Sunday, March 27, 2011

Teater The Kampung Boy

7 comments
 
Salam.

Sudahkah anda menonton teater Lat The Kampung Boy sebuah Muzikal? Bagaimana? Terhibur? Atau mungkin juga banyak complain yang anda ingin utarakan?



Aku bukanlah seorang peminat teater tetapi hati aku terpanggil untuk menontonnya di atas beberapa sebab yang agak peribadi.

Aku tidak berniat untuk memberikan sinopsis atau apa-apa komen tentang teater tersebut di sini tetapi sekadar ingin mencoret satu babak di penghujungnya yang menyentuh sanubariku.

Babak menceritakan bagaimana Lat terlupa akan hari isterinya sepatutnya melahirkan anak mereka. Di sampaikan secara bersahaja (dan mungkin juga lawak) oleh Frankie V dan Lat (Awie) sambil menikmati semangkuk cendol. Akibat kesibukan kerja untuk mencari wang, Lat terlupa dengan hari yang penting tersebut!

Babak "cliche" tersebut sebenarnya berkait dengan beberapa babak lain yang menunjukkan rasa tidak puas hati ahli keluarganya yang merasa kehilangan Lat akibat tekanan dan kesibukan kerja beliau.

Aku tidak tahu pula samada perkara tersebut benar-benar berlaku ataupun pihak Pengarah (Hans Isaac dan Harith Iskandar) sekadar ingin mempelbagaikan emosi dan jalan cerita tentang kehidupan sebenar Dato' Lat.

Apa-apapun...aku tersentuh kerana itulah perkara (walaupun tidak keseluruhannya sama) yang berlaku di dalam kehidupanku.

Aku kurang memberikan perhatian kepada orang yang benar-benar menyayangi diriku...
...
...
...
...
...
..
..
.
So, sekarang ini, aku just ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan yang lalu itu dan berfikir sejenak tentang diriku. Mahasabah diri. Memperbetulkan apa jua silapku yang telah lalu...



Adakah menonton teater Lat The Kampung Boy sebuah Muzikal itu merupakan cara beliau untuk menyedarkan aku?...


Sekian.

7 Responses so far.

  1. A great story about a great person. Respect!!

  2. Bob Merley..thanx for commenting. Yup! A great story conveyed via a live musical theater.

  3. Anonymous says:

    MDT baru sekali tengok teater itupun masa thn 95...hihihiks!

    tak semua cerita/filem memesongkan dan melalaikan..ambik pengajaran dan selalu muhasabah diri..

    thx sbb sudi ke teratak MDT :)

  4. Salam Makdara (MDT)...thanx sudi singgah dan tinggal komen.

    Tu la tuh..saya bukan peminat teater, movie pun jarang juga tonton. Tapi kali ini terpanggil lak tengok dan dapat juga manafaat darinya..

  5. menariknye. dah la suka tgk kampung boy =D

  6. Salam IntanBerlian..thanx sudi komen. Kalau tak silap teater tu sampai 5hb April ni..kalau nak tonton lah..

    Ada bnyk komen..good n bad.. terpulang kpd masing2.

    Abg Long dpt gak sesuatu dr teater tu

  7. Aku tidak tahu pula samada perkara tersebut benar-benar berlaku ataupun pihak Pengarah (Hans Isaac dan Harith Iskandar) sekadar ingin mempelbagaikan emosi dan jalan cerita tentang kehidupan sebenar Dato' Lat.
    black shalwar kameez girls
    black kameez design girl

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com