Saturday, June 19, 2010

The ATM is missing?

4 comments
 
Salam,

Betul ke ATM tu hilang? Berapa banyak pula wang tunai yang ada di dalamnya? Kenapa tiada sesiapa pun yang tahu mesin tersebut telah dicuri? Pihak bank tidak tahu juga ke? Mak ai..soalan dia...

Berita dari Harian Metro

Berita dari Harian Metro bertarikh 18-Jun-2010, mengatakan sekumpulan penjenayah profesional ‘melesapkan’ sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang berada di luar sebuah pasar raya (Pasaraya HERO) di Taman Dagang, Ampang Jaya, tanpa meninggalkan sebarang kesan kerosakan dan pencerobohan, cuma terdapat kesan calar pada lantai di luar bilik kaca itu mungkin kesan mesin itu diseret.

Malah, kehilangan mesin ATM itu langsung tidak disedari pekerja di pasaraya berkenaan dan orang awam kerana ia langsung tidak menjejaskan dinding dan pintu yang menempatkan ATM tersebut, malah alat penggera yang dipasang dimatikan manakala wayar elektrik yang disambung ke mesin ATM itu dipotong.

Kejadian itu dilaporkan berlaku antara jam 10 malam hingga 7 pagi kelmarin dan kehilangannya hanya disedari selepas pasar raya berkenaan mula dibuka pada jam 7 pagi. Seorang lelaki yang kebetulan ingin mengeluarkan wang mendapati ATM itu sudah tiada, tetapi tidak mengesyaki apa-apa. Dia kemudiannya mengadu kepada seorang juruteknik pasaraya tersebut yang kemudiannya kemudiannya memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum mereka bertindak menghubungi pihak bank.

Pernah berlaku sebelum ini?

Ya, pernah.

Kes seperti ini pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. Ada ATM yang dilarikan menggunakan jengkaut, menggunakan "forklift" atau ditarik menggunakan tali yang diikat kepada jentolak. 

Persoalannya, adakah pihak bank tidak pernah belajar dari kejadian-kejadian tersebut? Aku mungkin mengutuk diri sendiri kerana aku juga pernah bekerja di bank...hehehe.

Soalan aku
  1. Bagaimana ATM tersebut boleh dilesapkan tanpa disedari oleh pihak bank sendiri?
  2. Bagaimana pencuri tersebut mencabut ATM tersebut dari lantai?
  3. Mungkinkah ATM tersebut tidak diikat dengan "bolt" di atas lantai bangunan hingga mudah pencuri tersebut menariknya?
  4. Kenapa tiada kamera CCTV di situ?
  5. Adakah alat penggera tidak berfungsi?
  6. Tiada pengawal yang menjaga kawasan tersebut?
Memang banyak soalan-soalan yang bermain di kepala aku ini. Soalan-soalan di atas tidak termasuk yang menjurus kepada kerugian yang dialami oleh pihak bank. Mungkin aku juga yang terpaksa menjawab kesemua soalan-soalan tersebut..hehehe.

Jawapan aku

Untuk menjawab soalan yang pertama di atas, kita perlu memahami apakah sistem perhubungan di antara ATM tersebut dengan pihak bank. 

ATM dihubungkan dengan bank menggunakan sistem komunikasi dalam talian menggunakan talian telefon (atau yang lebih baik) dan dikawal oleh modem. Sekiranya berlaku gangguan di dalam komunikasi pihak bank akan mengetahuinya dari beberapa mesej yang lazim seperti "Off-line"dan "Out of Session". Ini termasuk sekiranya wayar untuk komunikasi tersebut dipotong.

Jadi, pihak bank mungkin beranggapan ATM tersebut masih di situ cuma ia sedang mengalami gangguan telekomunikasi.

Untuk menjawab soalan no. 2 dan 3 pula aku berpendapat bahawa untuk mengangkat sesebuah ATM pada masa ini adalah begitu mudah kerana hampir kesemua model-model ATM terkini dibina dengan saiz kompak yang kecil dan ringan. 

