Thursday, December 30, 2010

How to motivate your staff?

0 comments
 
Salam,

Kali ini aku ingin share maklumat yang aku telah perolehi dari internet dan juga hasil pembacaan buku-buku (atau e-books) tentang pengurusan dan pengurusan sumber manusia.

Mungkin artikel ini tidak selengkap yang anda semua harapkan tetapi aku percaya sekurang-kurangnya ia akan memberikan anda sedikit gambaran atau tatacara asas yang anda atau syarikat anda perlukan di dalam menangani isu-isu berkenaan pengurusan sumber manusia terutamanya bagaimana anda ingin memastikan moral para pekerja anda adalah seperti yang anda harap-harapkan.

Sebagai seorang pengurus, anda boleh menjadikan samada hari pekerja-pekerja anda suatu hari yang menceriakan atau mungkin juga suatu hari yang paling menduka-citakan. Semuanya di atas kehendak anda. Bukan jenaka tetapi sesuatu yang berkemungkinan berlaku. Selain dari keputusan serta keinginan seseorang pekerja menyukai sesuatu tugasan, anda sebagai seorang pengurus, merupakan satu faktor yang amat berkuasa di dalam pembentukan moral serta motivasi pekerja-pekerja anda.

Sebagai penyelia, impak tindakan anda terhadap motivasi pekerja-pekerja adalah tidak ternilai. Dengan kata-kata, gerak tubuh serta juga raut wajah anda, samada anda sedari atau tidak, anda memberikan gambaran berapakah nilai pekerja-pekerja anda.

Merasakan diri mereka dihargai oleh pengurus mereka merupakan kunci kepada ketinggian moral dan motivasi mereka. Sebenarnya, membina motivasi serta moral para pekerja yang tinggi memang mencabar tetapi pada masa yang sama juga simple. Ianya memerlukan anda untuk memberikan tumpuan terhadap impak yang bakal anda berikan setiap hari di tempat kerja.

Aku senaraikan di sini beberapa tindakan atau sikap anda yang bakal memberikan impak positif lantas menaikkan moral serta motivasi pekerja-pekerja anda:

Kehadiran anda ke tempat kerja

Kedatangan anda dan ketika anda meluangkan masa anda bersama pekerja-pekerja anda setiap hari dapat memberikan impak yang tidak ternilai kepada moral positif pekerja-pekerja anda. 
 
Oleh itu, mulakanlah hari kerja anda dengan betul. Perbanyakan senyuman, berjalanlah dengan langkah yang segak serta nilai confident yang tinggi (tetapi bukan menyombong), lawati tempat kerja para pekerja anda dan sambutlah serta layanlah mereka dengan hormat walaupun mereka itu hanyalah pekerja bawahan anda. Pada masa yang sama, sampaikan mesej atau hasrat anda serta matlamat yang ingin dikecapi pada hari tersebut secara berhemah tanpa elemen-elemen ugutan.
 
Adalah lebih baik mengungkapkan kata-kata semangat untuk bersama-sama bertungkus-lumus mencapai target yang ditetapkan. Tanamkan di minda para pekerja anda bahawa hari tersebut merupakan suatu hari yang baik dan menceriakan. Ingatlah! Ianya bermula dari anda. Anda yang mencorakkan hari para pekerja anda itu.

Gunakan perkataan yang mudah difahami tetapi berkesan

Hargailah pekerja-pekerja anda dengan mengungkapkan kata-kata seperti "terima kasih", "anda telah melakukan kerja dengan baik", "teruskan kerja cemerlang anda" dan sebagainya.
 
Aku pernah berkata kepada "Tea Lady" di tempat kerja aku dengan mengatakan bahawa air teh yang beliau buat memang sedap, selepas itu hampir setiap hari dia menyediakan air minumanan aku tanpa diminta.

Pastikan pekerja-pekerja anda tahu dan faham kehendak anda

Aku pernah membaca beberapa artikel serta buku-buku berkenaan motivasi yang mengupas sebab-sebab kenapakah para pekerja sering-kali gagal atau tidak melakukan sesuatu tugasan mengikut spesifikasi atau kehendak bos mereka. "Setting clear expectations is often a supervisor's first failure" dan itu merupakan sesuatu yang sering berlaku. Kebanyakan pengurus berfikir mereka telahpun menyatakan objektif atau kehendak mereka kepada pekerja bawahan dengan jelas, tetapi, mesej yang sampai kepada pekerja-pekerja tersebut berlainan pula.

Ini mungkin berpunca dari cara-cara berkomunikasi yang lemah serta bukan dalam bentuk 2 hala (tanpa perbincangan). Adalah lebih buruk lagi jika para pekerja tersebut beranggapan pengurus mereka tidak tahu apa yang dia buat atau juga melabelkan pengurus tersebut sebagai diktator yang hanya tahu mengarah tetapi tidak tahu untuk membimbing.
 
Jangan sesekali anda mengeluarkan perkataan-perkataan yang bakal melunturkan moral pekerja anda seperti "Kerja yang mudah sebeginipun awak tidak boleh buat?" sedangkan anda sendiri tidak pula menerangkan kerja tersebut secara lebih detail. Jangan beranggapan pekerja anda mempunya ilmu "telepathy" yang boleh membaca dan mengetahui apa yang ada di dalam minda anda.

Untuk meningkatkan moral para pekerja, seseorang pengurus perlulah bersikap lebih bertanggungjawab dengan memberikan penerangan sebaik mungkin dan membimbing para pekerjanya agar melakukan tugasan yang diminta mengikut acuan serta spesifikasi yang ditetapkan. Menegur dengan cara yang berhemah agar pekerjanya tidak melakukan kesilapan berterusan serta memberikan sedikit pujian atau pengiktirafan (dengan kata-kata motivasi mudah) dapat menimbulkan rasa dihargai atau kehadiran diperlukan di setiap diri para pekerjanya.

Mungkin ini sesuatu yang tidak menyelesakan buat para pengurus.
 
Untuk menaikkan moral pekerja atau motivasi mereka, pastikan anda mendapatkan "feedback" daripada para pekerja anda supaya anda tahu mereka memahami apakah kehendak anda. Berkongsilah matlamat atau sampaikan rasional (sebab-sebab) sesuatu tugasan tersebut perlu dilakukan mengikut kehendak anda. 
 
Sebagai contoh, sekiranya and adalah seorang pengurus di bahagian pembuatan barangan, dengan terlalu menitik-beratkan kuantiti, anda mungkin menghadapi isu kualiti kerana para pekerja anda terlalu fokus menyiapkan sesuatu barangan dengan pantas.

Berikan "Feedback" atau sampaikan maklumat terkini

Di dalam "Project Management", penyediaan "Gantt Chart" yang terkini atau telah dikemas-kini merupakan sesuatu yang mesti dibuat untuk memberikan gambaran perkembangan sesuatu projek.
 
Begitu juga dengan para pekerja anda, mereka memerlukan maklumat bagi mengetahui hasil kerja mereka. Mereka ingin tahu adakah kerja yang mereka telah buat itu baik atau sebaliknya atau adakah hasil kerja mereka itu menepati cita rasa anda. Mereka memerlukan maklumat tersebut dengan pantas selepas sesuatu tugasan tersebut selesai dilakukan.

Oleh itu, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk anda menyampaikan pandangan anda tentang kerja yang telah dilakukan. Berikan galakan dan teguran yang membina sekiranya hasil kerja kurang memuaskan. Berikan sedikit penghargaan (walaupun dengan ucapan terima kasih) jika mereka melakukan kerja dengan baik.

Percayalah, pekerja-pekerja anda akan rasa lebih dihargai dan bermotivasi untuk bersama-sama anda melakukan kerja dengan lebih baik bagi menghasilkan sesuatu yang positif.
They need to work with you to make sure they produce a positive outcome the next time.

Wujudkan masa untuk motivasi setiap pekerja

Wujudkan masa untuk berinteraksi dengan setiap pekerja anda setiap hari. Tidak semestinya berjam-jam. walaupun untuk beberapa minit jika interaksi di antara anda dan pekerja anda adalah positif sudah mencukupi.

