Tuesday, July 27, 2010

Outsourcing of CDM Part 4

4 comments
 
Salam,

Aku sambung kembali coretan aku tentang Outsourcing of CDM dan kali ini khusus kepada CDM cash discrepancy dan permasalahannya. Oleh kerana tiada yang berminat untuk menjawab 2 soalan yang aku utarakan di post aku sebelum ini, aku beranggapan semua telahpun tahu jawapannya. So, tidak perlulah aku beri jawapan kepada soalan-soalan tersebut di sini...hehehe.


Pernahkah anda membuat transaksi di sebuah CDM dan apabila anda menerima resit dari CDM, tersebut anda diminta untuk menghubungi pihak bank? Apa yang telah anda lakukan?

Well, mengikut pengetahuan dan pengalaman aku, CDM tersebut mengalami masalah dan akaun di mana anda cuba untuk deposit mungkin tidak berjaya dikreditkan.

Bagi pihak bank, inilah yang dipanggil CDM cash discrepancy.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang CDM cash discrepancy anda boleh membaca (atau membacanya semula) di link berikut ini http://abanglongonline.blogspot.com/2010/06/outsourcing-of-cdm-part-2.html

Coretan aku kali ini bukan untuk menerangkan tentang tatacara yang pihak bank perlu ikuti atau lakukan bagi menyelesaikan masalah CDM cash discrepancy, tetapi, khas kepada anda para pengguna CDM yang mungkin memerlukan maklumat sekiranya anda menghadapi masalah tersebut.

Sepertimana aku coretkan di post yang lalu, terdapat 2 kategori utama CDM cash discrepancy iaitu Physical dan Theoretical (sila baca post di link yang aku paparkan di atas).

Perlukah anda tahu kategori tersebut?

Ya sudah semestinya. Jika anda tahu dan faham akan kategori CDM cash discrepancy, anda akan tahu juga apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan selepas itu.

Sebagai contoh, anda mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun anda dan setelah selesai membuat transaksi, CDM tersebut mengeluarkan resit dan meminta anda menghubungi pihak bank. Anda pergi ke cawangan bank tersebut yang berhampiran. Penat anda beratur dan menunggu. Bila tiba di kaunter, Teller bank tersebut menyatakan akaun anda sebenarnya telahpun dikreditkan.

Bayangkan, berapakah kos yang anda tanggung untuk itu? (kos untuk pergi ke cawangan bank tersebut dan membuang masa untuk menunggu).

Jadi, supaya anda tidak membazir kos tidak tentu pasal (kecuali terpaksa), elok bebenor jika anda mengetahui apakah tatacara tindakan yang perlu anda lakukan berdasarkan maklumat yang aku berikan di sini.

Physical Cash Discrepancy

Punca-punca lazim Physical cash discrepancy yang sering dialami oleh para pengguna CDM adalah akibat "Currency Jammed" atau bahasa umumnya "duit sangkut". Kebiasaannya, jika berlaku kejadian tersebut, akaun yang anda cuba depositkan tidak akan dikreditkan oleh sistem.


Pihak bank perlu membuat imbangan tunai terhadap mesin CDM tersebut dan mengkreditkan akaun anda itu secara manual jika anda membuat tuntutan. Sekiranya CDM tersebut diselenggarakan oleh syarikat security (outsourced), pihak bank perlu menunggu syarikat security tersebut membuat imbangan tunai sebelum dapat mengesahkan transaksi anda dan seterusnya mengkreditkan akaun anda.

Perlukah anda membuat tuntutan?

Ya, kerana pihak bank memerlukan beberapa maklumat penting seperti berikut:
  • No. Akaun
  • No. kad ATM (jika membuat transaksi menggunakan kad)
  • Jumlah tunai yang didepositkan (denominasi dan amaun)
  • Tarikh dan masa transaksi
  • Lokasi CDM

Untuk sesuatu kes melibatkan "Currency jammed", kebiasaannya, transaksi yang anda buat tidak direkodkan ke dalam journal CDM tersebut keseluruhannya. Maklumat yang biasanya tercatat ialah tarikh, masa dan nombor akaun (atau nombor kad ATM jika menggunakan kad), manakala jumlah wang tunai (denominasi dan amount) tidak akan dicatatkan di journal tersebut. Oleh itu, pihak bank perlu mendapatkan maklumat tambahan tentang wang tunai tersebut dari anda.

Satu lagi punca physical cash discrepancy ialah "Notes Retracted" di mana anda mungkin terlupa mengambil semula wang tunai yang telah di reject oleh CDM dalam tempoh yang tertentu (biasanya 28 saat). Wang tunai anda itu akan di"telan" oleh CDM dan disimpan di dalam "Reject Bin" CDM tersebut. Untuk situasi seperti ini, transaksi deposit anda akan direkodkan ke dalam journal termasuklah jumlah wang tunai yang didepositkan (denominasi dan amaun).

