumlah pengeluaran yang anda telah buat.

Cerita No. 2
Seorang rakan karibku yang berbadan besar (besarrrrrr punya!) dengan ketinggian 6 kaki ke atas dan berperut "boroi" telah pergi ke sebuah ATM untuk mengeluarkan wang tunai. Setelah memasukkan kad, menekan PIN dan memasukkan jumlah yang dia ingin keluarkan, dia menelefon seorang rakan yang lain menggunakan I-Phone barunya. Dia bercakap dengan agak kuat mungkin sengaja ingin menunjuk-nunjuk I-Phone barunya itu...berlagak!

ATM tersebut mengeluarkan kadnya dan bunyi supaya rakan aku itu mengambil kadnya dan wang tunai dari mesin tersebut. Kerana terlalu bermegah dengan I-Phone barunya, dia hampir terlupa untuk mengambil kad ATM dari mesin tersebut. Walaupun mendapat kembali kad ATMnya, wang tunainya telah ditelan kembali oleh ATM tersebut. Puncanya ialah kerana dia tidak nampak di mana slot pengeluaran tunai ATM tersebut. Rakanku itu pergi ke kaunter bank dan mengadu kenapa ATM tersebut mempunyai slot untuk mengeluarkan wang tunai terlalu ke bawah dan terlindung oleh perutnya yang "boroi" itu...hahaha

Saranan aku ialah ambil sedikit masa untuk melihat keadaan fizikal mesin yang bakal anda gunakan dan ketahuilah di mana terletaknya slot untuk memasukkan kad, slot untuk resit dan slot untuk duit akan dikeluarkan.
Wujudkan sifat curiga ketika mengguna ATM
Curiga? Bukannya "takut". Ini penting supaya kita lebih fokus dan berhati-hati semasa menggunakan ATM tersebut. Curiga yang bagaimana?
  • Pastikan tiada sesiapa di keliling anda yang terlalu hampir hingga mungkin dapat melihat PIN yang kita tekan. Biasanya pihak bank menyediakan petak kuning untuk menghalang orang lain dari terlalu hampir.
  • Lihat sekeliling dan pastikan tiada sesiapa yang kelihatan mencurigakan berhampiran anda. Jika perlu, pergi cari ATM lain.
  • Lihat tempat untuk memasukkan kad. Jika kelihatan agak luar biasa berhati-hatilah. Sekiranya semasa menggunakan mesin tersebut, kad tersangkut. Jangan panik. Pastikan paparan di skrin ATM tersebut bukanlah menu biasa yang pernah kita lihat selepas PIN dimasukkan. Jika tidak, tekan butang “Cancel” hingga keluar dari menu pengguna. Sekiranya kad masih tidak boleh dikeluarkan, sebaiknya hubungi terus pihak bank yang menyediakan khidmat ATM tersebut (biasanya nombor telefon “customer care” ada disediakan atau dipaparkan di skrin ATM.
  • Berhati-hatilah sekiranya ada sesiapa yang datang untuk membantu. Jika anda terima bantuannya sekalipun, jangan sesekali memberikan PIN. Penyelesaian terbaik ialah menghubungi pihak bank dan minta “hot“kan kad itu. Selepas itu pergi ke cawangan bank tersebut dan minta kad baru. Memang leceh sedikit dan mungkin kena keluar duit untuk bayar denda tetapi itu lebih baik dari hilang beribu-ribu RM!
  • Semasa membuat pengeluaran, dengar bunyi mesin tersebut. Jika ada bunyi-bunyi yang pelik seperti orang tengah memotong rumput, bunyi syilling berterabur kat lantai atau bunyi motor tercabut spark plug...hehehe, sila berhati-hati. Bukan kerana ATM itu hendak meletup tetapi ada kemungkinan duit anda tidak keluar dan akaun anda telah didebitkan akibat kerosakan mekanikal.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan


Aku nasihatkan anda cuba untuk mengelakkan perkara-perkara berikut:
  • Elakkan membuat transaksi ATM ketika pihak bank atau wakil pihak syarikat keselamatan sedang melakukan penyelenggaraan atau sedang melakukan "cash loading". Mana tahu ada rompakan, tak pasal-pasal anda terlibat sama nanti.
  • Elakkan membuat transaksi MEPS ketika hujung bulan atau semasa hari gaji. Ada kemungkinan berlakunya ATM discrepancy. Sekiranya berlaku, berjanggut nak tunggu wang anda dikembalikan. Gunakanlah mesin ATM bank anda sendiri.
  • Elakkan melakukan pengeluaran ketika mesin ATM hampir tutup (biasanya 12 tengah malam) kecuali untuk mesin-mesin yang beroperasi 24 jam.

Hak anda jika wang tidak keluar dari ATM

Aku senaraikan di sini beberapa hak-hak anda sekiranya wang anda tidak keluar atau hanya sebahagiannya keluar dari ATM tetapi akaun anda telahpun didebitkan:
  • Hak untuk melaporkan dan menuntut bayaran balik. Setiap Institusi Kewangan dan Syarikat Kredit yang menyediakan perkhidmatan ATM mempunyai polisi-polisi dan tatacara tertentu untuk pengguna yang menghadapi masalah dengan transaksi ATM mereka. Dapatkan maklumat tersebut samada melalui panggilan ke “Contact Center”/”Customer Care” atau pergi terus ke cawangan yang berhampiran.
  • Hak untuk membuat “follow up“ ke atas tuntutan anda. Ada sesetengah Institusi Kewangan yang mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan. Anda berhak untuk bertanya status tuntutan itu. Mungkin tuntutan anda itu masih belum diproses atau pihak bank/credit company tu memerlukan maklumat yang lebih lanjut.
  • Hak untuk merayu sekiranya tuntutan anda telah ditolak.
  • Hak untuk melaporkan rasa tidak puas hati anda itu terus ke Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Hak untuk membawa kes anda ke pihak yang mempunyai "authority" yang lebih tinggi sekiranya tuntutan anda masih lagi ditolak. Biasanya jika ATM itu milik Institusi Kewangan, anda boleh majukan kes tersebut ke “Financial Mediation Bereau” atau “Biro Perantaraan Institusi Kewangan” atau ringkasnya FMB yang beribu pejabat di:
The Financial Mediation Bureau
Level 25
Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.






OK. Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain post.

Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com