Aturkan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi bersama-sama pekerja anda untuk mendapatkan pandangan dan mendengar permasalahan mereka (yang berkaitan dengan tugas). Unjurkan dan bincanglah dengan mereka akan prestasi kerja mereka serta perkembangan terkini bagi mencapai matlamat organisasi.


Point-point di atas hanyalah sebahagian daripada cara-cara untuk memotivasikan atau meninggikan moral para pekerja anda yang berkait rapat dengan kewujudan anda di situ. Ingin aku ulangi bahawa perkara-perkara di atas hanyalah sesuatu yang asas tetapi masih boleh diguna-pakai.


Sekian
Readmore...
Tuesday, December 28, 2010

I'm back!

1 comments
 
Salam,

Sudah lebih 3 bulan aku tidak update blog ni. Kepada para pelawat dan pembaca setia blog ini, aku mohon maaf kerana tidak memaparkan sebarang post baru.

Bukan aku tidak berminat lagi untuk berblogging tetapi di atas wujudnya beberapa insiden-insiden yang memaksa aku untuk tidak mengemaskini kandungan blog ini, termasuklah menahan beberapa post yang telahpun aku jadualkan untuk dipaparkan mengikut hari yang sebelum ini aku telah tetapkan.

Well, sekarang aku telah kembali untuk menyambung kembali penulisan aku.

Yeah!! I'm back!

Aku harap anda semua masih sudi melawat serta membaca kandungan post-post yang bakal aku paparkan.


Sekian.

Abang Long
Readmore...
Wednesday, September 15, 2010

Meriahkah Hari Raya anda?

17 comments
 
Salam,

Amacam Hari Raya anda tahun ini? Meriah? Seronok? Gembira? Bahagia? Apa-apa pun jangan lupa untuk menyambung kembali kerja anda. Apa? Cuti sebulan? Mak ai..mentang-mentang Raya sebulan, cuti pun sebulan. Raya sakan nampaknya..hehehe.

Di dalam kita bergembira menyambut Syawal, kita tidak harus lupa kepada insan-insan yang mungkin berduka sama ada kehilangan ahli keluarga tercinta, hidup di dalam kedaifan atau serba kekurangan, serta juga mereka yang berhutang keliling pinggang.


Aku telah mula masuk Ofis menyambung kembali kerja-kerja aku sejak semalam. Agak ralat juga kerana masih belum puas beraya tetapi aku perlu menyiapkan kerja-kerja aku yang masih belum siap-siap lagi itu. Yang membuatkan aku seronok ialah ofis aku senyap sunyi kerana kebanyakan kakitangan masih bercuti. Oleh itu aku dapat memerah otak aku untuk menulis SOP dan bermacam-macam dokumen yang berkaitan tentang Cash Management dengan tenang tanpa gangguan sama ada orang ataupun lagu-lagu raya..hehehe.

Di dalam kesibukan aku memerah otak mengarang ayat-ayat SOP, sesekali fikiran aku melayang kerana bagiku Hari Raya kali ini ada berbagai-bagai kejadian yang mungkin menjejaskan kemeriahannya.

Di antaranya ialah tentang pembunuhan ahli perniagaan Datuk Sosilawati serta 3 orang rakannya yang memenuhi dada-dada akhbar serta media-media elektronik lainnya. Malahan banyak juga blog-blog yang memaparkan kisah yang sama.


Aku tidak pernah berjumpa malah tidak kenal beliau walaupun kami berada di kampung yang sama (Sri Medan, Batu Pahat). Aku hanya mengenali beliau atau pernah melihat gambar-gambar di akhbar-akhbar serta majalah yang mengiklankan perniagaan kosmetiks yang beliau jalankan termasuklah kekecohan yang berlaku di antara beliau dan penyanyi Nash tidak lebih dari itu (aku juga peminat kumpulan rock Lefthanded...hehehe).

Di sana sini hampir semua orang bercerita tentang kes pembunuhan tersebut (di kampung aku memang merupakan satu berita paling sensasi). Berita di TV menjadi tumpuan untuk mengetahui perkembangannya.  ketika inilah aku melihat ramai yang berkumpul di depan TV ketika waktu berita. Ketika aku menziarahi sanak saudara pula, cerita yang sama merupakan topik utama perbualan. Bukan aku tidak suka, cuma kadang-kadang perbualan-perbualan tersebut (ditambah pula dengan garam secukup rasa) menjurus ke arah sesuatu yang negatif seperti berbaur perkauman dan sebagainya. Ada juga yang memandai-mandai membuat andaian-andaian tertentu terutamanya tentang duit, duit dan duit.

Aku memang simpati kepada keluarga beliau dan rakan-rakan beliau itu, tetapi aku juga hanya boleh sekadar simpati. Biarlah pihak Polis melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan kes ini. Kita sepatutnya tidak terlalu taksub dan beremosi sehingga sanggup membuat andaian-andaian yang tidak betul mengenainya terutamanya yang berunsurkan perkauman.

Jadi, meriahkah Hari Raya aku tahun ini?

Masih lagi meriah lebih-lebih lagi pada Hari Raya tahun ini aku beraya dengan kereta baru. Walaubagaimanapun, tidaklah semeriah laporan-laporan akhbar mengenai kes pembunuhan tersebut...


Di sebalik kemeriahan tersebut, aku juga rasa berdebar-debar kerana 2 orang anak-anakku akan mengambil peperiksaan penting selepas Hari Raya ini. Hendak diikutkan sangat menyambut kemeriahan Hari Raya, aku risau juga mereka lalai dari mengulangkaji pelajaran.

Selepas ini kemeriahan akan disambung pula dengan "open house" yang sememangnya menjadi satu tradisi ketika Hari Raya. Sekali lagi, bukan aku tidak suka tetapi aku risau kerana banyak makan dan membuatkan berat badanku seperti "yo-yo"...hehehe.


Sekian.
Readmore...
Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

4 comments
 
Salam

Kepada semua pembaca-pembaca, para pelawat, staff-staff dan rakan-rakan yang sudi datang menjenguk blog ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Di hari yang mulia ini aku ingin menghulur tangan memohon kemaafan sekiranya ada di antara anda semua yang terkilan, terguris hati, sakit hati, marah, sedih, kecewa dan sebagainya akibat dari kekhilafan coretan aku di sini.


Kepada semua para pembaca yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, berhati-hatilah di jalan raya. Pandulah dengan cermat dan berwaspadalah sentiasa agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pandulah kenderaan anda dengan beretika serta bertimbangrasalah dengan pengguna jalan raya yang lain.



Pastikan juga sebelum anda meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung, semua pintu-pintu dan tingkap-tingkap telah ditutup dan dikunci dengan sempurna. Berpesan-pesanlah dengan jiran-jiran yang mungkin tidak pulang ke kampung untuk melihat-lihat atau mengawasi rumah anda sekadar yang mereka termampu. Jika perlu, dapatkan khidmat pengawasan dari pihak Polis atau Syarikat Kawalan Keselamatan untuk membuat pemantauan.


Kepada staff-staff aku dan juga para pekerja lainnya yang tidak mendapat cuti raya, bersabarlah dan jalankan tanggungjawab kerja anda dengan tekun dan ikhlas.

Kepada emak dan abah, ampunkan dan maafkanlah anakmu ini jika ada salah dan silap, terkasar bahasa dan sebagainya. Halalkanlah makan dan minum.

Kepada ibu dan bapa mertuaku, saya minta ampun dan maaf di atas apa jua kesalahan yang telah saya lakukan.



Kepada isteriku, abang minta ampun dan maaf jika selama ini banyak kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan samada sedar atau tanpa sedar. Abang juga ampunkan dan maafkan kesalahan kamu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abang halalkan juga makan dan minum dan apa jua pemberian. Beringat-ingatlah semasa menyambut Hari Raya yang mulia. Janganlah kita asyik bergembira hingga terlalai atau terlupa kepada tanggungjawab yang lebih utama.


