Aku ingin sambung kembali coretan aku tentang situasi-situasi yang membangkitkan emosi ketika bekerja. Bukan apa, sekadar ingin mencari ruang berfikir dan menjadi Pengurus yang lebih baik dan dihormati oleh staff-staff aku.
Sebelum ini aku telah paparkan perbualan-perbualan aku dengan rakan-rakanku yang kebanyakan dari mereka tidak berpuas hati dengan cara-cara atau perangai pengurus-pengurus mereka. Jika anda ingin membaca atau membaca semula perbualan-perbualan tersebut sila klik link berikut
http://abanglongonline.blogspot.com/2010/08/teruk-sangatkah-prestasi-kerja-aku.html
http://abanglongonline.blogspot.com/2010/08/teruk-sangatkah-prestasi-kerja-aku.html
Kali ini aku akan bercerita tentang beberapa peristiwa yang aku telah alami sendiri. Mungkin anda boleh memberikan sedikit komen atau cadangan agar aku dapat memperbaiki diriku. Walaubagaimanapun, coretan aku kali ini hanya berkisar tentang "bos wanita".
Sejauh manakah penerimaan anda terhadap bos wanita? Adakah wanita boleh menjadi bos yang lebih baik dari lelaki? Rasionalkah atau profesionalkah mereka setelah menjadi bos?
Sejauh manakah penerimaan anda terhadap bos wanita? Adakah wanita boleh menjadi bos yang lebih baik dari lelaki? Rasionalkah atau profesionalkah mereka setelah menjadi bos?
Situasi 1
Sewaktu aku bertugas di Maybank, aku ada seorang bos wanita yang agak sukar menerima perubahan-perubahan. Acapkali, apabila aku cuba mengenengahkan idea berkenaan proses-proses baru, ada sahaja tegahannya. Cuma tidaklah dia marah-marah (atau mungkin semasa di hadapan aku sahaja).
Aku bukanlah seorang yang anti bos wanita, cuma, bekas bos aku ini agak conservative dan terlalu defensive. Mungkin beliau telah terlalu lama berada di dalam comfort zone hingga takut jawatannya atau kerjanya akan hilang jika idea-idea proses baru aku itu dilaksanakan.
Pihak Management, sebaliknya, menilai idea-idea aku tersebut sebagai sesuatu yang beneficial untuk Maybank. Oleh itu, banyak idea-idea aku telah diguna-pakai.
Pihak Management, sebaliknya, menilai idea-idea aku tersebut sebagai sesuatu yang beneficial untuk Maybank. Oleh itu, banyak idea-idea aku telah diguna-pakai.
Akibatnya, bos wanita aku itu mula dingin dan melabelkan aku sebagai "gila kuasa" (ingin mengambil-alih tempatnya) dan sering mengadu kepada staf-staf lain bahawa aku tidak menghormati beliau sebagai seorang bos kerana suka bertindak "overule" tanpa merujuk kepadanya.
Well, dari satu segi aku mungkin kelihatan seperti telah "overule" dia tetapi apa perlu aku buat jika pihak Management memanggil aku dan bukan dia? Pernah juga beliau dipanggil sama tetapi tiada idea bernas yang datang darinya (ini kata pihak Management bukan dari aku).
Well, dari satu segi aku mungkin kelihatan seperti telah "overule" dia tetapi apa perlu aku buat jika pihak Management memanggil aku dan bukan dia? Pernah juga beliau dipanggil sama tetapi tiada idea bernas yang datang darinya (ini kata pihak Management bukan dari aku).
Setelah idea-idea aku diguna-pakai, bos aku itu mula meluat melihat aku. Sentiasa sahaja mencari kesalahan-kesalahan dari perubahan-perubahan proses berdasarkan idea-idea aku. Di antara statement yang sering terpacul dari mulut beliau ialah "Ini semua Wansuhaimi punya pasal!". Masalahnya, tidak berani pula dia mengeluarkan statement tersebut di hadapan aku.
Aku tetap bersabar dan terus-terusan memperbaiki proses-proses baru tersebut. Keadaan agak terkawal dan keberkesanan proses-proses baru tersebut mendapat pujian dari pihak Management.
