Wednesday, July 14, 2010

Bila Tiada Baru Dikenang

14 comments
 
Salam,


Maafkan aku kerana agak emotional hari ini. Aku sakit hati dan merajuk bila banyak perkara-perkara yang aku telah buat termasuk jasa-jasa aku hanya mendapat pengiktirafan bila aku telah tiada (maksud aku bila aku telah berhenti dari syarikat tersebut).

Sejak tahun 1993, aku telah bekerja dengan 4 buah syarikat iaitu Maybank, Mahmood Security, AmBank dan yang terbaru ini Securiforce.
 
Yang paling lama ialah Maybank iaitu hampir 15 tahun. Aku tidak ada apa-apa issue dengan Maybank dan hatiku sebenarnya masih ingin kembali semula bekerja di situ.
 
Banyak juga jasa-jasa aku semasa bekerja di sana dan aku juga telah menikmati berbagai-bagai pengiktirafan seperti anugerah pekerja cemerlang, kenaikan pangkat (4 kali) dan Exceed Performance dengan extra bonus. mungkin jika anda pekerja Maybank tidak kira di HQ atau di cawangan-cawangan anda sudah biasa mendengar atau membaca/terlihat nama aku sebab akulah penulis e-SPI untuk Maybank (Cash Manual, CDM Manual, Decentralisation of ATM resolution, RENTAS STP, Demonetisation of RM1 Coins dan banyak lagi).

Mungkin benarlah kata-kata rakan-rakan aku di Maybank bahawa aku telah melakukan kesilapan besar bila berhenti dan join Mahmood Security. Walaubagaimanapun, aku terfikir itu mungkin ada hikmahnya. Memang aku menyesal tetapi aku perlu berfikiran positif tentang apa jua keputusan yang telah aku ambil.

Semasa bekerja di Maybank, aku banyak memberi bantuan dan pengetahuan kepada syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang ditugaskan untuk memberi khidmat kepada Maybank, termasuklah NCR/Securicor, Safeguards Securicor dan Mahmood Security. Mungkin kerana pengetahuan aku yang luas tentang Cash Management membuatkan CEO Mahmood Security bersungguh-sungguh untuk mengambil aku bekerja dengannya.

Sebenarnya, Mahmood Security telahpun menghadapi masalah sebelum aku join syarikat tersebut lagi. Kedatangan aku bukan sahaja bertujuan untuk menyelesaikan masalah tersebut malahan juga untuk memastikan business syarikat berkembang dengan rapport yang aku ada dengan bank-bank terutamanya Maybank. Tidak hairanlah selepas aku join, Maybank sanggup untuk menambah jumlah mesin-mesin ATM sebanyak 150 buah lagi dengan alasan adanya aku di situ.

Namun, bagi aku, bukanlah perkembangan perniagaan yang menjadi matlamat utama tetapi memperbetulkan proses-proses yang sebelumnya tidak diuruskan dengan betul. Aku telah implement beberapa perubahan dan yang paling ketara ialah proses-proses yang melibatkan pengurusan tunai.


Biasalah, ketika aku di luar (masih bekerja di Maybank), kata-kata dan nasihat aku amat bernilai tetapi setelah join, banyak pula bangkangan dan kutukan yang aku terima. Termasuklah, tohmahan-tohmahan yang menidakkan kredibiliti aku sebagai Pengurus Kanan di situ.

Setelah aku berhenti, proses-proses yang aku ubah walaupun dikritik dengan hebat, masih lagi menjadi ikutan walaupun banyak perubahan-perubahan telah cuba dilakukan. Malah perubahan-perubahan tersebut bukanlah memberi kebaikan tetapi menyebabkan syarikat semakin huru-hara dan sekarang syarikat terpaksa pula menanggung kerugian berjuta-juta.

Dan...kata-kata ini aku dengar dan masih terngiang-ngiang di telinga aku.. "Kalaulah Wansuhaimi masih ada, mungkin tidak akan menjadi seperti ini..."...hmmmm...sudahlahhhh...ada aku kisah?