Kepada anak-anakku, jangan berlebih-lebihan berseronok beraya. Beringatlah dan berwaspadalah sentiasa. Jangan terlalu asyik bermain mercun dan bunga api hingga terleka dan mungkin memudaratkan diri. Hormatilah orang yang lebih tua ketika bertandang atau semasa ziarah menziarahi sesama ahli keluarga.

Kepada ahli-ahli keluargaku yang lain (adik-adik, ipar-duai, biras-biras, sepupu-sepapat dan lain-lain lagi), kuhulurkan tangan memohon kemaafan jika ada salah dan silap.


Kepada rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan sepejabat, rakan-rakan lain dan sesiapa jua yang mengenali aku, aku memhon kemaafan di atas apa jua kesalahan atau kekhilafan yang aku telah lakukan selama ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Sekian.
Readmore...
Monday, September 6, 2010

Wasilah Amal

3 comments
 
Salam,

Aku rasa ini adalah post yang paling simple dan ringkas. Walaupun demikian ianya padat dan penuh makna bagi anda yang memahaminya.


Pernahkah anda terfikir kenapa doa anda masih tidak dimakbulkan oleh Allah SWT?

Aku tahu, itu hak Allah SWT untuk menerima atau memakbulkan doa kita, tetapi mungkinkah kita juga berdosa dan Allah SWT tidak mahu makbulkan buat masa ini?

Aku ingin share dengan anda tentang satu kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah SWT (semasa berdoa) dengan "mengungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “Wasilah Amal

Contoh doa "Wasilah Amal":



“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”

Menyuapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi bersedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.



Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Maknanya Wasilah Amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita. Tetapi kalau bersedekah RM1 takkan nak tuntut RM berjuta-juta pula?
 
Dengan manusia kita malu takut dikata permintaan kita berlebih-lebihan tetapi sumbangan tidak seberapa, sepatutnya dengan Allah SWT kita lagi malu.

Satu lagi konsep Wasilah Amal ialah meminta kebaikan (makbulkan doa) apabila kita ditimpa sakit atau musibah.

Sebagai contoh, kalau ditimpa sakit, baca "Innalillahiwainnaillaihirojjiun" dan kemudiannya berdoalah kepada Allah SWT:

“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
atau
 “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Di bulan Ramadhan yang mulia ini terutamanya di malam-malam terakhir yang ada kemungkinan malam Lailatur Qadar, marilah kita perbanyakan amal ibadah serta perbanyakan doa mudah-mudahan doa kita dimakbulkan dan hidup kita diredhai Allah SWT.


Sekian.
Readmore...
Friday, September 3, 2010

Raya Mood?

14 comments
 
Salam,

Dah beli baju baru? Dah beli sofa baru? Dah beli kereta baru? Dah beli kuih-muih? Rumah dah cat baru? Duit raya dah tukar kat bank? Raya packet dah kumpul? Dah ada bini baru? (ehh!! silap..terlebih sudah)..hehehe.

Masing-masing sibuk sekarang ni. Ye la, Raya tinggal seminggu jer lagi.


Di office aku ini pun apa kurangnya. Masing-masing sibuk menghias. Gantung macam-macam benda perhiasan raya...replika ketupat, banner raya, replika lemang, mercun (yang main mercun tarik pedajal kawan-kawan pun ada...hehehe). Kadang-kadang tu mengalahkan budak-budak, padahal umur dah hampir setengah abad! Malah, yang dah kira pencen pun ada (umur lebih 55 tahun).

Aku bukan apa. Seronok juga melihat telatah-telatah mereka. Meriah office dibuatnya.

Walaubagaimanapun, disebalik kemeriahan yang wujud, aku sebenarnya tengah bertungkus lumus menyiapkan Standard Operating Procedures (SOP). Aku memerlukan ketenangan untuk mengarang ayat-ayat, membuat process flow, memperbaiki proses-proses yang sedia ada dan sebagainya.

Apa pula yang membuat aku rasa terganggu?

Aku tidak tahan mendengar lagu-lagu raya yang diputarkan di Office!

Dari pagi sampai habis waktu office lagu raya tidak sudah-sudah. Bukan aku benci lagu raya, tetapi aku tidak boleh fokus kepada kerja aku! Hendak ditutup pemain muzik tu nanti ada pula orang yang tidak puas hati dengan aku. Jadi, aku pekakkan sahaja telinga dan cuba memberi sepenuh tumpuan kepada kerja aku ini. Malangnya, aku tidak boleh..dan kadang-kadang aku pun turut menyanyi sama (lagu yang aku minat la)..hehehe.


Pernah juga aku godam komputer yang menyiarkan lagu-lagu raya tersebut..tiba-tiba sahaja lagu-lagu lain yang keluar seperti lagu Peterporn, Radja, Wings, Search dan lain-lain lagi. Ada pulak orang yang menjerit! Aku pula diam dan buat-buat tak tahu...hehehe.

Hendak tak hendak sekarang ini aku terpaksa pergi ke office lebih awal. Biasanya dalam pukul 7.10 a.m. aku dah serabai membuat kerja-kerja SOP aku tuh...hehehe.

Tetapi, hendak dijadikan cerita, mamat yang rajin pasang lagu raya tu sekarang ini pun asyik datang awal juga. Kadang-kadang lagi awal dari aku. Dia pasang juga lagu-lagu raya kesukaannya tu...adoi ai...

So, aku terpaksalah mengaku kalah. Ikut sahaja keinginan mereka. Sama-sama enjoy mendengar lagu-lagu raya dan sama-sama memeriahkan lagi suasana dan mood hari raya yang bakal tiba.

SOP? Errr...aku sambung lepas raya sahaja lah...hehehe...


Petang ni aku hendak pergi ke Bazaar Ramadhan, cari mercun tarik dalam 10 kotak. Oleh kerana aku selalu datang awal, aku hendak ikat mercun tarik tu kat semua kerusi staff-staff di office ni termasuk kerusi big boss (Direktor) aku..biar lagi meriah office dengan bunyi letupan-letupan hari raya...huahuahua.



Shhhhh...jangan beritahu sesiapa tau...hehehe.


Sekian.
Readmore...
Wednesday, September 1, 2010

Bahasa aku kurang ajar?

36 comments
 
Salam,

Kasarkah bahasa aku? Kurang ajarkah cara aku menulis?

Walaupun tiada terdetik di hatiku untuk menjadi kurang ajar atau menghamburkan kata-kata kesat, tetapi ada juga orang yang tidak gemar dan tidak suka penggunaan bahasa aku semasa menulis.


Beberapa bulan yang lepas, aku telah menerima satu e-mail dari seorang pembaca blog lama aku yang kukira telahpun berkubur tanpa update dan post-post baru. Penghantar e-mail tersebut menegur cara aku menulis menggunakan perkataan yang baginya "kurang ajar" dan seperti TIDAK menghormati para pembaca blog aku itu.

Aku paparkan di sini screen shot e-mail yang aku terima (yang sebenarnya telah dipost ke dalam ruangan komen di blog lama aku itu) oleh pelawat yang menamakan dirinya sebagai "Mus".


Aku tiada niat untuk bersikap kasar atau kurang ajar dengan sesiapapun terutamanya pembaca setia blog aku. Apa yang aku lakukan hanyalah ingin berkongsi maklumat dan nasihat-menasihati secara lebih informal.

Walaubagaimanapun, untuk menjaga hati semua pembaca-pembaca blog aku ini termasuk Mus si tukang komen @ penghantar e-mail tersebut, aku ubah juga cara penyampaian aku kepada yang lebih elok (seperti yang dipintanya). Sebab itu, di blog baru aku ini, aku tidak lagi menggunakan perkataan "korang", "engkorang", "diorang" dan sebagainya tetapi aku tetap lagi menggunakan perkataan "AKU" untuk gantinama diri aku.