Setelah berpindah dari Jabatan tersebut, jawatan aku telah disandang oleh seorang wanita yang juga berperangai seperti bos wanita aku itu. Mungkin untuk meninggalkan "jejak" (bahawa dia pada waktu itu berkuasa dan bukan lagi aku), ketua Unit baru tersebut telah cuba membuat beberapa perubahan ke atas proses-proses yang telah aku guna-pakai sebelumnya. Akibatnya, hampir hura-hara Jabatan tersebut dan backlog menimbun hingga melebihi tempoh setahun.
Apabila aku bertanya kepada ex-staff aku yang masih bekerja di situ, statement ini masih lagi relevant dan diguna-pakai bukan sahaja oleh bos wanita aku tersebut malahan juga pengganti aku itu "Ini semua Wansuhaimi punya pasal!"...adoi ai..
Situasi 2
Ketika aku bekerja di Mahmood Security pula, big boss (MD) juga seorang wanita. Memang garang. Kalau dia datang ke Cash Center semua staff akan tahu akan kehadiran beliau kerana telah menjadi kebiasaan untuk beliau "memberi isyarat" dengan suaranya yang lantang.
Aku tiada apa-apa isu tentang MD aku itu. Padaku, beliau perlu memiliki ciri-ciri sedemikian untuk memastikan syarikat beliau terus wujud. Aku rasa, tidak sesuai seorang MD atau big boss yang "lemah lembut" untuk sebuah syarikat kawalan keselamatan.
Aku tiada apa-apa isu tentang MD aku itu. Padaku, beliau perlu memiliki ciri-ciri sedemikian untuk memastikan syarikat beliau terus wujud. Aku rasa, tidak sesuai seorang MD atau big boss yang "lemah lembut" untuk sebuah syarikat kawalan keselamatan.
Aku sebenarnya agak "pissed off" dengan seorang lagi bos wanita yang mengepalai bahagian pxxxxxxxn (mxxxxxxxg) di situ. Beliau, padaku seorang talam dua tiga muka yang aku perlu berjaga-jaga sentiasa.
Di awal kedatangan aku ke syarikat security tersebut, dia memang tidak suka kepada aku. Berbagai-bagai tohmahan yang aku terima tetapi aku tidak rasa terancam kerana MD sentiasa menyokong aku.
Punca sebenar kenapa dia membenci aku, tidak pula aku ketahui tetapi menurut rakan-rakan sejawatanku beliau iri hati kerana gaji aku lebih...hmmm
Di awal kedatangan aku ke syarikat security tersebut, dia memang tidak suka kepada aku. Berbagai-bagai tohmahan yang aku terima tetapi aku tidak rasa terancam kerana MD sentiasa menyokong aku.
Punca sebenar kenapa dia membenci aku, tidak pula aku ketahui tetapi menurut rakan-rakan sejawatanku beliau iri hati kerana gaji aku lebih...hmmm
Dari segi sumbangan, aku rasa banyak juga perkara-perkara penting yang telah aku buat. Malah, semasa aku di situ, pihak Maybank dengan relanya menambah mesin-mesin ATM dan CDM untuk diservis. Mungkin juga itulah punca beliau "angin" dengan aku. Seolah-olah dia tidak diperlukan di situ setelah kedatangan aku...hmmm
Walaubagaimanapun, mungkin di atas kelalaian aku, akhirnya beliau berjaya juga menghasut MD untuk membenci aku dan aku terpaksa berundur dari syarikat itu.
Apa pandangan anda?
Aku rasa cukup itu sahaja situasi-situasi yang perlu aku paparkan di sini. Bukan apa, aku tidak mahu dianggap sebagai seorang yang anti bos wanita. Padaku, wanita juga boleh menjadi seorang bos yang baik, malah ada kemungkinan lebih baik dari lelaki.
Tetapi, kebanyakan cerita-cerita yang aku dengar, ramai rakan-rakanku kurang gemar dengan bos wanita. Menurut mereka bos wanita selalunya dan kebiasaanya pada waktu-waktu tertentu terlalu emosional, tidak rasional dan tidak profesional di dalam tindak tanduk mereka.
