Wednesday, March 30, 2011

Demon Grass?

3 comments
 
Salam.

Semalam, sedang aku menyambut birthday keseorangan (isteriku bekerja), aku telah berjumpa rakan lama aku semasa membeli sarapan pagi di sebuah warung berdekatan rumahku. Lama juga kami berbual-bual mengenai cerita-cerita lama. Walaubagaimanapun, tiada pula birthday wish yang aku terima. Apa tidaknya, dia pun tidak tahu hari itu hari jadi aku sebab aku tidak beritahu dia...hehehe.

Pernah dengar perkataan seperti tajuk di atas? Tidak pernah? Aku pun tidak pernah...hehehe.

Kalau Lemon Grass tu pernahlah atau dalam bahasa kita ialah

sireh..

Eh! Bukan!..serai laaa...

Perkataan Demon Grass tersebut terpacul dari mulut rakanku itu yang bermaksud (bagi dia) LALANG!

Bila aku tanya kenapa tidak Grass sahaja, dia menjawab "Grass tu lalang yang tak baik tetapi Demon Grass tu lalang yang sejahat-jahatnya!"

Hah?? Terkezzzut dan bulat mata aku!



"Kat ofis tu ada la sorang mamat tu yang suka membodek bos. Bila kat depan bukan main lembut lagi dengan kita. Selalu memuji kerja-kerja kita. Boleh lak cakap kalau kita tak ada lingkuplah company tu. Selalu sangat dia cakap macam tu. Rupa-rupanya dia memang tengah usaha hendak kita tak ada lagi kat situ!"

Dia tu ke yang engkau gelar Demon Grass?

"Bukan!"

Pulak dah!

"Dia tu pandai bermuka-muka. Selalu mengelak buat kerja. Bila bos suruh dia buat, dia cepat-cepat kata kita lagi pandai dan bagus buat kerja tu. Lepas tu, tak pasal-pasal kita pulak yang kena buat walhal jawatan kita tak ada kena mengena dengan kerja tu. Bila kerja dah selesai, yang peliknya dia pula yang bos puji-puji".

Smart juga dia tu ye?

"Itu bukan smart bang, itu semak! Sebab itu kita panggil dia LALANG! Buat menyemak je kat company"

Habis tu, siapa pula yang engkau gelar Demon Grass?

"Bos!"

Bos?

"Ye bang. Sebenarnya bos memang hendak buang kita tetapi terpaksa cari pasal sebab kerja kita elok. So, dia suruh la kita buat macam-macam benda walaupun tak relevan dengan jawatan kita. Mamat tu pulak jadi toyol dia. Berlakon dan kerah tenaga kita supaya kita tension dan resign".

Mana engkau tahu Bos memang berniat hendak buang engkau?

"Mamat LALANG tu la yang beritahu!"

Ish..ish..ish

Banyak sebenarnya ingin aku huraikan atau komen tetapi biarlah di post akan datang.

So, hari ini aku belajar perkataan baru...Demon Grass!


Sekian.

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Mana mana pun ada org sebegini. Tak kira besar atau kecil sesebuah syarikat, org sebegini tetap ada...

    Soalannya, apa pilihan kita..Kalau saya, menghindarkan diri dari org sebegini adalah lebih baik daripada terus rapat sebab org sebegini hannya pandai mengguna tenaga kiter atau menggunakan kita sebagai 'cover line' bagi diri dia mendapat credit or menyalahkan org lain.

    Org sebegini akan bnyk bercakap, membuat andaian, tp org keliling tak bodoh..org keliling tahu tp tak mengambil berat akan hal hal begini sebab merugikan masa mengenali org sebegini. Let God be the judge..sendiri2 tahu sudah.

  2. Salam Anonymous...aik! macam marah sgt2 jer? hehe
    Betul la tu...cuba hindarkan diri.
    Semoga sukses!

  3. Anonymous says:

    Salam abang long..
    Marah tak la hehehe...buat rugi tenaga nk marah hehee..tenaga leh guna untuk wat bnyk bende len hehehe....

    Menghindar pun ada masanyer berjumpa jugak...cuma berhati-hati semasa berkata kata..The less we talk to this ppl the better..

    Sukses?? Sukses untok menghindar dari perkara sebegini payah kot..tp insyalah sukses dlm masa akan datang...saya aminkan hehehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com