Kepada Mus dan pembaca-pembaca yang terasa akan kekasaran bahasa (gantinama diri) yang telah aku gunakan sebelum ini, sempena Ramadhan yang mulia dan Hari Raya yang akan tiba, aku memohon ampun dan maaf seikhlasnya.

Aku berharap, janganlah kerana kekasaran penggunaan gantinama diri itu menjadi penyebab anda semua tidak lagi mahu melawat blog aku ini.

Aku juga berharap agar anda dapat menegur aku sekiranya penggunaan bahasa atau cara-cara penyampaian aku di blog ini tidak elok atau membuat anda marah, benci atau sakit hati. Aku hanyalah insan biasa yang terlalu mudah untuk melakukan kesilapan dan oleh itu teguran atau saranan anda amatlah aku hargai dan alu-alukan.




Sekian dan Selamat Hari Raya.
Readmore...
Monday, August 30, 2010

Politik Pejabat memusnahkan kerjaya?

15 comments
 
Salam,

Adakah Politik Pejabat wujud di syarikat anda? Apakah kesan-kesan Politik Pejabat terhadap anda? Benarkah Politik Pejabat boleh memusnahkan kerjaya?


Sesetengah orang menganggap Politik Pejabat sesuatu yang tidak elok. Ia merupakan sesuatu yang boleh menghuru-harakan syarikat. Benarkah begitu? Walaubagaimanapun, aku dapati banyak juga syarikat-syarikat besar yang di dalamnya wujud Politik Pejabat tetapi tidak pula merudum syarikat tersebut.

Apakah maksud Politik Pejabat?

Secara mudahnya, Politik Pejabat ialah tentang situasi-situasi perbezaan yang wujud di antara para pekerja syarikat termasuklah perbezaan dari segi pendapat, kewujudan konflik akibat percanggahan kepentingan, perbezaan cara-cara berkomunikasi serta perhubungan sesama pekerja.

Perlukah kita takut akan Politik Pejabat?

Terdapat banyak pendapat yang berbeza-beza tentang Politik Pejabat. Ada sesetengah pekerja menganggap ia hanyalah unsur-unsur yang pasti menimbulkan kesusahan kepada para pekerja. Bayangkanlah, anda seorang yang amat berdedikasi di dalam menjalankan tugas-tugas anda tetapi akibat anda masuk "Team" yang salah, anda telah disisihkan dan kerjaya anda mungkin terjejas.

Walaubagaimanapun, aku tertarik dengan luahan rakanku yang agak othordox dan selalu memberikan pendapat yang lain dari orang lain. Ironisnya, pendapat-pendapat beliau itulah yang sering membuka mindaku dan berfikir secara "Out of the box" untuk mencari kepastian bagi sesuatu perkara atau pendapat.

Menurut beliau, kita tidak perlu takut dengan Politik Pejabat. Kebanyakan pekerja-pekerja yang dilabelkan sebagai "Top Performers" kebanyakannya adalah mereka yang mahir dan memiliki skill-skill yang baik untuk memenangi pertandingan Politik Pejabat. Mendengar kata-kata rakanku itu, membuatkan aku begitu "eager" untuk mencari alasan-alasan atau mungkin juga bukti-bukti akan kebenaran pendapatnya itu.

Setelah membuat kajian melalui pembacaan (di Internet atau buku-buku ilmiah berkenaan pengurusan), aku coretkan di sini beberapa teknik atau tindakan yang perlu diambil oleh pekerja-pekerja yang mahu menghadapi situasi Politik Pejabat tanpa menjejaskan karier masing-masing.

Silalah baca:

  • Buatlah pilihan yang bijak

Tindakan yang menjadi kebiasaan menghadapi Politik Pejabat ialah sama ada "mengikut" atau "menentang". Telah menjadi lumrah manusia bersikap mengikut naluri atau perasaan masing-masing untuk kepentingan diri. Walaubagaimanapun, untuk mengharungi malah memenangi pertandingan Politik Pejabat tindakan-tindakan yang perlu diambil bukan berdasarkan naluri semata-mata. 

Naluri untuk membuat tentangan mungkin menyebabkan bebanan yang lebih berat terarah kepada anda, manakala naluri untuk mengikut membabi buta boleh menyebabkan anda dilabel sebagai "Lalang" dan menjadikan anda sasaran orang tertentu untuk mempergunakan anda. Secara jelasnya, kedua-dua pilihan naluri tersebut bukanlah pilihan yang baik untuk perkembangan kerjaya anda.

Untuk memastikan kemenangan anda di dalam Politik Pejabat, anda perlu lebih bersikap berhati-hati dan sedar ketika memilih tindakan yang anda perlu lakukan mengikut keadaan dan situasi pada ketika itu (bukan mengikut naluri semata-mata). Ingat, walau bagaimana buruk sekalipun situasi pada ketika itu, anda memiliki pilihan untuk menentukan tindakan anda.

Bagaimana anda membuat pilihan? Sila lihat item seterusnya...

  • Ketahui apakah matlamat anda

Apabila berlakunya sesuatu konflik, dan anda pula terlalu fokus kepada perbezaan-perbezaan (pendapat, kepentingan dan lain-lainnya), anda akan dengan mudahnya terbabit secara total. Memberi tumpuan terhadap kewujudan perbezaan-perbezaan hanyalah suatu tindakan mengaku kalah kerana anda akan hanya mengundang lebih banyak tentangan.

Adalah lebih baik untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada mencapai objektif-objektif perniagaan syarikat. Ini bukan bermakna anda berkedudukan "atas pagar" tetapi anda sebenarnya berada di dalam acuan atau kawasan anda sendiri yang lebih baik.

Perbincangan-perbincangan mengenai cara-cara untuk mencapai objektif-objektif perniagaan syarikat adalah lebih baik daripada berbincang atau berkonflik tentang "personal differences". Secara amnya, tiada pekerja (walau berada di dalam situasi Politik Pejabat yang kronik) yang mahu syarikat gulung tikar akibat gagal mencapai objektif-objektifnya. Setiap orang di dalam syarikat inginkan perniagaan yang dijalankan berhasil. Sekiranya perniagaan menghadapi kegagalan, mereka juga kesudahannya akan gagal.

Dengan mengarahkan setiap perbincangan berfokuskan matlamat perniagaan syarikat dan meminimakan sebarang konflik, anda berupaya untuk mengelakkan diri anda dari terlibat sama dengan konflik tersebut dan meletakkan diri anda sebagai orang yang hanya berminat untuk menyelesaikan kerja-kerja anda (result oriented).

Jika anda berjaya, pekerja lain malahan mungkin bos anda juga akan menghargai anda sebagai seorang yang lebih matang dan berwawasan.

  • Fokus kepada memberi sumbangan

Ketika di tempat kerja, banyak perkara-perkara yang mungkin di luar kawalan anda. Bukanlah sesuatu yang tidak normal syarikat mempunyai polisi-polisi atau arahan-arahan pihak Pengurusan yang bercanggah dengan kehendak anda atau memberi impak kepada kehidupan anda.

Mengomel dan mengeluh merupakan reaksi lumrah para pekerja kepada polisi-polisi atau arahan-arahan sedemikian lebih-lebih lagi jika polisi-polisi atau arahan-arahan tersebut di luar kawalan mereka. Cuba anda fikirkan, selain dari rasa lega dapat meluahkan emosi, apakah ada manafaat yang diperolehi dengan membebel dan mengeluh? Aku rasa tidak.

Daripada merasa teraniaya dan marah kepada situasi, fokus atau tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk mengawal situasi tersebut. Hilangkanlah rasa kecewa, berputus-asa atau rasa teraniaya. Percayalah, walau sekiranya anda gagal mengubah atau tidak dapat memenuhi keinginan asal anda, anda masih boleh berbangga kerana anda telah melakukan yang terbaik walaupun di dalam situasi yang tidak memihak kepada anda.

Gangguan atau halangan sentiasa wujud di tempat kerja, tetapi dengan "approach" sebegini aku percaya pihak pengurusan atasan akan menghargai anda sebagai seorang yang memahami dan berfikiran positif.

