Coretanku ini khas aku tujukan buat diriku dan isteriku agar sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa berusaha mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. agar beroleh kebahagian atas rahmatNya di dalam dunia dan sudah tentunya di akhirat kelak.
Apabila aku menyebut "untuk diriku dan isteriku" bukan pula bermaksud sekarang ini kami sedang berperang besar...almaklumlah, raya dah dekat, giliran kampung siapa pula kali ini...hehehe.
Kami sebenarnya hidup dalam harmoni. Bukankah lebih elok berpesan-pesan di ketika suasana yang harmoni...hmmm.
Coretan aku ini tiada niat atau tujuan untuk melabel diri sebagai "orang alim" atau "warak" serta tiada pula niat untuk mendidik sesiapa yang membacanya. Ianya khas menjadi rujukan buat diriku dan isteriku. Aku juga terpanggil untuk memaparkan post ini di blog ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. "Sampaikanlah walau sepotong ayat'. Sekiranya anda membaca dan mendapat manafaat dari coretan aku ini, syukur alhamdulillah...
Pesanan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. menyuruh kita untuk memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Apakah fadhilat/kelebihan beristighfar?
Elakkan sifat nyanyuk. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : 'Sesiapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali dalam sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang pelupa (nyanyuk).'
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita
Elakkan rasa gelisah atau dukacita. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : 'Sesiapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita'.
Memurahkan rezeki . Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Apakah fadhilat/kelebihan Sedekah?
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril a.s. setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, 'Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya'.
Memberi salam. Memberi salam adalah sunat tetapi menjawab salam adalah wajib bagi kita. Berilah salam dengan ikhlas kerana salam itu merupakan suatu doa.
Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.' Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : 'Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.'
Ingat mengingati
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mahasabah diri. Mencari dan menilai kelemahan diri, berusaha memperbaikinya dengan amalan-amalan mulia. Menambah serta memperbaiki kelebihan diri yang telah ada dan beramal dengannya agar sentiasa terpelihara dan diredhai oleh Allah SWT.
Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Sekian...wassalam.
%%%%%%%%%
Kepada seluruh umat Islam yang membaca blog aku ini, aku paparkan Jadual Berbuka dan Imsa' bagi seluruh Malaysia untuk rujukan anda:
Sumber: Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan, Jakim
Selamat berpuasa
Baguslah bro bincang elok2 ok.. selmat berpuasa..
tertarik ngn hikmah isgtifar tu..rupanye leh elak dr nyanyuk.
thanks 4 sharing
thnks atas ingat, reminder n artikel berguba ni abang long :)
Salam Mah@mahu, thanx sudi komen.. Slmt berpuasa..n I'll bincang elok2 hehehe
Salam Ann & Wawa, thanx sudi komen. Sekadar ingin ingat-mengingati diri sendiri dan keluarga. Jika kalian mendapat manafaat, syukur alhamdulillah..