Hari ini aku ingin share dengan anda beberapa ungkapan-ungkapan ciptaan manusia yang selalu kita dengar. Cuba kita kaji ungkapan-ungkapan tersebut dan lihat rasional disebalik sanggahan kepada ungkapan-ungkapan tersebut. Bukan apa, mungkin ini akan membantu kita untuk belajar berfikir secara "Out of the box" atau membuat anjakan paradigma agar kehidupan kita lebih sempurna (mungkin...hehehe)
Dan aku juga membandingkan ungkapan-ungkapan sealiran yang datangnya dari Allah SWT yang Maha Mengetahui supaya kita sama-sama sedar.
Ungkapan-ungkapan berikut aku perolehi dari satu artikel (aku telah terjemahkan ke bahasa Melayu) dari satu e-mail yang aku telah terima.
Tentang masa
Ungkapan asalnya ialah "masa tidak akan menunggu kita".
Cuba kita lihat sanggahan kepada ungkapan tersebut "Jika masa tidak menunggu kamu, jangan risau! cuma keluarkan bateri dari jam dan berseronoklah dengan kehidupan kamu!."
Cuba pula kita lihat tafsiran al-quran tentang masa (surah al-asr):
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan-pesan dengan kesabaran."
Lihatlah bagaimana Allah SWT menyusun kalamNya. Tiada siapa yang boleh menyanggah. Subhanallah.
Tentang keadilan
Ungkapan asalnya ialah "jika anda ingin dilayan dengan adil (oleh manusia), anda perlulah bersikap adil" atau "Jika anda ingin dihormati, hormatilah orang lain terlebih dahulu".
Cuba kita lihat sanggahan kepada ungkapan tersebut "Mengharapkan dunia memberikan anda layanan yang adil kerana anda adalah seorang yang baik adalah seperti mengharapkan seekor singa tidak menyerang anda kerana anda seorang vegetarian. Fikirkanlah."
Cuba pula lihat kalam Allah SWT yang bermaksud,
"Setiap perbuatan (baik atau buruk) walau sebesar zarah sekalipun akan mendapat balasan (syurga atau neraka)."
Ayat tersebut mengandungi beberapa tafsiran tetapi aku cuma ingin fokus kepada 2 perkara iaitu setiap perbuatan akan mendapat balasan dan satu lagi hanya Allah SWT yang menentukan dan memberikan balasan (bukan manusia) kerana Dialah yang Maha Adil.
Ada juga orang mempertikaikan bahawa ayat tersebut tidak ada menyebut bahawa Allah SWT yang akan memberi balasan. Tetapi cuba kita fikir tentang penggunaan perkataan "zarah". Memang "dalam" maknanya dan semasa ayat tersebut diturunkan manusia masih terpinga-pinga tentangnya. Adakah manusia boleh melihat "zarah"? Fikirkanlah.
Tentang kecantikan
Ungkapan asalnya ialah "Kecantikan tidak dinilai dari luaran dan pakaian yang anda pakai, tetapi apa yang di dalam diri anda."
Apa pula sanggahan kepada ungkapan tersebut? Cuma tambah ayat ini "Jadi, cuba anda keluar rumah esok tanpa seurat benangpun dan lihatlah kesannya!".
Mari kita lihat pula ayat Allah SWT yang lebih kurang bermaksud,
"Orang yang tinggi nilanya di sisi Allah ialah orang yang tinggi taqwanya."
Dari segi zahiriah, memang tiada perkataan "cantik" di dalam surah tersebut tetapi adalah menjadi kebiasaan benda-benda yang cantik itu menjadi kesayangan kita. Pada manusia, kecantikan dalaman itu mungkin bermakna hati, tetapi bagi Allah SWT, perkataan "taqwa" itu lebih mendalam maksudnya.
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya "taqwa". Walaupun istilah "taqwa" selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Jika anda berminat membaca tafsiran dan takrif "taqwa" secara lebih mendalam, sila layari website berikut http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2909.0
Ungkapan bercanggah?
Ungkapan dari Jawaharlal Nehru "Minum arak merupakan musuh kita yang paling utama"
Ungkapan dari Mahatma Gandhi "Kita perlu belajar menyayangi musuh-musuh kita"
Jadi, siapakah yang perlu kita ikut dan mana satu yang perlu kita pilih? Errr...mana satu ek?...hehehe
Tujuan aku paparkan ungkapan-ungkapan di atas bukanlah menidakkan kredibiliti pencipta-penciptanya cuma sekadar ingin membuat perbandingan pengetahuan manusia yang tidak seberapa berbanding Allah SWT yang Maha mengetahui. Subhanallah.
Sekian.
fuh mendalam btull entry ni, kena baca satu persatu unutk memahami yang tersirat :)
Salam Noreed, thanx sudi komen. Actually, memang bnyk tersirat. Semuanya berkisar tentang "Positive Thinking" selain diselitkan tafsiran kalimah Allah untuk kita sama2 membuka minda.