Kenapa bonus aku sedikit? Kenapa kenaikan gaji aku juga terlalu sedikit? Kenapa aku tidak dapat kenaikan pangkat? Kenapa syarikat tidak mahu menyambung kontrak aku? Kenapa pula orang lain dapat lebih dari aku? Kenapa pula mereka mendapat kenaikan pangkat sedangkan aku rasa aku lagi banyak menyumbang untuk syarikat?
Kalau macam ni, lebih baik aku resign sahaja dan cari kerja di syarikat lain...
Pernahkah anda alami perkara-perkara di atas? Atau mungkin ada lagi perasaan-perasaan yang lebih teruk daripada itu?
Aku coretkan di sini beberapa perbualan aku dengan rakan-rakan yang mengalami situasi yang sama atau hampir sama dengan perkara-perkara di atas. Aku ingin berkongsi dengan anda tentang situasi-situasi seperti di atas yang sering terjadi di tempat kerja (tidak kira syarikat apa atau di mana jua) berdasarkan pengalaman aku dan rakan-rakanku.
Perbualan 1
Aku pernah berbual-bual dengan rakan aku yang bekerja di sebuah syarikat yang agak besar juga. Perkara-perkara yang aku coretkan di atas seringkali terpacul dari mulut dia. Menurutnya, dia telah bekerja berhempas-pulas untuk membangunkan syarikat tetapi jarang sekali mendapat ganjaran yang sepatutnya. Apa yang lebih menyakitkan hatinya ialah rakan-rakan setugas yang biasa-biasa sahaja pula mendapat ganjaran yang lebih.
Bila dia mengajukan perkara tersebut kepada bos beliau, ini pula jawapannya:
"Awak perlu melakukan sesuatu untuk diri awak. So far, saya tidak nampak keberkesanan kerja awak di dalam Jabatan ini berbanding pekerja-pekerja lain".
Rakan aku itu turut menambah, "aku pelik, kenapa pekerja yang hanya pandai berborak, hilang masa waktu kerja dan kadang-kadang langsung tidak nampak batang hidung seharian boleh pula mendapat kenaikan pangkat".
Lalu aku bertanya lebih lanjut apa sebenarnya yang dilakukan oleh pekerja yang mendapat kenaikan pangkat tersebut. Dia menjawab, "dia orang Marketing. Selalu sahaja tiada di pejabat dengan alasan berjumpa klien atau bakal klien. Bila balik terus jumpa bos. Lepas tu buat kecoh di pejabat kata berjaya persuade customer baru untuk melanggan produk syarikat, tetapi, tidak pula aku mendengar klien itu sudah membeli produk syarikat".
"Lagi satu yang aku meluat ialah dia akan mencampakkan kerja-kerja yang sepatutnya dia yang lakukan kepada orang lain dengan berbagai-bagai alasan. Bila kerja-kerja tersebut selesai, pandai pula mengaku dia yang buat", keluh rakan aku itu lagi.
"Berbanding dengan dia, aku lagi banyak kerja yang aku buat. Prepare presentation dan present kat syarikat klien, buat dokumen-dokumen seperti Business Proposal dan Agreement".
"Aku selalu menjadi rujukan kerana pengalaman aku yang luas. Bos pun kadang-kadang tanya aku untuk menyelesaikan sesuatu masalah".
"Aku pun selalu juga berjumpa dengan klien, mendalami permasalahan mereka dan banyak kali juga membantu menyelesaikan masalah-masalah mereka. Tetapi kenapa bos tidak nampak sumbangan aku?".
Kesian juga mendengar rintihan rakanku itu.
Tetapi itu dahulu. Dia telahpun resign dari syarikat tersebut dan kini bekerja di sebuah syarikat yang boleh tahan juga besarnya. Yang lebih aku bangga ialah rakanku itu kini menjawat jawatan yang tinggi (seorang General Manager) dengan gaji 3 kali ganda dari sebelumnya.
Alhamdulillah..berkat kesabarannya dia berjaya.
Perbualan 2
Aku juga pernah berbicara dengan seorang lagi rakanku yang masih lagi setia bekerja di syarikat yang sama walaupun mengalami situasi-situasi yang hampir serupa.
"Aku report kepada seorang Pengurus Kanan manakala dia pula report kepada General Manager. Masalahnya, General Manager tu selalu sahaja memberi arahan terus kepada aku tanpa melalui direct bos aku".