Bagiku, emosional kadang-kadang perlu tetapi mestilah tahu bagaimana untuk mempergunakannya.
Jika anda suka membaca atau menghadiri kursus-kursus, aku cadangkan anda cari topik ini "Emotional Intelligent Skills". Percayalah, banyak perkara-perkara yang kita boleh belajar dari topik tersebut khasnya bagaimana untuk mempergunakan sifat emosional kita di dalam kerja dan menghasilkan sesuatu yang baik walaupun di luar jangkaan.
Well, bagaimanakah penerimaan anda tentang bos wanita?
Sekian.
saya penah kerja bawah dua org bos yg berbeza..dua2 perempuan
tp perangai diorng sgt bbeza
yg dulu, asyik dia je betul...kalo bg pdpt or teguran, dia yg emo
kalo yg skng, sgt sporting...mmg best lah..
Salam Ann, thanx sudi tinggal komen. Bukan semua bos pompuan tidak ok. Ada yg lebih ok dari sesetengah bos lelaki. Since Ann dpt bos pompuan yg ok, jagalah dia baik2 hehehe
saya tak pernah lagi kerja dengan bos perempuan. saya terasa janggal lak kalau perempuan yg mengetuai lelaki..
p/s:lelaki dilebihkan sebagai pemimpin.
Salam Masa, thanx sudi komen. Memang lelaki dilebihkan sbg pemimpin tetapi kebanyakan syarikat skrg ini memiliki juga bos-bos dikalangan kaum wanita. Jadi, perkara2 yg saya sebutkan di atas seringkali terjadi. Mungkin anda tidak pernah merasa tetapi masih ramai lelaki2 di luar sana yg menghadapinya. Mungkin perkara yg elok atau ,ungkin juga sebaliknya. Bergantung kepada nasib masing2.
bos lelaki dan perempuan sama sahaja.. yg membezakan ialah sifat kepimpinan.. jika kedua2 punyai sifat kepimpinan yg baik, insyallah akan menjadi bos yang baik.. :)
Salam Sop, thanx for commenting. Setuju dengan your point. Kepimpinan yang baik bukan semata-mata dilahirkan tetapi juga memerlukan pembelajaran. Oleh itu adalah lebih baik bos-bos (tidak kira lelaki atau wanita) belajar menjadi pemimpin yg baik. Sekurang-kurangnya memiliki asas-asas "supervisory skills". Perlu juga diingat, bos yg baik mungkin subjektif kepada sesetengah staff. Ada staff yg anggap bos itu baik tetapi tidak bagi staff yg lain...
tak tau la...xpernah keje lagik..tapi pmpn memang cepat emosi...huhu
kakyong pernah kerja dgn bos perempuan & lelaki...
both ade pro n con.. jantina bos tu bukan isu utama.. tp sikap tolak-ansur, pembawaan, kepimpimpinan & boleh merendah ikut level staff pada masa yg tertentu...
kakyong berhenti dr majikan ke2 pun sebb meluat dgn bos lelaki yg suka mencari kesalahan...
kakyong juga pernah jd bos, ada staff yg suka & ade juga staff yg menikam dari belakang... kita memang x leh nak memuaskan hati semua org.. as long kerja jalan.. & tiada badlock, itu dah cukup baik.. lebih bagus jika urusan jabatan mjadi lebih cekap..
Salam Tomato Gurl, thanx sudi komen. Pompuan memang mudah emosi? Itu memang kita nampak coz pompuan mudah menunjukkan emosinya. Lelaki pun sama cuma ego yg menyembunyikan emosi tsb. Ego tsblah yg selalunya merbahaya. Bila emosi dah tidak terbendung, letupan dasyat mungkin berlaku...hehehe
Salam Kakyong, thanx sudi bagi komen. Betul tu...ada pro and con..biasanya terlalu subjektif. Yg penting setiap staff perlu membuang elemen2 personal yang keterlaluan agar perhubungan dengan bos lebih baik. Jika kita tidak suka akan orang tersebut, sekurang-kurangnya hormatilah post (jawatan) beliau.