Kemudiannya aku bekerja di AmBank sebagai pengurus ATMC Network monitoring. Dari segi kerja, cuma separuh dari kebolehan aku yang boleh aku curahkan kerana tugas baru tersebut hanyalah sebahagian dari tugas-tugas aku di Maybank dan Mahmood Security dahulu.

Aku tidak kisah kerana aku ini seorang yang suka memperbaiki proses-proses. Jadi, banyak juga proses-proses baru yang aku cipta untuk AmBank termasuk cara-cara untuk mengoptimumkan jumlah wang tunai di dalam ATM. Bekas pengurus kanan e-Channel AmBank pernah memberitahu aku, kedatangan aku ke situ membolehkan dia lebih relaks dan kurang memberi tumpuan kepada kerja-kerja operasi. mana tidaknya, banyak kerja-kerja yang aku ambil alih...cheh!.

Dan aku perhatikan bukan sahaja dia relaks malahan sering kali meng"ular".


Seperti di Mahmood Security,  di AmBank, terdapat juga manusia yang hitam hatinya dan iri-hati dengan aku. Bukan setakat cemburu malahan menghasut big boss agar membenci aku. Pada mulanya, big boss amat menghormati aku dan selalu memuji kerja-kerja aku. Namun, banyak tindakan-tindakan big boss selepas itu yang seolah-olah telah termakan akan hasutannya. Aku menjadi mangsa kemarahan big boss walaupun bukan aku yang melakukan kesalahan.

Well, aku bukanlah jenis manusia yang suka berdendam ataupun melakukan tindakan membalas dendam. Jadi, aku masih lagi bekerja bersungguh-sungguh seperti biasa. Aku menitik-beratkan pembangunan dan ilmu untuk staff-staff aku. Aku cipta proses-proses baru untuk kegunaan mereka. Niatku hanya memastikan bahawa suatu hari nanti mereka akan mengenang jasa dan sumbangan aku.

Setelah aku berhenti, barulah menggelabah big boss untuk mencari pengganti yang setaraf dengan aku tetapi aku hanya ada seorang. berbagai-bagai pujukan aku terima agar kembali tetapi aku tetap meneruskan niat aku beralih ke Securiforce yang pada ketika itu lebih nampak akan kebolehan aku.


Sekarang ini, seringkali aku menerima panggilan telefon dari ex-staff aku bertanyakan tentang proses-proses dan template-template yang aku cipta. Aku tahu, itu arahan dari big boss. Aku malas hendak melayan permintaan tersebut. Bukan aku marah sangat tetapi sekadar ingin mengingatkan mereka agar menghormati pengetahuan orang lain.

Apa yang telah aku buat semasa aku di sana banyak memberikan kebaikan tetapi bukan aku yang mendapat kredit, malah aku yang dicaci!

jadi, aku suruh mereka mendapatkan ilmu dari orang yang telah mendapat kredit tersebut..jangan cari aku...aku merajuk nih...hehehe.


Sekarang ini aku bekerja di Securiforce. Terus terang aku katakan, peristiwa-peristiwa semasa di Mahmood Security dan AmBank berlaku lagi di sini. Aduhhhhh...masaaaaaaaaaaaaaak!

Apa yang kucing di bawah ini rasa begitulah juga perasaan aku....


Apa perlu aku buat?

Banyak juga yang telah aku lakukan untuk kebaikan syarikat tetapi seolah-olah tidak nampak akan pentingnya aku di sini. Mungkin selepas aku berhenti nanti baru mereka sedar akan kenang jasa aku.

Tidak mengapalah...sudah nasib aku...


Sekian.

14 Responses so far.

  1. diraja22 says:

    permata tetap permata..
    xmungkin kaca..

  2. dimana pun,ada manusia yg tak pernah berpuas hati dgn kita...

  3. xazryx says:

    hish .smp ati diorang wat ko camtu .xpela .orang yg busuk ati ,nnt ade pembalasannya .

