Monday, July 12, 2010

Outsourcing of CDM Part 3

2 comments
 
Salam,

Aku ingin menyambung kembali coretan aku tentang outsourcing of CDM tetapi cuma berkisar tentang cash discrepancy. Jika anda ingin membaca kembali coretan-coretan aku yang lepas sila klik link-link berikut ataupun anda terus sahaja pergi ke Table of Contents di sini.
  1. Outsourcing of CDM Part 1
  2. Outsourcing of CDM Part 2
Di post yang lalu aku mengkategorikan CDM cash discrepancy kepada 2 iaitu Physical Cash Discrepany dan Theoretical Cash Discrepancy. Mungkin anda menunggu jawapan aku mengapa harus diasingkan begitu.

Well, aku akan menjawapnya dengan 2 soalan yang selalu aku tanyakan di seminar-seminar yang aku sampaikan sebelum ini.

Untuk soalan yang pertama, sila rujuk gambarajah di bawah:



Mr. A, Mr. B dan Mr. C merupakan sahabat baik. Mereka bertiga pergi melancung (di dalam negara) dan menginap disebuah challet murah yang berharga $30 untuk semalaman. 

Masing-masing berkongsi membayar sewa challet tersebut untuk tinggal satu malam dengan setiap seorang membayar $10. Wang tersebut ($30) di berikan kepada cashier challet. Oleh kerana mereka merupakan satu-satunya pelanggan yang menyewa, pihak challet telah memberikan diskaun sebanyak $5. Si Cashier ingin memulangkan baki ($5 tersebut) kepada Mr. A, Mr. B dan Mr. C dengan sama rata tetapi tidak mempunyai syilling. Oleh itu dia telah mengambil $2 dan memulangkan selebihnya ($3) kepada mereka untuk dibahagikan secara sama rata ($1 seorang).

Jika dikira, jumlah bayaran yang dibuat oleh Mr. A, B dan C hanyalah $9 seorang (iaitu $10 - $1). Kita campurkan jumlah tersebut iaitu $9 + $9 + $9 kita akan mendapat jumlah $27. Sekarang kita campurkan pula jumlah wang yang diambil oleh Cashier ($2) dan kita akan mendapat jumlah keseluruhannya iaitu $29.

Soalannya, jika jumlah asal ialah $30 manakala jumlah yang kita kira tadi hanyalah $29, kemanakah perginya baki $1 lagi?

Aku bagi tempoh 5 minit untuk anda mencari jawapannya. kalau tahu, sila catatkan jawapan anda di ruangan komen. Kalau anda tidak tahu, aku terpaksa memberikan anda masa iaitu sehingga post aku tentang topik yang sama di masa hadapan...hehehe.

Soalan kedua

Mr. A membeli satu pen dengan harga $1. Dia kemudiannya didatangi rakannya Mr. B yang berhajat untuk membeli pen yang sama. lalu dia menjualnya dengan harga $2. Oleh kerana pen tersebut agak istemewa dan boleh dijadikan bahan untuk membuat bisnes, Mr. A membelikembali pen tersebut dari Mr. B dengan harga $3. Kemudiannya Mr. A berjumpa dengan Mr. C dan mempromosikan pen tersebut. Mr. C tertarik lalu membelinya dengan harga $4.


Selepas itu Mr. A berjumpa pula dengan Mr. D dan bercerita tentang pen yang sama. Tertarik dengan promosi Mr. A yang sangat baik, Mr. D bersetuju untuk membeli pen tersebut. Mr. A pergi berjumpa dengan Mr. C lalu membeli kembali pen tersebut dengan harga $5 dan menjualnya kepada Mr D dengan harga $6.

hendak dijadikan cerita, Mr. A berjumpa pula dengan rakannya Mr. E dan mengulangi promosinya tentang pen tersebut. Dengan skill marketingnya yang amat baik Mr. A berjaya membuat close deal. Mr. A berjumpa semula dengan Mr. D dan membeli kembali pen tersebut dengan harga $7 lalu menjualnya kepada Mr. E dengan harga $8.

Soalannya, adakah Mr. A mendapat keuntungan atau kerugian hasil dari penjualan pen tersebut? Jika Untung atau rugi, berapakah nilainya?


Aku juga bagi tempoh yang sama iaitu 5 minit untuk anda mencari jawapannya. kalau tahu, sila catatkan jawapan anda di ruangan komen. Kalau anda tidak tahu, aku terpaksa juga memberikan anda masa iaitu sehingga post aku tentang topik yang sama di masa hadapan...hehehe.

Ok, untuk post kali ini aku cuma ingin menyampaikan soalan-soalan di atas. Percayalah, jawapan-jawapan bagi kedua-dua soalan-soalan di atas sebenarnya berkait rapat dengan jawapan aku kenapa jenis-jenis CDM cash discrepancy perlu diasingkan.

Aku tunggu jawapan anda dahulu sebelum memberikan coretan-coretan lebih lanjut tentang CDM cash discrepancy di post akan datang...hehehe


Sekian
.

2 Responses so far.

  1. Haikal says:

    Duit singgit tu abg yg amik uat blanje g skolah...hehehe

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com