Aku terpanggil untuk menyambung kembali coretan aku tentang Performance Management System setelah melihat beberapa orang rakan-rakanku yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan laporan KPI (Key Performance Indicator) masing-masing. Ye lah kan, kalau point KPI macam ciput sudah tentu bonus yang bakal diperolehi juga ciput. Silap-silap langsung tidak dapat bonus atau lebih teruk lagi jika diletakkan di bawah Performance Improvement Plan (PIP) di mana bukan sahaja bonus tiada bahkan juga ada peluang untuk diberikan surat khas MSS (Mandatory Separation Scheme)...hehehe.
Sebelum aku teruskan coretan aku, adalah lebih elok jika anda membaca kembali post aku yang lepas tentang Performance Management System di SINI dan di SINI.
Apa yang aku kurang berkenan ialah, kebanyakan pekerja di bawah skim PMS ini seringkali menunggu saat-saat akhir untuk menyiapkan laporan KPI mereka sedangkan sepatutnya laporan tersebut dibuat lebih awal supaya data-data yang direkodkan sentiasa tepat dan mempunyai sokongan sekiranya ingin mencabar moderation yang bakal dibuat oleh bos masing-masing.
Moderation? Ini yang buat aku marah!
Macam pernah dengar statement di atas bukan?..hehehe.
Biasalah. Siapa yang tidak akan marah jika bonus yang bakal diperolehi menjadi kurang hasil daripada tindakan bos yang mengurangkan markah KPI. So, siapkanlah laporan KPI anda lebih awal supaya anda mempunyai banyak masa mencari bukti-bukti atau fakta-fakta yang bakal menyokong markah KPI anda itu.
"Tapi Abang Long, macam mana kami hendak siapkan awal jika bos tidak memberikan kami sebarang petunjuk bagaimana untuk mengisi borang KPI tersebut? Kami sendiri tidak tahu dari awal apakah "Quadrant" atau "Perspektif" dan KPI kami termasuklah "weightage" bagi setiap item KPI yang diberikan kepada kami."
Habis tu, bagaimana kamu isi borang KPI tersebut?
"Kami cuma isi di bahagian "score" sahaja. Kami letak semuanya 5 iaitu markah yang paling tinggi."
Alamak! Naya lah kalian semua nanti sebab kalau dibiarkan kosong di bahagian Perspektif dan KPI, bos kalian boleh sesuka-hati sahaja untuk moderate markah KPI kalian!
"Hendak buat macam mana ni Abang Long? Bos sendiri pun tidak tahu hendak letak apa sebagai item KPI kami."
Perbualan di atas itulah yang membuatkan aku tersedak ketika cuba menikmati secawan White Coffee Gao tempohari.
Masakan bos yang sepatutnya bertugas untuk menyelia tugasan-tugasan dan memastikan para pekerjanya bekerja mengikut piawaian dan jadual kerja yang ditetapkan serta menilai tahap prestasi pekerjaan mereka tidak tahu apakah item-item KPI yang patut ada?
Ini boleh menjadi isu besar sekiranya pekerja membangkitkan dan melaungkan bahawa PMS menggalakkan serta menimbulkan aspek-aspek penindasan pekerja!
Untuk itu, aku telah cadangkan supaya bos mereka melawati blog aku yang tidak seberapa ini dan membaca 2 post-post yang berkaitan tentang Performance dan KPI iaitu:
Aku tidaklah bermaksud untuk mengajar bos mereka itu tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat tentang PMS secara lebih santai dengan harapan semoga bos mereka akan lebih faham. Mungkin bukan sekarang.
Jika bos mereka tidak berminat untuk membaca artikel-artikel aku tersebut, tidak mengapa kerana banyak buku-buku tentang PMS yang boleh didapati dipasaran untuk dijadikan rujukan. Boleh juga mencari maklumat-maklumat berkaitan PMS di laman-laman web yang tertentu.
Cuma...aku agak skeptical..ke mana perginya pekerja-pekerja di bahagian Jabatan Sumber Manusia? Apa mereka telah lakukan untuk memastikan maklumat-maklumat tentang PMS dan KPI sampai kepada setiap orang pekerja?
Sekian.
Post a Comment