yeahhh..nasihat yang berguna
Salam Hazwan, thanx sudi tinggal komen..njoy reading
salam
betul ada pro n con..kalau lady boss teruk staff...bukannya dia faham masalah rmahtga...tp boss pompuan keja rajin..betul x abang long
Salam SUD@IS, thanx sudi tulis komen. Kebiasaannya gitulah. Rajin dan kadang2 terlebih rajin. Cuma yg tak bestnyer ada juga yg bawak hal rumah tangga ke ofis..habis staff kena tempiasnyer...hehehe
salam..
nk cte n mntk pndangan.
sy baru bekerja selama sethn di sebuah cmpany di portklang. dlm masa 2thn sy merasa 2 org bos.sorg lelaki n sorg wanita.bos yg pertama ialah lelaki sgt2 menunjukkan kepimpinan yg tggi n sume org hormat beliau.wlpn beliau garang tp xpnah lokek ilmu.kdg2 boleh jugak bergurau.ble dgant dgn bos baru,bos pmpuan,sume xkene.smpaikn staf xthn dgn pranagi die yg bodoh sombong, slalu cr kslhan,kaki ampu MD,perkara kecik dbesarkn n xback up staf.sy ade gak tnye mmber nk wat cmne.die kate leh wat memorandum.lg 1,bos baru sy byk sgt wat perubahan smpai dept. lain pn kutuk die sbb die ubah bnde yg dh ok n xde prob.lainla die ubah sumtg yg xefficient. sy n rakan dept. ni dh buntu n dr sht ramai lak jd xsht n slalu mc.sbgai staf kte demoralise dsbbkn prangai die.
pls help me
Salam Anonymous. Thanx sudi komen. Aku pernah mendapat nasihat ini dr seorang Senior GM "jika engkau xsuka akan seseorg tu, elok engkau jer yg blah dr situ dan jgn pula engkau harap org yg engkau xsuka itu blah". Dlm maksud beliau kan?
Paling baik meredakan situasi engkau itu pada pendapat aku ialah menghormati position beliau walaupun engkau tidak suka akan orgnya. Layan dan ikut shj perubahan2 yg dibawa bos engkau itu tetapi pada masa yg sama bersedialah untuk melaksanakan tindakan2 pembetulan. Mungkin engkau akan memerlukannya nanti.
Lakukan kerja engkau dgn ikhlas dan dedikasi dan jgn sesekali menunjukkan sikap terlalu emosional walaupun engkau mungkin sakit hati.
Ikut arahan bos itu. bukan hipokrit atau cuba mengampu tetapi lebih kpd cuba memahami keinginan dan matlamat beliau utk department. Mungkin beliau malu utk menerima kritikan dr staff tetapi percayalah, apabila bos engkau itu selesa akan kehadiran engkau,teguran dr engkau menjadi sesuatu yg beliau tunggu2 nanti.
Apa yg penting, skrg ini engkau perlu lebih fokus bekerja utk mencapai matlamat jabatan atau syarikat. Jgn terlalu ambil pusing akan keburukan bos walaupun dia memang tidak bagus. Bekerja dengan sistematik dan pastikan aktiviti2 kerja engkau sentiasa direkod sebagai pendinding bila tiba masa utk PMS.
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
kalau dr pndgn & pglmn saya ada jgk segelintir bos lelaki mahupun pompuan yg bersikap xleh menerima perubahan. Mgkin mereka anggap selama ini mrk berada dlm keadaan selesa & kini tergugat ngn kehadiran staff kreatif tampil ngn memberi idea yg bernas..bg sy nape nk rs tergugat..org camnilah yg berpotensi dlm memajukan sykt..w.bagaimanapun kita kene hati2 & waspada kdg2 niat kita ikhlas tp disalah tafsirkan.hati manusia kita tak tahu..
Salam NoRHaNa, thanx sudi komen. Bila curiga selalu bersarang di hati dan bila kepentingan diri menjadi raja, sikap terbuka mungkin menjadi semakin pudar xkira lelaki o pompuan.
Yang penting kita bisa mengendalikan emosi saja.