  • Jangan memihak kepada sesiapa

Di dalam kancah Politik Pejabat, ada kemungkinan anda berada di tengah-tengah 2 orang yang berkuasa (bos) yang bercakaran sesama mereka. Anda dapati diri anda dilayan seperti "bola" di sepak ke sana ke sini ketika setiap orang dari boss-boss tersebut cuba untuk mengambil-alih kuasa atau mengekalkan kuasa-kuasa mereka sendiri. Masalahnya, situasi yang anda alami itu berlaku ketika anda sendiri bertungkus-lumus memastikan kerja anda dapat diselesaikan.

Jika anda bekerja dan terlibat dalam pengurusan projek misalannya, anda tidak dapat memastikan mereka (boss-boss yang tidak sebulu itu) memberikan keputusan atau persetujuan yang sama untuk projek tersebut. Malah, ada kemungkinan kedua-duanya tidak mahu bertanggungjawab ke atas sesuatu isu. Mereka takut akan ditikam dari belakang sekiranya keputusan yang dibuat ada khilafnya atau jika tersalah langkah.

Jika situasi seperti ini berlaku, tumpukan tindakan-tindakan ke arah pencapaian objektif-objektif perniagaan dan jangan sekali-kali memihak kepada salah seorang dari mereka walaupun anda mungkin lebih suka salah seorang dari mereka itu. Letakkan mereka di dalam satu sistem komunikasi yang lazim di mana mereka perlu berkomunikasi secara terbuka agar tiada yang berkata "Itu bukan arahan saya", "Saya tidak tahu pasal perkara tersebut" atau “I didn’t say that”.

Dengan mengelakkan diri memihak kepada sesiapa, anda berupaya untuk mengelakkan konflik kedua-dua pihak dari menjadi batu penghalang pencapaian objektif-objektif perniagaan syarikat. Malah, anda mungkin juga menyelesaikan konflik di antara mereka berdua. Yang penting, anda membuatkan mereka lebih mempercayai anda.

  • Jangan anggap ianya terlalu peribadi

Di dalam kancah Politik Pejabat, anda akan mudah rasa marah, benci atau meluat terhadap orang lain terutamanya orang yang tidak sebulu dengan anda atau orang yang selalu tidak sependapat dengan anda. Perkara sedemikian seringkali berlaku. Kadang-kadang anda ingin sekali menggunakan paksaan atau kekerasan untuk itu. Jangan sekali-kali.

Manusia lebih mudah untuk mengingati saat-saat di mana mereka dimalukan atau dihina. Walaupun jika anda berjaya semasa perselisihan pendapat tersebut dan anda berasa sangat bagus kerananya, ianya mungkin hanya pada waktu tersebut sahaja. Anda mungkin akan mendapat pembalasan dikemudian hari sekiranya anda memerlukan bantuan orang itu pula. Ungkapan dalam bahasa Inggeris "What goes around comes around" mungkin berulang-ulang.

Untuk berjaya (di kancah Politik Pejabat), anda perlu membina pasukan atau network terdiri daripada pekerja-pekerja yang menyukai anda. Aku percaya, anda sudah tentu tidak mahu mengalami kegagalan akibat tindakan membalas dendam oleh orang yang sebelum ini anda malukan atau hina sedangkan anda hanya menikmati kejayaan emosi yang singkat pada ketika insiden tersebut berlaku.

Satu lagi faktor supaya anda mengawal sifat marah anda ialah untuk memastikan perkembangan kerjaya anda tiada penghalang. Bayangkan jika syarikat anda mengamalkan sistem "360 degree assessment" untuk setiap kenaikan pangkat.

Walaupun anda merupakan "star performer", boss anda mungkin perlu melawan arus pergolakan Politik Pejabat untuk menaikkan pangkat anda kerana sekiranya bos-bos lain atau pekerja-pekerja sejawatan dengan anda melihat anda sebagai seorang yang sukar diajak berunding, terlalu defensive dan sukar untuk bekerjasama. Akhirnya, anda juga yang membuat bos anda mendapat susah untuk menaikkan pangkat anda.

  • Fahami orang lain sebelum anda difahami

Seseorang merasa teraniaya kerana orang lain tidak memahami dirinya. Secara nalurinya, kita lebih berminat bertindak agar orang lain memahami kita berbanding dari cuba memahami orang lain terlebih dahulu.

Sebenarnya, tindakan cuba memahami orang lain terlebih dahulu memberikan anda kelebihan yang tersembunyi. Setelah orang yang anda cuba fahami tersebut merasakan anda memahami situasinya, dia akan kurang bersikap "defensive" dan bersedia untuk memahami anda pula. Perkara ini memberi ruang yang luas bagi komunikasi dua hala dan lebih terbuka untuk hasil keputusan yang kedua-dua pihak saling menerima.

Mencuba membuat keputusan tanpa persefahaman kedua-dua pihak sudah tentulah sukar akibat terlalu nipisnya kepercayaan dan terlalu banyaknya andaian-andaian yang tidak benar.

  • Fikir untuk sama-sama menang

Seperti yang aku jelaskan di atas, Politik Pejabat wujud akibat perbezaan atau konflik keinginan individu-individu tertentu. Masing-masing ingin menang dan mengecapi apa yang mereka inginkan. Oleh itu, untuk menang seseorang mesti kalah, dan, secara amnya, kita takut untuk kalah bagi memberi kemenangan kepada musuh kita.

Di dalam perniagaan dan pekerjaan di bawah bumbung syarikat yang sama sebenarnya perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.

Belajar dan berfikirlah bagaimana untuk sama-sama menikmati kemenangan. Ini memerlukan anda memahami perspektif atau pandangan orang lain atau juga elemen-elemen yang menjadi keinginan mereka. Kemudiannya, memahami perspektif serta elemen-elemen yang menjadi keinginan anda pula.

Berusahalah untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Dengan demikian semua orang (termasuk anda) akan lebih memberikan komitmen untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama-sama.

Manusia secara amnya tidak suka kalah. Anda mungkin terlepas dengan taktik "win-lose" sekali dua, walaubagaimanapun,  lama-kelamaan anda akan tersisih jua dan bekerja tanpa rakan-rakan yang menyokong anda di pejabat. Berfikir ke arah "win-win situation" memerlukan strategi dan sedikit pengorbanan perasaan tetapi dapat membantu anda membina kumpulan sokongan yang anda perlukan di suatu hari nanti dan semestinya untuk jangka masa panjang.



Perkara-perkara di atas hanya sekadar pendapat aku yang aku kutip semasa membaca buku-buku serta menghadiri kursus-kursus pengurusan semasa bekerja di bank dahulu. Sekiranya ada kekhilafan, aku minta maaf. Jika ia memberi manafaat kepada anda syukur alhamdulillah...


Sekian.
Readmore...
Saturday, August 28, 2010

Are you competent to be a manager?

12 comments
 
Salam,

Aku terpanggil untuk release post dan halang post lain yang ada dalam schedule kerana agak "pissed off" dengan kata-kata seorang pengurus di tempat kerja aku sekarang ini terhadap aku. Pada mulanya, aku tidak mahu ambil pusing, tetapi oleh kerana kerap sangat dia membawa mulut mencaci aku di belakang, kesabaran aku menipis juga.


Pernahkah anda menerima kata-kata sebegini dari seseorang di tempat kerja anda?
  1. Dia tu tidak ada competency untuk menjadi seorang pengurus.
  2. Dia masih belum layak untuk menjadi pengurus kerana tiada pengalaman.
  3. Tengok gaya dan muka dia, aku dah tahu dia memang tidak tahu buat kerja.
  4. Aku tidak nampak sumbangannya di syarikat ini, macamana dia boleh dilantik menjadi pengurus?

Sebelum aku teruskan, elok juga aku buang dahulu semua stress aku ni.



Aku tidak competent?

Aku bukanlah pakar di dalam menilai manusia dan juga tidak berani untuk melabel sesorang itu sebagai "tidak competent"atau "tidak tahu buat kerja". Walaubagaimanapun, manusia spesis "lalang" itu begitu lancang melabel orang lain sedemikian termasuklah aku.