Samada tujuannya untuk mengurangkan kos-kos ataupun juga untuk menjimatkan ruang-ruang pemasangannya. Dengan saiz sedemikian, lebih banyak ATM boleh dipasang pada sesuatu tempat.

Bagi menjamin keselamatan ATM berkenaan, sepatutnya ia diikat dengan "bolt" di atas lantai bangunan.

Walaubagaimanapun, ATM tersebut masih boleh dicabut jika menggunakan jentera seperti jengkaut atau "forklift". Ada sesetengah kes kecurian, pencuri menarik mesin tersebut yang diikat dan disambungkan kepada kenderaan seperti kereta, lori dan malahan jentolak.

Soalan no. 4 agak subjektif kerana biasanya kamera CCTV yang dipasang bertujuan untuk melihat kejadian-kejadian yang dirakam selepas ianya berlaku.

Tiada sambungan secara terus (live) di antara kamera tersebut dengan bank kerana kosnya yang agak tinggi.

Memang ada juga pihak bank yang berbuat demikian (live monitoring) tetapi untuk sesetengah kawasan sahaja seperti di premis-premis bank atau kawasan-kawasan yang dilabel sebagai kawasan sensitif.

Soalan no. 5 juga hampir sama jawapannya dengan soalan no. 4 di mana kebiasaanya tiada sambungan terus ke pihak bank dan alat penggera tersebut hanya berfungsi mengeluarkan bunyi semata-mata sekiranya terdapat gangguan.

Mungkin ada bank yang memberikan tugas untuk "monitor" alat penggera kepada syarikat kawalan keselamatan tetapi aku rasa tidak untuk semua ATM. 

Malah, sekiranya pencuri itu pandai atau tahu wayar mana harus dipotong, mungkin alat penggera itu tidak berbunyi dan mesej yang sampai kepada syarikat kawalan keselamatan tersebut hanyalah sebagai satu gangguan telekomunikasi.

Soalan no. 6 sepatutnya ditanyakan kepada pihak bank. Jawapan yang biasa aku terima ialah "KOS".

Apakah kehilangan ATM tersebut memberi impak kepada pelanggan bank tersebut?

Dari segi "Customer Servis", memang benar ada impaknya kerana pelanggan-pelanggan perlu mencari ATM di kawasan lain yang berhampiran (jika ada).

Dari segi kehilangan wang tunai mungkin agak mustahil kecuali kad pelanggan telah tersangkut di dalam ATM tersebut sebelum ATM itu dicuri dan kad tersebut pula telah ditulis PINnya.

Sekiranya kad kredit yang tersangkut, then, kemungkinan besar berlakunya "unauthorized usage" adalah tinggi. Mungkin sipencuri tidak mengeluarkan tunai tetapi menggunakannya untuk mengisi minyak atau membayar sesuatu di internet.

Risiko-risiko yang mungkin ada untuk memiliki sesebuah ATM

Aku pernah menulis tentang risiko-risiko yang mungkin wujud jika bank ingin memiliki sesebuah ATM di blog aku yang lama.

Aku juga menulis tentang cara-cara dan proses-proses yang perlu dilakukan untuk menghadapi, mengurangkan atau mengelakkan risiko-risiko tersebut. oleh kerana tulisan aku itu di dalam bahasa Inggeris, maka, ramailah mat salleh yang membaca dan memberi komen-komen membina termasuk menerima cadangan-cadangan aku tersebut.

Aku akan menulis kembali perkara yang sama di blog ini di masa akan datang. So, tungguuuu...

Sekian.

4 Responses so far.

  1. Boy says:

    kaya lahh org yg cuwik tuu

  2. Hello Boy..TQ coz sudi singgah and tinggal komen. Tak sure samada kaya atau tidak. Palinh banyak duit yang boleh disumbat dalam ATM tu cuma RM400k. Tapi aku rasa mungkin bank letak kurang sket coz tempat tu withdrawal tak berapa heavy.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com