Monday, March 28, 2011

I'm feeling lonely

6 comments
 
Salam...


Entah kenapa hari ini, hati aku semacam kekosongan. Selepas solat subuh tadi aku banyak termenung tetapi aku sendiri tidak berapa faham apa yang aku sedang fikirkan...ish, ish, ish..berat nih..hehehe.

Aku teringat kat kampung di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Sudah tentulah di sana Mak dan Abah aku masih ada. Entah apa lah yang mereka sedang buat agaknya..Sebentar lagi aku telefonlah mereka bertanyakan khabar.


Dalam aku bermenung tu, mungkin kerana perutku sedikit lapar, aku teringat satu kuih orang Banjar yang dipanggil "Papudak". Kuih berwarna hijau seperti lepat pisang tetapi diolah panjang (satu setengah jengkal) berbentuk silinder. Manis dan lemak...sedaaap..ish3. Susah nak cari kuih tu lagi, almaklumlah, orang dah moden dan tidak berminat lagi dengan kuih tradisional sebegitu.

"Kenapa pulak Abang Long tiba-tiba teringat akan kuih Papudak tu? Abang Long ni orang Banjar ke?"

Ya. Aku orang Banjar (pure lagi tu). Kedua-dua Mak dan Abah memang orang Banjar. Arwah Atuk (Zakaria @ Ijak bin Kasan) berasal dari Banjar Masin sebelum datang ke sini dan meneroka tanah-tanah di Kampung Parit Tabur, Parit Sri Mendapat, Parit Andin dan lain-lainnya.

Kampung Parit Sri Mendapat?
Yup!.. Tempat lahir Sarimah Ibrahim.


"Pandai ke Abang Long bercakap bahasa Banjar?"

Ini jawapan aku...

"Amun kada' tahu' bersurah banjar, rugi'. Wahini, barataan urang kada' tahu'. Amun tahu' gin' saikitannya'. Baganak di bandar kaya' KL ni ngalih ai bersurah banjar. Di kampung, amun kada tahu bersurah banjar, mau' dikaramputi' nereh".

Hish!! Kenapa lah aku melalut ni?

Aku rasa kesepian.

Kenapa ek?

Rasa seperti sedang menghitung hari...

Entah lah....adoi ai..



Salam...

6 Responses so far.

  1. Unknown says:

    abg ipar pon org banjar tp x pnh dgr dye ckp banjar..hehe..klw dye ckp pon mne kami fhm.. btw,jgn byk termenung..hehehe

  2. Salam Siti Farah...jarang termenung macam ni..tapi hari ni lain macam la pulok..hehe

    Nanti ckp kat abg ipar tu "amun kada tahu bersurah banjar sama ai awan kulaan rakai"..hehe

  3. Jebon says:

    Haaaa...saje la tuh! Engkau jangan nak menggatal terfikir nak kawin lagi Long...

  4. Salam Jebon...ish3..ke situ plak engkau ni yer

  5. hasny says:

    salam. kat batu pahat ada juga org banjar ye. saya selalu ke semerah batu pahat, kg suami. kat situ rata2 orang jawa..

  6. Salam Hasny..thanx sudi komen. Kat BP memang ramai org Banjar tp tengok kampung la. Tan Sri Musa Hassan pun org sana gak Kampung Parit Belemam dan dia pun Banjar gak...hehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com