Apakah sebenarnya definisi "COMPETENCE"?
Competence bermaksud memiliki skill-skill, pengetahuan, pengalaman dan kebolehupayaan yang mencukupi untuk melakukan sesuatu tugasan,

Perhatikan, perkataan yang digunakan ialah "mencukupi" dan bukannya "exceptional" atau "berlebihan". Atau dengan perkataan lainnya “good-enough doer”.

Aku tidak pernah pula terjumpa polisi-polisi berkenaan kriteria-kriteria atau syarat-syarat untuk menjadi seorang pengurus, seseorang itu mestilah "extra-ordinary". Biasanya syarikat memerlukan seseorang yang mempunyai kriteria-kriteria yang asas tetapi mencukupi untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Pengalaman menjadi pengurus satu kemestian?

Adakah pengalaman menjadi seorang pengurus merupakan syarat utama seseorang itu untuk menjadi pengurus?

Mungkin perkara ini agak subjektif. Sesetengah syarikat memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus sekiranya tugasan-tugasan yang bakal dilaksanakan adalah terlalu berat bagi orang yang tiada pengalaman di bahagian itu. Di antaranya ialah Pengurus Projek, Pengurus Sumber Manusia serta Pengurus Kewangan.

Bagaimana pula untuk Pengurus Khidmat Pelanggan? Perlukah orang yang akan menjawat jawatan tersebut mesti pernah menjadi seorang pengurus sebelum itu? Aku rasa tidak. Apa yang penting ialah skill-skill yang mencukupi untuk dia berhubungan dengan para pelanggan syarikat seperti inter-personal skills dan communication skills.

Pengalaman rakanku

Aku pernah berbual-bual dengan seorang rakan yang mengalami situasi di mana perlantikannya sebagai seorang pengurus ditolak oleh seorang Pengurus Besar dengan alasan dia tiada pengalaman sebagai pengurus.

Menurut beliau, sebelum ini dia acapkali memangku jawatan tersebut ketika ketiadaan pengurus asal yang pergi bercuti. Malah, kebanyakan kerja-kerja pengurus tersebut dialah yang melaksanakannya dan kebiasaannya, pengurus tersebut pula yang merujuk kepadanya sebelum membuat keputusan-keputusan. Seolah-olah rakanku itulah yang membuat keputusan dan bukannya pengurus tersebut.

Padaku, rakanku itu patut diberi peluang menjawat jawatan tersebut kerana dia hanya menyambung tugasan-tugasan yang sebelum itu memang dia yang lakukan. Tetapi atas alasan yang agak kabur dan mungkin bersangkutan dengan "nepostisme", rakanku itu kehilangan peluangnya untuk kenaikan pangkat.

Rupa-rupanya, Pengurus Besar tersebut sudah ada agenda lain iaitu ingin meletakkan rakan baik dan juga saudaranya untuk menjawat jawatan tersebut.

Aku pula terfikir, adakah bersikap "nepotisme" atau "favoritisme" merupakan kriteria-kriteria penting untuk menjawat jawatan Pengurus Besar?...hmmmm

Berubahlah wahai lalang

Berbalik kepada manusia spesis "lalang" yang aku ceritakan di atas, aku berharap dia akan berubah sikap dari asyik menyalahkan orang lain, memandang rendah orang lain serta mempertikaikan credibility orang lain. Lihatlah dan cerminlah diri itu dahulu. Janganlah berdengki dengan kejayaan orang lain.



Kebiasaannya, berdasarkan pengalaman aku, kata-kata menghina itu akan memakan dirinya sendiri. Mungkin sebab itu kariernya menjadi "stagnant" selama bertahun-tahun.

Peliknya, si lalang itu tidak berani pula melemparkan kata-kata yang serupa kepada seorang Pengurus Besar yang padaku masih cetek ilmunya. Tahu pula dia takut ye? Aku tiada masalah dengan Pengurus Besar tersebut kerana aku menghormati jawatan yang dipikulnya dan aku tidak sekali-kali mahu mempertikaikan credibility beliau sebagai Pengurus Besar.

Nasihat untuk diriku

Nasihat untuk diriku sendiri pula, berhati-hatilah dengan manusia spesis "lalang" ini kerana mungkin tindakannya boleh memusnahkan karier aku kelak.

Bak kata rakan karibku, "lalang" memang sukar untuk dibuang jika setakat menebasnya. Cara terbaik ialah menggunakan racun roundup. tetapi ingat, kalaupun lalang itu telah tiada, mungkin lalang-lalang baru pula yang akan tumbuh"...dalam maknanya tu...hmmmm


Sekian.
Readmore...
Friday, August 27, 2010

Perlukah emotional?

0 comments
 
Salam,

Aku pernah memberi cadangan di blog aku ini kepada pembaca yang berminat mendalami ilmu "Emotional Intelligence Skills". Walaubagaimanapun, beberapa e-mail yang aku terima mentafsirkan "EI" sebagai sesuatu yang hanya menjurus kepada perkara-perkara negatif, sedangkan in real fact EI skills merupakan salah satu dari beberapa skill pengurusan yang amat perlu bagi seseorang pengurus yang ingin berjaya.

Perlukah kita emotional? Emotional yang bagaimana?

Emotional yang aku maksudkan di sini bukanlah seperti merajuk, menangis (atau meraung), memaki-hamun orang lain tidak tentu pasal, membentak-bentak, membaling barang-barang marahkan sesuatu atau seumpamanya. Perkara-perkara tersebut merupakan unsur-unsur negatif yang sepatutnya kita elakkan. 


Emotional yang aku maksudkan ialah tindakan-tindakan berdasarkan emosi tetapi diterjemahkan secara positif.

Sebagai contoh, seorang staff anda baru sahaja kehilangan ibunya yang tersayang. Anda sebagai seorang bos sepatutnya memujuk staff anda itu dengan emosi kesedihan, seolah-olah sama-sama merasai kesedihan yang dialami oleh staff anda itu.

Dengan intonasi yang sesuai anda menasihati staff anda itu agar tidak terlalu kecewa hingga mengganggu pekerjaannya. "Bersabarlah, saya faham perasaan awak. Kita doakan sama-sama, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat Allah. Saya amat berharap awak dapat meneruskan kerja-kerja awak dengan baik walaupun di dalam kesedihan."

Aku percaya, tindakan anda itu akan membuat perasaan staff anda lebih bersemangat untuk bekerja dan mungkin lebih baik lagi kerana menganggap anda adalah seorang bos yang prihatin dan menjaga kakitangannya.

Bagaimana pula jika anda menasihati dengan cara begini. Dengan nada serius seorang bos anda berkata kepadanya "Sudah-sudahlah tu. Kalau awak menangis keluar air mata darah sekalipun, ibu awak tu tidak akan hidup semula. Banyak kerja lagi di pejabat ni perlu dibuat selain dari menangis."...erkk!


Artikel ini dan beberapa lagi artikel yang berkaitan (akan datang), aku khususkan kepada staff-staff aku di level pengurusan sebagai rujukan. Sekiranya anda membaca artikel ini dan mendapat manafaat darinya, alhamdulillah.

Terdapat juga beberapa laman web atau e-books yang menghurai tentang topik ini dengan lebih lanjut sekiranya anda memerlukannya.

Pengenalan kepada Emotional Intelligence Skills

Sebagai pengenalan, kita lihat definisi Emotional Intelligence.

Emotional intelligence ialah sifat semulajadi (sejak lahir) untuk merasa, mengguna, berkomunikasi, mengenal, mengingat, belajar, mengurus, memahami dan menerangkan/menyampaikan perasaannya (emosinya).

Benarkah Emotional Intelligent skills lahir secara semulajadi?

