Tuesday, July 13, 2010

Lagu Peterporn jadi bunyi kereta aku?

2 comments
 
Salam,

Selama ini kita boleh memilih nada dering untuk telefon bimbit kita sama ada polifonik ataupun lagu-lagu MP3. Maaf jika anda hanya mengguna telefon bimbit cap ayam...hehehe.

Bagaimana pula jika anda boleh memilih bunyi khas untuk kereta anda.

Contohnya, jika anda meminati si Ariel dan mahukan lagu Mungkin Nanti itu menjadi bunyi kereta anda, anda hanya perlu menekan satu butang istimewa di kereta anda.

Malah, mungkin bunyi tersebut memang bunyi yang standard tanpa perlu menekan apa-apa butang pun.

Pelik? Tidak juga kerana kini pakar-pakar teknologi permotoran sedang memikirkan bagaimana untuk melakukannya. Maaf, bunyi tersebut hanya untuk kereta elektrik sahaja. Kereta cap ayam sila gunakan bunyi enjin motorbot yang biasa tuh...hehehe.

Sebagai contoh, sebuah kereta elektrik dari Nissan (Nissan Leaf) menghasilkan bunyi seperti kapal angkasa.



Penciptaan bunyi tertentu untuk kereta elektrik sebenarnya telah difikirkan oleh pakar-pakar permotoran kerana ketiadaan bunyi bagi sesebuah kereta elektrik mungkin boleh membawa padah kepada pejalan kaki yang tidak menyedari akan kehadiran kereta tersebut.

Pengeluar kereta Lotus di Norfolk sekarang ini sedang bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar kereta Eropah dan Jepun untuk mengkaji kesan bunyi kenderaan seperti bunyi kenderaan futuristik filem Blade Runner dan Robot.

Sekiranya bunyi yang terhasil tiada menunjukkan kesan-kesan negatif, kemungkinan besar peminat-peminat kereta elektrik boleh menempah bunyi apakah yang mereka mahukan untuk kereta mereka.

Aku harap ada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelia permintaan untuk bunyi-bunyi tersebut agar tidak menimbulkan kekacauan di sini nanti. Jangan ada pula mereka yang memesan bunyi seperti sedang membuang air besar atau "kentut" ataupun yang berbau lucah seperti bunyi "ehem..ehem" tuh...hehehe.

So, kepada anda yang berminat bolehlah berangan-angan dan memilih bunyi apakan yang anda ingin mahukan untuk kereta anda nanti.

Aku pun sama, tengah fikir lagu apa yang sesuai untuk dijadikan bunyi kereta aku nanti...hehehe.



Sekian.

2 Responses so far.

  1. Kukup says:

    Salam Long,
    Aku nak tukae bunyi kapcai aku maca bunyi jet supersonik boleh ke? hahaha

  2. Anonymous says:

    cerita-cerita dan berulaskan pandagan yang matang dan mempunyai unsur nasihat yang tinggi...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com