Wednesday, September 1, 2010

Bahasa aku kurang ajar?

37 comments
 
Salam,

Kasarkah bahasa aku? Kurang ajarkah cara aku menulis?

Walaupun tiada terdetik di hatiku untuk menjadi kurang ajar atau menghamburkan kata-kata kesat, tetapi ada juga orang yang tidak gemar dan tidak suka penggunaan bahasa aku semasa menulis.


Beberapa bulan yang lepas, aku telah menerima satu e-mail dari seorang pembaca blog lama aku yang kukira telahpun berkubur tanpa update dan post-post baru. Penghantar e-mail tersebut menegur cara aku menulis menggunakan perkataan yang baginya "kurang ajar" dan seperti TIDAK menghormati para pembaca blog aku itu.

Aku paparkan di sini screen shot e-mail yang aku terima (yang sebenarnya telah dipost ke dalam ruangan komen di blog lama aku itu) oleh pelawat yang menamakan dirinya sebagai "Mus".


Aku tiada niat untuk bersikap kasar atau kurang ajar dengan sesiapapun terutamanya pembaca setia blog aku. Apa yang aku lakukan hanyalah ingin berkongsi maklumat dan nasihat-menasihati secara lebih informal.

Walaubagaimanapun, untuk menjaga hati semua pembaca-pembaca blog aku ini termasuk Mus si tukang komen @ penghantar e-mail tersebut, aku ubah juga cara penyampaian aku kepada yang lebih elok (seperti yang dipintanya). Sebab itu, di blog baru aku ini, aku tidak lagi menggunakan perkataan "korang", "engkorang", "diorang" dan sebagainya tetapi aku tetap lagi menggunakan perkataan "AKU" untuk gantinama diri aku.

Kepada Mus dan pembaca-pembaca yang terasa akan kekasaran bahasa (gantinama diri) yang telah aku gunakan sebelum ini, sempena Ramadhan yang mulia dan Hari Raya yang akan tiba, aku memohon ampun dan maaf seikhlasnya.

Aku berharap, janganlah kerana kekasaran penggunaan gantinama diri itu menjadi penyebab anda semua tidak lagi mahu melawat blog aku ini.

Aku juga berharap agar anda dapat menegur aku sekiranya penggunaan bahasa atau cara-cara penyampaian aku di blog ini tidak elok atau membuat anda marah, benci atau sakit hati. Aku hanyalah insan biasa yang terlalu mudah untuk melakukan kesilapan dan oleh itu teguran atau saranan anda amatlah aku hargai dan alu-alukan.




Sekian dan Selamat Hari Raya.

37 Responses so far.

  1. ~zack~ says:

    susah if nk puaskan hati semua org...name pun blog sendiri kan...so terpulang la kte nk guna bahasa sendiri...susah gak if dpt readers yg terlalu nk kena ikut tatabahasa dan perbendaharaan kata yg betul...

    *moral of the stories is if rase xsuke, jgn la bace..=p

  2. Salam Zack_blossom. Thanx sudi komen. Apa boleh buat, kalau tak diikutkan takut lagi menjadi-jadi lak nanti. Sekurang-kurangnya abg long tau ada gak orang yg sudi baca dan komen artikel kat blog abg long ni..hehehe

  3. Relevan says:

    Kawan rasa ramai yang tak faham fungsi penyampaian penulisan melalui blog..setakat korang korang tu biasa saja..tak ada lah nampak kurang ajarnya..

    Malah ada lagi penulisan yang begitu ekstrem..

  4. Salam relevan, thanx sudi komen. Abg Long fikir camtu juga. Malah ada juga penulis blog yg menggunakan bahasa kebudak-budakan (bahasa manja?). Perkataan2 sepert "jew" untuk sahaja, "uwt" utk buat, dan lain2 lg..Pada Abg Long, itu ok dan kadang2 seronok membaca penulisan yg sebegitu..entah lah..lain padang lain belalang..

  5. eNaSaN says:

    kadang2 nak pauskan hati semua orang susah..heheheh lain orang lain pandangan (^_^)

  6. Salam eNaSaN, thanx sudi komen. Tu la tuh..kadang2 pening fikir camner nak buat..So, lg baik xyah fikir..hehe

  7. mengarut la....asalkan x guna *^#@$&^(@^$#(@&# sudah la...x kesah pun guna korang...