Mari kita lihat EI Skills yang ada pada bayi:
  • Merasa emosi - Merasa takut adalah skill semulajadi yang wujud pada bayi dan kanak-kanak. Inilah skill yang wujud dan memberi ruang kepadanya berusaha memenuhi keperluan hidup. Jika bayi tidak mempunyai rasa takut, dia tidak akan berusaha untuk memastikan keselamatannya dirinya dan meneruskan kehidupannya.
  • Mengguna emosi -Bayi yang ketakutan akan menggunakan faktor ketakutan tersebut untuk mengambil langkah-langkah tindakan yang sepatutnya.
  • Menyampaikan emosi - Tindakan yang biasanya diambil oleh bayi adalah menangis malah meraung jika terlalu takut. Bayi yang memiliki EI skill yang baik akan tahu cara-cara yang sesuai menyampaikan emosinya. Raungan yang kuat melambangkan ketakutan atau kesakitan yang lebih berbanding rengekan kecil.
  • Mengenal emosi -Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat mengenal bila ibu atau ayahnya marah.
  • Mengingati emosi - Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat ingat bagaimana watak atau perangai ibu atau ayahnya apabila marah (melalui suara dan pergerakan tubuh mereka).
  • Belajar dari emosi - Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat belajar apakah kelakuannya atau tindakannya yang akan menimubulkan kemarahan ibu dan ayahnya.
  • Mengurus emosi - Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat belajar mengawal emosinya agar tidak membuat ibu dan ayahnya marah. Sebagai contoh, dia tidak akan menangis (walaupun menangis merupakan lumrah tabiat bayi), jika menangis membuat mereka marah.


Perkara-perkara yang aku paparkan di atas adalah skill-skill yang sememangnya wujud pada masa kita masih bayi lagi. Memahami emosi walaubagaimanapun mungkin hanya terolah setelah otak bayi berkembang dan tahu untuk membuat penilaian-penilaian perkara-perkara yang lebih kompleks.

Jika kita lihat skill-skill bayi yang aku paparkan di atas, kita boleh bahagikan kepada 4 komponen utama iaitu:
  1. Peka kepada emosi
  2. Ingat kepada emosi
  3. Memproses emosi dan kemampuan menyelesaikan masalah
  4. Mempelajari emosi

Apakah kaitannya dengan pengurusan?

Actually banyak, tetapi aku cuma akan huraikannya di post akan datang...hehehe.

Artikel akan datang mungkin akan menarik minat anda untuk membacanya kerana aku akan hubung-kaitkannya dengan jenis-jenis pengurus sepertimana post aku yang lalu. Sila klik di SINI jika anda ingin membacanya semula.

Sebagai contoh, di antara huraian-huraian aku, ada bercerita tentang bos-bos yang perlu untuk menjadi "BAYI" semula bagi memulihkan dirinya akibat kehilangan skill-skill asas tersebut..hehehe.


Sekian.
Readmore...
Thursday, August 26, 2010

Ungkapan siapakah yang betul?

2 comments
 
Salam,

Hari ini aku ingin share dengan anda beberapa ungkapan-ungkapan ciptaan manusia yang selalu kita dengar. Cuba kita kaji ungkapan-ungkapan tersebut dan lihat rasional disebalik sanggahan kepada ungkapan-ungkapan tersebut. Bukan apa, mungkin ini akan membantu kita untuk belajar berfikir secara "Out of the box" atau membuat anjakan paradigma agar kehidupan kita lebih sempurna (mungkin...hehehe)


Dan aku juga membandingkan ungkapan-ungkapan sealiran yang datangnya dari Allah SWT yang Maha Mengetahui supaya kita sama-sama sedar.



Ungkapan-ungkapan berikut aku perolehi dari satu artikel (aku telah terjemahkan ke bahasa Melayu) dari satu e-mail yang aku telah terima.


Tentang masa

Ungkapan asalnya ialah "masa tidak akan menunggu kita".

Cuba kita lihat sanggahan kepada ungkapan tersebut "Jika masa tidak menunggu kamu, jangan risau! cuma keluarkan bateri dari jam dan berseronoklah dengan kehidupan kamu!."

Cuba pula kita lihat tafsiran al-quran tentang masa (surah al-asr):
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan-pesan dengan kesabaran."

Lihatlah bagaimana Allah SWT menyusun kalamNya. Tiada siapa yang boleh menyanggah. Subhanallah.


Tentang keadilan

Ungkapan asalnya ialah "jika anda ingin dilayan dengan adil (oleh manusia), anda perlulah bersikap adil" atau "Jika anda ingin dihormati, hormatilah orang lain terlebih dahulu".

Cuba kita lihat sanggahan kepada ungkapan tersebut "Mengharapkan dunia memberikan anda layanan yang adil kerana anda adalah seorang yang baik adalah seperti mengharapkan seekor singa tidak menyerang anda kerana anda seorang vegetarian. Fikirkanlah."

Cuba pula lihat kalam Allah SWT yang bermaksud,
"Setiap perbuatan (baik atau buruk) walau sebesar zarah sekalipun akan mendapat balasan (syurga atau neraka)."
Ayat tersebut mengandungi beberapa tafsiran tetapi aku cuma ingin fokus kepada 2 perkara iaitu setiap perbuatan akan mendapat balasan dan satu lagi hanya Allah SWT yang menentukan dan memberikan balasan (bukan manusia) kerana Dialah yang Maha Adil

Ada juga orang mempertikaikan bahawa ayat tersebut tidak ada menyebut bahawa Allah SWT yang akan memberi balasan. Tetapi cuba kita fikir tentang penggunaan perkataan "zarah".  Memang "dalam" maknanya dan semasa ayat tersebut diturunkan manusia masih terpinga-pinga tentangnya. Adakah manusia boleh melihat "zarah"? Fikirkanlah.




Tentang kecantikan

Ungkapan asalnya ialah "Kecantikan tidak dinilai dari luaran dan pakaian yang anda pakai, tetapi apa yang di dalam diri anda."

Apa pula sanggahan kepada ungkapan tersebut? Cuma tambah ayat ini "Jadi, cuba anda keluar rumah esok tanpa seurat benangpun dan lihatlah kesannya!".

Mari kita lihat pula ayat Allah SWT yang lebih kurang bermaksud,
"Orang yang tinggi nilanya di sisi Allah ialah orang yang tinggi taqwanya."
Dari segi zahiriah, memang tiada perkataan "cantik" di dalam surah tersebut tetapi adalah menjadi kebiasaan benda-benda yang cantik itu menjadi kesayangan kita. Pada manusia, kecantikan dalaman itu mungkin bermakna hati, tetapi bagi Allah SWT, perkataan "taqwa" itu lebih mendalam maksudnya.

Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya "taqwa". Walaupun istilah "taqwa" selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Jika anda berminat membaca tafsiran dan takrif  "taqwa" secara lebih mendalam, sila layari website berikut http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2909.0


Ungkapan bercanggah?

Ungkapan dari Jawaharlal Nehru "Minum arak merupakan musuh kita yang paling utama"
Ungkapan dari Mahatma Gandhi "Kita perlu belajar menyayangi musuh-musuh kita"
Jadi, siapakah yang perlu kita ikut dan mana satu yang perlu kita pilih? Errr...mana satu ek?...hehehe



Tujuan aku paparkan ungkapan-ungkapan di atas bukanlah menidakkan kredibiliti pencipta-penciptanya cuma sekadar ingin membuat perbandingan pengetahuan manusia yang tidak seberapa berbanding Allah SWT yang Maha mengetahui. Subhanallah.


Sekian.
Readmore...
Tuesday, August 24, 2010

Coffee can fight diseases?

11 comments
 
Salam,


Telah bertahun kopi seringkali dianggap sebagai bahan minuman yang tidak menyihatkan, menyukarkan peminumnya untuk tidur serta berkait rapat dengan ketagihan merokok. Walaubagaimanapun, kini para saintis telah menemui sesuatu fakta menarik tentang kopi. Kopi dikatakan (berdasarkan fakta dan kajian) memiliki atau mengandungi ejen anti-oksidan yang berupaya membantu melawan berbagai-bagai jenis penyakit termasuklah sakit jantung dan kencing manis.