"Untuk menjaga hati bos aku itu, aku sampaikan juga apa arahan GM yang aku terima. Walaubagaimanapun, seringkali berlaku percanggahan arahan. GM hendak macam ni tapi bos aku hendak macam tu pula.".
"Akhirnya, aku juga yang kena maki. GM aku selalu marah aku dengan kata-kata ini Simple Instruction pun tidak tahu nak buat?. Bila aku mengadu kat direct bos, dia cuma tersengih sahaja".
Rakanku itu menambah lagi "kalau ikutkan hati aku yang panas, aku laga sahaja kepala kedua-dua orang tak betul tu!".
"Bukan apa bang, kalau GM lebih suka memberi arahan terus kepada aku, apa perlunya Pengurus Kanan tu? Susah bekerja dengan dua bos serentak macam ni. Pening. Macam ular berkepala dua".
Lalu aku bertanya, "jadi, engkau hendak resign ke?". Dia menjawab, "aku ada anak bini. Hendak cari kerja lain aku tiada kelulusan yang tinggi. Aku terpaksa tanggung perasaan tidak puas hati ni seorang diri".
Tambahan jawapan beliau yang berikut membuat aku menelan air liur, "aku dah jumpa seorang bomoh baik punya. Aku dah bayar bomoh tu RM500. Aku nak manderam kedua-dua bos tu biar jadi biol!"...
Perbualan 3
Seorang lagi rakanku pernah memberitahuku, "syarikat aku ni dah jadi macam welfare untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan rapat bos. Yang tak bestnya, diorang tu semua pangkat tinggi-tinggi. GM la, Senior Manager la dan paling 'bangsat' pun pengurus. Gaji pun tinggi pulak tu. Macai-macai macam aku ni terpaksalah memendam rasa sahaja. Aku sedar, ini bukan syarikat aku dan aku bukanlah kawan rapat tuan punya syarikat".
Dia menambah, "Cuba abang fikir, kalau GM dan Pengurus Kanan ramai, tetapi macai-macai macam aku ni sedikit, siapa pulak yang hendak buat kerja? Engkau bayangkanlah, GM pun buat dan hantar surat sendiri sebab tidak ada kerani. Ramai kerani dan pegawai-pegawai bawahan yang diberhentikan dengan alasan menjimatkan kos. Yang aku pelik, kenapa GM-GM dan Pengurus Kanan yang ramai tu tidak diberhentikan? Lagi banyak kos boleh dijimatkan. Gaji diorang tu boleh bayar ramai macai-macai macam aku ni".
Lalu aku bertanya samada dia ingin resign dari syarikat tersebut. Dia menjawab dengan penuh ceria, "aku baru hantar surat resign 24 jam".
"Kenapa engkau gembira semacam ni?". Dia menjawab, "aku dah install virus baik punya ke dalam mainframe dan komputer syarikat. Esok lusa tahulah nasib mereka tu..hahahahahaha"....
Adoi ai...pendendam betul rakan aku itu rupanya.
"to be continued"
Sekian.
i probably do the same as perbualan 3! pay bac is the best!
Aku pun pernah kena gitu Long, cuma aku tidak le sampai guna bomoh atau pawang. Yang aku buat cuma lempang ex-bos aku tu dan resign 24 jam. Nasib baik dia tak repot polis hahaha
Mana2 opis pun mcm tu punya perangai mmg ada..selalu nya pegawai kanan ni kaki ampu bos (GM)..sbb tu kita yg dibawah ni susah nk naik pangkat..dh biasa kena last sekali sy sendiri resign, malas dh nk tgk muka dorang..susah la nk cari mkn mcm ni..
salam...
Memang selalu dengar keluhan mcm tu..yg lagi teruk bila boss yg rasis
Salam Raina, Jebon, Sweetsal & Ozzy. Thanx sudi bagi komen. Well, setiap orang ada pengalaman yg berbeza2. Aku pun pernah terkena juga cuma tidaklah sampai sanggup melempang bos mcm Jebon buat tu...hehehe.
Sekarang ini aku lebih berhati-hati especially bila sudah kenal manusia2 yang pandai bermuka-muka dan sanggup memijak kepala orang lain termasuk kawan untuk kepentingan diri sendiri..