  8. Unknown says:

    ape slh ke gune prkataan "korang" n "aku" tu?? biase je rsnye. bhs psr skang mmg la cmtu. abih tu yg menegur tu x prnah ke gune prkataan cmtu?? O_e

    senang2 kalo xsuke x pyh la bc entry org. drpd dok sibuk2 tegur bnde remeh temeh cmtu.

  9. Salam Parkcheek Chun Li, thanx sudi komen..tu la tuh. Org dah nak marah, benda kecik pun jd isu.

  10. Salam Mika Darkness, thanx sudi komen. Dia siap guna nama PEKIDA lg tu..mungkin ahli kut. Ada gak tegur dia abaikan je blog abg long tu kalau membaca artikel2 kat situ menyakitkan hati.

  11. theufo says:

    slm..Long..
    bagi aku, stakat korang2..xder aper...kalu formal sgt, x bestlah..mcm idup ini nk semua kene protokol...pd aku..santai & happy...to abg long, terus kannn.. buat yg terbaik...

  12. Salam theufo, thanx sudi komen. Aku setuju. Buat artikel macam tulis di surat khabar tapi orang xnak baca xguna juga..lebih baik tulis cara santai & happy cam engkau cakap tu coz kitapun xlah stress sgt masa menulis. Cuma penambahan ayat dia "penulisnya juga berotak suci bersih" tu agak keterlaluan. Macamlah guna perkataan "korang" melambangkan penulisnya tu otak kotor pula...ish3

  13. theufo says:

    slm...Long..
    tulah...siap ckp mcm tuh lagi.....agak keterlaluan jugak lah kalu di fikirkan...kalu penulisan statik jer...memang memborin kan..mcm kat news paper tuh....biasa lah tuh..ini dikatakan lumrah dunia..positif negatif, suka benci, murah mahal,kwn musuh...

  14. Ferfarfer says:

    bese lah. ala wat bodo jaa. kan blog anda. cume jgan lah sampai over2 sgt n leh bawak ke kes polis hekhek

  15. ADMIN says:

    tak syok ler kalo baca blog skema je
    "anda, saudara, beliau" hihi kelakar lak :D

  16. Salam bro.
    Maaf baru pertama kali jejak, taktau lah cmne bro tulis.
    Aku rasa ok je kalau guna korang, engkorang,
    tapi kalau bro guna untuk kritik org guna perkataan2 cmtu, mmg nampak lebih hardcore kot.

    smile :D

  17. noreed says:

    salam abg long,

    alamak kurang hajar/kasar ke guna 'korang' tu?sy pun guna mcm tu. ayok kena tukar ka? sbb bila tulis entry yg about personal life, mcm kurang best guna 'anda'. kalo entry formal ok lah. kalo sempat abg long bace blog sy and komen ye, kasar ke bhs sy di sana?tak pernah terfikir plak...huhuhu

  18. ni lah yang orang kata bajet baik neh..bajet mcm dia nanti masuk shurga..

  19. ozzy says:

    salam bang Long..
    Pendapat saya dalam blog ni.. penggunaan bahasa agak umum dan tidak ditujukan pada individu tertentu seolah2 kita sedang bercakap atau memberi ucapan.Penggunaan ayat ringkas lebih santai utk dibaca bagi tujuan pembacaan ringan & tidak formal..
    Apapun senang cakap kalau x suka x payah la baca..ambil jalan mudah je dalam dunia blog ni...byk lagi perkara/masalah lain yg perlu kita fikit @ ambil berat.

  20. hehe kelakar gila surat tu.. tak minat pakai ayat formal. kalau kita yang menulis pun bole bosan apatah lagi orang yang baca.

    IMHO, yang penting kita selesa buat entry ikut style kita sendiri. kalau dah terpaksa ubah gaya semata-mata nak puaskan hati orang takut tak jadi diri kita sebenarnya - hipokrit dah namanya tu

  21. abaikan jek..
    org xde pengalaman idup je tulis mcm tu..

  22. Salam Ferra, Ambooyats, Affan, Noreed, Raina, Ozzy, Che Armster dan Marina. Thanx sudi tinggal komen. Terima kasih juga coz support Abang Long dlm hal nih..

  23. Abang Long, nasihat saya, persetankan email tu. Salah ke perkataan "korang", "engkorang", "diorang" tu? Penulis email nampak macam tak pernah pakai bahasa pasar. Dia sendiri eja tak betul nak tegur orang. Pastu nak mention Pekida pulak, apa kaitan Pekida dalam benda ni?! Agaknya dia duduk bawah tempurung lama sangat kot.