  4. ozzy says:

    salam...
    Terdapat perbezaan org yang bekerja utk kejar pangkat dan org yg bekerja utk kepuasan..sememangnya bila bekerja dgn penuh keikhlasan dan apabila dapat hasilkan/mencapai apa yang kita nak..itulah kepuasan bekerja walau apa saja org nak kata sekalipun.

  5. Salam..
    diraja22, Kamsiah & xazryx, thanx for your comments. Mungkin ada hikmah semua tu.

  6. Salam Ozzy,

    Aku setuju..tetapi di KL nih kepuasan bekerja juga bermaksud ongkosnya perlu dibayar setimpal dengan kerjanya...dan juga tidak dilewatkan...hehehe

  7. salam....
    entah la abang long... dah lumrah dunia kan.... bila ada depan mata wat tak nampak jer... tapi bila dah tak nampak depan mata.... baru la dipuji sana sini....

  8. Ex-staff Abang Long says:

    Aku faham perasaan engkau Chip. Aku respek engkau pasal masih lagi ada rasa kesian pada mangkuk2 hayun tu walaupun engkau dah kena macam2. Engkau masih jugak bertungkus lumus kerja untuk bangunkan company sedangkan mangkuks tu melepak sesaje dan asyik mencari salah engkau saje. Bila Chip dah takde baru menggelabah beruk babi segala..Padan dengan muka mangkuks tuh.

  9. Jebon says:

    Wow! Pedas topik ni Abg Long.
    Mesti tengah marah atau kecewa giler sebab biasanya Abg Long jarang dedahkan nama-nama atau syarikat2 terang2 macam ini.

    Aku support!!!

  10. La Noon.... says:

    Ish...ish..ish...tahniah Abang Long sbb ada rasa nak kongsi pengalaman yang menarik ni...Memang di mana-mana pun ada manusia2 yang dengki & irihati ni.lebih2 lagi di kalangan kita orang Melayu.Ramai juga yang nak jaga periuk nasi sendiri sampai mereka tak sedar yang mereka tu dah campak pasir kat periuk nasi orang lain.Aku ni pernah bekerja selama 3 tahun di negeri Mat Saleh...memang culture diaorang tu lain dengan kite ni.
    Di company aku sekarang ni lagi teruk!!Ramai yang pegang jawatan besar tapi keja tak seberapa.Kalau diminta pendapat memanjang bagi jawapan yang tak bijak. Tapi ramai yang pangkat kecik i.e macai macam aku ni yang lebih baik dan tajam dari segi memberi pendapat dan cadangan tapi selalu ditolak sebab semua nak tunjuk pandai.
    Semoga Abang Long berjaya dalam kerjaya...

    Apa2 pun I folloooow....

  11. Anonymous says:

    Yang lepas tak usah dikenang...
    Move forward...like u said...ada hikmah untuk setiap yg berlaku...

    Aku tau deep in u ko rasa nyesal kuar dari Maybank tp kene ingat setiap yg berlaku tu ada sebabnyer...

    Maybe ko x nampak skrang..insyalah tuhan tunjok jugak kemudian ari..

    Have strong believe in you like how others believe in you.

    No one can determine your path of life...only u can make the changes and create wonders, insyalah niat betol,gud things will come to u...(Ni pesan yg aku pernah terima dari sumone jugak which aku pegang till today.)

    Peace bro

  12. salam tuan penulis..

    saya terharu baca kisah saudara tulis kan..

    saya doakan satu masa nanti saudara bakal membuka syarikat sekuriti saudara sendiri.. bia berbaloi apa yang diusahakan..

    btw, saya pinjam gambar securiforce tu ye.. nak upload dalam blog saya

  13. Salam Sabree Hussin...thanx sudi komen..xperasan kat artikel ni bnyk lg komen. Ingatkan org dah tak baca. Pasal gambar Securiforce tu amik jer la coz dah xde value lg at this moment..huhu

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com