Mungkin anda telahpun mengetahui atau pernah membaca artikel yang hampir serupa, so, tidak mengapa jika anda ingin abaikan sahaja post ini. Aku hanya ingin berkongsi maklumat yang sama dengan anda yang masih tidak tahu ataupun mungkin kepada anda yang ingin mengingat kembali artikel yang anda telah baca tentang kebaikan kopi.




Jenis-jenis penyakit

Aku paparkan di sini sebahagian dari jenis-jenis penyakit yang boleh dilawan oleh kopi:


Dementia

Dementia ialah tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh ketidak-aturan yang melibatkan bahagian otak manusia. Ia bukanlah satu jenis penyakit yang spesifik. Orang yang mengalami dementia mungkin tidak dapat berfikir dengan waras atau lambat berfikir ketika melakukan aktiviti kebiasaannya seperti memakai pakaian dan juga makan. Mereka juga mungkin menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah serta gagal untuk mengawal emosi. Personaliti mereka mungkin berubah termasuk gelisah tidak keruan atau melihat sesuatu yang sebenarnya tiada di situ.

Kehilangan memori merupakan perkara lumrah bagi pesakit Dementia. Walaubagaimanapun, kehilangan memori sahaja bukanlah bermaksud pesakit mengalami dementia. Dementia selalunya memberi masalah kritikal kepada dua fungsi utama otak iaitu memori dan menterjemah bahasa.

Menurut kajian saintis dari Sweden dan Finland (2009), meminum sejumlah kopi (bagi mereka di pertengahan umur), 3 hingga 5 cawan sehari, dapat mengurangkan risiko menghidap Dementia sebanyak 65%.


Penyakit Hati

Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang minum minuman keras secara berlebihan dan kemudiannya mengamalkan meminum kopi melebihi 4 cawan setiap hari telah berjaya mengurangkan risiko pembentukan sirosis sebanyak 80%. Sirosis (cirrhosis) adalah komplikasi melibatkan hati di mana sel-sel hati kehilangan fungsi utamanya atau mati.


Penyakit Jantung

Kajian saintis juga menunjukkan bahawa wanita-wanita yang minum kopi 2 hingga 3 cawan sehari dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan penyakit jantung sebanyak 25%. Menurut kajian ahli-ahli saintis Sepanyol lelaki-lelaki yang minum kopi melebihi 5 cawan sehari dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sebanyak 44%, manakala wanita-wanita yang minum 4 hingga 5 cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko yang sama sebanyak 34%.


Kanser Prostat

Satu kajian terkini oleh Harvard Medical School mendapati bahawa lelaki yang minum banyak air kopi berupaya mengurangkan risiko penyakit Kanser Prostat sebanyak 50% berbanding lelaki-lelaki yang tidak minum kopi.


Penyakit Gout

Menurut kajian ahli-ahli sains Amerika Syarikat dan Kanada, meminum kopi melebihi 4 cawan sehari secara dramatik berupaya mengurangkan insiden-insiden penyakit Gout. Lelaki-lelaki yang minum 4 ke 5 cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko serangan gout sebanyak 40%, manakala mereka yang minum 6 atau lebih cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko serangan Gout sebanyak 59% berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Kanser Buah Dada

Menurut kajian saintis Sweden, kopi berupaya mengurangkan risiko serangan Kanser Buah Dada atau melewatkan proses tumbesaran barah tersebut. Kajian tersebut mendapati kopi berupaya mengubah metabolisme wanita dengan menghasilkan estrogen yang selamat dan mencukupi. Wanita yang minum 2 ke 3 cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko barah sebanyak 75%, bergantung kepada tahap dan jenis Kanser Buah Dada yang dihidapi.


Penyakit Kencing Manis

Menikmati 6 atau lebih cawan kopi setiap hari menghindar serangan Penyakit Kencing Manis jenis 2 sebanyak 54% bagi lelaki dan 30% bagi wanita berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Penyakit Parkinson

Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum kopi mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80% (bagi lelaki) dan risiko tersebut lebih banyak dapat dikurangkan jika minum lebih kopi.


Kanser Usus Besar

Satu laporan dari saintis Jepun mendapati bahawa wanita yang minum 3 atau lebih cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko menghidap barah tersebut sebanyak 50%.


Kajian berterusan tentang kopi

Apakah unsur-unsur yang menjadikan kopi berupaya melawan penyakit? Kebanyakan penyelidik dan saintis percaya bahawa ianya berpunca dari unsur-unsur anti-oksidan polyphenols atau flavonoids yang wujud di dalam kopi. Walaubagaimanapun, terdapat beratus lagi unsur-unsur atau bahan yang terkandung di dalam kopi yang mungkin menyumbang kepada kebolehupayaannya melawan penyakit.
 
 
 
Sebenarnya artikel ini aku tujukan khas kepada isteri aku yang sering melarang aku minum kopi setiap pagi. Selepas membaca artikel ini, aku berharap dia akan berubah fikiran...hehehe.
 
 
 
Sekian.
Readmore...
Monday, August 23, 2010

Pedoman untuk aku dan isteri Part 2

5 comments
 
Salam,


Pernahkah anda berselisih faham dan bertengkar dengan isteri anda? Bagaimanakah anda menangani situasi semasa pertengkaran tersebut? Post kali ini khas untuk aku sebagai seorang suami. Sekiranya anda juga mendapat manafaat dari post ini, syukur alhamdulillah...



Aku paparkan di sini beberapa perkara asas tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh para suami ketika menghadapi situasi pertengkaran dengan isteri.


1.   Jangan terlampau banyak bercakap

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2.   Jangan menyebut kelemahan pasangan

Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.


3.   Jangan membalas perbuatannya

Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.


4.   Jangan cuba mengubah pasangan

Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5.   Fokus kepada masalah

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


6.   Jangan tinggikan suara

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.


7.   Gunakan panggilan manja

Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.


8.   Elakkan terlalu emosional

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.


9.   Gunakan perkataan yang baik-baik

Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"


10.  Jangan bertengkar depan makanan dan di tempat tidur

Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.


11.  Dengar luahan isteri

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12.  Jangan bergaduh depan anak-anak

Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2 keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13.  Bersabar  

Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14.  Say NO to third party  

Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15.  Mengalah tidak bererti kalah  

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16.  Jangan keluar dari rumah sebelum selesai  

Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingatbahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.

Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.


17.  Luahkan  

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18.  Pelukan dan kemaafan  

Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.


Renung-renungkanlah demi kebahagiaan rumah tangga.



Sekian.
Readmore...
Friday, August 20, 2010

Cara-cara menghilangkan mengantuk

11 comments
 
Salam,


Sebenarnya, aku bercadang hendak "release" post ini lusa kerana hari ini telahpun ada post baru. Walaubagaimanapun, aku rasa tidak tertahan untuk memaparkannya sebab ia agak menarik dan membuatkan aku sentiasa tersenyum..kadang-kadang ketawa juga..hehehe.


Aku paparkan di sini cara-cara bagaimana untuk menghilangkan mengantuk sewaktu bekerja di bulan puasa yang mulia ini yang telah aku terima melalui e-mail dari seorang rakan.

Aku berharap anda akan enjoy dan mungkin ingin mencuba kaedah-kaedah yang dipaparkan...hehehe.

Beginilah cara-caranya:

1. ni ala taichi sikit la...sebagai intro dan warming up..
 
2. tiru la macam ni...untuk melegakan bahu dan leher.. 

3. wa..wa.. aaa 


4. gerak kekanan kemudian ke kiri.
 
5.ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

6.tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk.. 

7.dah tu buat gerakan tangan dan badan...buat macam happy aje..

8.kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...buat macam takde masaalah...

9.buat secara aggresive pula...jangan peduli apa orang lain kata.. 

10.hilangkan semua stress..

11.pusingkan kepala..

12.tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak?...sape kulit gelap jgn trase plak 

13. akhir sekali buat joget kucing..


Dan...kalau tak boleh jugak...jadilah macam kucing nih...
...

...

...

...




Selamat mencuba...hehehe



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com