Wednesday, July 7, 2010

Apabila wanita mengganas

4 comments
 
Salam,

Jangan disangka tangan yang menghayun buaian itu tidak mampu menggoncang dunia. Jangan diingat seorang yang lemah lembut tidak tahu untuk menunjukkan kemarahannya. Malah, kemarahannya itu juga mungkin membuat dia menjadi lebih ganas dari seorang lelaki.


Aku tertarik dengan berita akhbar Harian Metro hari ini tentang seorang wanita yang melarikan sebuah kereta hakmilik Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan memandunya secara melulu.

Memang mengagumkan!

Sebabnya:
  1. Dikejar enam kereta peronda polis sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum terbabas.
  2. Bertindak luar dugaan apabila merempuh belakang kereta peronda.
  3. Beberapa kali membuat pusingan untuk mengelak ditahan.
  4. Kenderaannya berpusing beberapa kali di kawasan ladang kelapa sawit dan menjunam ke dalam gaung.
Mei lalu, wanita yang sama meloloskan diri daripada tahanan Jaim selepas ditahan kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dengan melarikan kenderaan milik pegawai Jaim untuk pulang ke rumah keluarganya.

Walaupun menurut pihak Polis, wanita tersebut bertindak demikian atas pengaruh dadah, aku masih terkejut bagaimana seorang wanita Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan lemah lembutnya mempunyai keberanian yang luar biasa seperti itu. Itulah bahana dadah!

Keberanian wanita di sudut positif

Aku tidak nafikan, walaupun kebiasaannya wanita bersifat lemah lembut, tidak mustahil untuk mereka memiliki keberanian seperti lelaki malahan mungkin melebihi keberanian sesetengah lelaki.

Sebagai contoh, terdapat beberapa wanita yang aktif berlumba motorsikal seperti Farah (gambar di bawah).



Aku sendiri mengaku agak gentar juga untuk membawa kereta atau menunggang motorsikal dengan laju walaupun setakat ini sudah 5 saman "Speed Trap" yang aku terima...hehehe.

Itu tidak termasuk minah-minah rempit yang dengan beraninya menunjukkan aksi-aksi "superman" ketika menunggang motorsikal. Cuma, aku terfikir, kenapa keberanian minah-minah rempit tersebut tidak disalurkan ke "channel" yang betul seperti yang dilakukan oleh Farah?

Alangkah baiknya jika keberanian wanita-wanita kita itu di tempatkan di landasan yang betul sepertimana pejuang-pejuang wanita Islam yang terdahulu seperti Zainab Al-Ghazali, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan sebagainya.

Janganlah keberanian tersebut hanya ditujukan kepada sang suami semata-mata dan si suami pula yang menikus...hehehe.



Sekian.

4 Responses so far.

  1. dah macam dalam filem plak 6 biji kereta polis kejar sebuah kereta penjahat ...hihi

  2. Tu la tuh...hehehe

    Paling best bila dia pinjam kete Jaim nak balik rumah..hahaha

  3. hui ganeh bebenor tuh.

  4. haha.women ade super power~

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com