    Eh, sorry, teremosi sikit. He he he...

  24. Salam Gen Fujita. Thanx sudi komen. Thanx for the support too. Ntah la kenapa dia guna nama PEKIDA tu. Ramai gak kawan2 yg geng Pekida tapi xpernah pulak Abg Long tengok mereka concern pasal benda remeh temeh cam ni...Siapalah Ayahanda dia agaknyer?

  25. Shannice says:

    ha?? guna perkataan korang kasar?.. hmm.. dlm percakapan seharian pun kadang2 guna perkataan korang jugak.. hmm... mungkin dia dah biasa sgnt bersopan...

    pelik bin ajaib..

  26. Salam Shannice, thanx sudi komen. Agaknya dia menggunakan gantinama diri spt hamba, tuan hamba, saya, anda, kanda, dinda, anakanda, kekanda, dan da da da yang lainnya hehehe

  27. Unknown says:

    Abang Long,
    setengah org suke meremehkan hal yg tak perlu diremehkan..

    penulisna blog seharusnya santai.. terasa delat bila membaca.. kalo guna ayat formal sgt.. jd malas.. baca pun skip2.. sbb bahasa santai ni, boleh mudahkan pemahaman, x perlu nak tulis berjela2 org dah faham...

    my 2 sen jer...

    http://www.kakyong.com

  28. Salam Kakyong. Thanx sudi komen. Setuju bangat dgn komen kakyong tu. Menulis artikel panjang2 mungkin membebankan, kecualilah sipenulis tu mempunyai masa yg cukup. Jika tidak cukup masa dan sipenulis masih mahu menulis panjang2, jawabnya kuranglah artikel2 kat dlm blog dia tuh. Lagi satu, penulisan juga bergantung kepada genre blog tersebut. Kalau hanya personal diary, walau hanya bahasa pasar, tiada siapa yg berhak untuk mengomel..

  29. Unknown says:

    salam bang long, pertama kali jejak blog & follow. rasanya orang yang komplen tu tak penah baca kamus bahasa baku kot. bagi aku la perkataan 'aku', 'korang', 'kitorang' dalam penulisan blog membuatkan pembaca rasa lebih dekat dengan penulis...takkan le nak macam membaca buku teks sastera la plak....

  30. Salam Shahnon Ahmad (err..nama btl ke tu?)..thanx sudi komen. Mungkin dia dah terbiasa membaca buku teks..bila pergi blog orang dia expect camtu gak..hehehe

  31. Tiara Labuan says:

    Tak kisah la nak guna bahasa apapun...janji paham sudah...Kalu tak suka tak yah baca...pi la cari blog lain yg sopan and bahasa ikut kamus.
    Nama pun blog sendiri...ikut suka la nak guna perkataan apa sekalipun..
    So Abang Long...just carry on...all are good articles and very informative.

  32. Salam Tiara. Thanx sudi komen dan thanx juga sudi bagi sokongan.

  33. ade juge betulnya kata kata saudara/saudari penghantar emel tersebut wahai a.long, tetapi inikan blog a.long...setiap orang mempunyai gaya penulisan yang tersendiri...uweekkk...tak ske baca jgn baca la..koi suker jerrr

  34. hasny says:

    salam. nk komen sikit. "kurang ajar"? takdalah... bg saya tulisan abglong lebih dekat dihati kalau guna korang, aku, kau dsb. definisi kurang ajar bg saya lain. kalau gitu, ramai antara kita yg apabila meminta dengan Allah pun bahasakan diri aku (termasuk saya)kira mcmana ye? lagi 1, PEKIDA? what is so special about pekida. Kalau dulu mmg saya respect but now... NO KOMEN!!! sorry pd ahli pekida... sekadar pandangan :-)

  35. Salam Hasny...thanx sudi komen. Setiap manusia mempunyai citarasa dan perasaan yg berlainan. Kadang2 sukar juga utk buat setiap org puas hati setiap masa.

  36. Xavi De says:

    salam..1st time masuk sini dan terasa nk komen...
    err..dia tu hidup zaman mane..?=..=

    bukan pe la, pakcik rasa mcm xde halnya nk guna korang ke, engkauorang ke, jgn guna kobinatang dah..
    mungkin dia salah faham, sbb membaca ni xsama dengan bercakap..
    kdg2 ada org salah faham dgn intonasi gaya kita menulis..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com