Tuesday, June 8, 2010

Internet Cell Boost Lite

2 comments
 
Salam,

Masih bermasalah dengan kelajuan internet anda? Cuba pula software ini yang dinamakan Internet Cell Boost Lite versi 2.1.0 oleh Reohix.

Menurut Reohix, tidak kira sama ada "Internet Connection" anda memang laju atau mungkin terlalu perlahan, Internet Cell Boost Lite akan membantu untuk memaksimumkan kelajuan pautan internet anda secara menyeluruh. Software ini menggunakan cara-cara yang unik bagi memastikan anda tidak membazirkan masa menunggu dan mempunyai lebih masa melayari lama-laman web kesukaan anda.

Bagaimana kelajuan yang dimaksudkan tercapai tanpa menukar atau menaik taraf Internet Connection anda?

Internet Cell Boost Lite beroperasi dengan mengoptimumkan beberapa "tweaks" atau tata-cara pemprograman di dalam sistem operasi komputer seperti TCP RFC1323, TCP/IP dan memaksimumkan pemindah unit-unit untuk membolehkan komputer anda mencapai kelajuan maksimum ketika melayari Internet biarpun hanya menggunakan sambungan internet yang lebih perlahan dari pembekal ISP anda.

Adakah Internet Cell Boost Lite sukar untuk digunakan?

Tidak sama sekali. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih jenis sambungan internet yang anda sedang gunakan sepert DSL, Dial up atau Wi-Fi dan Internet Cell Boost Lite akan melakukan kerja-kerja yang seterusnya. Internet Cell Boost Lite mempunyai suatu sistem yang canggih di mana ia boleh mengenali dan memilih tata-cara tertentu atau kombinasi berbagai setting secara automatik untuk memaksimumkan sambungan internet komputer anda.

Selepas anda click jenis sambungan internet anda, cuma click butang "Apply My Custom Optimizations" dan aplikasi itu akan bertindak dengan segera. Perlu diingat bahawa aplikasi yang aku terangkan di sini adalah jenis yang FREE. Oleh itu ada beberapa "advanced features" tidak boleh digunakan kecuali anda upgrade kepada Edisi Tambahan "Highspeed Surfer". Biasalah, jika mahu upgrade kena keluar belanja sedikit tetapi anda boleh sahaja mencari yang telah di "Crack" di beberapa laman web...hehehe.

Apakah jenis-jenis sambungan internet yang sesuai untuk meggunakan Internet Cell Boost Lite?

Kesemuanya! Software ini berupaya bertindak memaksimumkan kelajuan capaian internet tidak kira apakah jenis-jenis sambungan internet anda. Setiap sambungan mempunyai tata-cara yang berbeza untuk dioptimumkan. Contohnya, tata-cara untuk mengoptimumkan sambungan secara Dial-Up berbeza dengan tata-cara untuk sambungan menggunakan DSL ataupun Wi-Fi. Walaubagaimanapun, Internet Cell Boost Lite berupaya untuk membezakan jenis-jenis sambungan dan melakukan tweak mengikut tata-cara yang sesuai dengan jenis-jenis sambungan tersebut.

Terdapat 31 jenis-jenis sambungan internet yang anda boleh pilih berdasarkan kepada komputer anda termasuklah DSL, GPRS (2G, 2.5G), UMTS (3G), HSDPA (3G+, 3.5G), WiMax (4G), modem Dial-Up (56 KBit), ISDN Dual Channel (128 KBit), transmisi menggunakan satelit, sambungan atau jaringan tanpa wayar atau mungkin juga sambungan menggunakan Fiber Optik. Setiap set sambungan akan dioptimumkan mengikut jenis-jenis sambungan internet yang anda pilih.

Selepas anda click butang "Apply My Custom Optimizations" dan aplikasi ini akan memaparkan di skrin peratusan kelajuan yang telah ia optimumkan. Jika anda tidak upgrade ke Highspeed Surfer, mungkin cuma lebih kurang 70% sahaja akan dioptimumkan...hmmm...kira OK la tu. Aku dapati kelajuan pautan internet laptop aku ini ada pertambahan juga selepas menggunakan aplikasi ini.

Jika anda ingin mencuba, sila download aplikasi percuma Internet Cell Boost Lite itu di sini.


Sekian.

2 Responses so far.

  1. Bani says:

    Betul la Abang long...
    Internet saya ni makin laju lepas guna software ni walaupun dia tunjuk optimization cuma 78%. Saya guna streamyx up to 512k biasanya slow sikit bila buka laman wb abang long ni. Sekarang cepat gler...Terima kasih abang long.

  2. Hellooo Bani...baguslah kalau macam tu. nak lagi laju kena upgrade la tp 78% tu pun dan kira OK kan?

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com