Friday, August 6, 2010

Make money with LinkGrand

2 comments
 
Salam,

Aku ingin share dengan anda semua tentang satu lagi cara untuk mendapat duit dari internet. Itupun jika anda berminat dan mempunyai masa terluang di hadapan komputer anda. Jika anda telahpun tahu dan menggunakan program ini, sila abaikan post ini.

Program penjana wang itu dipanggil LinkGrand.



Adakah LinkGrand program yang sah? Sekarang ini, di internet terdapat banyak program-program PTC yang menipu orang ramai. Walaubagaimanapun, LinkGrand setakat ini masih mengotakan janjinya membayar ahli-ahlinya yang berdaftar mengikut syarat-syarat yang program tersebut nyatakan.

Sebagai bukti, anda boleh lawati website yang memberikan bukti pembayaran Linkgrand melalui Paypal di
http://cashcampfire.com/linkgrand-payment-proofs/.


Aku paparkan juga screen shot bayaran LinkGrand yang dihantar oleh Paypal kepada ahli LinkGrand di sini:


Apa itu program Linkgrand?

LinkGrand ialah sebuah syarikat pengiklanan internet berasaskan kepada perkongsian keuntungan yang akan membayar kita jika melawat website-website yang berdaftar dengannya. Menjadi ahli LinkGrand adalah percuma dan sebagai tambahan, kita akan mendapat perkara-perkara berikut:
  1. $0.003 bagi setiap link yang kita atau pelawat-pelawat kita klik
  2. Komisen 30% dari pendapatan yang ahli-ahli Linkgrand yang kita taja
  3. Komisen 10% dari hasil jualan produk syarikat-syarikat yang mengiklankan produk mereka hasil dari tajaan kita
  4. Laporan pendapatan kita secara Real-time
  5. Payouts melalui Paypal yang minimum ($5).

Dahulunya, Linkgrand tiada pakej untuk upgrade keahlian. Tujuannya adalah untuk memastikan keadilan kepada setiap ahli-ahlinya serta mempunyai peluang yang sama memperolehi pendapatan dengan link-link yang mereka klik. Kebanyakan program-program yang serupa mempunyai pakej upgrade tetapi secara nyatanya bertujuan untuk membuat pendapatan segera untuk syarikat-syarikat tersebut semata-mata.

Tetapi, atas desakan ahli-ahlinya yang inginkan komisen yang lebih tinggi, kini LinkGrand telah mempunyai keahlian premium (perlu membayar) yang boleh memberikan pulangan lebih tinggi kepada ahli-ahlinya.

Walaubagaimanapun, LinkGrand masih juga tiada pakej untuk ahli-ahlinya membayar untuk mendapat penajaan secara automatik seperti kebanyakan program-program PTC yang lainnya.
LinkGrand berpendapat, program-program seperti itu hanya melambangkan ketamakan mereka untuk mendapat pendapatan dengan cara yang mudah. Untuk memastikan syarikat tetap utuh, memerlukan ramai ahli-ahli yang berdaftar. Sekiranya tiada sesiapapun yang mempromosikan produk dan hanya tertumpu kepada membeli tajaan-tajaan automatik, program Linkgrand sudah pasti akan berkubur.

Bagaimana mendapat duit dengan Linkgrand?

Di bahagian bawah laman web LinkGrand (hanya untuk ahli-ahli yang berdaftar sahaja), terdapat link-link iklan website-website yang menjual produk-produk tertentu. Apabila anda klik link tersebut, anda akan diarahkan kepada website pengiklan tersebut.
Anda perlu menunggu website tersebut untuk loading sepenuhnya dan di bahagian atas website yang anda lawat itu akan dipaparkan masa (timer) yang perlu anda tunggu (selalunya dalam 20 saat). Setelah selesai, anda perlu klik butang yang dipaparkan untuk mendapat kredit anda.

Anda boleh kembali semula ke Member's Area untuk klik link yang lain pula. Anda boleh klik link yang sama banyak kali tetapi hanya mendapat kredit (duit) jika indicator (butang) di sebelah link tersebut berwarna hijau. Kebiasaannya, anda hanya berpeluang meraih kredit sekali untuk setiap iklan atau link. Ada kemungkinan juga anda berpeluang meraih kredit dari link yang sama selepas beberapa hari dari klik yang pertama anda tadi.

Untuk melihat jumlah kredit (duit) yang anda telah dapat, anda perlu pergi ke Member's Area di bahagian akaun (My Account) dan klink "Earnings Stats". Pendapatan anda akan dipaparkan di situ.


Aku ingin mengingatkan bahawa dengan melakukan klik seorang diri, jumlah wang yang anda akan perolehi memanglah terlalu sedikit dan anda pula terpaksa membuang masa untuk menunggu website-website yang anda klik untuk loading sepenuhnya (menunggu timer). Cara terbaik adalah membuat penajaan atau mendaftarkan ahli-ahli di bawah anda.

Bagaimanakah anda ingin membuat penajaan?

Mudah sahaja. Anda perlu membuat promosi di blog anda dengan memaparkan banner-banner seperti yang aku paparkan di bawah. Sekiranya ada pelawat yang klik banner tersebut dan mendaftar menjadi ahli, secara automatik pelawat tersebut akan menjadi "down-line" anda.

Bolehlah anda bersama-sama dan berlumba-lumba klik link-link yang dipaparkan di Member's Area...hehehe.


LinkGrand.com

Sekiranya pelawat tersebut mendaftar menjadi "advertizer" atau penjual produk, anda akan mendapat komisen yang lebih tinggi pula.


LinkGrand.com

Terpulang kepada anda untuk membuat promosi tetapi jangan pula melakukan spam.

Peringatan

LinkGrand merupakan salah satu cara mendapatkan duit melalui internet dengan sistem PTC (paid to click). Aku tidak pula memiliki atau pernah melihat rekod-rekod Internet Marketeer yang menjadi kaya hasil dari pendapatan dari LinkGrand.

So, faham-faham sahajalah...hehehe.


LinkGrand.com


Sekian.

2 Responses so far.

  1. xkane says:

    ada juga program PTC dari malaysia. cthnya clicksmy.com. 0.05/0.07/0.09USD untuk sekali clik.minimum pay out 0.50..aku dah pay out USD1.hehe

    Antara lain PTC ialah logiPTC.com dan ayuwage.com. Aku pernah cash out USD5 utk kedua2 paid to surf ni. itu pun klik sendiri tanpa reffral..huuhuhu..

  2. xkane, terima kasih sudi bagi komen. Memang banyak program PTC or PTV. LinkGrand ni cuma 1 dr beribu. Actually, aku xberapa minat untuk menulis tentang make money melalui internet ni kerana aku fikir ramai yg dah tau..Post ni dah di schedulekan..so biar aje lah...hehehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com