Masalah yang sering pihak bank hadapi ialah jumlah wang tunai yang sepatutnya berlebihan tidak sama dengan jumlah tuntutan yang dibuat (tidak termasuk kes yang melibatkan "Notes Retracted"). Perkara ini lebih kerap berlaku jika CDM tersebut diselenggarakan oleh pihak ketiga (syarikat security).


Untuk pengetahuan anda, pihak bank tidak terlibat secara langsung untuk membuat imbangan tunai ke atas CDM-CDM yang diselenggarakan oleh syarikat security. Pihak bank berkemungkinan besar tidak mengetahui bahawa terdapat physical cash discrepancy terhadap CDM tersebut sekiranya tiada laporan dibuat oleh syarikat security yang diamanahkan.

Oleh itu, anda adalah bertanggungjawab untuk membuat tuntutan terhadap wang itu secara formal dengan mengisi borang tertentu di cawangan bank yang menyediakan CDM tersebut.

Apa akan jadi jika anda tidak membuat tuntutan?

Jika bank mengetahui akan discrepancy tersebut dan anda pula tidak membuat tuntutan, wang tersebut akan dipindahkan ke akaun "Unclaimed Monies" dan seterusnya menjadi hak milik kerajaan (Amanah Raya) di dalam tempoh tertentu!


Kenapa? Tak percaya?



Cubalah...hehehe.

Bagaimanakah mengelakkan Currency Jammed?

Mungkin kejadian "Currency Jammed" tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku masalah teknikal kepada CDM akibat "wear and tear", "rough handling" dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kesilapan para pengguna juga merupakan penyumbang kepada masalah yang sama.

Oleh itu, elakkan perkara-perkara berikut:
  • Mendepositkan wang tunai yang basah.
  • Mendepositkan wang tunai yang tidak berkualiti (lunyai, diconteng, bertampal-tampal atau koyak).
  • Mendepositkan wang palsu. Anda akan menghadapi masalah besar sekiranya wang palsu tersebut tersangkut!
  • Mendepositkan jenis wang tunai yang tidak diterima oleh CDM seperti $1, $2, $20 dan $1,000. Ada kemungkinan CDM tersebut juga tidak menerima $5. Sila baca arahan atau notis di CDM sebelum menggunakannya.
  • Memasukkan wang tunai dengan banyak sekaligus. Perhatikan notis di CDM tentang jumlah maksima wang tunai yang boleh didepositkan pada satu-satu masa.
  • Memasukkan wang tunai yang diikat (dengan getah atau staples).
  • Memasukkan kertas biasa dengan wang tunai.
  • Memasukkan objek-objek lain selain wang tunai
  • Menyusun wang tunai dengan cara yang salah. Sila lihat notis di CDM tersebut tentang cara-cara menyusun wang tunai di dalam slot deposit CDM.
Apa perlu dibuat jika masih berlakunya Currency Jammed?

Jika anda dapati CDM tersebut tiba-tiba tidak berfungsi (out of service) ketika memproses wang anda,  CDM tersebut mengalami "Currency Jammed". Perkara-perkara berikut perlu anda lakukan:

  1. Catatkan jumlah wang tunai yang didepositkan (denominasi dan amaun).
  2. Tarikh dan masa anda membuat transaksi.
  3. Lokasi CDM tersebut. Ada sesetengah CDM yang telah diletakkan label oleh pihak bank. Rekodkan nombor ID CDM tersebut jika ada.
  4. Pergi ke cawangan bank yang berhampiran dan isi borang tuntutan. Pastikan butir-butir maklumat di atas diisi dengan jelas.


OK, cukup setakat ini dahulu. Aku akan sambung pula topik ini dan Theoretical Cash Discrepancy di post akan datang.


Sekian.

4 Responses so far.

  1. bang long,
    saya pernah cash out rm50 dari atm masjid jamek..bunyi macam duit keluar, duit dalam akaun kurang rm50 tapi duit tak keluar..pastu saya pegi report di Maybank depan puduraya tuh, tapi sampai sekarang pun tak masuk2 dalam akaun! officer maybank tu cakap dalam masa 7 hari sebab diorang nak cek sama ada duit tu balance ke tak..

  2. Raina, thanx for commenting. Betul ke? Setahu Abg Long, jika Raina buat claim on the next working day Maybank kena bayar on the day itself. Bagi jumlah tuntutan sebanyak tu, sepatutnya Maybank tidak boleh delay. Dalam procedure maybank i.e. Decentralization of ATM Claims resolution, Maybank perlu bayar Raina on the spot (atau the next working day). Lagipun, Abang Long yg tulis procedure tersebut.
    Elok Raina follow up dengan Maybank. Lebih baik lg kalau terus call ATMC kat Menara Maybank tu.

  3. Kunjungan perdana, bersilahturahmi dan berkenalan

  4. stitheet says:

    see hereExtra resources imp sourcecheck here check my blogthe original source

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com