Apakah perasaan anda bila pelawat-pelawat blog anda memuji akan kecanggihannya, kecantikannya serta informasinya yang terkini dan menarik minat mereka membaca setiap post-post yang dipaparkan? Suka? Bangga?
Bagaimana pula jika anda menerima pandangan yang bertentangan atau kritikan-kritikan pedas akan perihal blog anda yang tidak menarik, isi-kandungan post-post yang carca-marba ataupun juga layout blog yang terlampau fancy dan menyakitkan mata? Marah? Meluat dengan si pengkritik? Benci dan berdendam lalu pergi ke blog si pengkritik dan melakukan perkara yang sama (mengutuk blog dia pula)?
Setiap orang ada perasaan dan itu adalah hak masing-masing
Jika kita melawat blog orang lain dan mendapati banyak perkara atau benda-benda di blog tersebut yang kita tidak berkenan, janganlah pula sesuka hati menghamburkan kata-kata nesta terhadapnya khasnya kepada si pemilik blog tersebut. Jika kita membaca artikel yang ditulis oleh si pemilik blog dan tidak bersetuju dengan pendapatnya, janganlah pula terlampau emosional dan menghentamnya dengan keterlaluan.
Cubalah untuk memahami perasaan orang lain dan ketahuilah hak mereka terhadap blog mereka itu. in fact, aku pernah juga sebelum ini menulis perkara yang sama bertajuk "Blog Aku, Aku Yang Punya".
Jika kita benci akan sesuatu perbuatan, bencilah dengan perbuatan tersebut tetapi janganlah terlalu membenci orang yang melakukan perbuatan tersebut kerana kita sendiri tidak akan tahu taraf dan kedudukan kita di pandangan orang lain mahupun di sisi Tuhan. Sebagai contoh, jika kita benci perbuatan merokok, janganlah pula kita terlalu membenci si perokok seolah-olah mereka itu tidak layak wujud di dunia. Apalah salahnya memberi nasihat dengan ikhlas dan dengan cara yang betul (berhemah dan berhikmah). Bukanlah dengan menghamburkan kata-kata seperti..."Kalau tak hisap rokok MATI ke?".
Begitulah juga apabila kita rasa tidak puas hati atau meluat membaca artikel di dalam sesebuah blog. Tidak salah untuk kita memberikan pendapat yang bertentangan tetapi buatlah dengan cara yang lebih beretika. Berikanlah pendapat dan sokonglah pendapat anda dengan fakta-fakta atau apa jua rasional yang menyebabkan anda berpendapat demikian. Jika kita rasa meluat yang amat bangat tetapi tiada pula pendapat yang terluah ataupun tidak terfikir akan rasional yang menyokong pendapat anda yang bertentangan itu, elok sahaja abaikan, tutup blog tersebut dan pergi ke website/blog lain.
Setiap orang mempunyai kesukaan dan pilihan masing-masing
Hormatilah pilihan orang lain. Sepertimana aku. Aku memilih untuk meminum dan menjual Jus Manggis Shamelin sedangkan di pasaran terdapat banyak lagi jenama-jenama atau produk berasaskan manggis seperti Vemma, Xango, Biosteen dan lain-lain lagi. Itu adalah pilihan aku...err..aku harap "Jebon" tak marah aku sebut lagi pasal Jus Manggis Shamelin...hehehe.
Begitu juga dengan "layout" blog. Pemiliknya berhak memilih apa jua theme yang dia suka. Tidak kiralah kalau blog dia itu nampak pelik, lintang pukang, sakit mata memandang atau apa-apa sahaja. Kenapa kita perlu marah jika blog itu lambat loading kerana penggunaan widget yang berlambak-lambak? Kenapa perlu marah jika blog tersebut diletakkan pemain muzik yang kita tidak jumpa di mana butang penutupnya? At the first place, siapa suruh kita melawat blog tersebut jika datang hanya semata-mata untuk meninggikan tekanan darah?
Sebelum ini, aku pernah juga menulis tentang contoh-contoh bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog yang buruk (pada pendapat aku) dan anda boleh baca artikel ini.."Tips to have a bad blog". Walaubagaimanapun, itu hanyalah pendapat aku dan beberapa pendapat blogger-blogger yang lain. Jika pemilik blog masih mahu menggunakan elemen-elemen tersebut di blog mereka, itu adalah hak mereka. Mungkin pada aku, elemen-elemen tersebut mencacatkan atau memburukkan blog tetapi pada mereka mungkin sebaliknya. Perlukah atau patutkah aku marah kepada mereka? Memang tidak patut!
Jadi, kesimpulannya, hormatilah hak, pilihan dan kesukaan orang lain.
Sekian.

Yup..sokong...coz kita masuk blog tu pun atas pilihan sendiri..so kalau rs blogger tu over ke hapa ker..just let it be..
betul2...kalau tak suke blog yang kita masuk, sila jgn tgk lg...ni tak siap kutuk segala bagai...sbb penah kena kutuk cmni...huh...cmne la nk jdi blogger berhemah...
Uhuk! Uhuk!...ish3..sape pulak yg sebut nama aku ni?
sharing is caring ;p
http://salsabilahammar.blogspot.com/2011/03/fuh-fuh-fuh.html
Salam Umi_Aliesha...thanx sudi komen.
Just nak tegur segelintir bloger yg agak extreme mengutuk org lain.
Salam Salasiah...thanx sudi komen. Eloklah kita menjadi bloger berhemah supaya nanti ramai pengunjung datang berkhemah. Thanx juga coz sudi link ke post ni.
Salam Jebon...aik?? Ingat xperasan hehehe
masing2x ada citarasa sendiri. mungkin benda tersebut cantik pada kaca mata dorang, tetapi pada mata kita benda tersebut macam sampah. nak buat macam mana, tekak masing2. =)